Telefon aku...terjatuh dari poket aku dan memasuki lumpur yang basah.
"Bukaklah, bukaklah...Bukak!" Khalid berkali-kali cuba membuka telefonnya namun ia tetap tidak terbuka. Dia akhirnya mengalah dan meletakkan saja telefonnya.
"Ya...selamat tinggal, Khalid."
Mei...
Air mata mengalir dari matanya, Khalid hanya mengenggam saja tangannya dan dia menghentak mejanya perlahan. Bayangan semasa dia di sekolah menengah lamanya bermain di minda, wajah Mei yang tersenyum kecil juga muncul
"Sial..."
Mei, aku rindukan kau. Ada sesuatu aku nak cakap pada kau...
Tapi terlalu banyak halangan. Aku tak dapat katakannya. Sebab aku takut dengan halangan yang aku akan hadapi.
Sekurang-kurangnya aku nak cakap dengan kau saja.
Aku nak cakap dengan kau, Mei.
Kenapa aku tak terfikir nak hafal nombor telefon kau? Aku bodoh.
Khalid dan Mei keluar dari kedai serbaneka, mereka bertemu tanpa sengaja. Mei menyimpan majalah komik yang dibelinya ke dalam beg plastik.
"Kau tinggal dekat hostel ke?" tanya Khalid, Mei menoleh ke arahnya.
"Takdelah. Aku ada rumah sini." balas Mei.
"Biar aku bawak kau balik." tawar Khalid.
"Ta-Tak jauh mana pun..."
"Takpelah, alang-alang je." Khalid menunjukkan kunci keretanya.
Khalid membawa Mei pulang sambil memandu keretanya, Mei memandang ke arah luar tingkap saja. Mereka melalui beberapa bangunan kedai yang bercahaya, mata Khalid memandang Mei seketika.
"Terima kasih, Khalid." kata Mei, dia berdiri di hadapan rumahnya.
"Sama-sama. Jumpa esok." balas Khalid sambil tersenyum dan mengangkat tangannya. Mei tertunduk sedikit sambil memeluk majalah komik yang dibelinya tadi, Khalid memerhati saja Mei sehingga dia masuk ke dalam rumahnya.
Mei tak berubah sangat...
Sama saja macam dulu, huh? Entah kenapa, aku rasa lega dia tak berubah sangat.
Pintu bilik Chyou tertutup perlahan dan Mei berjalan pergi daripada bilik adiknya itu. Riak wajahnya kosong dan sayu, dia menarik bahagian dada bajunya kemudian terduduk lemah ke lantai.
"Bagitaulah aku...supaya aku faham..." keluh Mei sendirian. Tangannya semakin erat menarik pakaiannya sendiri, beberapa titisan air mata jatuh sebelum kedua-dua irisnya berubah bentuk dan matanya bercahaya merah.
Kuasa Mutant aku teraktif malam itu...
Tanpa sengaja aku termasukkan diri sendiri dan Chyou ke dalam Dimensi Minda kami yang bercantum.
"Chyou!"
"Kakak!"
Mei dan Chyou sedang terjatuh dan hampir memasuki kegelapan, kelihatan banyak tangan cuba mencapai Mei yang berada paling dekat dengan kegelapan itu.
Kami tersangkut di dalam Dimensi Minda selama berhari-hari yang terasa hampir seperti berbulan-bulan.
Kami bertarung dengan pelbagai benda di dalam Dimensi Minda. Aku terpaksa menghadapi perasaan-perasaan yang teruk, mereka membentuk diri seperti rasaksa-rasaksa yang menyakiti aku dan Chyou.
Kalau kami tak lawan semula, aku pasti kami akan berubah menjadi Strays. Tetapi hasil mutasi kami yang semakin kuat dan berevolusi...
Aku dapatkan kuasa kedua aku, Psychic untuk lawan semula rasaksa-rasaksa tu. Chyou dapatkan kuasa Invinsiblenya kerana ingin menyorok daripada orang-orang yang membuatkan dirinya terasa lemah...
Hubungan kami sebagai adik beradik semakin rapat. Aku dapat lihat dan kenal Chyou lebih dalam lagi hasil duduk di dalam kepalanya dan dia dapat lihat apa yang bermain di kepala aku.
