Istana Hilir
" Ketibaan Cik Puan Rahmah dan Cik Puan Dalila " Suara Inang Cik Puan Rahmah kedengaran didepan pintu Istana Hilir…Lela membuka pintu sambil menunduk hormat
" Silakan masuk Cik Puan Rahmah dan Cik Puan Dalila… Sebentar Lela bagitau ketibaan Cik Puan berdua kepada Cik Puan Aurora " Bagitau Lela sambil mengundur diri..Rahmah dan Dalila masing-masing menuju ke ruang tamu istana Hilir dan duduk disitu. Sementara Lela bergegas kebilik Aurora.
" Cik Puan, Cik Puan Rahmah dan Cik Puan Dalila datang kemari "
" Diaorang nak apa? Bagitau diaorang Aurora demam ke, sakit atau apa aje la. Malas nak layan " Protes Aurora yang berdiri didepan tingkap biliknya..
" Eh..tak boleh Cik Puan. Cik Puan Rahmah tu gundik kegemaran tuanku, nanti dia mengadu ke tuanku nanti Cik Puan yang susah "
" Ye la.. Ye la… Aurora keluar sekarang.. ishhh..leceh betul nak layan politik dalaman macam ni.. sapa suruh mamat tu kawin banyak-banyak entah.. " Aurora melangkah keluar dari biliknya dan pergi ke ruang tamu. Di ruang tamu dia nampak 2 wanita. Seorang berkebaya hijau manakala seorang lagi berkebaya jingga..
Dalam tidak rela..Aurora melangkah ke ruang tamu istananya. Ketika sampai ke pintu ruang tamu matanya terpaku kepada dua wanita yang tengah duduk santai sambil bergelak ketawa. Seorang berkebaya merah bersanggul tinggi dengan hiasan bunga mawar memenuhi sanggulnya, nampak tinggi walaupun ketika duduk.. punya wajah yang cantik dan tubuh badan persis seorang model, kulit putih kekuningan manakala seorang lagi berkebaya hijau tidak setinggi dan secantik seperti yang kebaya merah..wanita kedua ini bersanggul agak rendah dan mempunyai hiasan bunga cempaka keliling sanggul bulatnya.. Sedang Aurora merencana apa dia nak panggil kedua-dua mereka, Aurora disapa oleh wanita berkebaya hijau. Aurora mengangkat mukanya dan tersenyum.
"Adinda Aurora, dah sihat ke? Kanda Dalila dah lama nak datang bertandang bertanyakan khabar Aurora tapi baginda tuanku tidak membenarkan sesiapa datang melawat adinda sehinggalah semalam baginda tuanku membenarkan kanda berdua kemari " Dalila berbasa basi... Oh inilah dalila dan yang sorang lagitu mestilah Rahmah kan..Gundik kesayangan mamat sengal tu..
" Aurora beransur pulih tapi masih tidak berapa sihat kanda dan terima kasih datang bertandang bertanyakan kesihatan Aurora " Aurora menjawab sambil menunduk kepalanya tanda hormat dan berjalan kearah sofa dan melabuhkan punggungnya didepan Dalila dan Rahmah
Dalam masa yang sama Lela masuk dengan dulang berisi juadah makan petang. Dia duduk melutut ditepi meja sambil meletakkan juadah dan air minuman yang dibawa sambil matanya mengerling kearah tetamu-tetamu Cik Puannya dan dia tau sebentar lagi mesti terdengar jerit pekik Cik Puannya kerana naik angin dengan Cik Puan Dalila dan Rahmah sebab itulah yang selalu berlaku sebelum ini.. Cik Puan Dalila dan Rahmah pun tak de kerja selalu sangat nak sakitkan hati Cik Puannya, kadang-kadang saja datang ke istana hilir hanya untuk cari pasal dengan Cik Puan Aurora..Setelah siap meletakkan hidangan Dalila berlalu tapi tidak pergi jauh sebab risaukan keadaan Cik Puannya.. Dia berdiri dibalik pintu menunggu jika Cik Puannya hilang kesabaran lagi kali ini.
" Maafkan kanda Rahmah ya adinda Aurora sepatutnya semalam lagi kekanda datang bertanyakan khabar Aurora tapi kanda tak berkesempatan. Maafkan kanda ya " Rahmah pula memulakan bicaranya.. Dalam fikiran Aurora, tak datang pun tak apa..tak menyemak aku nak berkanda berdinda dengan korang.
