"Kau ni dah kenapa; macam badut mime dah aku tengok?"
"Hah? Tak ada apalah... Mia tengah fikir macam mana nak mulakan projek dengan bahan yang kita baru beli tadi." Aku menukar topik selari tersengih padanya; cuba untuk menyembunyikan perasaanku yang sebenar.
"Suka hati kaulah..." dia mengomel selari mula berjalan meninggalkan aku menuju ke ruangan lobi lif. Aku melepaskan keluhan kecil selari mengekorinya dari belakang sebelum tiba-tiba terhenti apabila aku perasan seperti ada yang sedang memerhatikanku dari belakang.
'Eh?' secara refleks, aku menoleh ke arah sekumpulan manusia di belakangku; tapi tak dapatku kesan apa-apa.
"Hoi! Kau tengok apa tu? Cepatlah, nanti lambat balik; bising pula orang tua tu!" marah abangku selari menahan pintu lif untukku.
"Ah, ya! Datang!" Aku berlari ke arahnya dalam keadaan kelam kabut sebelum menjeling ke arah tadi apabila pintu lif mulai tertutup.
'Serious, aku rasa ada orang yang sedang ikut kami. Mustahil kalau orang tu nak ikut aku... mungkin...' aku menoleh ke arah abang Amier yang kini sedang sibuk menumpukan perhatiannya ke jalan raya dihadapan. Hubungannya dengan Laila boleh menjadi satu kemungkinan untuk ada orang yang menyasarkan abang.
'Tapi, untuk apa?' sekali lagi aku melepaskan keluhan selari mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap pula; kelihatan seorang lelaki yang kelihatan biasa bagiku berjalan laju menuju ke arah jalan raya sambil dikejar seorang lelaki lagi dari belakang.
'Eh? Kenapa aku rasa macam pernah nampak lelaki tadi?'
Sementara itu;
"Amry, tolonglah... kali ini saja aku nak kau dengar cakap aku, susah sangatkah?" ada sedikit nada rayuan dalam suara Mazlan; pengurus peribadinya.
"Kau tahu aku tak boleh bekerja dengan lelaki tu, kan? Yang kau nak paksa aku, kenapa?" Lelaki itu kelihatan bengang dengan tindakan pengurusnya yang telah bersetuju untuk dia berkerjasama dengan musuh tradisinya; Arnold.
"Kau nak ke, semua peminat kau; tak... satu negara ni nanti tahu yang kau tu bencikan dia? Kau kata, kau nak jadi professional... can't you just act like one?" Giliran Mazlan pula melontarkan rasa tak puas hatinya kepada Amry. Lelaki tinggi lampai itu mendiamkan diri mendengar kata-kata pengurusnya; tampak seperti dia terkesan.
"Bila program tu nak mula?" pertanyaan Amry membuatkan Mazlan pula yang terdiam seketika.
"Bila program tu mula?" Sekali lagi dia bersuara apabila dia tak mendapat apa-apa respon dari pengurusnya.
"Ah... er, lebih kurang 20 minit dari sekarang."
"Hmm..." Lelaki itu mulai melangkah laju menuju ke pintu masuk pusat membelibelah semula; meninggalkan pengurusnya yang dalam keadaan terpinga-pinga disitu.
Sekali lagi dia berhenti apabila perasan Mazlan tidak mengekorinya dari belakang.
"Kau nak tunggu siapa lagi tu?"
"Ah... ya, aku datang!" bagai baru tersedar, lelaki 30an itu berjalan laju ke arah Amry; mereka masuk ke dalam pusat membeli belah itu beriringan.
"Macam mana? Dia jadi datang tak? Artis aku bukan boleh tunggu lama; time is money okay? Masa itu emas." Omel pembantu peribadi Arnold; pemenang pertandingan realiti 'Jejaka Malaya' sambil menjeling ke arah staff program yang beberapa kali meminta maaf kerana terpaksa menangguhkan program mereka buat seketika.
"Maaf... pihak kami meminta semoga pihak cik Arnold akan bersabar sedikit sahaja lagi. Kami sedang berusaha untuk menyediakan persediaan terakhir." Lelaki yang memakai tag 'staff' itu masih lagi menundukkan pandangannya.