Semuanya memeritkan tetapi akhirnya kami dapat keluar dari Dimensi Minda.
"Kakak!" Chyou gerun, kelihatan Mei sangat lemah, wajahnya kemerahan dan badannya kepanasan.
Chyou menggunakan kuasanya untuk mencari klinik yang terdekat, kami teleport ke banyak tempat namun banyak klinik yang dekat sudah tutup kerana sudah tengah malam. Aku tak dapat gerakkan pun badan aku...terasa lemah sangat.
Pada malam itu jugalah...kami hadap Stray pertama kami di dunia sebenar...
"Kyaaarrrghhhh!" Stray berupa manusia bercampur burung gagak besar menyerang, ia menghayun sayapnya yang tajam ke arah Chyou and Mei.
Dengan kekuatan yang tersisa, Mei menghala tangannya ke arah Stray itu.
Tanpa pilihan dan kefahaman, aku gunakan kuasa aku untuk bunuh Stray itu dengan merosakkan otak dia sepenuhnya.
Tapi aku gunakan kuasa aku lagi sedang badan aku lemah. Degupan jantung aku melemah dan aku sesak nafas...
"Kakak...Kakak!...Bukan macam ni...Kakak!" Chyou memanggil Mei beberapa kali, kelihatan badan Stray berupa burung itu terlantar saja pada lantai jalan. Pandangan Mei semakin kabur sedang dia cuba bernafas semula.
"Rugilah kalau kau mati disini...Mei. Sebabkan aku baik, aku akan tolong korang." Sui'ra muncul dari langit, Chyou menoleh padanya dengan riak wajah ragu-ragu.
Sui'ra letakkan aku dan Chyou ke hospital. Di sana, aku dapat stabil semula dan tak perlu di warded hasil badan aku terus sihat semula pada esok harinya. Sedang aku dan Chyou ingin berjalan pulang...
"Mesti kau ada banyak soalan betul tak? Pasal apa yang terjadi?" Sui'ra memunculkan dirinya sedang Mei dan Chyou sedang berada di stesen bas.
"Si-Siapa kau?" soal Mei.
"Nama aku Sui'ra." balas Sui'ra dengan senyuman.
Kami memilih untuk ikuti Sui'ra. Dia bawa kami ke bangunan lama ditengah-tengah hutan, dengan kapal angkasanya yang berada di situ. Sui'ra terangkan segala apa yang kami soalkan.
Aku cuba untuk masuk ke dalam mindanya tapi aku tak dapat masuk ke dalam otak dia. Walaupun begitu, aku tahu aku tak boleh percayakan dia...
"Kuasa kau benarkan kau jadikan orang lain menjadi Mutants atau Strays, ianya kuasa yang menarik. Tunjukkan aku benda-benda yang menarik...Mei." pesan Sui'ra sedang Chyou dan Mei berjalan pergi keluar dari bangunannya.
Entah kenapa, Sui'ra nampak fokus lebih kepada aku berbanding Chyou.
"Aku dengan adik aku, kami ada kuasa." kata Mei secara tiba-tiba, dia sedang bersama dengan Khalid di sebuah kafeteria, Khalid menoleh kearahnya.
"Huh? Apa?" soal Khalid, dia keliru.
"Kau dengar aku."
Aku tunjukkan yang aku ada kuasa pada Khalid. Di luar sana ada musuh yang berbahaya. Aku kena kumpulkan orang-orang yang aku boleh percaya, demi keselamatan orang ramai. Demi melawan Strays...
Demi tunaikan impian lama kami.
"Ziaaaarrrghhhh!" Khalid sedang berhadapan dengan seekor Stray yang berupa naga dan bersayap besar. Mei memerhati saja dari luar Dimensi Minda Khalid.
"Lakukannya, Khalid...Aku dah nampak apa kau mahukan..."
Kehidupan aku membosankan...Impian aku dibunuh sebab aku takde pilihan selain daripada ikut orang lain!. Sebab aku perlu ikut kehidupan ayah aku...
Di luar sana mereka perlukan seorang wira? Baiklah aku jadi wira! Aku akan jadi superhero untuk mereka!
Tengoklah aku!
Tengok aku, Mei!
Tengoklah impian kita aku tunaikan!
