"Najwa Erina?" nama itu membuatkan Mazlan teringat akan sesuatu tatkala mengimbau kenangannya bersama Amry dulu; lantas dia kembali membelek pamplet iklan tentang acara pada hari ini.
"Ciss... patutlah... aku mati-mati ingatkan budak ni dah buang tebiat tadi." Lelaki berusia 31 tahun itu menggelengkan kepalanya selari membaca senarai nama tetamu jemputan acara itu. Dia mengalihkan pandangannya kembali kepada Amry yang kelihatannya yakin dan berkarisma seperti biasa; tiada sedikit pun tanda gemuruh diwajahnya; kontra dengan sikapnya pada pertama kali dia menyertai pertandingan peragaan tak lama dulu.
"Dia masih pakar dalam menyembunyikan perasaan sendiri." Omelnya selari melihat lelaki itu merapati peragawati yang dulunya gadis kecil yang mereka kenali suatu ketika dulu; Najwa Erina dengan sebaris senyuman tanpa motif.
Najwa menyertai dunia permodelan lebih cepat dari Amry apabila dia ditawarkan menjadi model selepas setahun perkenalannya dengan mereka di sebuah pasar raya tempatan. Sejak itu, nama Najwa Erina kian menjadi sebutan apabila wajahnya yang putih, persis ala-ala puteri raja dan kelihatan lembut; membuatkan semua yang memandang pasti akan cair dengan senyumannya.
Perkara yang sama terjadi kepada Amry pada pertama kali mereka berjumpa dulu, tanpa ragu; tapi dia tak pernah beritahu perasaan sebenarnya. Lagi-lagi apabila nama Najwa meningkat naik secara mendadak, membuat Amry terasa lebih tak terdaya untuk menggapainya.
Itu jugalah antara sebab kenapa Amry membuat keputusan untuk menceburi dalam bidang peragaan ini.
"Kasihan pula aku tengok si Romeo ni..." tersengih Mazlan melihat gelagat Amry yang tersenyum tanpa henti dari tadi. Acara itu akhirnya tamat selepas hampir dua jam berlangsung.
"Er... awak sibuk tak selepas ini, cik Najwa?"Amry memulakan bicara sejurus selepas mereka turun dari pentas beriringan.
"Hari ni I tak busy sangat; kenapa ya?" Nadanya kedengaran biasa tanpa sebarang kepura-puraan.
"How about a dinner?" lelaki itu menjengah kepalanya di hadapan Najwa sambil tersenyum nakal.
"Kita berdua saja?" Ada nada skeptikal dalam suaranya; seperti ada yang membuatkan dia ragu-ragu.
"Kalau You tak selesa, kita boleh ajak PA kita sekali..." gadis itu diam sebentar sebelum membuka mulut; lelaki yang berdiri dihadapannya tadi menunggu dengan penuh pengharapan.
"Okay... tapi, di mana?" sebaris senyuman terbit di bibir Amry mendengar jawapan Najwa.
"Surprise... but, i can bet you're going to like it."
"Okay, i'll believe you since we've known each other since way back then."
"It sets then... meet me at the parking lot 20 minutes from now?"
"Sure, see you." Mereka berdua berpisah di hujung tangga belakang pentas; Amry melangkah laju menuju ke ruangan lobi sambil tangannya menarik Mazlan yang kelihatan kaget dengan keadaan itu bersama.
"Nak pergi mana ni?"
"Ikutkan sajalah..." Pengurusnya yang kelihatan keliru pada awal tadi akhirnya akur apabila terlihat akannya kelibat Najwa sedang melambai ke arahnya sambil tersenyum.
"Am, aku rasa kau dah parah ni..."
"Apa maksud kau?"
"Tu... dari tadi senyum seorang diri... dah macam kerang busuk pula aku tengok kau ni."
"Jealous lah tu..."
"Tak ada maknanya... kau tak tahu aku dengan bini aku dulu lagi romantik dari kau, tahu?"
"Tssk..."
"Kau tak rasa dah sampai masanya untuk kau terus terang dengan Najwa sekarang? Aku rasa maca dah lama sangat kau pendam perasaan kau tu."
"Not yet..."
"Kau nak tunggu apa lagi? Sampai dia dah jadi milik orang, baru kau nak bertindak? Ke... kau tak yakin yang dia akan terima kau?" Kata-kata Mazlan membuatkan Amry terdiam; hendak saja diherdik pengurusnya itu tapi tak boleh memandangkan apa yang dikatakan adalah kenyataan bagi dirinya.
'Mungkin betul juga kata Lan...'
Malam itu, selepas makan malam; Mazlan dan pengurus Najwa; Nita, meninggalkan mereka berdua bersendirian di bahagian luar restoran sebentar dengan alasan ke tandas.
