Bahagian II
"Kring........." Bunyi jam loceng bergema memecah keheningan sepi pagi di bilik aku, Kurosaki Yami. Aku mencelik mataku, yang kupaksakan terkatup, masih enggan terlena selepas aku mendengar cerita Aria, malam tadi. Segala yang dirahsiakan telah terbongkar oleh Aria. Terlalu kompleks dan rumit untuk dihadam. Kadang-kadang aku sendiri tidak faham akan segala yang terjadi. Apabila aku mempertikaikan kepincangan yang dihadapi mereka itu, jawapan mereka cukup mudah, "takdir". Mereka merupakan insan terpilih, yang harus memikul tanggungjawab itu.
"Hua....." Aku menguap. Mataku berat semalaman angkara tidak tidur memikirkan kisah lampau milik Aya daripada mulut Aria. Betapakah sengsara keperitan dipikulkan gadis itu, tidak terjangkau akan akalku. Aku membuang fikiran itu lalu melangkah ke bilik air yang tersedia di bilikku. Aku segera bersiap-siap untuk pergi ke sekolah seperti biasa. Apabila aku turun dari bilikku di tingkat dua, bau harum makanan sarapan memenuhi ruang tamu, menyerang hidungku. Aku lihat makanan sudah tersedia di atas meja makan, disediakan oleh gadis-gadis yang menghuni rumah ini.
"Yaa-kun, ohayou..." Sapa Sacchan, yang meletakkan peralatan makan di atas meja untuk semua penghuni.
"Yami-san, ohayou..." Aya juga turut membantu Sacchan menyediakan makanan sarapan kami.
"Ohayougozaimasu (selamat pagi dalam bentuk lebih sopan) Yami-sama..." "Maid" rumah ini, Mai muncul dari luar rumah, kelihatan baru sahaja menjemur pakaian di luar rumah.
"Huaaa.... Yami-san, ossu!" Kelibat Aria muncul dalam keadaan mamai, menguap panjang sambil menegurku. Agaknya, Aria juga tidur lewat setelah menghabiskan masa bercerita mengenai rahsia mahou shoujo kepada aku malam tadi.
"Nii-san, ohayo..." Eri seperti aku, sudah bersiap-siap, menuruni tangga sambil menyapa aku.
"Ossu..." Jawabku ringkas lalu duduk di hadapan meja makan. Kami semua menjamah hidangan hari ini tanpa sebarang bicara. Eri nampaknya kurang berselera pada waktu pagi kerana menjamah sedikit sahaja makanan yang dihidang. Sebaliknya, Mai begitu berselera dan sudah masuk mangkuk ketiga nasi ditelannya. Aria makan sambil meneliti kertas-kertas laporan seperti biasa manakala Aya dan Saa-chan pula menikmati makanan dengan elegen. Aku? Aku pun menjamah makanan tanpa segan-silu. Hei, inikan rumah aku?
Setelah beberapa ketika sarapan itu berakhir, kami pun bersiap-siap ke sekolah. Oh ya, Mai tidak perlu ke sekolah kerana dia sudah menamatkan sekolah tinggi pada usia yang muda. Aria pula sudah pun memiliki Ijazah Kehormat dalam bidang Kejuruteraan Bionanologi. Aya sahaja yang tidak berpeluang untuk belajar semasa usia mudanya. Jangan salah sangka, Aya. Aria dan Mai, masing-masing sebaya denganku. Ketika kami mahu memulakan perjalanan ke sekolah, Eri mendekati aku secara tiba-tiba.
"Nii-san..." Eri mendampingiku dengan memeluk lenganku.
"E-eri-san?" Aya menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
"Yaa-kun..." Mata Saa-chan mula bergelinangan, sedih kerana sesuatu yang aku tidak tahu puncanya.
"Eri, saya susah hendak berjalan kalau kamu buat begini. Lihat, Aya dan Sacchan juga terpaksa memperlahankan langkah...." Ujarku, rimas. Aku faham, pergerakan aku yang terbatas pasti menyebabkan perjalanan kami akan terlambat. Aku yakin Aya dan Sacchan akan marah jika hal ini melewatkan masa ke sekolah.
"Tapi...." Eri melepaskan tanganku.
"Tengok, mereka berdua pun rasa kurang senang kerana tindakan kamu itu, kita akan lambat ke sekolah pula..."
""Bu-bukan itu masalahnya...."" Aya dan Sa-chan bersuara sesuatu yang kurang jelas buatku apabila aku berkata sedemikian. Bukankah mereka rasa kurang senang akan sikap Eri ini?
