Chapter 9 - Bab 8

12 tahun yang lalu;

"Puan, saya harap puan boleh nasihatkan Amry dan perkara ini takkan berulang lagi dimasa hadapan." Pengetua sekolah berasrama penuh; Encik Mokhtar Fauzi mengakhiri ayatnya sebelum membenarkan Amry Syah keluar dari biliknya bersama ibunya.

"Mama tak pernah ajar anak mama jadi kaki pukul... kenapa boleh jadi macam ni, Syah?" Ibunya memberikannya reaksi kecewa selari berjalan beriringan dengannya menuju ke kantin.

"Syah pun tak minta mama hantar Syah masuk sekolah yang dah macam penjara ni!"

"Syah!" Remaja yang berusia 13 tahun itu berlari meninggalkan ibunya yang kelihatan tertekan berdiri disitu sendirian.

"Bodoh! Bodoh! Kenapa kau buat macam tu pada mama kau? Kau tahu mama tengah cuba sedaya upaya dia, kan? Kenapa kau nak bebankan mama lagi?!?!?" Remaja lelaki itu kelihatan memarahi dirinya sendiri selari mengetuk kepalanya sendiri dengan nada kecewa; sesekali dia mengesat air matanya yang cuba dihentikan sejak tadi, tapi gagal. Ternyata dia menyesal dengan perbuatannya sendiri.

"Adik?" seorang pelajar yang kelihatan lebih tua darinya merapatinya dengan perlahan-lahan; secara refleks, Syah mengesat air matanya sebelum berdiri disitu dalam keadaan kekok.

"Si... siapa kau?"

"Abang, senior disini... pelajar tingkatan 6... adik ni, tingkatan 1 kan? Buat apa disini waktu-waktu macam ni? Bukan sepatutnya pelajar tingkatan 1 ada kelaskah sekarang?"

"..." dari menjawab, Syah hanya mendiamkan diri sambil menundukkan wajahnya dari pelajar senior itu; dia melepaskan keluhan kecil sebelum menyambung.

"Kalau adik nak lepak, bukan disini tempatnya... mari ikut abang... abang tunjukkan 'port' yang cikgu sendiri pun tak tahu wujud." Pelajar senior itu menghulurkan tangannya kepada Syah sambil tersenyum .

Walaupun pada mulanya dia agak ragu-ragu, akhirnya Syah menerima pelawaan pelajar senior yang baru dikenalinya itu; dia kini mengekori lelaki itu ke kawasan belakang sekolah yang kelihatan sedikit terbiar sebelum pelajar senior itu berhenti betul-betul di belakang sebuah stor bilik sukan.

"Duduklah.. disini, kau boleh lepak sesuka hati kau... cikgu-cikgu disini bukan berani nak masuk sampai kawasan ni terutamanya bila dah mula petang." Pelajar senior itu mengisyaratkan Syah untuk duduk disisinya; di atas lantai simen.

Pada mulanya Syah kelihatan kekok kerana dia jarang duduk di kawasan terbiar begitu; tapi, apabila pelajar senior itu mula bercerita, dia kelihatan lebih tenang.

"Ah... lupa pula... nama aku, Mazlan.. Mazlan Latif bin Johari kelas 6 sains 1 kau pula?"

"Aku... Amry... Amry Syah Redza bin Zaidin Ammar; kelas 1 sains 1..."

"Amry... aku panggil kau Am mulai hari ni... Kalau kau ada masalah, kau boleh datang cari aku; okay?" Sambung Mazlan selari menepuk dadanya dengan gaya bangga.

"Mampukah kau? Kau sendiri pun nampak keding saja..."

"Hoh, gurau kasar nampak?"

"Pfft!"

"Aku nampak saja keding tahu, tapi aku ni kuat... semua orang takut dengan aku disekolah ni..."

"Kau kuat apa?"

"Kuat berangan..." keduanya tertawa berdekah-dekah bicara spontan masing-masing.

"Kau..." Mazlan berniat memulakan bicara apabila Amry kelihatan lebih tenang dari tadi; tapi terbantut apabila Amry telah pun membuka mulutnya, bercerita.

"Papa dah tinggalkan kami sejak aku kecl lagi; mama kata dia kahwin lain di luar negara dan menetap disana. Tapi, mama tak pernah cakap dia bencikan papa... mungkin sebab papa tak abaikan keperluan kewangan kami..; malah berlebih-lebih lagi. Tapi... aku tahu mama terluka tiap kali teringatkan papa; mungkin cinta mama terlalu besar sehingga benarkan ia memakan diri."

'Itu perkara yang bukan seorang pelajar 13 tahun patut hadap....' terdetik di hati pelajar senior itu sedang dia melihat Amry melayangkan pandangan jauh ke arah padang yang terbentang luas dihadapan mereka. Pandangannya kelihatan diselubungi perasaan sayu tapi tenang.

"Kau pula?"

"Hah?"

"Apa pula perasaan kau terhadap papa kau? Kau bencikan dia?" Pelajar lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya selari pandangannya beralih semula ke arah depan.

