Dua kereta kebal melalui jalan lebuh raya, tertulis 'Pasukan Khas : Superhuman' dan emblem PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia pada kedua-dua kereta kebal itu. Dari jauh, kelihatan Khairul, Nasuha, Chyou, Kyoko dan Mikael sedang memerhati pergerakkan kereta kebal tersebut.Kedua-dua kereta kebal itu memasuki pangkalan mereka, ahli HOPE yang berada di situ berhenti mengekori mereka dan memerhati dari dalam sebuah bangunan yang berdekatan dengan pangkalan itu."Baiklah, kita boleh mulakan rondaan kita sendiri sekarang..." kata Mikael, dia berjalan ke arah yang lain kemudian mengaktifkan kuasanya untuk membentuk kostumnya."Ada dengar apa-apa dari Khalid dan Mei?" tanya Kyoko ke arah Nasuha yang sedang melihat telefonnya."Takde apa-apa lagi. Diorang kata diorang tekad nak berjumpa dengan 'Lelaki Bertopeng' tu hari ni." balas Nasuha sambil menyimpan semula telefonnya."Kenapa media dan pihak berkuasa lagi fokus pada 'Lelaki Bertopeng' daripada aktiviti kita? Kita dah basmi banyak Strays tapi beberapa kali je kita masuk berita dan artikel. Kali terakhir cerita kita diketahui ramai pun ialah masa kes Putrajaya dan Cheras haritu..." soal Khairul, dia menyilang tangannya."Sebab 'Lelaki Bertopeng' tu serang manusia lain, itu saja sebabnya. Kita basmi Strays akan buat diorang sukar jejak kita sebab ada kemungkinan Strays yang kita basmi pada pandangan mereka ialah hasil kerja Strays lain. Tetapi 'Lelaki Bertopeng' benar-benar tunjukkan ada manusia dengan kuasa di luar sana, gunakan kuasa mereka untuk agenda sendiri." terang Mikael, Khalid menoleh ke arahnya kemudian meletakkan tangannya di dagu."Baik...masuk akal." balas Khairul."Apapun, kekalkan saja berhati-hati dan kita akan selamat. Tambahan pula, kita tahu kemungkinan besar Mutants yang serang korang haritu sedang jejak atau perhatikan kita...Kumpulan rondaan kita kena jadi lebih besar dari sebelum ni. Mari gerak." ajak Mikael, semua ahli HOPE berdiri dan bergerak pergi mengekori Mikael dari belakang."Hei, jangan fikir kau ketua kami sekarang ni, orang tua. Kau orang baru lagi." tegur Khairul."Khai...Janganlah cakap macam tu." tegur Nasuha pula, Khairul mengalihkan pandangannya."Haha,kena marah dengan girlfriend..." perli Kyoko pula, Mikael juga memandang ke belakang dan kelihatan terhibur, Khairul menjeling mereka berdua."Kenapalah...aku tak team dengan kakak atau Khalid..." monolog Chyou sendirian di dalam hatinya, dia berjalan paling belakang.Nasuha membawa Khairul dan Chyou terbang bersamanya, Kyoko menggunakan kilatnya untuk meluncur diudara membuatkan dia kelihatan seperti terbang dan Mikael menggunakan kuasa bayangnya untuk berayun dari bangunan ke bangunan lain.Sekarang kami bergerak dalam kumpulan besar, kebanyakkan Strays jadi mudah untuk dihadapi."Zaar! Zaar!" Stray berupa manusia dengan sayap dan berkepala kelawar sedang menyerang Khairul, dia menepis sayap makhluk itu. Kyoko menyambar Stray itu dengan kilat dan dengan pantasnya, Chyou menteleportkan Mikael pada makhluk itu membenarkan dia membelah wajah makhluk itu dengan kapaknya, kelihatan matanya yang bengis."Alright, selesai. Mari pergi." Kyoko dengan pantasnya terbang pergi, Mikael juga terus berpaut pada bangunan. Nasuha memasukkan Khairul dan Chyou ke dalam bebola cahaya dan terbang mengekori Kyoko dan Mikael.Tak boleh berada di satu tempat dalam masa yang lama, lagi-lagi di kawasan perumahan atau bangunan apartment, ada saja yang akan lihat kami dan rakam. Tambahan pula CCTV yang merata, kadang-kadang tak perasan di mana."Patut ke kita tolong?" soal Nasuha, dia kelihatan kerisauan. Dari jauh kedengaran bunyi tembakan dan besi bertembung. Mikael meletakkan tangannya di hadapan semua ahli kumpulannya."Tunggu dulu. Stray tu masih