Chereads / Mahou Shoujo Primula (Malay) / Chapter 13 - Bab 3.4 - Mengapakah kawan perempuanku yang baru dikenali dan sahabat sejak zaman kecilku perlu berperang?

Chapter 13 - Bab 3.4 - Mengapakah kawan perempuanku yang baru dikenali dan sahabat sejak zaman kecilku perlu berperang?

Bahagian IV

"Musuh!" Suara Aya mengembalikan aku, Kurosaki Yami ke dunia nyata. Aku benar-benar berasa keliru apabila didekati Aya sebegitu. Dia memang comel. Tetapi....

"Ah?!" Aku seperti pertama kali bertemu dengan Aya, ditolak ke tepi kerana aku hanyalah penyibuk di situ. Marahku tidak terbit, melihatkan sebilah duri yang tajam tertusuk di lantai, di tengah antara aku dengan Aya. Jika reaksi Aya lambat, pasti salah seorang antara kami bakal menerima kesannya. Aya telah melangkah menjauhiku menghadapi musuhnya itu. Kemudiannya, dia mula membacakan mantera....

"Bertukar...! Eímaste oi eklektoí parthenikí̱….. ekeínos ton opoío prostatév̱ei ton kósmo... as metatrépei... Primula!" Cahaya yang terang-benderang membutakan mataku. Apabila cahaya itu menghilang, aku lihat seorang mahou shoujo berdiri dengan aksi tersendiri, berhadapan "entiti asing" yang menyerang kami. Makhluk itu agak tinggi, lebih dua meter, kelihatan teruja untuk menghadapi Aya.

"Käfer! Entiti B+?!" Aya yang kini bergelar Primula, menunjukkan raut wajah terkejutnya apabila berhadapan raksasa itu. Entah mengapa dia bereaksi sedemikian rupa, seolah-oleh menemui musuh yang sangat hebat. Bukankah Aya sudah menewaskan makhluk kelas AA? Aku harap raksasa ini mudah ditewaskan oleh Aya. Bentuk raksasa itu dikatakan seperti kumbang tanduk ini ternyata lebih besar daripada manusia,dan memiliki duri yang boleh dipanah seperti landak.

"Gu,gu,gu... Primula! Matilah..." Duri-duri pada badan raksasa itu memanah pantas ke arah Aya. Dia menggunakan pedang kristalnya mematahkan serangan berduri itu dengan menepis dan menghancurkannya. Setelah serangan itu terhenti, seraya Aya pun menerpa ke arahnya.

"Hiyaaah!!!!" Pedang kristal Aya cuba memancung anggota badan entiti itu, tetapi gagal. Badannya memang keras, seperti perisai yang kukuh. Aku mula berasa pelik akan hakikat ini. Serangan tersebut sepatutnya bukan kuasa sebenar Aya. Aya merupakan pahlawan sakti yang hebat. Kata-kata Aya bergema kembali dalam benakku. Aya memerlukan kebenaranku untuk menggunakan kuasa nyawaku!

"Gunakan serangan berkuasa kamu!" Kataku, cuba menamatkan situasi genting sekarang.

"Ta-tapi..." Aya seperti teragak-agak untuk menggunakan kuasanya. Ah, dia bimbang menggunakan "nyawa"ku? Adakah itu sebabnya Aya bimbang untuk bertempur dengan raksasa itu?

"Gunakan sahaja kuasa itu! Jangan pedulikan aku!" Kataku, tegas. Lantas Aya pun melompat ke arahku menamatkan serangannya ke atas raksasa itu. Aku tidak faham mengenai tindakan Aya itu...

"Ma-maaf..." Kata Aya, mendekatkan wajahnya padaku. Ea? Eaaa? Apakah yang berlaku. Kenapa dia terlalu hampir denganku? Jarak itu terlalu dekat sehingga aku boleh merasai helaan nafasnya hinggalah bibirnya menyentuh bibirku.

"Chu..." Kucupan kedua kami berlaku, membuatkan diriku bagai direjat dengan elektrik. Kelembutan bibir mungil itu tidak mungkin terpadam dalam ingatan aku...

"Aaaa....." Aku berundur beberapa tapak ke belakang, keseganan teramat, terlalu terkejut dengan situasi itu. Namun, situasi Aya berbeza, kerana badannya itu bersinar cahaya kilauan menunjukkan kuasa Aya yang berada dalam keadaan kemuncak.

"Ah, tak guna!" Raksasa di hadapan kami itu cuba menyerang apabila mengesan perubahan kuasa Aya, namun segalanya sudah terlambat bagi entiti B+ itu.

"Terimalah, serangan bintang!" Pancungan datang daripada pedang Aya, telah memusnahkan raksasa kumbang itu tanpa sebarang masalah. Sekelip mata, kemelut yang mengancam nyawa kami itu hilang begitu sahaja. Ciuman – realiti ini membuatkan aku mula berpeluh apabila terfikir akannya. Inikah yang dimaksudkan dengan "kebenaran" untuk menggunakan "nyawa"ku? Jika begitu, setiap kali Aya mahu menggunakan kuasanya, dia memerlukan kucupan itu? Tidak, a-aku begitu lelaki miang atau apa-apa... Tolong kuatkan semangat diri kamu, Yami!

"Yami-san, terima kasih..." Kata Aya, yang kini bukan lagi "mahou shoujo" setelah bertukar kembali menjadi asalnya. Aku spontan menatap bibir Aya, sebelum mengalihkan pandangan kerana segan. Wajah merahku tidak dapat disembunyikan lagi. Melihatkan wajahku kemerahan, Aya juga turut tunduk malu, namun, dia menghampiri aku sekali lagi.