"Itu yang aku pelik, tu... Kenapa aku tak boleh bencikan lelaki yang dah tinggalkan kami, lelaki yang sama menjadi punca mama aku menangis hampir setiap malam... dan lelaki tu jugaklah berpangkat 'papa' bagi aku." Reaksinya ketika itu susah untuk Mazlan tafsirkan kerana dia tidak kelihatan marah mahupun sedih... tapi ada sedikit tanda kesal di wajahnya.

"Aku tak pasti macam mana nak jawab soalan kau tu; tapi yang aku pasti, kau takkan bencikan papa kau tu sebab... kau kan... anak mama kau..."

"Pfft... nak bahan aku lagilah tu..."

"Bukan bahan, aku memang seriouslah..." Amry menjeling seniornya itu sambil memberikan sebaris senyuman skeptikal; menduga niat dia bicaranya tadi.

"WAAAAAAAAA!!!!!" suara tangisan budak kecil yang kedengaran tiba-tiba membuatkan kedua pelajar tadi melompat sedikit kerana terkejut.

"Kau dengar bunyi tu, Lan?"

"Gila tak dengar..."

"Bunyi apa tu? Takkanlah..."

"Kau jangan nak mengarut... Takkanlah siang-siang ni benda tu ada kot? Mesti orang ni... lagipun, sekolah ni tak ada kes-kes macam tu... Jom kita pergi siasat." Ajakkan Mazlan sambil bangun dari situ membuatkan Amry terpinga-pinga disitu.

"Apa yang kau buat tu? Bangunlah!"

"Ah, ya! Aku datang..." dengan langkah ragu-ragu, pelajar junior itu mengikuti Mazlan dari belakang.

Dua pelajar itu berjalan beriringan mengekori suara tangisan yang didengari mereka tadi menuju ke ruangan tepi bilik komputer yang bersebelahan dengan bilik alatan sukan. Dilihatnya; seorang pelajar berpakaian sekolah rendah sedang duduk menangis disitu dengan memakai seragam yang kelihatan telah kotor.

Amry yang dari tadi memegang kemeja Mazlan melepaskannya setelah nampak gadis kecil itu dan kembali berlagak tenang.

"Adik? Adik kenapa duduk disini seorang diri? Kenapa adik menangis?" Mazlan merapati budak perempuan itu sebelum duduk disisinya; tiada tindak balas darinya.

"Nak gula? Saya pernah dengar, gula-gula boleh baiki mood seseorang..." Amry menghulurkan sebiji gula-gula dihadapan gadis kecil itu lantas beridri menghadapnya dengan sebaris senyuman. Budak itu akhirnya berhenti menangis sambil mengangkat kepala memandangnya sambil tangannya mencapai gula-gula yang dihulurkan.

"Te...terima kasih..."

"Sama-sama... awak buat apa disini?" Pelajar 13 tahun itu dengan selamba duduk bersila disisi sebelah kiri gadis itu pula; kini budak itu diapit kedua pelajar tadi.

"Hoi, kau bu....?!?!?" Baru saja Mazlan ingin menegur Amry, dia terhenti apabila gadis itu kelihatan tenang dari sebelumnya.

"Saya... tengah sembunyi..." suaranya perlahan; seakan-akan berbisik.

"Sembunyi? Dari siapa? Ada orang buli adik?" gadis itu menggelengkan kepalanya selari mengalihkan perhatiannya kepada Mazlan pula.

"Tak... saya takut umi saya marah sebab baju sekolah kotor...."

"Ah... tapi, macam mana boleh jadi macam ni?"

"Saya... terjatuh... saya tersungkur masa nak keluar rehat tadi... semua orang ketawakan saya; saya malu dan terus datang ke sekolah umi... tapi..."

"Awak takut nak jumpa umi awak?" Dia mengangguk sambil menundukkan kepalanya.

"Siapa umi adik? Mungkin abang boleh tolong?"

"Puan Jihah..."

"Puan Jihah? Siapa tu?"

"Oh... Puan Jihah... cikgu sejarah tahap satu... Kalau macam tu, adik ikut abang... abang boleh bawakan adik pada umi adik.... dan insyallah, dia takkan marah."

"Tapi... saya takut..."

"Terus-terang saja."

"Hah?" kedua Mazlan dan gadis itu memandang Amry yang kini telah bangun dari situ dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Beranikan diri untuk jujur... beritahu perkara sebenar pada umi awak; kalau dia betul faham perangai awak, dia maafkan awak." Sambungnya lagi sebelum memberikannya sebaris senyuman kelat.

"Nama?"

"Hah?"

"Awak tak beritahu nama awak lagi..."

"Ah... saya, Amry Syah Redza; tingkatan 1, 'abang' tu pula, Mazlan Latif; tingkatan 6... awak?"

"Nama saya... Najwa Erina binti Farid, darjah 5; saya pelajar sekolah sebelah ni. Selamat berkenalan." Najwa bangun dari situ selari menghulurkan tangan bersalaman dengannya.

Itulah detik pertemuan Amry dan pengurusnya Mazlan sebelum mereka mula menempah nama dalam industry peragaan beberapa tahun selepas tamat persekolahan. Walaupun jarak usia mereka agak jauh; tapi perwatakan Mazlan yang agak terbuka dapat menerima keegoan dalam sifat Amry yang makin menebal sejak dia menempa nama.