Chereads / Mahou Shoujo Primula (Malay) / Chapter 12 - Bab 3.3 - Mengapakah kawan perempuanku yang baru dikenali dan sahabat sejak zaman kecilku perlu berperang?

Chapter 12 - Bab 3.3 - Mengapakah kawan perempuanku yang baru dikenali dan sahabat sejak zaman kecilku perlu berperang?

Bahagian III

Perkara yang membimbangkan saya, Amamiya Aya, kini telah bermula. Pertemuan pagi tadi dengan dua striker Ros Perak mengesahkan kegusaran saya ini. Pelik sekali daerah Harima ini menghadapi banyak serangan "entiti asing". Lebih-lebih lagi, bertahap AA seperti La-Pharase. Tidak pernah berlaku kes sedemikian melibatkan kemunculan "entiti asing" yang banyak dalam satu kawasan yang sama. Master yang lain juga telah mula meminta izin untuk menghantar striker mereka di kawasan saya ini. Saya mengarahkan Elina, striker saya untuk mengesahkan permintaan mereka.

Saya dan Mai awal-awal pagi lagi telah bertolak dari rumah dengan harapan dapat pulang awal sebelum Yami-san bangun nanti. Saya sempat meninggalkan nota pesanan, bimbang sekiranya Yami-san terjaga awal. Biarpun cuti sekolah, lelaki itu tidak suka bermalasan di katil dan bangun lewat seperti kebanyakan remaja yang lain. Setelah beberapa ketika saya dan Mai melompati bangunan demi bangunan dengan kuasa mahou shoujo tanpa dikesan oleh sesiapa, kami bertemu dengan Elina dan Sena yang sudah menunggu di tempat dijanjikan. Pertemuan kami tersebut bertujuan untuk membincangkan situasi genting yang dihadapi oleh organisasi Ros Perak sekarang bertempat di atas bumbung sebuah bangunan yang jauh daripada kelibat manusia.

"Master, selamat pagi," ujar Elina dan Sena, striker Ros Perak, serentak.

"Ya, selamat pagi..." Jawab saya.

"Selamat pagi, senpai (senior)..." Mai memberikan tunduk hormat, kepada dua seniornya itu.

"Selamat pagi, Mai..." Balas mereka.

"Master, situasi kita terlalu rumit untuk diselesaikan. Grand Meister telah mengambil keputusan untuk campur tangan dalam urusan kita di kawasan Harima ini. Saya tidak pasti kerjasama kita dan organisasi Grand Meister merupakan langkah yang bijak atau tidak..." Elina memulakan laporannya.

"Hmmph... Grand Meister itu hanya mahukan nama sahaja. Berlagak sahaja... Dia mahu namanya memadam pencapaian Master Aya, yang merupakan....."

"Jangan sebut hal itu lagi, Sena. Bukankah saya sudah maklumkan..." Saya memotong kata-kata Sena, yang merupakan ahli paling senior dan setia bersama saya setelah saya bergelar Master. Sena cukup faham dengan politik dalam mahou shoujo, mengambil keputusan untuk setia bersama saya setelah Ros Perak berpecah. Namun, tindakannya itu menyebabkan dia tidak seaktif seperti dahulu dalam menentang entiti jahat. Lebih buruk lagi, peluang Sena untuk mendapatkan rekomendasi bagi membolehkannya bergelar Master semakin tipis kerana kekurangan pencapaian. Elina pula ialah apperantis terakhir saya sebelum Mai yang menyertai Ros Perak, dan baru sahaja bergelar striker setelah menamatkan misi memusnahkan entiti asing bertahap B+. Peristiwa itu berlaku sebelum kemunculan La-Pharase, yang menyerang saya dan Mai. Peristiwa tersebut juga berlaku di sekitar daerah Harima, lokasi yangsemakin mendapat tumpuan daripada organisasi-organisasi lain Mahou Shoujo kerana ingin mengejar pencapaian dan kegemilangan.