"Yami-san... Saya ci-....."

"Boom!" Bunyi pintu yang kuat mematikan kata-kata Aya. Kami berpaling ke arah bunyi kuat tersebut.

"Master kamu tiada apa-apa?!" Mai berlari ke arah Aya, memeriksa keadaannya. Mai tergesa-gesa ke sini kerana mungkin dapat mengesan kelibat raksasa itu.

"Kami tiada apa-apa..." Kataku. Mai memandang ke arahku, dan menyindir.

"Yarem-sama tidak mati lagi, tsk...." Mai mendengus. Marah melihat aku berada hampir dengan Aya. Adakah dia berharap raksasa yang muncul itu akan membunuh aku?!

"Apa maksud kamu itu? Tunggu, siapa Yarem?!" Aku memarahinya kerana menamakan aku dengan panggilan pelik.

"Yami + Harem = Yarem! Betul tak?" Mai masih mengekalkan muka tidak bersalahnya. Urat marahku bagai timbul di kepala.

"Apa...?!" Kataku, tambah marah lagi.

"Hmmph... Mari kita pulang, Master. Tinggalkan kaki perempuan ini di sini! Lebih baik master berehat di rumah kita sahaja!" Mai menarik lengan Aya, tetapi Aya memandangku curi-curi sambil tersenyum malu. Aku mengejar mereka dari belakang.

"Hei, nanti dulu! Itu rumah aku!" Kata keras, tetapi Mai tidak memperdulikan aku.

.........................

Malam itu aku hanya menghabiskan masa di atas katil, merenung siling yang kosong itu. Apakah yang ingin disampaikan oleh Aya ketika bertemu dengan aku di atas bumbung sekolah itu. Kekesalannya? Kebenciannya? Aku tidak faham situasi hatiku sekarang. Wajah Aya berlegar-legar dalam otakku, kerana ciuman itu. Kenangan aku dan dia, mula merawang memenuhi kotak memori aku. Aku garu-garu kepalaku yang tidak gatal.

"Berfikir pasal Aya?"

"Ya..." Aku menjawab pertanyaan suara misteri itu. Suara misteri? Aku berpaling ke arah suara itu. Aria Sinclair, yang sedang mengunyah gula-gula getah, memegang kertas-kertas analisisnya, muncul tiba-tiba di dalam bilikku, yang aku yakin telah dikunci sebelum terbaring di katilku.

"Sudah saya jangkakan..." Ujar Aria selamba.

"Tunggu! Bagaimana kamu boleh masuk!? Ini bilik aku, dan sekarang ialah masa privasi aku!" Kataku membentak kehadiran Aria. Aria hanya tersenyum, lalu dengan selambanya duduk di atas katilku.

"Saya ketuk beberapa kali, namun tiada respon. Saya buka pintu itu dengan menggunakan kunci master rumah ini. Lagipun, bukankah saya yang mereka bentuk dan mengubah suai rumah ini? Segala-galanya berada di tangan saya, hahaha..." Kata Aria, mendabik dadanya yang rata ibarat padang rumput itu. Aku mengeluh kecil.

"Pasti awak memikirkan sesuatu yang tidak sopan tentang saya, bukan?" Aria menjeling ke arahku, seakan-akan mendengar komenku tentang dada saiz AA itu.

"Itu hanyalah khayalan kamu sahaja. Walaupun kamu mempunyai kunci master, bukan bererti kamu boleh masuk sesuka hati bilik aku...." Ujarku kepada gadis kecil itu.

"Ciuman, muah...." Kata-kata Aria itu membuatkan aku kaku. Cuba berlagak biasa, aku mengawal emosi aku.

"A-apa yang kamu merepekkan ini?" Aku mengalihkan pandanganku.

"Kebenaran menggunakan kuasa..."

"Kamu tahu?!" Aku terkesima apabila bicara pendek Aria itu mendedahkan segala-galanya. Aria senyum sinis melihat wajah terkejutku.

"Sudah tentu, saya ialah orang penting yang menguruskan Ros Perak, organisasi paling tua dalam Mahou Shoujo...." Aria dengan bangga, memaklumkan sesuatu yang aku tidak tahu. Aku tidak faham dengan istilah Ros Perak mahupun organisasi. Mungkin merujuk kepada kumpulan mahou shoujo, seperti "geng" Power R**ger.

"Apakah sebenarnya kumpulan Ros Perak itu? Aku mendengarnya beberapa kali, tetapi masih tiada sesiapa pun yang mahu menerangkannya. Siapakah sebenar Aya yang kamu gelarkan sebagai ketua kumpulan itu? Mengapa kamu memanggilnya "Master"? Apakah tujuan kalian yang sebenar? Sekadar melawan raksasa-raksasa pelik itu?" Soalku bertubi-tubi, cuba mencari penjelasan sahih mengenainya.

"Master tidak pernah memberitahu hal ini kepada kamu? Pelik...." Aria memandangku, yang terlalu terdesak mengetahui hal sebenar.

"Jadi, beritahu aku!" Aku tegas dengan suaraku. Aria menarik nafas, kemudiannya duduk di katil, sebelahku. Aku yang sedang menunggu jawapan itu, membiarkan gadis itu berkelakuan sebegitu. Agak beberapa ketika, barulah Aria bersuara, memandang ke arahku;

"Hmmm... Baiklah...." Aria membuka mulutnya menceritakan segala-galanya...

Dan, salah satu daripada fakta yang mengejutkan aku ialah kewujudan dan identiti Grand Meister Mahou Shoujo yang pertama...