"Tak apakah kita tinggalkan mereka berdua tu?" Nita bertanyakan kepada Mazlan dengan nada bimbang apabila lelaki itu memintanya untuk meninggalkan kedua mereka bersendirian.
"Berilah mereka tu peluang, Nita... " nada Mazlan kedengaran mendatar tatkala mereka berdua berjalan beriringan meninggalkan Amry dan Najwa.
"Apa maksud kau?"
"Takkan kau tak perasan macam mana Am tu pandang adik kau?"
"Kau jangan bergurau, Lan..." Nita tiba-tiba berhenti dan melihatkan reaksi terkejut;
"Kenapa pula ni; Nita?!!" Mazlan terkejut apabila Nita tiba-tiba berjalan laju ke arah mereka datang tadi kembali; sebelum Nita pergi lebih jauh, lelaki itu sempat menerpa tangan wanita itu lantas memberhentikan langkahnya.
"Kenapa dengan kau ni? Cuba beritahu apa masalah kau..."
"Am tak boleh luahkan perasaan dia pada Najwa, Lan!"
"Tapi kenapa?"
"Najwa... dia bakal bertunang dengan Arnold."
"Hah?!"
"Kita dah tak ada masa ni, kita kena hentikan Amry sekarang juga" sekali lagi Nita bergerak laju selari menarik tangan rakannya; Mazlan untuk ikut serta.
"Ah, ya... kejap, aku cuba telefon dia."
"Dah tak sempat dah ni! Nanti...?!?!?"
"Tak dapatlah! Kenapa kau berhenti ni?" Mazlan sendiri terhenti apabila dia memandang ke arah dimana tumpuan Nita ketika itu; Amry. Dia kelihatan duduk bersendirian disitu berwajah tanpa reaksi dengan pandangannya dilayangkan ke arah pintu besar restoran.
"KRRIINNGG!!!!" telefon Nita tiba-tiba berdering; mengejutkan mereka berdua disitu; dilihatnya, nama Najwa terpampang di skrin telefon sebagai pemanggil.
"Najwa telefon... Aku pergi jawab dulu; kau pergi jumpa Amry tu..."
"Okay, apa-apa hal; kau telefon aku..."
"Assalamualaikum..." Nita meninggalkan Mazlan yang kemudiannya kelihatan tergesa-gesa disitu mendapatkan Amry.
'Baik aku slow talk dengan dia; mungkin dia akan cool down?' detik hati pengurusnya itu merangkap rakan baiknya selari mendekati lelaki yang dari tadi kelihatan bagai sedang murung.
"Er... Am!?!?" Mazlan menjadi kaget apabila Amry dengan secara tiba-tiba bangun dari situ membuatkan dia mengundur secara refleks seterusnya tersadung kaki dan terjatuh ke belakang.
"Aduh!"
"Lan?" ternyata kemuculannya disitu membuatkan Amry sedkit terkejut; Mazlan terdiam sambil menantikan Amry menjerit padanya seperti selalu.
"...?!?!"
"Macam mana kau boleh terjatuh? Bila pula yang kau muncul ni?" Nada Amry yang kedengaran tenang sambil tangan dihulur untuk membantunya berdiri; mengejutkan Mazlan yang terduduk di atas tanah itu.
"Te...terima kasih..."
"Macam mana kau boleh terjatuh tadi?"
"Aku tersadung... maaflah kalau aku ganggu kau.." lelaki itu kelihatan menggaru kepalanya selari masih takut untuk bertentangan mata dengan rakannya itu.
"Tak adalah... aku pun baru teringat nak call kau tadi; lagipun dah lewat sangat dah ni. Jom balik..."Sambungnya lagi dengan nada selamba selari menepuk bahu Mazlan sebelum mulai menyusun langkah ke arah tempat parkir kereta.
"Oh... okay..." jawabnya perlahan selari mengekorinya dari belakang.
Sepanjang perjalanan pulang mereka; tiada sebarang kata mahupun reaksi dari Amry yang diterima Mazlan; membuatkan dia semakin resah dan tak keruan
'Dah kenapa dengan budak ni hari ni? Selalunya; sibuk complaint pasal semua benda... hari ni kenapa tak ada bunyi langsung?' Mazlan bermonolog dalam hati sambil sekali-sekala menjeling ke arah pantulan wajah Amry dari cermin pandang belakang kereta mereka.
"Lan..."
'Hah, dah bunyi dah!' Mazlan tersengih mendengar suara Amry akhirnya kedengaran dari belakang walaupun kali ini agak perlahan dari selalu.
"Ya?"
"Aku nak minta maaf dengan kau."
"?!?!?!"
"SCREEEECCHHH!!!!!" ungkapan yang keluar dari mulut Amry ketika itu ternyata membuatkan pengursnya terkejut apabila dia menekan breka kereta SUV mereka secara tiba-tiba.