belum sakiti sesiapa lagi." kata Mikael.Kelihatan Pasukan Khas sedang bertarung dengan Strays berupa lelaki dengan tangan dan kaki yang panjang, wajah lelaki itu hanyalah mulut dengan gigi dan lidah yang panjang. Pasukan Khas menembak saja Strays itu namun ia tidak jatuh-jatuh sehinggalah."RPG!" Tembakan RPG dilancarkan dan meletupkan separuh badan Strays itu menyebabkan ia terus mati."Baiklah!" "Fuh!" "Syabas semua!"Kelihatan Pasukan Khas menyambut kemenangan mereka."Kalaulah kami ada senjata macam tu sebelum ni. Tak rasa ramai anggota aku akan cedera, malah mati." keluh Mikael, semua yang berada di situ menoleh padanya."Nampaknya Pasukan Khas kebanyakan masa memang tak perlukan bantuan kita." kata Kyoko pula."Senjata mereka cukup kuat lawan dengan Strays yang tak berfikir dan rosak mindanya. Tapi kalau ada Mutants lain macam kita, yang faham kuasa mereka dan boleh berfikir semasa berlawan...Walaupun Pasukan Khas kuat dengan senjata, kemungkinan mereka akan hadap kesusahan lawan Mutants lagi. Mereka masih berbahaya tapi masih ada banyak kelemahan juga." terang Mikael."Setiap kali kau bukak mulut...Memang banyak benda kau boleh cerita." kata Khairul."Aku bagi korang insights aku sebagai seseorang yang ada pengalaman dan ya...sedikit tua." balas Mikael."Janganlah anggap aku hina kau pulak. Aku kagum sejujurnya." puji Khairul."Betul tu. Banyak kitorang belajar." sokong Nasuha pula, Mikael memerhati mereka kemudian kemudian tersenyum kecil."Baguslah."Mei : Kami balik lambat sikit. Korang semua boleh balik dulu kalau dah selesai rondaan.Nasuha menunjukkan mesej yang diberikan Mei kepadanya."Uh..." Chyou kelihatan sayu."Aku kena tunggu Khalid jadi aku ada kat sini jelah dulu jawapannya." kata Mikael."Kalau dah takde apa-apa...Aku baliklah dulu. Nak kena catch-up beberapa episod anime yang aku terlepas." kata Kyoko."Baiklah, bye-bye, Akak Kyoko." Nasuha melambai tangannya."Bye-bye, semua...Jumpa esok." Kyoko membalas lambaian Nasuha dan terus terbang pergi dengan pantas, seperti kilat."Saya dan Khairul pun gerak dulu ya. Bye-bye, Encik Mikael...Bye-bye, Chyou." Nasuha melambai tangan ke arah Mikael dan Chyou pula, Khairul pula mengangkat saja tangannya."Ya-ya dan panggil aku Mikael je.""Bye..." Chyou dan Mikael melambai tangan mereka juga. Nasuha terbang sambil membawa Khairul lagi."Tengah petang lagi ni...Aku lambat lagi nak kerja." kata Khairul melihat matahari yang belum terbenam pun lagi."Aku ada idea! Apa kata kita date? Date pertama kita!" cadang Nasuha, Khairul menoleh ke arahnya."D-Date, huh..." Dia tersenyum pahit."Kenapa kau tak nampak happy pun?" soal Nasuha, Khairul mengeluh kecil."Aku takde pengalaman benda-benda macam ni.""Samalah. Kita belajar sama-sama." balas Nasuha."Nak date kat mana pun? Banyak mall tutup sebab kuarantin..." soal Khairul pula."Siapa kat orang date kat mall je? Biar aku bawak kau, duduk elok-elok." kata Nasuha."Okay, kapten." Khairul memberi tanda hormat pada Nasuha. Mereka berdua terbang di udara melalui beberapa perumahan dan bangunan.Akhirnya mereka pergi ke..."Sekolah kita?" Khairul pelik, Nasuha dan dia mendarat di hadapan sekolah menengah mereka sebelum ini. Nasuha bergerak ke arah pagar yang tertutup, di pondok keselamatan pun tiada sesiapa.Nasuha menggunakan kuasa untuk meloncat masuk, dia menoleh ke belakang dengan senyuman kemudian menggerakkan jari telunjuknya, mengajak Khairul mengekorinya.Kenapa?Khairul melompat melepasi pagar itu, Nasuha mencapai tangan Khairul dan dia membawa Khairul bersamanya berlari di koridor sekolah.Kenapa ke sini?"Tempat kita pertama kali berjumpa. Wah...Bila takde orang jaga, habis banyak daun-daun mati kat sini." Nasuha dan Khairul bergerak ke tempat belakang sekolah, di mana mereka berdua