"Jadi, apakah yang harus saya lakukan Master dan senpai?" Elina sedikit gugup melihat seniornya, Sena, agak kurang senang apabila dia menyebut nama Grand Meister. Saya menarik nafas panjang, memberikan arahan.

"Ros perak hanyalah sepatutnya berperanan sebagai pemerhati dalam situasi ini. Tidak hairanlah semua Master, termasuk Grand Meister mahu mengambil inisiatif untuk mendapatkan hak teritori di daerah ini. Apa yang kita boleh lakukan ialah memberikan hak kepada striker luar untuk membantu kita sahaja. Jika dibiarkan Master masuk ke sini, kelak nanti master lain cuba membuka ibu pejabat mereka di sini pula...." Saya memberikan pandangan saya. Lebih-lebih lagi, kehadiran Master-Master yang lain di sini bakal mendedahkan rahsia saya yang tidak boleh diketahui oleh mereka, iaitu "perkongsian nyawa" antara saya dengan Yami.

"Betul, saya setuju...." Kata Sena. Dia dan Elina pun masih tidak mengetahui rahsia ini. Yang tahu, hanyalah Aria dan Mai, orang terdekat dengan saya. Bukan saya tidak mempercayai mereka, tetapi saya perlu lebih berhati-hati.

"Oh, ya. Aria akan menuju ke pejabat operasi kedua hari ini (rumah Yami-san). Ibu pejabat utama kelak akan diawasi oleh kami berdua..." ujar Elina, sambil Sena mengangguk-angguk tanda setuju.

"Striker Elina, striker Sena... Harap kalian berjaya dalam misi kali... Maaf kerana tidak dapat membantu..." Mai seperti biasa memberikan tunduk hormat kepada senior-seniornya, dengan nada sedikit kesal.

"Mai, dari segi kekuatan, kamu sudah menyamai tahap kami. Namun, kami harap kamu dapat melindungi Master buat sementara waktu..." Sena menepuk perlahan bahu Mai, memberikan kata-kata perangsang kepada juniornya ini.

"Terima kasih, senpai..."

"Elina dan Sena, semoga berjaya..." Ucap saya, memberikan tanda hormat seperti tentera kepada mereka. Mereka berdua memberikan respons yang sama dengan saya.

"Ya!" Elina dan Sena terus sahaja menghilang, beredar pantas meninggalkan saya dan Mai. Saya juga beredar dari lokasi tersebut diiringi Mai, pulang ke rumah Yami yang kini menjadi syurga saya. Apabila sampai di rumah tersebut, syurga saya itu bertukar menjadi neraka, apabila melihat Yami-san bermesraan dengan Aria. Lebih teruk lagi, pencabar "terhebat" saya, Tamano Saaya juga telah berpindah ke rumah itu, yang sepatutnya menjadi ibu pejabat Ros Perak.

.............................................

Perasaan bersalah sering menghantui saya apabila memikirkan lelaki bernama Yami ini. Oleh yang demikian, saya mahu lakukan sesuatu untuk lelaki ini. Apatah lagi, pengorbanan yang dilakukan oleh Yami-san sangat besar, sehingga tiada nilai wang atau harta yang dapat mengantikannya. Walaupun begitu, perasaan yang kini terlalu kompleks untuk dinyatakan. "Cinta". Sepanjang usianya 17 tahun ini, dia tidak pernah mendekati insan bernama lelaki. Dia dibesarkan oleh Profesor Hikari, seorang wanita yang terkenal dengan kajian biokejuruteraan nano. Semasa teras magika dimasukkan dalam badan saya ketika berumur 8 tahun, saya dihantar ke sekolah tentera wanita selama dua tahun. Saya dilatih seperti orang dewasa dan terpaksa berhempas-pulas dan bersusah payah menjalani latihan neraka itu. Setelah tamat kursus ketenteraan itu, saya terus sahaja dihantar unuk menjalankan misi menyelamatkan dunia bersama-sama mahou shoujo generasi pertama.

