Chapter 7 - Bab 6

"Hah?" Aku tercengang seketika.

'Takkan abang tahu aku ikut dia tadi?' dengan tak semena-mena aku jadi kaget.

"Kan aku suruh kau tunggu aku tadi di restoran tadi... kau ada pergi mana-manakah masa tu?"

"T... Tak adalah.. Lagipun, mana boleh Mia tinggalkan makanan kita macam tu saja tadi, kan?" Abang Amier hanya terdiam mendengar penjelasanku; kembali menumpukan perhatiannya kepada aksesori kereta yang dibeleknya dari tadi.

"Hmm..."

"... Kenapa abang tanya macam tu?" Walaupun aku takut di ketahui; perasaan ingin tahuku tetap cuba menguasai. Dari terus menjawab, dia diam untuk agak lama sebelum mula bercakap; ternyata dia kelihatan tidak selesa dengan pertanyaan ku itu.

"Tadi, aku macam nampak kau di lobi dewan sedang berjalan dengan seorang lelaki disitu."

'Oh... aku ingat betul-betul aku dah kantoi tadi!' Aku yang cuba berlagak biasa selari memasang telinga; lega apabila tak ada tanda curiga dalam nada abangku itu.

"Mungkin pelanduk dua serupa saja kot... Lagipun, orang comel macam Mia ni kan dah makin banyak di Malaysia ni..." Sengaja aku ingin menjengkelkan abangku yang sudah sedia menjelingku sejak tadi.

"Ceh, sempat lagi; kau!"

"Pak!" Lelaki ini memukul kepalaku dengan pamplet kedai yang dipegangnya tadi dengan perlahan sambil tersengih.

"HAhah!" Aku menyahut senyumannya sambil tergelak kecil.

"Sudahlah, aku nak pergi cari barang kejap; nanti jumpa di kaunter lagi setengah jam." Abang memberi arahan kepadaku selari menunjuk ke arah kaunter di hadapan kedai.

"Baik, boss!" Aku memberi tabik kepadanya dengan senyuman persis anak kecil; abang menggelengkan kepalanya sebelum ku lihat dia menghilang ke arah rak belakang kedai. Aku perasan senyuman kecil terbit dari bibirnya tadi.

"Baik; I'll do as you say. Just don't leave me." Peristiwa tadi tiba-tiba bermain di fikiranku ketika itu membuatkan senyumanku hilang dengan serta-merta. Pandanganku tetap ke arah Amier tapi kini dengan mood yang berlainan.

'Abang... dia seriuskah dengan apa yang dia cakapkan tadi? Atau... dia ada rancangan lain, sebenarnya? Takkanlah dia nak ulang perkara yang sama berlaku 2 tahun lepas?'

'Sudah, Mia! Lupakan perkara tu buat masa ni, kau kan nak cari barang untuk kerja kau!' aku memarahi diriku selari menggeleng-gelengkan kepalaku buat beberapa kali. Aku melepaskan keluhan yang terasa berat sebelum berpaling untuk ke rak barangan yang lain.

"Pakk!!"

"Aduh!" Impak yang kuat membuatku jatuh terduduk dilantai ketika itu; terasa seperti aku dilanggar sesuatu atau... seseorang; ya, seseorang.

'Eh? Seseorang?' aku yang masih terduduk cuba mencari apa atau siapa yang telah melanggarku secara tiba-tiba tadi; tapi gagal. Aku menggaru kepalaku yang tak gatal selari bangun dari situ dengan perasaan penuh keliru.

"Apahal tadi tu? Takkan perasaan aku saja kot?" kelihatan gadis itu memerhatikan sekelilingnya dengan pandangan keliru sebelum berjalan perlahan ke arah rak barangan seni. Satu kelibat mengintainya dari rak yang membelakangi gadis itu dengan melihatkan sebaris senyuman sinis.

Selepas setengah jam, seperti yang disetujui pada awalnya; kami berjumpa di kaunter kedai dengan barang-barang yang ingin dibeli. Aku lihat abang telah pun menungguku di tepi kaunter dengan beberapa barang yang dipilihnya. Dia menggelengkan kepalanya tatkala melihat aku datang membawa bakul yang sarat dengan peralatan kraf.

"Kau nak buat apa dengan barang banyak-banyak tu?"

"Hehe... adalah... Mia ada projek sikit nak buat nanti di rumah." Aku tersengih bagai kerang busuk ketika menghulurkan bakul barangan itu untuk dibayar beserta beberapa keping duit kepada abang.

"Apa pula ni?"

"Duitlah... kan Mia beli banyak barang ni... takkan nak suruh abang bayarkan pula?"

"Tak payahlah... kau simpan saja duit kau tu. Yang ni aku belanja." Terangnya ringkas.

"Mana boleh... nanti.." aku cuba menolak dengan cara paling sopan; aku masih berasa agak bersalah memandangkan abang juga sedang menganggur kini.

"Aku kata aku nak bayar, aku bayarlah... ni last offer aku."

"Oh.. okay, okay... Mia terima. Bukan senang untuk abang Mia yang seorang ni belanja Mia." Aku hanya mampu menerima niatnya apabila ada nada ketegasan dalam suaranya; tak berani untukku berbidas lagi.

"Hah, tahu pun... appreciatelah sikit." Akhirnya dia melemparkan senyuman

"Ya... terima kasih; lain kali belanjalah Mia lagi, ya. Murah rezeki abang!"

"Membodek saja kerja kau ni..."

"Hehe..." Aku tersengih selari cuba menyembunyikan perasaan sebenarku ketika itu.

'Kenapa tiba-tiba abang jadi pemurah? Ada kena-mengena dengan perkara dengan Laila tadikah? Dia betul-betul dah tekad nak bersama dengan Laila? Takkan dia tak tahu Laila tu dah kahwin lepas putus dengan dia dua tahun dulu; ke... perempuan tu dah cerai?' pelbagai perkara yang mulai bermain difikiranku ketika itu.