pertama kali bertemu."Diorang tak bersihkan pun meja aku, hah..." keluh Nasuha, mereka pergi ke kelas Nasuha pula. Dia meletakkan tangannya di atas mejanya sebelum ini. Tulisan yang mencaci dan menghinanya masih berada di situ, Nasuha tersenyum sayu."Nasuha...Kenapa ke sini?" soal Khairul."Kali terakhir aku ke sekolah ni...ialah semasa aku kat Dimensi Minda. Masa tu aku boleh hadap Syauqi dan Hanna. Aku fikir aku boleh percayakan diri aku lagi dan aku tak berseorangan sebab kau ada...Ayah aku pun dah mula memahami aku. Kehidupan aku dah jadi baik semula." cerita Nasuha sambil menggunakan kuasa cahaya dan memadam tulisan-tulisan buruk yang berada di mejanya."Kata-kata ni semuanya sepatutnya takde makna bagi aku lagi tapi entahlah...berada kat sini...terasa lagi pedih dan berat dari lawan mana-mana Strays." sambung Nasuha, dengan matanya berkaca."Nasuha...""Kenapa ya? Kenapa aku tak boleh lepaskannya, kepedihan ni? Kau...kawan-kawan yang lain...Semua baik je dengan aku tapi aku boleh hilangkan kepedihan ni...Rasa lemah dan pengecut ni..." keluh Nasuha, Khairul mendekatinya kemudian mengelap mata Nasuha."Aku pun sama,kau tahu. Semua benda pasal kehidupan aku ni, dah bertambah baik daripada sebelum ni tapi...ada bahagian diri aku yang tanya, aku layak ke semua ni? Kemudian setiap kali aku gunakan kuasa aku, kepedihan yang aku rasa bila bilah pedang keluar dari lengan aku ialah...Inilah hukuman aku supaya aku lupa diri." cerita Khairul pula, air mata mengalir dari mata kiri Nasuha, Khairul memandangnya kemudian tersenyum kecil."Tapi Nasuha...Kita tak boleh ulang balik masa, masa lepas kita takkan berubah. Masa sekarang ni lagi penting. Itu apa yang aku belajar. Jadi aku akan buat terbaik sekarang. Kau pun sama. Kau kuat sekarang dan itu je yang penting." kata Khairul pula, Nasuha menyentuh pula parut-parut di wajah Khairul, dia juga tersenyum.Mereka sambung berjalan di koridor sekolah, Nasuha meletakkan kedua-dua tangannya di belakang dan Khairul mengekorinya dengan kedua-dua tangannya di dalam poket seluarnya."Haha...Aku bantai si Syauqi tu kat sini, kan?" Khairul meletakkan tangannya di dagu, mereka sedang berada di dewan terbuka."Kau tak tahu betapa terharunya aku masa tu...Rasanya masa tulah aku start macam, kau tahu? Suka kau sikit..." balas Nasuha."Suka sikit, eh? Sejujurnya aku memang bukan budak baik langsung. Banyak kali aku pukul orang sebab orang lain bayar je. Bila fikir balik, banyak orang sepatutnya aku jumpa dan pergi tunduk minta maaf sekarang." kata Khairul."Siapa kisah pasal orang lain?" tegur Nasuha dengan riak wajah pelik, Khairul tergelak kecil melihat reaksinya itu.Langit sudah berubah jingga dengan matahari yang terbenam perlahan, Nasuha dan Khairul terduduk di bangku kedai runcit di mana mereka pernah bertemu sebelum ini. Di tangan Nasuha terdapat air kotak teh ais limau dan di tangan Khairul terdapat tin kola."Siapa sangka dalam banyak-banyak kedai...Kedai runcit ni tak tutup, huh?" kata Khairul, dia menoleh ke arah kedai kuncit itu seketika. Kelihatan penjaga kedainya ialah lelaki tua yang berkaca mata dan bermata sepit."Masa depan kita akan bertambah susah, perlawanan kita dengan Strays tak terasa akan berhenti dalam masa terdekat ni. Kerajaan ada pasukan khas yang tengah cari dan siasat kita. Hampir satu Malaysia tengah kuarantin sekarang, tetapi Strays masih banyak di luar sana..." Nasuha memikirkan nasib mereka, dia teringat akan perlawanan mereka dengan Stray Farah. Semasa dia hampir terbunuh."Ada pula Mutants jahat juga kat luar sana." Kemudian, dia teringat perlawanan mereka dengan Syakir dan Lilly."Kita ada diorang...Si kumpulan HOPE. Kita akan okaylah. Macam mana sekalipun. aku percayakan diorang." pujuk Khairul."Hum...baiklah. Kalau