"Macam tak boleh saja; lagipun, takkan aku nak biarkan makanan ni disini saja? Kecuali…" Aku menggagahkan diri untuk meminta pelayan disitu untuk menutup makanan kami sebelum aku bergerak ke arah yang dituju abang tadi.
'Minta-minta dia tak mengamuk.' Aku berjalan laju menuju ke arah dewan yang mempamerkan bunting yang sama kami jumpa ditempat letak kereta tadi.
'Memang sahlah dia pergi ujibakat tu!' ku lihat ramai orang sedang beratur di luar dewan dengan pelbagai ragam dan rupa; kebanyakannya tinggi lampai, membuatkan aku berasa lebih rendah diri dengan fizikalku yang sedia genit.
'Ramainya… tapi, mana abang Amier?' Mataku masih meliar dikawasan yang dipenuhi manusia itu; tapi aku tetap tak nampak akan gerangan abangku itu.
"Tadi aku nampak dia lalu disitu; cepat!" suara nyaring seorang wanita menarik perhatianku; kulihat dia ditemani sekumpulan gadis lain berpusu-pusu laju ke arahku.
'Typical fangirl…'
"Hah?" Aku cuba berundur tapi gagal apabila ada sekumpulan manusia lagi menghalangku dari belakang. Lantas dengan sekelip mata aku disapu sekali dengan kumpulan peminat wanita tadi terus ke satu ruang didewan itu.
'Adeh, apa pula ni? Abang mana?' Aku mulai panic dengan keadaan yang agak kelam kabut itu
"Maafkan, saya… cik!" Aku cuba bercakap dengan salah seorang dari mereka tapi gagal memandangkan suaraku tenggelam dek jeritan mereka.
"Arnold!!!!!" suara mereka yang kedengaran makin nyaring; membuatkan telingaku kian bingit; aku di bawa sekali hingga ke hujung dewan itu.
'Tolong!!!' Aku menjerit didalam hati selari memejamkan mataku rapat; masih tak dapat keluar dari kumpulan itu sehinggalah dengan tiba-tiba kumpulan itu berhenti bergerak.
'Eh?' aku membuka mataku apabila menyedari keadaan itu; kulihat seorang lelaki berdiri dihadapan kumpulan itu menghalang pergerakan mereka. Aku terus mengambil kesempatan itu untuk menyelinap keluar dari kumpulan itu.
'Akhirnya! Alhamdullilah… nasib baik aku tak mati kene pijak dengan mereka-mereka ni.' Aku mengeluh selari menjeling ke arah kumpulan tadi; kelihatan mereka tak puas hati dengan halangan tadi.
"Kenapa ni? Kami dari kelab peminat Arnold; kami perlu berjumpa dengan putera Arnold untuk tunjukkan sokongan kami"
"Maaf cik… cik tak boleh masuk sebab Encik Arnold sedang sibuk; lagipun, cik semua tak buat apa-apa temujanji sebelum ni."
"Ini tak adil! Ini juga satu diskriminasi untuk jatuhkan idola kami..."
'Typical argue…' aku melepaskan keluhan selari menggelengkan kepala. Aku cuba untuk keluar dari kerumunan manusia tadi dan mula mencari kelibat abang tapi terbantut apabila salah seorang pengawal keselamatan disitu menghalang perjalananku.
'Apa pula ni?'
"Boleh saya bantu cik?"
"Er… saya… eh? Laila Qalisya?!!?" nama itu terkeluar secara spontan dari mulutku apabila aku terlihat namanya terpampang pada salah satu bunting disitu.
'Laila Qalisya? Itu...bukankah itu orang sama yang buat abang Amier jadi bagai orang gila sejak 2 tahun yang lepas?' Aku mengetap bibirku sambil pandanganku masih terlekat pada nama itu.
"Juri jemputan untuk event kali ni; kenapa? Cik ni salah seorang peminat diakah?"
"Tak! Ah... maksud saya; siapa yang tak minat Laila Qalisya, kan? Ta...tapi, saya... bukan datang sebagaai peminat dia."
"Habis itu?"
"Saya PA dia, ya! PA Laila Qalisya..."
"Cik pasti? Sebab saya diberitahu yang PA cik Qalisya akan datang lambat tadi; dan saya pasti dia bukan cik."
"Apa maksud awak? Saya tak nampak macam PA kah?"
"Nama yang tertulis disini sebagai PA cik Laila adalah Gerard Koh; dan saya pasti cik ni bukan Encik Gerard Koh, kan?" Ligat kepalaku mula memikirkan cara untuk melepaskan diri ketika itu.
"...sa... saya kata saya PA kah tadi? Maksud saya, junior PA; saya masih dalam training. Tapi saya selalu terlupa untuk mention perkara tu." Kataku dengan cuba menyembunyikan perasaan gugup; mengharap lelaki ini takkan perasan dan memberiku ruang untuk pergi dari situ.
Walaupun pada mulanya dia kelihata ragu; akhirnya pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Haidar ini melepaskanku dari situasi tadi. Lagi memeranjatkanku apabila dia sendiri secara sukarela menawarkan diri untuk membantu aku mencari bilik Laila Qalisya.
"Maaflah; cik..."
"Ah, panggil saja saya Mia."
"Ah, baik... maaflah, Mia. Saya ni pun baru masuk bekerja; ni pun baru tiga hari saya ditugaskan disini. Itu yang agak gugup tu; saya risau kalau saya akan buat kesalahan waktu bertugas." Katanya selari menggaru kepalanya tatkala kami berjalan beriringan ke arah satu ruangan.
"Tak apa... saya faham; kadangkala saya pun rasa gugup juga bila baru nak mulakan sesuatu kerja; terutamanya kalau saya tak biasa dengan kerja tu." Aku memberinya sebaris senyuman; dia berhenti dengan tiba-tiba membuatkan aku terhenti secara refleks.
"Ini bilik cik..."
"... Dah berapa kali I nak cakap? Jangan desak I lagi! " Haidar terdiam apabila suara Laila bergema dari dalam bilik; kami memandang satu sama lain dengan penuh tanda tanya.
"Laila... please; listen to me! I never love anyone except you; I takkan boleh sayang sesiapa pun selain you!"
'Itu suara abang!'
"Then, tell that to your father! Apa hak dia untuk kawal hidup I, hidup kita? Kalau you betul-betul sayangkan I, i nak you terus terang dengan ayah you, to stay away from our lives or you can just forget about me!" Aku jadi buntu mendengar ayat Laila tika itu sambil tertanya-tanya apa yang bakal abang buat.
"Jangan!" Aku menegah Haidar dari cuba untuk masuk membuka pintu dengan nada rendah.
"Takkan kita nak biarkan mereka bergaduh? Kalau cik Laila kena serang nanti kan susah." Dia membalas dlam nada yang sama; ternyata dia mengerti maksudku.
"Jangan risau, lelaki itu takkan buat apa-apa pada Laila; dia sayangkan Laila tu."
"Macam mana awak boleh tahu?"
"Lelaki tu abang saya; saya kenal dia."
"Hah?"
"Shhh..." aku mengisyarat padanya selari cuba memasang telinga akan jawapan yang bakal diberi abang.
"Baik; I'll do as you say. Just don't leave me."