"Hmmm... Apa pula masalahnya?" Aku memandang ke arah kedua-dua gadis ini.
"Ti-tiada apa-apa..." Mereka meneruskan langkah, tidak mengendahkan persoalan aku. Aku jadi keliru. Perempuan memang sukar untuk difahami. Jika difikirkan balik, situasi akan sekarang agak rumit. Apatah lagi, aku dikeliling gadis-gadis comel, baik Aya, Eri mahupun Saa-chan. Kalau mahu dibandingkan, masing-masing punya kelebihan tersendiri. Aya punya wajah ayu, Eri dengan keanggunan dan Saaya dengan kecomelannya. Aku harap tiada sesiapa yang menyaksikan kami berempat ke sekolah bersama-sama semesra ini kerana bakal mendatangkan keributan apabila di sekolah kelak.
Tetapi, hajat kecilku ini tidak termakbul oleh-Nya....
"Ya-yaachan..." Suara nostalgia itu membuatkan langkahku terhenti. Aku berpaling ke belakang, dan kelihatan kelibat Nee-san, orang yang banyak memberikan aku sokongan dan kata-kata semangat ketika saat gelapku. Namun, dua tahun berlalu dan kami tidak lagi rapat dan mesra seperti dahulu. Mungkin dia sudah bosan akan sikapku dahulu. Tetapi, aku tetap berterima kasih pada gadis itu. Apabila mendengar suaranya, aku jadi sangat gembira.
"Nee-san.... (senyum) Nee-san? (kehairanan)" Pada mulanya, aku teruja dengan kehadiran Nee-san, tetapi bertukar menjadi pelik apabila melihat riak muka Kanade-neesan yang menunjukkan rasa kemarahan.
"Apakah semua ini?!" Marahnya Kanade-neesan. Pertemuan kami ini tidak segembira yang aku sangka. Alamak, aku lupa bahawa pertemuan ini bakal membawa masalah yang lebih BESAR!!!
...............................................
"Jadi, ayah kamu yang mengaturkan situasi sedemikian?" Soal Kanade-neesan, yang seperti menyoal siasatku di balai polis. Untuk pengetahuan kalian, aku kini di bilik Majlis Pelajar, dan menyoalku kini tidak lain tidak bukan, Tsukakushi Kanade, yang menang pilihan raya pelajar tahun lepas. Aku juga mengundi Nee-san. Tak sangka undian aku itu memakan diri kini....
"Ya..." Aku berlagak selamba. Sebentar tadi aku menjelaskan perkara yang sebenar (tambah sedikit penipuan) bahawa Aya dan Mai merupakan keluarga angkatku dan menumpang rumahku dalam program "homestay". Eri pula bertindak mengawasiku dan juga merupakan adik tiriku, diarahkan tinggal di rumahku. Manakala Saa-chan atau Saaya pula terpaksa tingga di rumahku kerana rumahnya telah diubah suai. Aria menggunakan teknologi komunikasinya, mengesahkan cerita itu setelah Nee-san menelefon bapa aku, Eri dan Saa-chan. Menggunakan pengubah suara, Nee-san terpedaya dengan suara palsu itu, dan terpaksa menerima cerita aku itu.
"Haa... Baiklah. Saya tak sangka ada ibu bapa yang segila mereka membiarkan anak dara mereka tinggal dengan lelaki sebaya mereka tanpa pengawasan orang tua!" Kanade-neesan duduk di kerusinya berhadapan denganku sambil merungut sesuatu. Terdapat perbezaan tentang gadis di hadapanku sekarang. Kanade-neesan sudah cantik dan berpenampilan matang. Tiada seperti masa-masa kami bersama waktu kecil dahulu, aura kewanitaannya jelas kelihatan.
"....." Aku hanya membisu, menantikan Nee-san untu menyambung bicaranya. Setelah menarik nafas panjang, dia pun bersuara semula.
"Apa-apa pun, awak sudah jelas berubah kini, Yacchan... Lebih ceria, walaupun tidak seperti awak masih kecil dahulu..." Ujar Nee-san, dengan nadanya lebih lembut kini. Aku tersenyum hambar, tetapi tidaklah aku berasa kurang senang. Ya, kata-katanya memang benar.
"Nee-san pun lebih cantik sekarang. Aku rasa gembira apabila melihat Nee-san di sekolah ini...." Kataku, memujinya.
"... Ya....kah?"
