Chereads / Gundik Tuanku / Chapter 6 - Kanda tak buat apa-apa

Chapter 6 - Kanda tak buat apa-apa

Istana Utama

Masing-masing mula bersurai dari majlis makan malam dan Aurora tidak melepaskan peluang keemasan bila dia nampak permaisuri tidak ditemani oleh Zainal Murad. Dia melangkah laju kearah permaisuri dan sesampainya dia didepan permaisuri dia menunduk tanda hormat

"Kanda Permaisuri, Adinda Aurora minta untuk mengundur diri untuk berehat" Aurora menunjukkan muka letih kepada Permaisuri.

" Baiklah adinda Aurora, kanda faham tentu adinda penat melayan tetamu dari negara luar tadi. Adinda boleh balik ke Istana Hilir"

" Terima kasih Kekanda Permaisuri, Adinda Aurora minta diri" Sebaik habis Aurora berkata-kata dia tidak tunggu walau sesaat laju aje langkahnya keluar dari balai santapan. Sebaik dia sampai dipintu keluar dibalai santapan Lela sudah sedia menunggunya dan terus mengikutnya dari belakang untuk balik ke Istana Hilir.

Zainal Murad yang sudah siap berpesan sepatah dua kata dengan beberapa pembesar istana minta diri untuk berehat dan melihat sekeliling balai santapan. Semuanya masih ada didalam balai santapan kecuali Aurora. Nampak gayanya Aurora sudah cabut dulu tanpa meminta kebenarannya untuk balik ke Istana Hilir. Memang seperti yang dijangka Aurora memang menjauhkan diri darinya dan entah kenapa hatinya sedih. Kakinya diatur kearah permaisuri yang sedang berbual dengan Rahmah dan Dalila.

" Adinda-adinda semua bolehlah balik ke kamar masing-masing.. Hari sudah jauh malam, pergilah berehat "

" Adinda minta diri " Ucap Rahmah dan Dalila serentak sambil tunduk hormat dan melangkah keluar. Zainal Murad hanya mengangguk dan memandang permaisuri

" Adinda baliklah ke kamar peraduan dulu. Kekanda ada perkara yang perlu diselesaikan dengan Penasihat Latif" Selesai Zainal Murad berkata-kata dia terus melangkah keluar dari balai santapan diikuti oleh Penasihat Latif dan beberapa pengawal Istana. Penasihat Latif tidak tahu perkara apa yang Zainal Murad ingin bincangkan dengan dirinya dan dia mengikut saja langkah kaki Zainal Murad. Selepas 10 minit berjalan keningnya mula berkerut kerana baru dia sedar bahawa langkah Zainal Murad mengarah ke Istana Hilir. Aduhai tuanku cakap ajelah nak pergi berjumpa dengan Cik Puan Aurora tak perlulah hamba jadi kambing hitamnya..Sesampai didepan pintu Istana.

" Tuanku Zainal Murad menyembah duli " Penasihat Latif mengumumkan kedatangan Zainal Murad. Pengawal Istana Hilir membuka pintu istana untuk Zainal Murad masuk dan seperti sebelum ini hanya Lela yang menyambutnya

" Mana Aurora?" Tanya Zainal Murad tanpa berdolak dalik

" Cik Puan didalam kamar peraduan "Zainal Murad melangkah kakinya kearah bilik peraduan Aurora dan sesampai didepan pintu bilik tersebut Zainal Murad terus menolak pintu bilik tersebut. Sebaik pintu bilik dibuka mata Zainal Murad melihat Aurora yang sedang baring terus duduk dan bulat matanya memandang kearahnya. Dari tindakan Aurora Zainal Murad tau yang Aurora terkejut dan Zainal Murad tidak rasa dia perlu menerangkan kepada Aurora kenapa dia ada disitu.

" Tu..tu..tuanku buat apa kat sini?" Tanya Aurora tergagap-gagap

"Aurora rasa kenapa kanda disini?" Zainal tanya balik Aurora..Ish..Mamat gatal ni memanglah suka sangat jawab soalan kita dengan soalan

" Entah, mana Aurora tau , tu sebab Aurora tanya " Jawab Aurora malas nak melayan Zainal Murad dan dia perhatikan setiap langkah Zainal Murad. Berjaga-jaga. Zainal Murad melangkah kearah katil dan Aurora cuak.