Pada umur 11 tahun, saya telah mendapat gelaran Master termuda, kerana jasa dan pengorbanan yang telah saya lakukan. Saya kemudian menjadi ahli elit "bernombor" dan menubuhkan Ros Perak. Setelah setahun kemudian, saya memegang jawatan "itu" dan tragedi paling teruk pernah berlaku dalam sejarah mahou shoujo, terjadi. Hampir 60 peratus mahou shoujo generasi pertama telah menghadapi kehancuran kerana ada antara mereka yang kehilangan nyawa, dan sebahagiannya kehilangan kuasa akibat pertempuran menentang ketua "terakhir" musuh kami "Típota tou skótous"; Maou Vearth (Raja kegelapan). Walaupun kemenangan besar dapat dicapai, tetapi semuanya datang dengan pengorbanan yang terlalu besar. Setelah berakhirnya peperangan terbesar dalam sejarah itu, saya meletakkan jawatan sebagai ahli "bernombor" dan menyebabkan organisasi Ros Perak turut menerima akibatnya. Saya tidak pernah menyesal, sebaliknya berasa bahagia kini, kerana Yami.

..........................................

Hari ini, seperti hari Isnin yang normal, saya ke sekolah bersama Yami-san, tetapi kali ini diiringi oleh Eri-san dan Saaya-san yang kini penginap baharu di rumah Yami-san. Waktu peperiksaan semakin hampir, justeru saya mengalami masalah untuk menghadapi peperiksaan pertama saya di sekolah itu. Mujurlah ada Yami-san, membantu saya. Saya kagum akan sifat Yami-san yang memang berdedikasi dalam pelajarannya dan sudi mengajar saya, Eri-san dan Saaya-san semasa kami melakukan sesi ulang kaji. Semakin lama, hati saya sering berdebaran apabila berjalan di sebelah Yami-san. Yami-sanlah lelaki pertama yang mencuri kucupan pertama saya. Dan "hero" pertama saya juga. Dialah yang memecah persoalan hati saya, untuk melihat buat kali pertama lelaki yang bergelar "hero". Siapa sangka, ketika saya hampir mati, Yami-san telah memberikan saya suatu cahaya yang hangat, iaitu nilai "kehidupan".

Berapakah lagi lelaki yang wujud mempunyai sifat sedemikian sepertinya? Adakah mereka sanggup mengadaikan "nyawa" semata-mata untuk membantu kami, mahou shoujo? Sebab itulah, ketika saya melihat air mata Yami-san, menangisi nasib saya sebagai mahou shoujo, saya tahu dialah insan yang paling hebat pernah saya temui. Saya...

"Mengapakah kamu ingin bertemu dengan saya di atas bumbung ini? Ada masalah sulit yang perlu kita selesaikan?" Ujar Yami-san, memandang tepat ke arah saya. Sekilas masa berlalu, kini waktu persekolahan telah berakhir. Saya meminta Mai dan Aria, yang tidak bersekolah seperti saya agar mengasingkan kami berdua daripada Eri-san dan Saaya-san. Aria yang licik dan bersahaja itu pasti dapat mengendalikan hal itu. Mai mengalihkan perhatian Eri-san dan Saaya-san, manakala Aria mengaturkan pertemuan kami berdua. Kemudiannya, saya membawa Yami-san ke atas bumbung sekolah untuk meluahkan sesuatu.

"Aya, kenapa kamu hanya membisu?"

"Yami-san... Saya..." Saya menghampiri Yami-san. Beza jarak saya dan Yami-san hanya seinci saya. Saya dapat dengar degupan kencang jantung, tak pasti sama ada milik saya atau Yami-san. Lelaki ini... Saya sangat...

"Sebenarnya saya...." Mata kami bertentangan, masing-masing mencari kepastian. Ya, saya memang mencintai lelaki ini...

"Aya..." Yami-san kelihatan kaget dengan reaksi saya.

"!" Tiba-tiba reaksi refleks saya segera menolak tubuh Yami-san ke hadapan lalu mengelak serangan musuh. Saya dapat lihat sebilah duri panjang tertusuk di tengah-tengah saya dan Yami-san.

"Musuh!"