"Transform! Wild Card, Beast Tiger! Weapon, Claw Sword!" Khalid dengan senyuman yang yakin memasukkan kad Beast Tiger dan Claw Sword ke dalam tali pinggang Armored Heronya.
Perisai Beast Tiger dan Claw Sword tercipta buat pertama kalinya, Khalid terus berlari ke arah Stray Naga itu dengan mengangkat senjatanya. Mei tersenyum memandang Khalid.
Kau nampak tak, Mei?
Aku nampak kau...Khalid.
Mei terbaring di atas katilnya, kelihatan dia berpeluh dan memakai pek sejuk pada dahinya. Khalid sedang terduduk di tepi katilnya.
"Mei...Masa kau tengok minda aku,kau ada nampak apa-apa...pasal perasaan aku ke?" tanya Khalid dengan janggalnya, Mei menoleh ke arahnya dengan mata yang sedikit lemah.
"T-Tak...Aku malu nak tengok." keluh Mei.
"Oh..." Khalid tertunduk.
"Kenapa? Ada seseorang kau suka ke, yang kau tak nak aku tahu?" soal Mei pula.
"Aku bukannya tak nak kau tahu...Aku just tak sedia nak bagitau lagi." balas Khalid, dia menghembuskan nafas panjang, Mei tergelak kecil.
"Baiklah. Aku tunggu kau." kata Mei.
Mei sebenarnya berubah. Aku je yang tak berubah.
Dia jadi seseorang yang masih percaya pada harapan, orang yang aku gagal untuk jadi. Mei, kau hero aku...Dari dulu lagi.
Terima kasih berikan aku peluang untuk jadi diri aku semula.
Mei tertidur, Khalid memandang saja dia.
"Jangan terfikir...nak buat apa-apa dengan kakak aku. Tidak aku patahkan tengkuk kau." tegur Chyou yang tiba-tiba muncul dari belakang Khalid.
"K-Kau...Takdenya...Kau ingat aku anime protagonist ke? Sentuh-sentuh orang masa tidur? Seram kau tahu tak? Seram...Aku tak macam tu." balas Khalid, Chyou memeriksa suhu badan Mei dengan meletakkan tangannya di tengkuk Mei, masih terasa panas.
"Kau lambat sangat dapat kuasa kau..." keluh Chyou, dia menjeling Khalid.
"Maaflah ya..." balas Khalid dengan senyuman pahit.
Aku akan jadi seseorang yang layak pegang kuasa ni. Demi tunaikan harapan kau, Mei. Aku janji.
"Khalid...bangun." tegur Mei, Khalid terjaga. Dia sedang berada di sofa, terbaring dengan rambutnya agak serabai.
"Aku ada buat sarapan, jom makan" kata Mei dengan senyuman pahit. Khalid tergelak kecil, dia menolak rambutnya ke belakang kemudian menepuk wajahnya.
"Penatnya semalam..." balas Khalid sambil meregangkan badannya.
"Pergi basuh muka lepastu makan sarapan." arah Mei.
"Baik." kata Khalid sambil masuk ke dalam tandas.
Kelihatan Chyou menggunakan kuasa teleportnya untuk menghidangkan sarapan, dia meletakkan pinggan, kemudian pancake dan akhir sekali meletakkan sirup serta mentaga. Mei dan Khalid memasuki dapur bersama, Chyou menoleh ke arah mereka.
"Terima kasih, Chyou." kata Mei.
"Sama-sama, kakak..." balas Chyou, dia tertunduk sedikit.
Mereka bertiga makan sarapan bersama.
"Kau rasa...Ali akan datang ke?" soal Mei.
"Mari harap dia datang...Sekurang-kurangnya kita boleh lebih faham apa yang tengah berlaku di Klang." balas Khalid, dia menundingkan garfu ke arah Mei.
"Dia Mutant yang berkuasa. Serangan dia semalam hancurkan Stray gergasi tu sepenuhnya. tambahan pula dengan Aisyah, dia ada kuasa pemulihan yang berguna. Malang sekali dia tak nak sertai HOPE." terang Mei, dia teringat akan semasa Ali melepaskan Nuclear Punch dan semasa Aisyah menggunakan kuasanya untuk memulihkan tangan Ali.
