Chereads / Mahou Shoujo Primula (Malay) / Chapter 11 - Bab 3.2 - Mengapakah kawan perempuanku yang baru dikenali dan sahabat sejak zaman kecilku perlu berperang?

Chapter 11 - Bab 3.2 - Mengapakah kawan perempuanku yang baru dikenali dan sahabat sejak zaman kecilku perlu berperang?

Bahagian II

"Terima kasih kerana menerima saya..." Sacchan sudah berada di muka pintu. Aku, Kurosaki Yami menyambut kedatangannya sambil mengeluh panjang "haaa..." kerana empat gadis juga penghuni rumah di belakangku sedang menunjukkan reaksi yang berbeza-beza melihatkan kedatangan Sacchan.

"Selamat datang, Saaya-san..." Eri dengan rasa gembiranya menyambut kawan yang paling dirapat semasa di sekolah. Hanya Eri sahaja yang berasa gembira akan kehadiran Sacchan.

"Ya-yami-san, apa semua ini?" Aya melahirkan rasa tidak selesanya.

"Harem (gundik) Yami-sama semakin bertambah..." Mai, jangan cuba mencurah minyak pada api terbakar! Marahku dalam hati.

"Ceh... Manusia biasa sahaja..." Reaksi Aria terhadap Saccha, dan kemudiannya hilang minat dengan kehadirannya lalu kembali duduk di sofa melayan televisyen.

"Masuklah..." Aku menjemput Saa-chan, yang membawa bagasinya ke dalam rumahku. Bukankah sudah aku katakan, masalahku bertambah lagi!

Semasa aku makan ramen di tempah ayah Saaya, ayahnya telah menyoal satu soalan yang sepatutnya menjadi rahsia yang penghuni rumah itu sahaja tahu.

"Sebenarnya, pak cik ada mendengar khabar angin mengenai kamu. Benarkah kamu tinggal dengan gadis-gadis sebaya kamu....?!"

"PUUUUUHHHH....!!!" Aku tersembur kuah ramen. Kemudiannya, aku memandang pada wajah Nobori-ojiisan yang sangat serius itu.

"Jawab soalan pak cik!"

"Ya... Tetapi kami ada sebabnya...." Kataku, tanpa berselindung.

"..."

"Oh... Kamu benarkan mereka tinggal kerana mereka mempunyai sebab, ya?"

"Benar....."

"Jadi, pak cik ada permintaan!" Dan sebagaimana kalian tahu, Sacchan atau Saaya kini berada di rumahku, sebagai penghuni ke-6, memenuhi semua bilik yang ada di rumahku. Alasan Nobori-ojiisama untuk memaksa aku menerima kawan sejak kecilku ituialah rumahnya bakal diubah suai dan menyebabkan Saaya kesusahan untuk tidur dan belajar di rumah. Aku yang sudah termakan budi ini (ramen) terpaksa menurut katanya. Lagipun, Sacchan banyak berjasa kepadaku. Dialah yang memberikan dorongan dan semangat setelah aku hilang arah pada zaman gelapku dahulu. Permintaan Nobori-ojiisama cukup kecil jika hendak dibandingkan dengan jasa Sacchan.

"Bukankah kamu gembira tinggal bersama Saaya?" Sengihan Ojii-san menambahkan pening kepalaku. Dalam otaknya, pasti dia ingat aku seperti remaja lelaki lain yang gila akan perempuan. Nampaknya reputasi aku semakin teruk... Sob.. sob... Aku nak menangis...

"Bukankah dia satu-satu anak kamu, ojii-san!" Kataku.

"Sebab itulah kamu perlu melindungi satu-satunya anak pak cik..." Urat di kepalaku bagai timbul, mendengar kata-kata Ojii-san bagai menyatakan wasiat terakhirnya....

.......................

"Silalah makan semua!" Pelawa Saaya. Raut wajah Aya agak kurang senang apabila tugas memasak diambil alih oleh Saaya. Mai juga rasa tergugat apabila urusan kerja di rumah dilakukan sempurna oleh Saaya. Eri pula berasa bangga dengan kehebatan "sifu"nya itu (Saaya mengajar Eri memasak kerana di rumahnya, dia dilarang untuk masuk ke dapur lebih-lebih lagi dia merupakan puteri kepada hartawan). Bagi Aria pula, dia tidak kisah akan tindakan Saaya kerana baginya, dia hanya menghabiskan kebanyakan masanya di dalam bilik dan akan keluar untuk makan atau ambil angin. Aria bukannya pemalas atau bersikap hikikomori (mengasingkan diri dari dunia luar) tetapi dia mempunyai tugas yang berat mengendalikan sistem mahou shoujo di biliknya. Secara kesimpulannya, berikut merupakan analisis 'kuasa wanita' bagi setiap orang yang menghuni rumah ini;

• Amamiya Aya = Masakan; 5 bintang/ mengemas; 2 bintang.

