Chereads / Gundik Tuanku / Chapter 9 - Lovebite

Chapter 9 - Lovebite

Rahmah bukan setakat baling pasu bunga ditepinya malahan habis barangan didalam biliknya dihempas ke lantai...Dayang dan inangnya hanya berdiam diri tidak berani bersuara bila Cik Puan mereka naik angin. Jika tidak bernasib baik mereka pulak yang terkena tempiasnya. Rahmah geram..Tidak, dia bukan geram tapi bengang sangat. Dah lama Zainal Murad tidak datang ke istananya. Yang buat dia lagi bertambah sakit hati bila dia melihat deretan gigitan di kiri dan kanan leher Aurora bila dia terjumpa Aurora tadi. walaupun Aurora mengatakan itu adalah kesan alahan dari makanan laut, dia tahu Aurora menipunya sebab bukan dia tak tahu itu adalah kesan gigitan dari sesorang..Lebih tepat lagi Zainal Murad. Lelaki yang mengatakan dirinya sibuk dan tak sempat nak menjenguknya..Huh..Sibuk berasmaradana dengan Aurora rupanya.

Dia kepal jari jemarinya..Dia betul-betul geram sebab makin lama Zainal Murad makin liar darinya...Dia takkan biarkan Zainal Murad terlepas dari gengamannya..Dia akan pastikan Zainal Murad hanya memandangnya dan bukan isteri-isterinya yang lain.

**********************************************

Adam Haikal sampai didepan istana hilir dan dia terus masuk ke ruang tamu tersebut bila pengawal dipintu masuk tidak melarangnya berbuat demikian. Lela menyambutnya bila dia sampai di ruang tamu istana tersebut. Setelah dia memberitahu hajatnya nak berjumpa Aurora, Lela berlalu dan dia mengambil tempat duduk diruang tamu tersebut

Setelah Lela memberitahunya yang Adam Haikal ingin bertemunya..Aurora mengerutkan mukanya

" Buat apa Tengku Adam datang kemari"

" Hamba tidak tahu, Cik Puan"

"hmmm" Aurora mengeluh sebab bukan dia tak mahu berjumpa Tengku Adam tapi hickey di lehernya terlalu banyak dan jelas kelihatan dan dia tak tahu bagaimana nak menyorokkan kesan hickey tersebut..Kalau zaman moden blhlah dia guna concealer..zaman ni takkan dia nak guna tepung gandum kot. Akhirnya Aurora bersuara

"Ambilkan selendang"Inang terus mengambil sehelai selendang di dalam almari dan tersenyum tapi masih tidak menyerahkan selendang ditangan kepada Aurora. Lela tidak perlu bertanya kenapa Aurora perlukan selendang sebab dia tahu tujuannya dan Aurora yang nampak senyum Lela mencemikkan bibirnya

" apa senyum-senyum?" tanya Aurora tidak puashati

" Eh, mana ada hamba senyum Cik Puan" bagitau Lela yang masih cuba sembunyikan senyumnya

" Macam Aurora tak nampak Lela senyum.. Lela perli Aurora ya?

" Eh, mana ada Lela perli Cik Puan..Cik Puan memang cantik kalau pakai selendang..Nah Cik Puan..Selendang ni cantik kalau Cik Puan pakai. Kalau Tuanku tengok mesti tiap-tiap hari tuanku datang sini" Jawab Lela sambil tergelak..dia berani mengusik Aurora sebab Aurora melayannya seperti kawannya sekarang bukan seperti inang yang ditugaskan untuk menjaganya. Aurora menjelirkan lidahnya kepada Lela buat Lela ketawa..Lela suka melihat muka Aurora yang merah sebab malu bila disakat olehnya

Bila tiba diruang tamu, Aurora mengambil tempat didepan Adam. Mata Adam memandang Aurora yang berselendang didepannya. Dalam istana sendiripun berselendang?? Alih-alih pulak sopan..Selama ni kat luarpun tak berselendang.. Hmmm..Tengku Adam tersenyum..

"Apa yang istimewa hingga bawa kaki Tengku Adam kemari".Tanya Aurora tidak berkias

'Saja"

"Saja? "Aurora mengangkat keningnya

"Haah, kenapa? "Adam tak boleh datang melawat kakak ipar Adam ke

"Boleh.. tak de masalahpun cuma Aurora pelik sebab sebelum ni Tengku tak pernah kemari"

"Adam nak bagi ni sebenarnya"...Ujar Adam sambil menghulur satu bungkusan kepada Aurora

"Apa ni?"

"Tengoklah sendiri"

"Buku?" Tanya Aurora sbil mengangkat keningmya

"Ya" Jawab Adam sepataj

"Kenapa bagi Aurora buku?"

"Supaya Aurora bacalah"

"Dalam bahasa Inggeris?"

"Kenapa? Bukan ke Aurora tau bahasa Inggeris?"

"Tengku tau?"

"Tau"

"Baginda tuanku bagitau?"

"Tak"

"Tak? "

:Adam dengar Aurora mengomel sesorang dalam bahasa Inggeris aritu kat taman..Walaupun Adam tau siapa yang Aurora omelkan tu..Jadi Adam pasti Aurora tak de masalah nak baca buku ni:

"Hah?"

:Aurora anggap aje Adam tak dengar omelan tu"

"Errr..."

"kenapa? Kucing dah makan lidah Aurora ke? Hahaha" Adam gelak

"Adammm!!!" jerit Aurora

"Ermmm..sedap didengar..."

"Apa? Ahhh..Maaf Aurora tersasul"

"Tak pe..Adam tak kisahpun Aurora panggil Adam macam tu sebab Aurora kakak ipar kegemaran Adam "

"Eh! tapi"

"Tak de tapi-tapi..panggil Adam dengan nama Adam..Jika tidak, Adam bagitau kanda apa yang Aurora omelkan aritu"

:Heyy..tu peras ugut "

"Adam tak kira..Aurora kena panggil Adam dengan nama Adam juga..X de tengku-tengku"

"Kalau orang lain dengar tak elok..Tengku adalah adinda baginda tuanku"

"Aurora nak kanda tau Aurora panggil dia dgn nama stupid fucker ke"

"Eh! Mana boleh peras ugut Aurora macamni".

"Lagi satu,...Adam cadangkan Aurora berselimut satu badan, biar nampak mata aje kalau tak nak orang lain nampak lovebite tu...hahaha.." Adam bersuara sambil lari keluar dari istana hilir

"Adammmmmm!!!!!!"