"Tapi mereka berpihak pada kita juga. Jadi takdelah rugi mana." kata Khalid, Mei tersenyum dan mengangguk.
"Betul juga." balas Mei.
Di halaman rumah Mei, Mikael sedang merokok sendirian. Tiba-tiba seseorang mendarat di hadapannya, Mikael terus membaling rokoknya ke tepi dan berdiri. Riak wajahnya ragu-ragu bercampur keliru, Mikael terus mengumpul cecair hitam dan sedia untuk mencipta senjata.
"Ini...rumah Mei betul tak?" soal Ali yang berada di dalam pakaian Lelaki Bertopengnya, Mikael segera memberhentikan dirinya daripada hampir menyerang Ali.
"Kau...Lelaki Bertopeng?" soal Mikael semula.
"Ali, kau ada kat tempat yang betul." Khalid dan Mei keluar dari rumahnya. Senyuman terukir di wajah Khalid apabila melihat Ali.
"Jadi betullah..." kata Ali kemudian membuka topengnya.
"Mari masuk." ajak Mei, Ali berjalan masuk mengekori Khalid dan Mei. Mikael memerhati saja mereka kemudian menghembuskan nafas panjang.
"Dapat pun jumpa dia, hah." kata Mikael.
"Kami sedang tunggu ahli lain datang kejap...Duduklah dulu." kata Mei, dia menghalakan tangannya ke arah sofa. Ali duduk di sofa itu dan melihat sekeliling.
"Ini...rumah biasa saja?" soal Ali.
"Apa yang kau harapkan? Secret base? Kami belum ada bajet lagi..." keluh Khalid yang duduk di hadapan Ali.
"Berapa ramai ahli HOPE?" tanya Ali.
"Kami ada tujuh orang sekarang. Aku dengan kuasa Armored Hero, Mei Telepathy dan Psychic, Chyou Invinsibility dan Teleportation, Mikael yang ada kat depan tadi ada kuasa Shadow Manipulation, Kyoko Electricity, Khairul Mantis dan Nasuha dengan kuasa Ms.Star." terang Khalid sambil mengangkat tujuh jarinya.
"Kau pasti kau nak aku tahu informasi tu?" Ali pelik.
"Kau selamatkan kami semalam dan kau dedahkan identiti kau pada kami, jadi adillah kami beritahu kau pasal identiti kami betul tak? Aku pilih untuk percayakan kau, aku tahu kita ada kehendak yang sama." balas Khalid, Ali mengeluh kecil.
"Ikut kau." kata Ali.
Selepas menunggu seketika, semua ahli HOPE pun tiba dan berkumpul di dalam rumah Mei, termasuklah Rose yang memakai seragam polisnya.
"Polis?" Ali memandang Rose dengan riak wajah ragu-ragu.
"Akulah yang pertahankan HOPE selama ni, yang sorokkan identiti mereka dari khalayak ramai dan pihak berkuasa...Aku Inspektor Rose." balas Rose dengan tegasnya.
"Jadi memang betullah Lelaki Bertopeng ialah Mutant." kata pula Khairul sambil menyilang tangannya.
"Hari ni kita nak bincangkan apa yang terjadi di Klang semalam, ianya kes yang agak berat. Ali lakukan siasatan dia selama ni dan kebetulan saja semalam semasa aku dan Mei beronda di Klang, kami terserempak dengan dia dan bertarung dengan Stray Abominasi semalam." terang Khalid, dia berdiri di hadapan mereka semua.
"Pihak berkuasa pun dapat tahu sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi. Tapi kau tahu lebih lagi betul tak, Lelaki Bertopeng?" soal Rose.
"Kau...Kau nampak macam marah dengan aku..." kata Ali, kelihatan dahinya berpeluh.
"Ah...Akak Rose marah sebab kata dia...kau susahkan sikit kerja dia." tegur Nasuha dengan senyuman pahit, Rose masih menjeling Ali.
"Hah...Maaflah, bukan niat aku menyusahkan pihak berkuasa pun sebenarnya. Tapi aku tahu tangan pihak berkuasa tengah penuh sekarang, tiada sesiapa pun ada peluang nak siasat White Tigers...kecualilah kalau kau Mutant." terang Ali, dia berdiri pula.
