Chereads / My Reflection of You(Malay) / Chapter 14 - Bab 13

Chapter 14 - Bab 13

'Kenapa dengan abang aku ni? Dah hilang akalkah?' aku mengintai dari sisi pintu bilik; Abang kedua ku ini kelihatan seperti diserang histeria sejak subuh tadi; ayah yang baru balik dari masjid terkejut dengan berita keadaan abang itu lantas minta kami tenangkan abang sementara ayah panggilkan ustaz dari masjid untuk minta tolong.

"Dah tidur? Dah macam budak-budak pula mak tengok...mak nak turun sekejap, tunggu ayah bawa ustaz nanti. Kamu tengokkan abang Amir kamu, tahu? Nanti kalau ada apa-apa ke..dia terbangunkah, kamu jerit sahaja panggil mak dan abang Long di bawah tu." Pesan mak selari keluar meninggalkan bilik abang; aku hanya mengangguk dengan lagak patuh sebelum melihat wanita itu berlalu pergi dari ruangan bilik itu ke arah tangga.

'Nampak macam tenang sikit...macam mana pula bolah jadi macam ni? Semalam, okay saja aku tengok...mungkin...ah! dia pergi jumpa kak Laila lagi kot, semalam? Sebab tu jadi macam...ni? Macam tak logik sahaja bunyinya...kenapa pula die boleh jadi histeria kalau jumpa dengan buah hati, kan?'

"Hai lah, abang ku sayang...apa yang buatkan abang jadi sampai histeria ni? Apalah yang kak Laila Qalisya tu dah buat sampai abang jadi angau teruk macam ni? Minta-mintalah abang aku ni tak jadi gila.." tanpa berfikir panjang, aku duduk disisi abang yang masih tak sedarkan diri sambil melepaskan keluhan terasa berat.

'Laila...Qalisya? bukan itu nama kakak sepupu aku? Dari cara dia cakap, macam...'abang' dia ni kenal rapat dengan kak Sya tu...' terdetik di hatik lelaki itu selari masih memejamkan matanya; ternyata dia hanya berpura-pura tertidur tadi keran telah letih melawan tadi.

'Mungkin perempuan ni boleh tolong aku...?' baru sahaja dia berniat untuk bergerak, matanya terbeliak apabila terlihat wajah gadi yang baru dikenalinya tadi kini betul-betul berada dihadapan wajahnya sedang memejamkan mata; mungkin terlena.

'Dia...tidur?' kaku seketika pergerakan lelaki itu dengan keadaan tadi sebelum mulai cuba untuk bergerak menjarakkan diri darinya secara perlahan-lahan.

"Mia! Mia!"

"!?!?" panggilan suara 'mak' yang kedengaran sayup-sayup datang dari arah ruangan tangga membantutkan niatnya tadi lantas dia sekali lagi membatukan diri dan memejamkan matanya kembali; berpura-pura tak sedarkan diri.

"Hmm...ya, mak..."

"Miiia...Rose Mia Amalia! Berapa kali mak dah panggil tadi, kenapa tak jawab?"

"Ya, ya...mak, Mia ada disini...dengan abang Amir ni.." dengan gerakan perlahan, gadis itu bangun dari kerusi disisi katil Amir selari berdiri menghadap ibunya yang baru muncul di depan pintu bilik sambil menggesek-gesekkan matanya yang masih terasa letih.

"Kau buat apa? Kau tidur? Aku suruh kau tengokkan abang kau, kau boleh tidur?"

"Eh? Er...sorry... tertidur pula...abang nampak lena sangat tidurnya tu; itu yang berjangkit dengan Mia sekali tertidur tu..." Mia tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Hmm..pandailah kau...dah, pergi pakai tudung, kejap lagi ustaz tu nak naik tengokkan abang kau tu; tadi, dia bangun tak?"

"Hah? Ah...tak ada pun...elok saja Mia tengok abang tidur."

"Tak apalah...kita biar ustaz tu tengokkan dulu."

"Mak...Mia rasa, abang tu okaylah...tak ada masalah pun, mungkin dia penat sangat sampai mengingau..itu yang terjerit-jerit tadi tu..."

"Entahlah Mia...mak pun tak pandai nak komen, kita biarkan dulu ustaz tu tengokkan, kalau dia kata abang kamu ni tak ada apa-apa; alhamdulillah lah...tapi kalau lepas tu jadi balik, kita bawa abang kamu ni pergi hospital pula." Saran wanita itu dengan nada perlahan.

'Prihatin betul keluarga ni pada lelaki ni...tapi, siapa diorang ni? Kenapa aku tak kenal...dan..macam mana aku boleh ada dalam situasi macam ni?' berbagai persoalan mulai bermain dalam otaknya kini selari dia masih memejamkan matanya erat sambil hanya membiarkan deria pendengarannya menjadi mata untuknya mendapatkan maklumat tentang keberadaan dan situasinya sekarang.

'Agak-agak, Mazlan perasan tak aku hilang?' sekali lagi terdetik difikiranku selari beberapa minit kemudian, telinganya menangkap bunyi derapan beberapa tapak kaki masuk kedalam bilik itu dengan langkah laju; berderau darahnya selari degupan jantungnya menjadi makin laju.

'Apa pula yang nak jadi ni? Patutkah aku terus berpura-pura tak sedarkan diri; dan biarkan 'ustaz' ni buat kerja dia...atau patutkah aku bangun dan lari saja? ...tapi, kalau aku lari, aku nak lari kemana? Kalau betul apa yang aku nampak dalam pantulan cermin tadi, aku yakin Mazlan mahupun mama sekalipun takkan dapat bantu aku....lagipun, petunjuk yang aku ada sekarang yang boleh bantu aku untuk dekat dengan kehidupan Amry Syah Redza ada perempuan tadi tu dan hubungannya dengan kak Laila...itu pun kalau tekaan aku ni betul.' Monolog panjangnya itu diteruskan tanpa sedar ustaz yang tadinya masuk bersama 'ayah' telahpun mula menengokkan keadaannya.

