Chereads / My Reflection of You(Malay) / Chapter 16 - Bab 15

Chapter 16 - Bab 15

"Ap... apa yang awak merepek ni?" keadaan semakin tegang apabila gadis tadi kini berdiri menghadapnya didepan pintu bilik itu dengan reaksi tegas.

'Nama dia...Mia, kan? Aku terdengar tadi 'mak' panggil dia dengan nama tu.' Sempat lagi dia mengomel dalam hati selari cuba merungkai jalan untuk melarikan diri dari situasi itu.

"Abang saya...takkan bahasakan dirinya; saya, awak dengan saya. Awak ni...bukan abang Amier, kan?"

'Eh? Alamak...' sekali lagi dia jadicema dengan pernyataan yang ternyata benar tadi; lantas dia cuba menenangkan diri sebelum bersuara lagi.

"Er...Saya...Aku! Aku abang kau lah...kenapa kau cakap macam tu pula, Mi..a?" dalam nada yang masih seperti teragak-agak, lelaki itu cuba tersenyum selari berlagak biasa tapi ternyata jawapannya tadi tak bermakna apa-apa apabila Mia hanya berdiam diri tanpa suara.

"..."

"Mia, kenapa kamu masih ada diatas ni? Biarkan abang Amier kamu ni rehat dulu... kamu turunlah tolong mak siapkan sarapan ni!" suara wanita yang digelar 'mak' tadi bagai telah menyelamatkan lelaki itu dari Mia.

"O..kay, mak...Mia turun." Perlaha suara yang keluar dari mulut gadis genit itu selari matanya masih kelihatan curiga memandang 'abang' nya yang tegak berdiri didepannya sejak tadi.

'Terima kasih, mak!' dengan tak semena-mena lelaki itu berterima kasih wanita tadi dalam hati selari melihat gadis tadi mulai berjalan keluar dari bilik itu dengan satu jelingan tajam.

Aku menutup pintu bilik tadi dibelakangku sambil melepaskan keluhan dengan perasaan masih tak puas hati. Aku tak tahu kenapa, tapi aku masih dapat rasakan ada yang tak kena dengan 'abang' aku tu...dan entak kenapa aku berasa pelik ingin menganggapnya 'abang' kini.

'Apa yang tak kena ni? Aku rasa...itu bukan abang Amier Qushairi; abang aku..tapi, dia nampak sama...dan suara dia pun sama dengan abang..malah...mak dan ayah pun tak cakap apapun tadi...mungkin, aku yang tersalah tengok, kot?' aku yang masih berdiri bersandar dipintu tadi sekali lagi menjeling ke arahnya sambil mengeluh sebelum mulai bergerak berjalan ke tingkat bawah.

"Fuhh! Nasib baik tak kantoi tadi! Perempuan tadi tu pun lain macam saja; dia pandang aku...mungkin dia dah syak something?...!?!?" lelaki itu terdiam mendengar nada suara yang keluar dari mulutnya itu lantas pandangannya beralih ke arah cermin yang terletak tak jauh dari tempatnya berdiri tadi.

'Aku hampir terlupa...pasal diri aku...macam mana dan bagaimana aku boleh ada dalam keadaan ni?' dengan langkah perlahan dan sedikit teragak-agak serta takut, lelaki itu menghampiri cermin tadi sambil cuba menenangkan hatinya sendiri.

'Mungkin....aku tersalah tengok? Dan...aku sakit tekak, sebab tu suara aku lain?' bagai takut untuk melihat pantulan wajahnya sendiri, lelaki itu memejamkan matanya sambil mula meraba-raba mencari tempat terletaknya cermin itu sebelum berhenti bergerak apabila pasti kini dia berdiri betul-betul dihadapannya.

"Okay, here goes nothing!"

"?!?!?" selari menarik nafas dalam, dia membuka matanya untuk melihat pantulan lelaki yang berada dihadapan cermin itu bukanlah dirinya; di berdiri kaku tanpa suara buat seketika sambil merenung lama pantulan tadi.

'Apa...apa yang terjadi ni? Macam mana aku boleh ada disini..dan siapa lelaki ni? Aku tak pernah kenal pun dia sebelum ni...?? macam mana?' dalam keadaan masih terkejut, lelaki itu kembali terduduk di katilnya sambil pandangannya masih melekap kepada pantulan di cermin tadi.