" Tuanku nak buat apa ni?" Tanya Aurora panik tapi masih tak berganjak. Zainal Murad naik dan duduk diatas katil disebelah Aurora, Aurora menjarakkan dirinya dari Zainal Murad

" Kenapa? Ada benda yang kanda tak boleh buat dengan adinda ke?" Tanya Zainal Murad lagi sekali.. Ishhh..kenapalah mamat ni payah sangat nak jawab soalan

" Er..err..err.. " Aurora kehilangan kata-kata

" Apa er..er..er ? Mari sini dekat kanda "

" Tapi A " belum sempat Aurora menghabiskan ayatnya ianya dah dipotong oleh Zainal Murad

" Apa tapi-tapi. Mari sini dekat kanda...Kanda tak suka cakap banyak kali atau Aurora nak kena macam semalam?" Zainal Murad bersuara tegas dan muka Aurora merah bila Zainal Murad sebut perihal semalam dan perlahan-lahan dia berganjak ke arah Zainal Murad tapi tidak terlalu dekat. Zainal Murad mengeluh dan dengan separuh mengiring memegang pinggang Aurora dengan kedua-dua tangannya dan menarik Aurora ke arahnya. Aurora kejang dengan tindakan Zainal Murad tapi tidak berani menolak.

" Sekarang payah betul nak duduk dekat dengan kanda ya " Komplen Zainal memandang Aurora yang kini disebelahnya dan tangan kanannya masih memeluk pinggang Aurora sementara tangan kirinya mengelus pipi Aurora.. Pipi dan telinga Aurora mulai merah. Jantungnya macam nak gugur. Mesti dia dengar bunyi jantung aku...aduhhh...Mamat ni memang tak baik untuk kesihatan aku.

" Kenapa Aurora balik ke Istana Hilir tanpa bagitau kanda?" Tanya Zainal Murad

" Tuanku sibuk dengan pembesar Istana dan Aurora dah bagitau untuk balik kesini pada kanda permaisuri " Jawab Aurora konon nak tunjuk baik dan tanpa disangka tangan kiri Zainal Murad memegang tengkuk Aurora dan bibirnya bertemu bibir Aurora dan bila Aurora tidak membuka mulutnya tangan kanan Zainal Murad yang memegang pinggang Aurora menarik Aurora keatas ribanya menyebabkan Aurora terkejut hingga bulat matanya memandang Zainal Murad dan secara tak sengaja Aurora membuka mulutnya dan lidah Zainal Murad masuk kedalam mulut Aurora dan meneroka didalamnya. Nafas Zainal Murad mula tidak teratur begitu juga dengan Aurora yang bagaikan orang yang sesak nafas. Zainal Murad melepaskan bibir Aurora dan mula mencium leher Aurora dan tangan kanan Zainal Murad mengusap-gusap belakang Aurora dan tangan kirinya mengusap kepala Aurora dan Zainal Murad berhenti bila dia dengar Aurora mengerang. Dia pandang Aurora yang sudah merah padam mukanya dan dia tahu kalau dia nak dia boleh teruskan tapi dia tahu Aurora belum bersedia.

" Tu denda sebab balik Istana Hilir tak cakap dengan kanda " Zainal Murad berbisik sambil menyentuh telinga Aurora dengan lidahnya.Muka Aurora makin merah dengan tindakan Zainal Murad dan dia tak tau nak cakap apa, hanya memandang Zainal Murad dengan mata tak berkelip. Zainal Murad suka guna alasan denda untuk buat benda yang bukan-bukan padanya.

Zainal Murad menggangkat Aurora dan dibaringkan disebelahnya. Zainal Murad pandang Aurora sambil tersenyum tapi dia nampak dari raut wajah Aurora yang Aurora panik

" Dinda tidurlah, jangan bimbang kanda tak buat apa-apa" Zainal Murad menunduk dan mencium bibir Aurora sekilas dan baring disebelah Aurora. Aurora terkelip-kelip matanya. Kenapa Zainal Murad suka sangat mendera hatinya sebab jantungnya berdegup sangat laju ketika ini.