"?!?!"

"Kes ni...saya tak pernah jumpa sebelum ni, Haji..."

"Kes? Kes apa? Teruk sangatkah anak saya ni kena histeria?"

"His...te...ria?" ustaz yang dipanggil lelaki tadi pula bertanya kepadanya dengan nada penuh tanda tanya; sepertinya dia pelik dengan kata-kata lelaki itu berkenaan 'gangguan' anaknya itu.

"Yalah...itulah tujuan saya panggil ustaz datang ni, tadi; si Amir ni tiba-tiba menjerit tak tentu hala...jadi, saya nak minta ustaz untuk bantu dia supaya "

"Oh...tak sedarkan diri?"

"Kenapa ustaz cakap macam tu pula?"

'Alamak...takkan dia tahu aku berpura-pura saja?' lelaki yang masih memejamkan matanya itu mulai berpeluh dengan apa yang bakal dihadapinya nanti.

"Ah... tak ada apa...kalau boleh, benarkan saya untuk bersendirian dalam bilik ni dengan anak pak cik sekejap?" permintaan ustaz tadi membuatkan aku yang terpacak disisi mak dari tadi menjadi makin keliru dengan keadaan itu lantas mulai curiga dan ingin tahu apa maksud sebenar ustaz itu berbuat demikian.

'Dah kenapa pula ustaz ni? Selalunya kalau orang nak rawat histeria ni minta orang pegangkanlah, kena tambatlah...dan tak pernah pula dengar orang merawat sendirian...tak bahayakah kalau macam tu?...ni macam ada something wrong somewhere ni...baik aku siasat.' Aku bermonolog sendirian selari membiarkan rasa ingin tahu menguasai diri; lantas ku susun langkah menuju ke arah belakang pintu bilik yang terbuka luas untuk menyembunyikan diri.

"Oh...boleh, apa salahnya...kalau macam tu, kami semua turun dulu lah, ya? Nanti kalau ustaz nakkan apa-apa, kami ada dibawah.." pesan ayah lagi dengan nada perlahan selari mengajak abang dan mak turun ke bawah meninggalkan ustaz tadi sendirian disisi abang.

'Apa agaknya yang nak dibuat ustaz ni?' aku mengomel dalamm hati selari masih cuba untuk tak bersuara.

"Mia? Mana pula budak Mia ni..." suara mak yang sayup kedengaran dari arah tingkat bawah.

"Mungkin dia dah turun tadi kot, mak?" abang menjawab dengan suara agak perlahan.

"Ada dalam bilik lah tu kalau tak ada dibawah ni..kerjanya kan duk kurung dalam bilik saja..." omel ayah pula dengan nada sinisnya.

'Apalah orang tua tu tak puas hati dengan aku agaknya; hari-hari nak membahan dan marahkan aku; aku tak pernah menyusahkan dia pun...' aku merungut dalam hati dengan penuh perasaan tak puas hati dibalik pintu tadi; terlupa seketika dimana aku berdiri ketika itu.

"Dah, tak payah nak berlakon sangat; saya tahu kamu dah sedar...buka mata kamu dan cerita apa masalah kamu tu."

'Eh? Dia bercakap dengan siiapa tu?' aku yang mula memasang telinga pelik mendengar omongan lelaki itu dari balik pintu tadi.

"?!?!?"

"Saya kata, bangun! Kalau kamu masih degil, jangan salahkan saya kalau saya tuangkan satu baldi air di muka kamu nanti."

"Okay! Saya dah sedar!" dengan ugutan lelaki yang berada disisinya itu,

"Hah, bangun pun...ingat nak pengsan sampai esok..." dengan nada sinis, lelaki itu menjeling ke arah abangku yang kini kelihatan keliru sambil menundukkan kepalanya; aku perasan dia kelihatan terganggu dari biasa.

"?!?!" aku yang masih bersembunyi disitu terkejut dengan perilaku abang yang tiba-tiba terbangun tadi.

'Kalau betullah apa yang aku dengar tadi, sejak bila dia dah sedar? Dan... kenapa dia nak buat-buat pengsan pula?' aku terfikir selari sekali lagi menginti dari lubang kunci yang ada pada tombol pintu tadi.

"Macam...mana ustaz boleh tahu saya tak pengsan tadi?"

"Saya perasan mata kamu dan kamu tergerak bila saya sentuh tangan kamu tadi...jadi sekarang, terus terang dengan saya...apa masalah kamu...kenapa kamu ganggu anak kaum Adam?"

'Eh? Ap...apa yang ustaz ni merepek?'Mia terdiam mendengar tuduhan ustaz tadi elari sekali lagi mengintai dari tepi daun pintu itu pula.

"Ap...apa maksud ustaz ni? Saya bukannya jin! Saya manusia! Saya anak Adam..."

"...tapi...kenapa aku dapatkan rasakan yang kau bukan Amier, anak pak cik Azahari?"

"?!?!"

"Kenapa kau diam? Cakap dengan aku, siapa kau? Kau bukan Amier Qushairi yang aku kenal dulu, siapa kau?"

'Ap..apa yang dah jadi ni? Betulkah tu bukan abang? Siapa ustaz yang bajet macam ghost hunter ni? Betul, dia nampak 'benda' tu?' aku makin pening dengan perkara yang aku dengar tadi selari masih membatukan diri dibelakang pintu kayu itu tanpa bersuara sedikit pun.