"Mungkin..ini, semua Cuma mimpi? Ya! Mesti macam tu! Sebab macam mana pun aku fikirkan, benda ni takkan pernah jadi logik dan langsung tak masuk akal! Aku tak mungkin boleh tiba-tiba bangun dalam badan orang lain...kan?"

'Baiklah, biar aku pastikan!' dengan tak semena-mena, lelaki itu masuk ke dalam bilik air sebelum mencari shower head di dalam bilik air itu.

"Orang kata, kalau nak sedar dari mimpi; kita pergi mandi dalam mimpi tu... atau dapatkan logik dalam mimpi; sebab mimpi bukanlah sesuatu yang logik...jadi, baik aku gunakan cara ni dulu." Lelaki itu mengomel sendiri sambil mula mencapai tap air.

"AHH!!!" di menjerit apabila air sejuk mengena di kulit badannya dengan tiba-tiba; terus berlari keluar dia dalam keadaan basah kuyup itu.

"Sejuknya! Tak pakai water heater, kah?" rungutnya lagi selagi mula mencari tuala dari dalam almari.

"Kenapa...tak jadi? Jam! Aku kena tengok jam untuk dapatkan logik akal aku balik supaya aku boleh sedar dari mimpi bodoh ni!" sekali lagi dia mengomel selari matanya mulai meliar melihat ke sekeliling ruangan bilik itu untuk mencari jam dindin mahupun jam tangan;matanya terhenti pada jam dinding yang terlekat dibahagian atas katil tadi,

"Cepatlah bangun! Sedar, Amry! Sedar!" sekali lagi dia mengucap bagai membacakan mentera sambil matanya masih merenung tajam ke arah jam dinding tadi; renungannya tajam bagai boleh menembus dinding batu itu.

"Ke...napa tak berjaya juga? Takkanlah ni semua betul? Dah macam-macam cara aku buat dah ni...aku tampar diri sendiri pun sakit...maksudnya; ni semua betul? ....tapi...tak logik lah!" lelaki itu sekali lagi melepaskan keluhan selari menggaru kepalanya yang tak gatal dengan perasaan penih tak puas hati.

'...tapi, kalau semua ni betul...maksudnya, badan Amry; maksud aku, badan aku pun dah ada orang lain yang huni?... atau..macam drama dalam t.v tu, aku koma? Hish! Takkanlah!...'\

"...tapi, ada kemungkinan besar juga... memandangkan keadaan aku tu..."

"Mungkin aku patut siasat..." bagai mendapat ilham baru, lelaki itu pergi mendapatkan bau baru dari almari tadi untuk menggantikan baju yang telah lencut dek kerana peristiwa 'shower head' tadi dan bersiap untuk berjumpa 'dirinya'.

"Hai, Amier...kamu nak pergi mana tu? Ayah pesan suruh kamu duduk rumah saja hari ni sebab kan hal pagi tadi."

"Hah? Er..."

"Yalah, nama lelaki ni..Amier, kan?"

"Abang nak pergi mana tu? Kalau abang nak keluar, ayah pesan suruh berteman sebab takut kalau jadi apa-apa lagi...kalau abang nak Mia temankan, boleh saja.."

'?!?!? Eh? Bukan tadi dia macam anti dengan akukah? Ni kenapa pula offer nak teman pula ni?'

"Er..."

"Betul tu, Mier...kalau kamu nak keluar, bawa si Mia ni sekali...kasihan dia terperuk saja dirumah ni...nak harapkan ayah kau tu, memang tak lah jawabnya." Selamba nada wanita itu selari duduk di meja makan.

"Ba..baiklah kalau macam tu... saya...Amier bawa Mia sekali..." setelah berfikir agak lama, lelaki itu mulai bersuara semula; masih kedengaran teragak-agak seperti tadi.

"Okay! Mia pergi siap dulu, ya; abang?" nadanya ceria kontra dengan jelingannya semasa dibilik tadi.

"Hmm..pergilah... Amier, mari sarapan dulu...nanti Mia turun, boleh terus pergi." Ajak wanita itu pula selari menarik kerusi disisinya.

"Hah? Er...okay..." lelaki itu dengan tingkah kekok hanya akur selari jalan menunduk ke arah kerusi tadi; bagai takut identitinya itu terbingkar kalau kepalanya diangkat.

'Bagus! Aku akan siasat apa yang tak kena dengan abang bila kami keluar nanti!' tekadku selari berlari menaiki anak tangga menuju ke kamar untuk bersiap.