"Ya.... Nee-san kelihatan lebih matang, lebih kewanitaan sekarang berbanding dahulu..." Pujiku lagi.
"Te-tetapi, Yacchan.... Awak tidak pernah.... menegur atau bertemu dengan saya selama awak bersekolah di sni..." Mulut Nee-san mengomel sesuatu, tidak dapat aku dengari.
"Nee-san?" Aku menantikan penjelasan Nee-san yang tergantung tanpa tali itu.
"Ti-tiada apa-apa... Saya minta maaf..." Dia memaling mukanya, menyorokkan ekspresinya.
"..?... Kenapa minta maaf?' Aku kepelikan lagi.
"Sebab tidak dapat bersama awak seperti dahulu, saya..."
"Tidak mengapa, bukankah Nee-san sibuk. Lagipun...."
"Emmm?" Nee-san memandangku.
"Aku berasa lega sebab Nee-san tidak benci akanku. Aku selalu terfikir dan menganggap bahawa Nee-san meninggalkanku kerana Nee-san benci perangai aku yang mementingkan perasaan sendiri, walaupun kesedihan..."
"Tidak pernah sekali pun saya membenci kamu, Yacchan.... Malah, malah... Saya...."
"Tok, tok, tok!" Bunyi ketukan pintu itu mematikan kata-kata Kanade-neesan itu.
"Masuk..." Kelibat pembantu ketua pelajar, Nanase Miyuki-senpai, masuk membawakan fail pelajar.
"Ceh, kacau daun sungguh....." Nee-san bagai merungut sesuatu.
"?"
Kedatangan Nanase-senpai membawa nokhtah dalam pertemuan kami ini. Aku pun minta diri lalu pulang ke kelas. Raut wajah Nee-san agak kesedihan, mungkin kerana tidak dapat menghabiskan bicara tadi. Namun, aku tahu apakah yang ingin diperkatakan oleh Nee-san – "saya sibuk belajar sehinggakan ketiadaan masa," bukan?
Tidak, kamu salah!
.............................................
Selepas tamat sesi ujian hari pertama, aku pun mengemaskan buku dan memasukkannya ke dalam beg sebelum pulang ke rumah. Aku agak kekok untuk pulang awal kerana sudah menjadi tabiatku untuk menjalani latihan bola sepak terlebih dahulu sebelum pulang. Buat apa aku pulang ke rumah dengan segera kerana tiada sesiapa yang menyambutku di sana. Kini, situasi itu sudah berubah. Aya, Eri dan Sacchan kini menjadi penemanku untuk pulang. Mereka mengikutku dari belakang, bagai anak-anak buah mengikuti ketuanya. Masing-masing senyap, agaknya rasa bersalah sebab hanya aku dipanggil pagi tadi oleh ketua pelajar. Aku yang agak bosan dengan suasana hambar itu, memecah kebuntuan tersebut.
"Dengar sini, aku tidak marah mengenai hal pagi tadi. Jadi, kamu semua janganlah berasa bersalah lagi!" Kataku, memecahkan suasana membungkam dalam kelompok ini.
"Ya..." Mereka bertiga kembali tersenyum. Aku meneruskan langkahku, sesekali kedengaran nada-nada nyanyian lagu yang perlahan dari mulut-mulut gadis yang berada di belakangku. Keadaan ini mengingatkan aku pada mata-mata cemburu yang melihatku pergi dan pulang bersama-sama gadis-gadis cantik. Tidak hairanlah rembatan Sano selalu tersasar ke arahku, walaupun semua serangan itu berjaya aku elak dengan mudah.
"Maaf, aku tidak sengaja... cis... tak kena pula!" Katanya apabila bolanya dirembat ke arahku.
"Aku dengar itu...."
Sungguh pun begitu, aku tidak ambil hati padanya. Walaupun Sanosuke ini "kaki perempuan", tidak sekalipun ada perempuan yang mahu mendampinginya. Kalau ada pun perempuan yang mendekati Sanosuka, pastinya mereka ingin bertanyakan hubungan Sano dan aku. Urgh... Fujoshi... Mungkin disebabkan aku tiada kawan perempuan melainkan Saa-chan sahaja, tambah lagi tiada teman wanita, membuatkan aku dikatakan seorang gay.
Kini, nama gelaran aku bertukar sebagai "Harem Master" dan menjadi pujaan gadis-gadis cantik. Semuanya bermula dengan kehadiran Aya. Mai juga memberikan aku nama jolokan "Yarem = Yami+Harem".
"Haa..." Aku mengeluh.