Chereads / Gundik Tuanku / Chapter 8 - Selamatkanlah Cik Puan Aurora

Chapter 8 - Selamatkanlah Cik Puan Aurora

Zainal Murad yang sedang membaca mengangkat kepalanya bila terdengar pintu biliknya dibuka. Jari jemarinya mencapai cawan teh diatas meja dan dihirupnya teh tersebut perlahan-lahan ketika matanya menangkap kelibat manusia yang mengganggunya.

"Aik, kanda sorg aje ke? Mana peneman setia kanda?" Tanya Adam yang tersengih sambil menarik kerusi dan duduk didepan zainal murad.

" Penasihat Latif ada diluar..Adinda tak.jumpa dia diluar ke tadi?" Jawab zainal murad selamba walaupum dia tau adam.bertanyakan aurora

" hahaha...pandai kanda buat kelakar kan...kanda tau adinda tanya perihal siapa sebenarnya"

" Aurora? Dia kat istana hilir la.." Jawan zainal murad bersahaja

" Istana Hilir" Bukan ke waktu macam ni biasanya Aurora ada disini..merengek nakkan perhatian kanda"

" Tu biasanya bukan selalu"

"Setiap hari dia datang sini tanpa gagal walaupun sehari tu kanda ckp bukan selalu?..Selalu tu 24 jam sehari ke kanda? Adam mengangkat keningnya bertanya dan buat-buat bodoh.

" Hmmm...datang sini nak tanya pasal aurora atau nak teman kanda sebenarnya ni"

" Sebenarnya tak de niatpun nak teman kanda sebab tau kanda mesti ada peneman setia tapi tak sangka pulak teman setia kanda tak muncul ari ni..Jadi sebab takut kanda rasa sunyi dengan rela hati adam temankanlah kanda "

"Ikut suka hati adamlah"

" Kanda bertelingkah dengan Aurora ke?"

" Kenapa Adam cakap begitu"

" Adam tanya aje sebab sejak bila pulak Aurora pandai amk cuti dari menempel dengan kanda."

" X de sebab kanda nak bertelingkah dengan Aurora walaupun kadangkala perangainya agak kebudak-budakkan sedikit"

" Baguslah macam tu kanda...Kalau kanda bahagia adampun gembira tapi adam nampak muka kanda macam orang tak gembira sahaja..kanda tak sihat ke?"

" Kanda sihat. Mungkin kanda penat agaknya"

" kalau kanda penat baik kanda pergi berehat ataupun kanda blk berehat dan tenangkan fikiran sambil ambil angin ditaman sebab adam nampak aurora ada ditaman istananya"

" ah..idea baik tu..baik kanda ambil angin petang-petang ni". Zainal murad lantas menutup bukunya seraya bangun dan melangkah keluar dari bilik bacaannya tanpa mempedulikan adam yang masih ada didalam biliknya

adam "....."

×*****//***************///////******************

"Aurora"

Aurora yang sedang berbual dengan Lela terkejut bila terdengar suara Zainal Murad dari arah belakangnya. Kedua-duanya memandang kearah Zainal Murad dan Penasihat Latif dan beberapa pengawal bersamanya.

" Tuanku" sapa Aurora dan Lela serentak hendak bangun tapi Zainal Murad mengangkat tangannya tidak membenarkan mereka bangun. Zainal Murad mengambil tempat duduk disebelah Aurora. Aurora memandang Zainal Murad yang duduk disebelahnya tidak berkelip

Penasihat Latif memandang Lela seakan memberi isyarat supaya bangun dan meninggalkan Zainal Murad dengan Aurora

Lela bangun dan menunduk hormat dan berjalan dari tempat Aurora dan Zainal Murad berada.

Penasihat Latif, Lela dan beberapa pengawal berdiri tidak berapa jauh dari tempat Zainal Murad dan Aurora.

" Kenapa Dinda pandang kanda macamtu"

Tanya Zainal Murad bila Aurora masih memandangnya

" Apa tuanku buat disini?" tanya Aurora masih memandang Zainal Murad

" Kanda penat dan nak berehat sebentar" Jawab Zainal Murad sambil merebahkan badannya dan meletakkan kepalanya diriba Aurora. Bulat mata Aurora memandang Zainal Murad seakan tidak percaya yang Zainal Murad berbaring diatas ribanya

" Tuanku" Hanya itu yang keluar dari mulut Aurora

" Bagi Kanda rehat sebentar ya..Kanda penat sangat " Pinta Zainal Murad sambil memejamkan matanya..Diapun tak tahu apa yang terjadi dengan dirinya dan entah kenapa dia terasa ingin bermanja dengan Aurora

Aurora memandang muka zainal murad diribanya...Bulu keningnya lebat, bulu mata yang panjang..macam perempuan..tak payah sibuk-sibuk nak pakai extention macam perempuan zamannya. Hidung mancung, Bibir merah..Yelah tak isap rokok mestilah bibir merah kan..Geramla pulak tengok bibir tu dan tanpa sedar jari Aurora mengelus ulas bibir Zainal Murad. Entah kenapa dia terasa ingin mencium bibir tersebut. Tak perasan plk selama ni handasome gak suami aku..