"Tak apalah, Gina... biarkan mereka tu. Semua orang ada kesulitan mereka sendiri yang kita
sendiri tak faham; berikan mereka masa. I can wait." Akhirnya lelaki berbadan tegap; berkulit sawo matang, berdarah kacukan jawa-kanada ini bersuara dengan nada perlahan cuba menenangkan pembantu peribadinya tadi.
"Baiklah kalau you dah cakap macam tu... i ikutkan saja; tapi tolong beritahu I kalau you nak apa-apa lagi, okay?"
"Okay..."
"See? Betapa baiknya cik Arnold ni pada staff-staff biasa macam you all ni? You're really lucky to have him here rather than that not-so- famous flowerboy yang you bangga-banggakan sangat tu."
"Hai, rancak berbual; nampak... tak ingat nak mulakan kerjakah?" Mazlaz melontarkan nada sinis selari membawa Amry masuk kedalam bilik untuk mebuat persiapan terakhir.
"Kami ke, kamu yang tak ingat nak buat kerja? I dan Arnold dah lama bersiap untuk mulakan program tu; tinggal nak tunggu you guys saja.Tak professional langsung..." Gina menjeling sambil membantu modelnya untuk bersiap buat kali terakhir.
"Gina... tak baik cakap macam tu... walaupun kami tampak macam rival, tapi i dan Amry ni masih rakan sekerja; betul tak, Amry?" Giliran Arnold bersuara sambil cuba menduga reaksi lelaki yang dianggap sebagai pesaing itu; ternyata kali ini sangkaannya jauh dari biasa apabila Amry kelihatan tenang dan bukan berang.
"?!?!?" keadaan dalam bilik persalinan itu menjadi tegang seketika apabila Amry tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan semuanya menyangka bahawa dia akan mengamuk lagi.
"Here it comes again..." Arnold berbisik dengan nada yang hanya dia yang mampu mendengarnya.
"Lan, jom..."
"Eh?" Baru saja Mazlan merancang ingin menenangkan modelnya itu; Amry berjalan menuju ke ruang lobi dengan ekspresi tenang, sekali lagi meninggalkan pengurusnya dalam keadaan terpinga-pinga.
"Mazlan?"
"Ah... ya!"
"Hah? What just happeen?" sekali lagi isi blik persalinan terkejut dengan reaksi yang diberri Amry tadi.
"Well... this is new." Arnold melemparkan sebaris senyuman sinis selari menjeling ke arah pantulan Amry pada cermin besar dihadapannya yang baru saja berlalu dari situ.
'Kenapa budak ni nampak lain dari selalu? Kurang marah-marah dan makin cool? Macam ada yang tak kena saja...' Mazlan mengomel sendirian selari mengekori Amry dari belakang menuju ke arah pentas utama; diiringi beberapa pengawal keselamatan.
"Am... kau okay, ke?"
"Kenapa kau tanya aku macam tu; aku nampak tak okaykah?"
"Bukanlah macam tu... tapi, kau nampak lain dari selalu."
"...and that's a bad thing?"
"Tak! Actually that's a good thing! Kau memang patut pun bersikap macam ni sejak dulu lagi... serius..."
"Kalau macam tu, kau kena bersyukur lebihlah hari ni, sebab mood aku baik."
"Hah? ...Ke.."
"Dengan itu, dipersilakan tetamu undangan kita untuk pembukaan ujibakat kita hari ini; model yang dikenali ramai, pernah menjadi mantan peserta dalam program realiti ini pada musim yang lalu; juga memberi impak yang paling besar dalam sejarah 'Jejaka Malaya', Amry Syah Redza...." belum sempat Mazlan menyambung sesi soal siasatnya bersama Amry, pengacara di pentas telah pun memanggilnya untuk memunculkan diri.
"Kau tunggu aku... nanti kita sambung..." Amry memberinya sebaris senyuman selari bergerak ke pentas dengan lagak yakin.
'Memang sah, ada yang tak kena dengan Am... dia tampak lain dari biasa.' Mazlan melayangkan pandangan pada lelaki yang telah dikenalinya sejak dulu lagi; sebelum dia dikenali sesiapa lagi. Jauh sebelum dia menyertai pertandingan realiti model itu.