'Baik, I'll do as you say. Just don't leave me.' Kata-kata abang tadi masih terngiang-ngiang di telingaku tika aku merebahkan punggungku ke atas kerusi restoran tadi. Aku kembali ke tempat dudukku selari meminta pelayan tadi menghidangkan kembali hidangan tadi.
"Terima kasih." Aku cuba bersuara tenang selari melemparkan senyuman paksa pada pelayan yang amat membantu itu.
"Cik, ok? Cik nampak pucat."
"Ok... Cuma... saya baru sedar yang tak semua benda kita boleh jangka."
"Saya harap cik bawa bersabarlah, ya? Saya minta diri dulu."
"Terima kasih?" Sekali lagi aku berterima kasih padanya dengan perasaan makin kekok.
'Bersabar? Apa maksud minah ni?'
"Apa citer?" salah seorang rakan sekerjanya memulakan sesi membawang mereka selari yang lain berkumpul disekelilingnya; dengan tak sengaja aku terdengar akan topik perbualan mereka.
"Kasihan cik tu.. dahlah tunang dia tinggalkan dia sendirian disitu, aku rasa dia nampak sesuatu tadi; kot." Aku mengangkat kening tatkala cuba untuk berlagak biasa sambil menjamu makanan dihadapanku.
"Mungkinlah... reaksi dia macam down sangat; kalau aku, mesti aku dah serang saja mamat tadi."
"Kau rasa, dia serang tak tunang dia tu?" seorang lagi beriya menyampuk.
"Kau rasa?"
"Tengok dari reaksi dia, aku rasa tak kot... cik tu nampak baik dan tak bersifat diva. So, tak mungkin dia akan serang dan malukan tunang dia."
"Tak bersyukur langsung!"
"Geram pula aku dengan mamat tu!" Aku tersengih mendengar 'cerita sedih aku' yang sengaja ku reka tadi.
'Kasihan pula aku dengan mereka-mereka ni; tak pasal-pasal kena tipu dengan aku. Tapi, kalau aku tak buat macam tu, tak menjadi pula plan mengintip aku tadi.' Aku tunduk selari menyembunyikan senyumanku dari mereka yang masih tertumpu perhatiannya ke arahku dengan pandangan simpati.
Sebelum 'sesi mengintip' tadi;
"Cik, boleh saya minta cik simpankan makanan ni sekejap?"
"Maaf... kami tak boleh buat begitu; disini tak ada perkhidmatan macam tu." Jawab gadis itu dengan sopan.
"Hah? Tak boleh? Macam mana ni?!?!?" Sengaja aku bereaksi panik selari mengerutkan dahi; seakan ingin menangis.
"Er... cik? Cik tak apa-apa?" Seperti jangkaan ku pada awalnya, gadis itu menjadi resah dengan kelakuanku.
"Tak... kalau saya tak boleh pergi sana sekarang; nanti..." Sekali lagi aku menduganya.
"Apa kata cik ceritakan pada saya apa yang boleh saya tolong dan kenapa cik nak sangat kami simpankan hidangan ni?" Gadis itu kini memegang bahuku; cuba 'menenangkan' pelanggannya ini. Aku menghela nafas panjang sebelum memulakan 'plot' aku.
"Sebenarnya, lelaki yang tadi tu... tunang saya. Kami ada salah faham sikit dan dia ajak saya keluar untuk berbincang. Tapi... lepas pesan makanan, dia terus tinggalkan saya dalam keadaan tergesa-gesa. Dia yang cadangkan kami bertemu disini... jadi, saya nak siasat kemana dia pergi secara senyap-senyap; saya syak dia nak jumpa dengan bekas teman wanita dia disini... tapi, saya tak nak dia tahu pasal tu."
"Cik masih sayangkan dia?" aku mengangguk dengan penuh yakin sebelum tunduk. Dia terdiam seketika sebelum melepaskan keluhan seperti telah membuat keputusan. Gadis itu bangun dengan tiba-tiba sambil menggenggam tanganku.
"Maafkan saya sebentar, cik." Pelayan itu meninggalkan aku dan menuju keruangan dapur dengan tergesa-gesa.
'Tak jadikah? Aku patut nangis saja tadi... baru nampak REAL...' aku menjebikkan bibirku selari menyedut teh ais dihadapanku. Keluhan yang terasa berat kulepaskan sebelum gadis tadi kembali ke mejaku bersama seorang lelaki yang kelihatan seperti pengurus restoran itu.