Dari bibir , Aurora mula menyentuh kening zainal murad dan tangannya satu lagi mula mengelus perlahan rambut zainal murad..dia tak tahu dari mana dia dapat keberanian untuk menyentuhnya tapi itulah yang dia buat sekarang. Kadang-kadang pipi dan rahang zainal murad dielus perlahan dengan jari telunjuknya seakan cuba menyimpan gambaran tersebut didalam kotak fikirannya

Dalam dia menghayati wajah Zainal Murad dia langsung tak sedar yang Zainal Murad tidak tidur sebaliknya hanya memejamkan matanya saja dan Zainal Murad menikmati setiap sentuhan dari Aurora. Semakin lama degupannya jantung Zainal Murad semakin laju dengan sentuhan Aurora dan Zainal Murad akhirnya kalah. Dicapainya tangan Aurora di mukanya dibawa tangan tersebut kebibirnya..Diciumnya setiap jari jemari Aurora. Terberhenti jari Aurora yang mengelus rambut Zainal Murad. Dia terkejut amat sangat. dia tau dia kantoi kali ni.

Penasihat Latif, Lela dan pengawal-pengawal memusing badan masing-masing membelakangkan pasangan terbabit. Merah padam muka mereka tidak sangka akan tindakan Zainal Murad

Jari jemari Aurora yang diciumnya tadi digigit-gigit perlahan, dijilat jari tersebut dan dihisapnya bagai menikmati aiskrim yang paling sedap.

"Uh" Terdengar keluhan dari bibir Aurora.. Zainal Murad memandang wajah Aurora yang mulai memerah dan bila dilihatnya mata Aurora yang terpejam sambil mengigit bibir bawahnya, benteng pertahanan Zainal Murad roboh serta merta.

Tanpa sedar Zainal Murad bangun dan tangan sasanya merangkul pinggang Aurora dekat padanya. Dijilatnya bibir Aurora dan bila Aurora membuka bibirnya dia tanpa berlengah menghulur lidahnya kedalam mulut Aurora dan meneroka setiap pelusuk didalamnya.

Bila dia rasa Aurora bertindakbalas dengan ciumamnya seakan memberi kebenaran, tangan Zainal Murad memegang tengkuk Aurora dan menciumnya sepuashatinya. Bila dia terasa tangan Aurora menolak lemah dadanya dia tahu Aurora sudah kehabisan nafas dan dia berhenti mencium bibir Aurora tapi bibirnya mengalih sasarannya ke leher Aurora, digigit geram leher Aurora.

" Nal" Rengek Aurora.. Penasihat Latif, Lela dan pengawal-pengawal yang ada bulat mata bila dengar Aurora memanggil Zainal Murad, Nal. Tiada sesiapa berani memanggil Zainal Murad begitu..masing-masing berdoa...Kau selamatkan la Cik Puan Aurora..

" Mm" Mengangkat keningnya seakan bertanya sebab tak silap dia, dia terdengar Aurora memanggilnya dengan panggilan namanya bukan tuanku atau kanda

" Nal, kita kat luar ni" Protes Aurora.. Masing-masing memejamkan mata tidak sanggup melihat apa yang berlaku keatas Aurora bila Zainal Murad naik angin.

" Mmm" Zainal Murad senyum sebab Aurora wanita pertama yang memanggilnya dengan panggilan namanya. tu pun bukan nama penuhnya tapi Nal, dia suka bila Aurora panggilnya begitu. Zainal Murad bangun sambil mendukung Aurora dan berjalan laju kearah Istana Hilir.

" Nal, turunkan i, " Protes Aurora sekali lagi. Aurora sentiasa buat dia kagum sebab dia betul-betul berani..dia bukan saja panggil namanya Nal tapi bahasakan dirinya i. Ternganga masing-masing bila tengok Zainal Murad tidak marah bahkan tersenyum sambil mendukung Aurora..Apa dh jadi dengan Tuanku hari ni?

"Kalau dinda jalan lambat sampai dan kan dinda cakap kita kat luar..jadi kanda nak bawak dinda masuk dalam" Jawab Zainal Murad mengangkat keningnya sambil mencium bibir Aurora. Muka Aurora merah padam. dia menyorokkan mukanya didada bidang Zainal Murad buat Zainal Murad tergelak perlahan.

Masing-masing mengikut pasangan terbabit dari jauh