• Kousaka Mai = Masakan; 2 bintang/ mengemas; 5 bintang

• Matsushima Eri = Masakan; 5 bintang (untuk pencuci mulut sahaja)/ mengemas; 1 bintang

• Aria Sinclair = Masakan; 0 bintang/ Mengemas; 0 bintang

• Kurosaki Yami = Tiada ranking bintang, sama dengan Aria

• Tamano Saaya = Masakan; 5 bintang/ Mengemas; 5 bintang. (Juara)

"Biar saya rasa..." Aya menyuapkan makanan yang dihidangkan ke dalam mulut, membuka matanya besar-besar tanda kagum akan rasa makanan dirasainya. Mai yang juga menjamah makanan itu, tidak memberikan sebarang komen kerana terlalu asyik mengunyah menikmati kesedapannya. Aria juga makan, tetapi seperti biasa, tidak mengendahkan rasa makanan tersebut kerana asyik sibuk membaca kertas kerja yang penuh nombor itu.

"Ho, ho, ho... Lihatlah kehebatan shisou (tok guru) saya!" Kata Eri kepada Aya, yang berbangga memiliki "sifu" masakan yang hebat seperti Saaya. Tidak hairanlah Eri mahu berguru dengan sahabatnya itu.

"Jangan lupa, dia juga ialah "pencabar" utama..." Aya bersuara, menyebabkan Eri memberikan reaksi "Ah!!" lalu memandang ke arahku. Riak wajahnya kurang senang, terutamanya memandang aku yang enak menjamah makanan Saa-chan.

"?" Aku yang tidak faham situasi itu memandang kembali Eri, tetapi Eri memalingkan wajahnya mengelakkan air mukanya daripada dilihat olehku. Aya juga memberikan respon yang sama apabila melihat ke arahnya. Namun Saaya tetap dengan senyumannya. Seolah-olah raut wajah lembut si ibu yang sedang melihat anak-anaknya bergaduh ketika makan. Aku tidak faham akan istilah cabar-mencabar ini. Barangkali, masing-masing ingin memperlihatkan kehebatan mereka memasak kepadaku. Dalam keriuhan mereka itu, aku spontan berasa gembira. Agaknya, perasaan itu hadir kerana kekosongan hidupku bagai terisi oleh kehadiran mereka.

Entah berapa lama lagi "masa"ku di dunia. Setahun, sepuluh tahun? Tiada sesiapa yang dapat menjawab persoalan itu. Namun, aku tidak pernah menyesal. Hatta sekali pun aku tidak pernah menyalahkan Aya. Aku bangga kerana nyawa ini dapat melindungi Aya, seorang perempuan daripada kematian. Aku enggan menambah bilangan kematian perempuan di hadapan mataku sendiri. Ibuku.... Ah, jangan berfikir! Kelak pasti aku akan menangis, meratapi kesedihan lama....

"Yami-san?" Teguran si kecil Aria, menyentak imbauan kenanganku. Aku berpaling ke arahnya. Dia tidak lagi ralit membaca laporan saintifik itu, sebaliknya memerhatikan tingkah lakuku. Aria merenung ke arahku, seperti cuba membaca reaksi wajahku kini.

"Maaf...." Aku tersenyum, tetapi hambar. Aya, Mai, Saaya dan Eri juga memandang ke arahku, juga seolah-olah ingin mencungkil misteri yang terselit dalam pemikiranku. Perbalahan antara mereka terhenti terus, mungkin setelah mengesan riak sedih itu. Aku mula rasa kekok, tetapi masih lagi mahu berlagak selamba. Mungkin kerana Sacchan tahu kisah hidupku, dia cuba mengalih perhatian kami dengan mempersembahkan menu baharu di meja makan itu.

"Oh, ya! Saya juga ada sediakan pencuci mulut untuk kalian! Manisan Jepun daripada resipi keluarga saya..." Saaya bangkit daripada kerusi dan mengeluarkan bekas simpanan plastik dari beg kertas yang dibawanya tadi.

"Shisou~" Eri kurang senang kerana tidak dapat menunjukkan bakatnya dalam hidangan pencuci mulut seperti biasa. Aya hanya senyap sahaja, tidak membantah seperti biasa, barangkali perasan akan perubahan mood aku.

"Hahaha... Terima kasih Sacchan... Manisan kamu memang enak! Aku tidak bosan menikmati manisan kamu. Kalau boleh, buat selalu..." Kataku, cuba mencerahkan suasana. Sacchan menerbitkan senyuman manisnya, namun gadis-gadis lain (kecuali Aria) pula menerbitkan aura tidak puas hati di sekelilingku itu. Masing-masing kurang senang dengan pujianku itu.

"Hmmph... Yami-san tidak pernah pujian masakan saya..." Aya merungut.

"Hmmph... Nii-san suka memilih bulu..." Eri pula bersuara.

"Mentang-mentanglah saya hanya apperantis... Tiada siapa mahu memuji..." Mai turut serta.

"Yare...yare... Perang sudah bermula..." Aria mengangkat bahunya, menjadi pihak berkecuali.

"Ya-ya-kun, terima kasih..." Biarpun menghadapi bantahan daripada tiga gadis yang lain, Sacchan masih dalam reaksi gembiranya.

"Kamu tidak perlu berterima kasih, Sacchan. Saya yang patut mengucapkan kata-kata itu..." Kataku, cuba mengendahkan rasa tidak puas hati Eri, Aya dan Mai.

Setelah tamat sesi makan malam kami, aku terus sahaja ke bilik, menyiapkan kerja rumah dan seterusnya tidur awal seperti biasa.