kau cakap macam tu, aku percayakan kau." Nasuha meletakkan kepalanya di bahu Khairul.Kalaulah aku ada kuasa untuk kawal masa.Aku nak masa-masa macam ni berjalan dengan perlahan supaya aku boleh nikmatinya sepuas hati...Langit malam hanya diterangi sebuah bulan penuh, Ali di dalam pakaian Lelaki Bertopengnya berdiri di hadapan cahaya bulan. Angin meniupkan kain dari belakang topengnya, kelihatan dia membawa dua batang besi yang diikat pada pehanya, dia menurunkan sedikit badannya.Kelihatan kilang usang yang sudah ditinggalkan, namun apabila mata Ali bercahaya. Dia dapat melihat operasi yang sedang berjalan di dalamnya, seekor Stray yang terpagar. Lelaki-lelaki yang membawa senjata dan dadah-dadah yang sedang dibuat."Nampaknya dia tak tipu, memang ada markas White Tigers disini. Mereka malah ada Stray yang hidup. Terlalu jauh untuk pastikan berapa ramai orang dan siapa berada disitu. Kena pergi ke sana..." monolog Ali kemudian melompat dari bangunan ke bangunan untuk mendekati kilang itu.Ali melompat ke arah bumbung bangunan kilang itu, dia menggulingkan badannya agar dia mendarat dengan senyapnya. Dia meneruskan langkahnya dan memasuki sistem pengudaraan kilat itu, dia merangkak dengan perlahan-lahan di dalamnya."Tiada penghantaran hari ni. Tiada keluar masuk juga dari sini, baru saja dapat arahan tadi." kata seorang daripada ahli samseng White Tigers kepada rakannya."Baiklah." balas rakannya itu, Ali mendengar perbualan itu dan meneruskan pergerakannya. Dia keluar dari sistem pengudaraan dan dengan senyapnya berjalan sambil menurunkan badannya."Apa mereka buat?" soal Ali apabila dia melihat lelaki-lelaki yang sedang membuka badan Stray dan mengambil organ-organ dan bahagian badan makhluk itu. Mereka membawa bekas ais berisi organ Stray itu masuk ke bilik bawah tanah dengan pintu yang tersorok."Barang baik ni!""Jangan kau cuba pulak...kecuali kalau kau nak kena penggallah.""Alah...Sikit je...Cover aku. Fu..Fuhhh...""Haish kau ni..."Kelihatan dua samseng sedang berbual di hadapan dadah-dadah yang baru saja dibuat, salah seorang samseng itu menghisap sedikit salah satu dadah berupa debu putih itu, wajahnya kelihatan puas.Apa diorang buat dengan organ dan bahagian-bahagian badan Strays tu? Senjata haram, dadah...Semua tu memang kerja biasa mereka. Memang pelik yang mereka kumpul badan Strays, tapi keluarkan organ dan ambil bahagian badan?"Dia- Dia bukan manusia biasa. Aku nampaknya sendiri, dia ada kuasa! Aku sumpah! Sama macam kau. Dia ada kuasa macam rasaksa-rasaksa tu..." Samseng yang aku belasah haritu, dia mengaku ketua White Tigers ialah Mutant. Kemungkinan dia ada Mutants lagi juga bekerja dengan dia...Kalau nak percaya apa yang Sui'ra katakan pula..."Kau pastinya tahu pasal kumpulan Mutants yang beroperasi di sekeliling Selangor dan Kuala Lumpur betul tak? Mereka gelar kumpulan mereka, HOPE."Dia nak lihat Mutants berperang dengan Mutants lain. Minta tolong mereka hanya akan tunaikan kehendak jahat dia saja. Ini perlawanan aku...Tak kisahlah berapa banyak pun Mutants yang mereka ada.Aku akan hentikan mereka!Ali mengisi kedua-dua batang besi yang dibawahnya dengan tenaga biru yang keluar dari uratnya yang bercahaya, dia membaling salah satu batang besinya ke arah kotak breaker elektrik bangunan itu menyebabkan segala lampu tertutup.Batang besi itu melantun dan kembali ke tangan Ali sejurus semuanya gelap, semua ahli kumpulan samseng yang berada di situ terus keliru dan gerun."Apa jadi?""Sesiapa tengokkan breaker!"Ali mengambil peluang sedang mereka keliru dan berada di dalam kegelapan untuk menyerang, dia menjatuhkan dua lelaki berdekatan dengan tempat dadah kemudian terus menyerang pula yang lain."Kita diserang!""Dia ada kat situ! Tembak