" Tidak mengapa kanda Rahmah, Aurora tidak ambil hati.. Oh ya kanda berdua, sila jamah serba sedikit juadah yang disediakan" Aurora layan aje drama mereka berdua. Korang berdua ni memang layak jadi pelakon drama tv3 pukul 7 setiap petang tu.
" Mana kanda Rahmah punya masa untuk datang semalam jika paduka baginda ada dengan kanda Rahmah. Tidak eloklah jika kanda Rahmah tinggal paduka baginda begitu saja " Dalila cuba mempertahankan Rahmah sambil cuba menyakitkan hati Aurora sebab biasanya Aurora akan naik angin bila kena provok oleh mereka sambil tangannya mengambil kuih seri muka didepannya.
" Jangan berbicara begitu adinda Dalila, kanda Rahmah tidak mahu adinda Aurora terasa hati sebab baginda tuanku selalu meluangkan masanya denga kanda Rahmah" Rahmah bersuara konon-kononya ingin menjaga hati Aurora tapi dalam masa yang saje nak menunjukkan yang baginda tuanku banyak luangkan masa dengannya.
" Ah! Tidak mengapa kanda berdua.. Aurora tidak apa-apa jauh sekali berkecil hati bahkan amat gembira jika baginda tuanku meluangkan masanya dengan kanda berdua.." Jawab Aurora ikhlas sambil tersenyum. Ada aku kisah mamat tu datang tempat kau..lagi bersyukur adalah.. yang aku kisah bila dia gatal nak datang tempat aku.. huh..Rahmah dan Dalila berpandangan sesama sendiri dan terkesima sebab tidak sangka Aurora tak naik angin macam selalu bahkan boleh tersenyum lagi...Pelik..
" Jika begitu kata adinda Aurora tidaklah kanda rasa bersalah jika baginda tuanku selalu meluangkan masanya dengan kanda Rahmah " Rahmah masih cuba nak menyakitkan hati Aurora sebab dia tahu Aurora tergila-gilakan Zainal Murad.
" Jangan bimbang kanda Rahmah.. Baginda tuanku boleh luangkan masanya 24 jam sehari ataupun 365 hari setahun dengan kanda Rahmahpun Aurora tiada masalah." Jawab Aurora tersenyum manis sambil mengangkat cawannya dan menghirup perlahan air didalamnya. Hahaha..lagi bagus..senang hidup aku tak perlu mengadap mamat gatal tu...bukan setakat 365 hari sampai bila-bilapun tak pe...Rahmah dan Dalila terlopong mulut mereka mendengar kata-kata Aurora. Dah kenapa si Aurora ari ni???? Tidak sempat Dalila atau Rahmah nak buka mulut Aurora menambah
" Aurora minta maaf kepada kanda berdua sebab sekarang masa Aurora untuk makan ubat dan berehat. Aurora minta diri dulu ya..terima kasih sebab datang betandang ke istana Hilir " Aurora bangun dari sofa dan terus melangkah tanpa bagi peluang kepada Dalila atau Rahmah untuk bersuara..Setelah sampai di balik pintu, Aurora memegang dadanya,,,hmmm selamat satu lagi bab... Aduhhh letih laa dan Lela yang memandang Cik Puannya terlopong mulutnya sebab tak sangka ari ni tak de adegan jerit pekik macam biasa... PELIK
" Kanda Rahmah, Aurora tu dah kenapa? Tidak pernah dia berperlakuan begitu " Dalila tidak sabar mengutarakan pandangannya.. Dalila rasa perangai Aurora berbeza dari dulu..Aurora sekarang tenang saja walaupun diprovok olehnya dan Rahmah..
" Kanda Rahmahpun tak tahu dah kenapa dengan Aurora tu.. mungkin saja nak tunjuk baik dengan kita berdua agaknya sambil mengambil hati baginda tuanku, siapa tahu apa yang bersarang difikirannya tu " Rahmah berkata seraya menjuihkan bibirnya.. Tidak langsung percaya dengan tindak tanduk Aurora walaupun dia nampak perilaku Aurora berlainan dari biasa
" Betul juga kata kanda Rahmah, bukan boleh percaya..entah-entah berlakun baik aje " Dalila menyokong apa yang dikata oleh Rahmah sambil mengangguk-ngangguk kepalanya.
" Marilah kita pulang, dah hampir petang ni.. kanda nak bersiram dan bersiap sebab baginda tuanku ada berjanji nak datang ke istana kanda Rahmah malam ni " Rahmah bersuara girang sambil bangun dan diikuti Dalila keluar dari istana hilir.