"Cik, ini Encik Pian; dia pengurus restoran ni.." gadis tadi tersenyum sambil memperkenalkan lelaki itu.
"Hah?" Aku menjadi semakin kaget dengan kehadiran lelaki itu; lantas aku tunduk sambil menyembunyikan rasa panikku.
'Takkanlah diorang dah tahu aku cuma reka saja cerita tu?' aku memejamkan mataku bagai menunggu hukuman.
"Cik tak perlu risau pasal hidangan ni. Kami akan simpankan untuk cik dan hidangkan semula lepas cik kembali. Arisa dah ceritakan apa yang terjadi pada cik, dan saya turut bersimpati. Kalau ini boleh membantu, kami akan buat yang terbaik."
"Eh? Betul ni?" Aku mengangkat kepalaku selari melihat pelayan yang dipanggil 'Arisa' ini mengangguk; mengiyakan kata-kata pengurusnya.
"Terima kasih! Saya betul-betul menghargai pertolongan cik! Saya akan datang balik secepat mungkin!" Aku menggenggam tangan Arisa tanda terima kasih sebelum mula berlari menuju ke arah sama Abang Amier hilang tadi.
"Hah, apa yang kau menungkan tu?" suara Abang Amier mengejutkan aku dari flashback tadi. Sejak bila dia mula timbul didepanku ini pun aku tak sedar. Aku menghela nafas panjang sebelum berbicara.
"Abang pergi lama sangat, ke mana je?"
"Yang kau nak sibuk, kenapa? Dari tadi makan tak habis-habis lagi; kau makan sebutir-butirkah nasi tu?" Aku menjeling ke arahnya selari menyedut habis teh aisku. Baru ku sedar; pelayan-pelayan yang tadi membawang tentang aku kini memberikan abang Amier pandangan yang menakutkan.
'Agaknya dia perasan, tak?' Aku mencuri pandang ke arah abang kedua ku ini yang kelihatan tak terganggu dengan pandangan serong yang diterimanya itu.
"Kau ada buat halkah tadi? Kenapa pelayan tu semua pandang kita semacam saja?"
"Eh?" Aku tak terkejut jika Abang Amier perasan dengan layanan mereka sejak awal memandangkan dia memang seorang yang peka dari dulu lagi.
"Er... tak?" Aku makin gerun dengan reaksi yang diberikan abangku ini.
"Memang sah kau ada buat something ni... kalau tak apahal diorang nak bagi layanan macam ni pada customer diorang?" Aku hanya diam sambil tersengih bagai kerang busuk dihadapannya. Dia melepaskan keluhan sambil menjelingku sebelum bercakap; masih dengan nada perlahan.
"Kau makan cepat sikit... nanti tak pasal-pasal diorang terkam kau nanti."
'Bukan Mia lah... tapi takut-takut abang yang kena terkam nanti!' aku mengangguk selari menyembunyikan senyuman sinisku.
"Pelik aku... tadi iya benar pelayan-pelayan restoran tu jeling kau macam nak telan. Tapi, masa balik; diorang belanja kau kek keju? Kau pakai tangkal apa, hah?" Perli abang selari kami berjalan menuju ke arah kedai serba guna di dalam pusat membelibelah itu beriringan.
"Tangkal apanya? Mungkin diorang berminat dengan Mia ni; sebab tu dapat kek keju." Kami memasuki ruangan kedai sambil mataku meliar melihat barang-barang disitu; kami memang gemar masuk ke kedai serbaneka dan kedai buku dari kedai baju.
"Tak ada maknanya... kau ingat kau tu cantik sangat? Perasan saja lebih..." Aku menjebikkan bibirku selari menumpukan perhatian kepada barang-barang disitu dari terus bertekak dengannya.
'Sakit pula hati ni...'
"Mia..." Panggilannya perlahan, tapi tetap ku dengar.
'Hah, apa pula yang dia nak rungutkan ni?'
"Apa?" Aku menjawab dengan nada selamba; sekali lagi dia enggan bertentang mata denganku. Tapi aku tahu dia ingin bertanyakan sesuatu; kena dengan gayanya yang konon-kononnya 'cool' gitu.
"Kau tadi.. ada tinggalkan restoran tu tak?" Mata ku terbeliak mendengar pertanyaan abang itu.