Chereads / Gundik Tuanku / Chapter 2 - Pantaipun boleh berubah

Chapter 2 - Pantaipun boleh berubah

Istana Hilir…

Aurora sampai di istananya dengan keadaan termengah-mengah. Sedang dia mengurut-gurut dadanya kerana kepenatan dari larian marathonnya, dia ditegur oleh Lela yang membawa segelas air bersamanya.. Tak sempat Lela bersuara gelas didulangnya telah diambil oleh Aurora dan diteguk sekali gus sambil berdiri

Lela "…." Ni Cik Puan aku ke? Malu kalau orang nampak

" Ah..Leganya..Sibuk aje.. orang nak melepakpun tak senang "

" Cik Puan, Lela masuk dulu la..kalau Cik Puan nak apa-apa panggil Lela ya..Lela tak nak ganggu Cik Puan "

" Eh!. Aurora bukan cakap Lela la..Aurora cakap pasal orang lain "

" Owh1. Lela ingat Cik Puan Cakap pasal Lela… Cik Puan Cakap pasal siapa sebenarnya "

" Entah, Masa Aurora duduk melepak kat taman tadi ada beberapa orang lelaki pandang Aurora semacam..macam nak makan pun ada.. Aurora pun tak pasti siapa jadi Aurora pun apa lagi…Ca Alif But la "

" Taman? Taman Istana Hilir ke Cik Puan "

" Bukan. Istana sebelah "

" Istana tengah ke Cik Puan ? "

" Bukan"

" Istana Hulu ke Cik Puan ?"

" Eh! Bukanlah "

" Kalau Istana utama biasanya hanya tuanku dan pegawainya saja, Cik Puan "

" Owh "

"…" Biasanya kalau Cik Puan Nampak tuanku mesti dia dah berlari kearah tuanku ..Ni dia pulak yang lari..Pelik Cik Puan ni sejak jatuh dari kolam ni..

Istana Hulu

Cik Puan Dalila dari Istana Hulu dan Cik Puan Rahmah dari Istana tengah sedang berbual-bual ditaman sambil minum petang.

" Kanda, Kanda rasa Aurora tu dah sedar ke? "

" kanda rasa Aurora dah sedar sebab aritu Tabib Muluk ada cakap dia pergi Istana Hilir untuk periksa Aurora "

" Dalila ingat dia dah mati dah.. tak de la gundik yang membosankan.. Asyik nak menempel dengan tuanku aje… sedangkan bukan tuanku suka pun kat dia.. "

" hahaha..kandapun harap macamtu tapi panjang la pulak nyawa dia kan "

" Tuanku dah la tak suka lagi terkedeng-kedeng depan mata tuanku…Dia tak sedar agaknya yang tuanku tak suka dia tapi tuanku lebih sayangkan kanda "

" Nak buat macamana Tuanku memang sayangkan kanda dan tak suka dia..kanda la yang untung..ya tak?'

" Betul tu kanda… Tuanku asyik datang aje kat istana tengah jengah kanda.. Istana Hilir mana dia nak pandang "

" Berkulat la istana hilir tu tak lama lagi..hahaha "

" Kanda esok kita pergi ke istana hilir nak.. Kita jengok perempuan tak tau malu tu "

" Cadangan yang baik tu Dalila..esok pagi..kita pergi ya.."

Istana Utama

Zainal Murad yang menghala kearah Istana tengah tiba-tiba berhenti dan menukar arahnya ke Istana Hilir.. Dah sebulan Aurora sedar tapi langsung tak nampak mukanya walaupun sekali di Istana Utama. Gundik-gundiknya yang lain ada juga menjenguknya beberapa kali selain bertanya khabar siap ada yang bawa makanan dan herba untuk kegunaannya. Ini sekalipun tak pernah sejak dia sedar..Sejak bila dia dah lupa rutin hariannya tu?? Tanya sedar kakinya dah berada didepan pintu istana Hilir dan suara Penasihat Latif menyedarkannya

" Baginda Sultan mencemar duli ke Istana Hilir ".

Bulat mata Aurora bila dengar Zainal Murad ada didepan pintu istananya.. Apalah pulak dia nak..Aurora yang duduk bersantai bangun dan membetulkan baju kebaya pinknya.. Pintu Istana dibuka dari dalam oleh Lela

" Merafak sembah tuanku " Lela dan Aurora menunduk memberi hormat ke Zainal Murad.

"Tinggalkan kami " Arah Zainal Murad kepada Lela dan Lela pergi ke dapur menyiapkan minuman dan makanan ringan buat mereka. Zainal Murad berjalan kearah ruang tamu dan duduk sambil bersilang kaki.. dia memandang Aurora yang masih tercegat tak bergerak. Dah macam statue pulak.

" Mari sini " Arah Zainal Murad masih memandang Aurora.. Aurora bergerak perlahan-lahan sebab takut kain batik lepasnya terselak dan dengan muka tak berapa gembira dia duduk dikerusi berhadapan Zainal Murad. Ni yang leceh ni..Kita tak pi kat dia tak payah la rajin-rajin datang kat sini…bukan ada hasil pun.