situ!"Samseng-samseng White Tigers mula menembak tanpa arah, Ali dapat menjatuhkan seorang demi seorang sehinggalah tinggal seorang saja samseng yang berdekatan dengan pagar Stray."Vurghh! Vuuuurk!" Stray berupa tikus yang berada di dalam pagar itu keliru dan menjerit-jerit juga, lelaki yang berdekatan dengan pagarnya itu terus dipengsankan Ali dengan pukulan tepat menggunakan batang besi pada sisi tepi badannya.Ali melihat Stray tikus itu, dia menarik nafas yang panjang."Maafkan aku. Ini demi kebaikan kau jugak." Ali membuka pagar itu, Stray tikus itu terus cuba menyerangnya namun Ali membunuhnya dengan pantas menggunakan batang besinya dan menikam tepat jantung makhluk itu.Ya Allah...Dia tak jadi macam ni sebab dia mahukan. Ampunkanlah dosa-dosa dia...Ali menurunkan badan Stray itu dan segera bergerak ke arah pintu yang tersorok tadi, kelihatan lampu masih terbuka di dalam itu. Dua samseng sedang menunggunya di tangga, mereka sedar yang mereka sedang diserang.Namun Ali mengetahui keberadaan mereka dahulu, dia membaling kedua-dua batang besinya tepat mengena senjata mereka. Dia menghentak kedua-dua tengkuk mereka menggunakan lengan kanan dan kirinya menyebabkan kedua-dua lelaki itu terus tumbang, jatuh dari tangga dan mencium lantai tanah.Ali memasuki bilik bawah tanah itu dengan kedua-dua batang besinya, riak wajah di sebalik topengnya berubah gerun. Terdapat banyak Strays yang dibelah, organ-organ yang tergantung dan dibekukan. Di hujung bilik itu pula, seorang budak lelaki yang dipenuhi dengan jahitan, digari pada kaki, tangan dan tengkuknya. Ianya Eric.Begitu...Jadi ini apa yang mereka tengah lakukan?"Lelaki Bertopeng...Kau dapat melepasi 34 lelaki bersenjata dan seekor Stray hanya dalam masa 6 minit. Kau memang Mutant yang luar dari sangkaan aku." Tiba-tiba lelaki berkot putih yang kotor dan berambut serabai memunculkan dirinya."Siapa kau?" soal Ali."Kau fikir aku akan jawab?." balas lelaki itu."Mutants, Strays...Nampaknya kau tahu pasal mereka. Kau pun Mutant?" Ali menjelingnya tajam."Oh, tak...Aku belum jadi Mutants lagi. Masih belum ada cara yang 'kurang menyakitkan' aku boleh buat pada diri sendiri untuk jadikan aku Mutant lagi tapi jika ada, oh ya...Aku nak jadi Mutant." terang lelaki itu panjang lebar."Kau dah habis cakap? Bagitau semua yang kau nak cakap pada polis pula lepas ni." kata Ali sedang dia sedia untuk menyerang."Jangan fikir aku akan serahkan diri aku semudah tu." Lelaki itu menekan sejenis butang dari remote kawalan jauh. Salah satu pagar sangkar yang berada di situ terbuka, Ali terus melangkah ke belakang, menyedari apa yang berada di sebalik pagar itu."Strays lebih tertarik pada Mutants...terutamanya Mutants yang sedang aktifkan kuasa mereka, semasa itu mereka mengeluarkan aura yang menarik Strays..." Lelaki itu tersenyum sinis sedang seekor Stray yang kelihatan bercampur dengan pelbagai jenis Strays lain, ada pelbagai jenis tangan seperti tangan dengan kuku yang tajam, bermulut dan berkepala. Kepala utama Strays itu mengubah matanya dengan mulut dan salah satu matanya berada di bahagian mulut dan dahinya.Stray Abominasi itu menyerang Ali dengan pantas, dia menolak Ali dengan tangannya yang banyak sehingga dia terkeluar dari bilik bawah tanah itu. Ali menepis tangan-tangan itu dengan kedua-dua batang besinya kemudian menolak semua tangan itu dengan kuasanya."Riiiiiaaaaaaarrrrghhhhhhh!" Stray Abominasi keluar dari bilik bawah tanah itu membawa badannya yang besar, darah mengalir dari setiap tempat di badannya yang berjahit, ia menyerang Ali dari setiap sudut membuat Ali terpaksa ke belakang."Mari pergi dari sini...Kita kena cepat." kata lelaki berkot putih itu kepada Eric, dia membuka gari Eric dengan segeranya."Baik..." balas Eric sepatah.