"Aku sedar tindakan aku buatkan pihak berkuasa lebih berjaga-jaga dengan manusia berkuasa tapi aku harap korang faham dari perspektif aku. Bandar aku, keluarga aku dalam bahaya sebab operasi kumpulan samseng ni, mereka ingin menjadikan Strays dan Mutants sebagai senjata mereka...Korang semua nampak sendiri kemampuan mereka semalam." sambung Ali, riak wajahnya kelihatan serius membuatkan semua disitu mendengar dengan setia.
"Apa yang mereka lakukan sebenarnya?" soal Rose.
"Eksperimen haram. Gunakan organ, bahagian badan dan darah Strays untuk cipta Mutants, mereka pun ada cipta Strays mereka sendiri daripada Stray Abominasi semalam. Ada seorang saintis gila yang bekerja dengan mereka dan ketua White Tigers, dia dan orang atasan bersama dengan dia, mereka juga kemungkinan Mutants." balas Ali. Dia teringat akan pertarungan semalam, di mana dia ternampak akan Eric dan bertarung dengan Stray Abominasi.
"Mutants dan Strays baru wujud dalam masa 3 bulan lebih...Macam mana dah wujudnya kumpulan samseng yang diketuai Mutants dalam masa yang pendek?" Rose keliru.
"Dua bulan lepas, White Tigers berjaya tawan semua kumpulan samseng dan menyerap mereka masuk ke dalam White Tigers. Sekarang ni dunia kongsi gelap di Malaysia, hanya dikawal oleh orang atasan White Tigers. Nampak sangat kemampuan Mutant mereka sangat berkuasa, hanya dalam masa sebulan saja, dunia kongsi gelap dah dikawal satu kumpulan saja." cerita Ali.
"Kau tak pernah berjumpa lagi dengan orang atasan White Tigers?" tanya Khalid pula.
"Malang sekali, tak. Aku dapat informasi aku dari samseng-samseng yang aku belasah, mereka beritahu aku...ketua mereka ialah manusia dengan kuasa. Ada bukti juga daripada cara dia menawan kumpulan lain dan juga apa yang dia lakukan dengan Strays. Nampak sangat dia tahu yang dia lakukan. Kalau dia Mutant, pastinya Sui'ra beri informasi pada dia. Si alien tu menjawab je segala jenis soalan...Eksperimen White Tigers mestinya cadangan alien tu." Ali kelihatan bertambah geram.
"Aku tak terkejut kalau dia cadangkan juga." sokong Mei.
"Itulah apa yang terjadi di Klang sekarang. Lepas apa yang jadi semalam, aku sedar aku tak dapat hadap ni sendirian tapi...kalau aku minta tolong korang, kita akan bermain tepat pada tangan Sui'ra. Dia mahukan kita, Mutants untuk berperang dengan Mutants lain." Ali teringat akan perbualannya dengan Sui'ra sebelum ini.
"Kita tak boleh endahkan apa yang terjadi..." kata Khalid.
"Kalau kita tak lakukan apa-apa, operasi White Tigers akan sakiti ramai orang lagi. Tak kisahlah sama ada kita buat apa yang alien tu mahukan, kita kena hentikan White Tigers secepat mungkin." kata pula Mikael.
"Betul tu. Pihak polis...takkan ada kemampuan untuk hadap pertarungan macam di Klang semalam. Akan ramai anggota polis mati sia-sia, aku tak nak hantar orang-orang aku ke misi bunuh diri." tekad Rose.
"Aku ikut saja. Kita kena tunjukkan yang kita ada pihak kemanusiaan, perlu beri orang ramai wira dan musuh mereka." kata Kyoko.
"Mari belasah gangster!" Nasuha menepuk tangannya, menghasilkan cahaya yang terang. Khairul mengangkat saja ibu jarinya. Chyou memerhati saja semua orang dan diam.
"Baiklah, nampaknya dah terang apa objektif kita sekarang." Khalid menoleh ke arah Ali pula. Ali memandang semua ahli HOPE, dia tersenyum kecil.
"Terima kasih semua." kata Ali perlahan.
"Sekarang kita akan fikirkan strategi untuk cari dan lawan dengan mereka. Bersedia bagi cadangan dan guna tenaga otak semua!" arah Khalid.