' Kenapa duduk situ " Tanya Zainal Murad

" Owh…Sedap duduk kerusi ni….Lebih empuk dari kerusi lain..Ni kerusii kegemaran Aurora.. tu sebab duduk sini " Aurora cuba beralasan.. Ajaib..biasanya pantang kita ada asyik nak menempel..ni nak duduk jauh-jauh pulak..

" Tak nak duduk tepi Kanda " Usik Zainal Murad nak tengok reaksi Aurora... Aurora ternganga..Aduh..kanda dinda la pulak..Kena panggil kanda juga ke? Tak yah kot..cam geli jer anak tekak nak berkanda dinda ni.

"Tak nak la..Tak de pengudaraan kat situ.. kat sini lebih selesa" Jawab Aurora selamba sambil tersengih..Isyyy sapa nak duduk dekat mamat miang macam dia tu.. Dah penat goda yang lain la tu yang mengacau kat sini pulak.

" Aurora " Zainal Murad panggil Aurora perlahan

" Ya Tuanku ..Tuanku dah nak balik ke?" Tanya Aurora dengan mata bercahaya

Zainal Murad " ??? " Aikkk…Halau nampak! Sejak bila pandai halau-halau ni??

TOK….TOK....

" Tuanku Cik Puan, Lela datang hantar Minuman dan makanan sedikit " Tanya Lela…Eh! antar makan minum la pulak Lela ni..nanti dia tak reti nak balik pulak…Biarlah kering tekak dia nanti bolehlah dia balik cepat-cepat.…adoiiiila Lela ni..Time ni la dia nak buat terlebih rajin…

" Masuk " Jawab Zainal Murad sepatah. Lela masuk dan letak kuih dan air diatas meja didepan Zainal Murad dan Aurora..

" Silakan Tuanku " Pelawa Aurora separuh hati... Kalau tak nak pun bagus gak…Nanti boleh aku belasah sorang-sorang..Masing-masing menikmati hidangan dan mata Zainal Murad tak lepas dari memandang Aurora yang nampak tak selesa.. Dia letakkan cawannya di meja.

" Aurora " Panggil Zainal Murad

" Ya Tuanku " Jawab Aurora tidak puashati tanpa memandang Zainal Murad sebaliknya tekun makan kuih yang didepan matanya.. Sedap pulak karipap sardin ni.. Harap-harap dia tak makan dah.

" hahahah" Zainal Murad gelak gelihati tengok gelagat Aurora.. Aurora angkat muka dan pandang Zainal Murad sambil mengerutkan keningnya tak faham kenapa Zainal Murad ketawa..Ciannya..Sewel dah mamat ni..…

" Kenapa Aurora dah tak datang Istana Utama " Tanya Zainal Murad lagi

" Takde sebab nak pergi " Jawab Aurora singkat ..Dia ingat istana dia tu macam universal studio picture gamaknya siap ada taman tema yang ada roller coaster ataupun KLCC yang aku boleh pi shoppiing spree

" ingat sesat tak jumpa jalan " sakat Zainal Murad sambil tersenyum..

Aurora " Eh" Mamat ni perli aku gamaknya…..zaman ni memang boleh sesat sebab x de GPS..aisyyy

" Atau dah tak nak jumpa Kanda" Eh..mamat ni dah kenapa..Bini ramai-ramai..pi la kacau diaorang tu..dengan aku gak dia nak cari gaduh..

" Eh! Bukan macam tu… Tuanku mesti sibuk dengan macam-macam hal jadi Aurora rasa tak perlu ganggu Tuanku. " Jawab Aurora lembut.. Penat berlakun la kat sini tau, x de ke director nak cakap ' CUTTT'..

" Aurora, Aurora tau tak Aurora tak macam dulu" Zainal Murad pandang Muka Aurora..cuba cari budak manja yang suka merengek-rengek dan selalu datang ke istana utama dulu

" Tuanku tau tak Peribahasa ada mengatakan Pantaipun boleh berubah inikan pula kita manusia" Aurora jawab sambil angkat keningnya sambil tersengih. Tak sempat Zainal Murad nak buka mulut Aurora bersuara

" Eh…Dah lewat dah…(Aurora pura-pura mengantuk dan menguap)…" Tuanku mesti penat..Baik tuanku balik Istana utama dan berehat" Aurora bersuara lembut dan tersenyum tapi dalam hati…..Shooo..shooo..pi balik..menyemak kat sini..

Zainal Murad bukan tak tau yang Aurora cuma drama dan bukannya betul-betul mengantuk tapi dia tetap bangun dan berjalan keluar dari Istana Hilir. Sebaik kelibat Zainal Murad hilang dari pandangan Aurora menari-nari kegembiraan..

" Hoorayyy " sambil terus menari.

Lela "….."

Cik Puan aku ke ni?????