Ali sedang duduk di hujung bangunan, angin meniup kain di belakang topengnya. Kelihatan Mikael sedang menghayun dirinya kemudian mendarat pula di bumbung bangunan di mana Ali sedang berada. Langit sudah kelihatan jingga menandakan sudah petang.
"Kau dapat jumpa markas White Tigers?" tanya Ali.
"Jumpa, tapi ianya bukan di Klang tapi berada di Shah Alam." balas Mikael, Ali mengangguk faham.
"Masuk akal, Shah Alam dekat dengan tempat operasi mereka…Cukup jauh juga dari Kuala Lumpur yang ada pangkalan Pasukan Khas." kata Ali, dia membuka sedikit topengnya di bahagian bawah, menunjukkan hidung dan mulutnya.
"Markas Shah Alam mereka takdelah besar mana, aku rasa ianya markas backup saja." sambung Mikael, topeng burung yang menutupi wajahnya juga menghilang.
"Maaf. Kami lambat ke?" soal Mei sejurus dia dan Chyou muncul di hadapan mereka berdua.
"Tak, aku pun baru sampai." balas Mikael.
"Aku tak lama tunggu." kata Ali pula, mereka berempat berjalan mendekati sesama sendiri.
"Kami dapat jumpa markas White Tigers yang berada di Telok Gong, agak tersorok di bandingkan dengan markas mereka di Port Klang sebelum ni." kata Mei sambil membuka topeng mulutnya.
"Aku dapat jumpa markas utama mereka, aku rasalah." balas Ali.
"Apa yang buat kau rasa itu markas utama mereka?" tanya Mikael.
"Ketua White Tigers berada di situ. Tiada orang bawahan yang tahu nama sebenar dia, tapi orang panggil White. Dia berada di markas ditengah-tengah Klang, mereka gunakan sebuah bangunan pejabat yang sebenarnya hanyalah front untuk markas mereka." terang Ali, dia teringat akan semasa dia tiba di bangunan markas White Tigers itu. Dia memasuki ventilasi dan memerhati dari jauh, dia ternampak akan White dan Alex yang jalan bersama.
"Ada sesiapa yang menarik perhatian korang masa korang buat siasatan?" tanya Ali.
"Di markas Shah Alam mereka, ada seorang lelaki yang memakai baju kulit dan berbulu, nampaknya dia penjaga atau ketua markas situ." balas Mikael.
"Markas di Telok Gong ada seorang perempuan dengan topi yang besar, dia ada aura Mutant. Aku pastinya." kata Mei pula.
"Rasanya kita boleh bawa semua informasi kita pada yang lain, mari fikirkan fasa kedua pula." cadang Ali.
"Baiklah, aku panggil mereka." Mei mengeluarkan telefonnya, dia terus menelefon Khalid.
Pada masa sama,
Khalid mendapat panggilan, kelihatan semua ahli HOPE yang bersamanya sudah membuka kostum dan mereka sedang berada di sebuah kedai minum yang masih dibuka, Khairul dan Nasuha sedang bersembang dengan Kyoko.
Khalid segera menjawab panggilannya.
"Ya? Oh korang dah selesai? Baiklah, kami segera ke rumah kau. Jumpa sana, Mei." Khalid menoleh ke arah Khairul, Nasuha dan Kyoko sejurus panggilannya tamat, mereka juga memandangnya.
"Siasatan kumpulan recon dah tamat, masa untuk fasa kedua." kata Khalid.
"Okay, marilah gerak terus." kata Kyoko. Nasuha menghabiskan air teh ais bobanya dengan pantas namun dia tercekik, Khairul terus menepuk belakangnya beberapa kali.
"Ahek! Hem!"
"Kau…" Khairul memandang Nasuha dengan senyuman pahit.
"Sorry-sorry." keluh Nasuha.
Masa pun berlalu, semua ahli kumpulan HOPE dan Ali berkumpul di dalam rumah Mei. Laptop yang menunjukkan peta diletakkan di hadapan mereka semua, tiga markas White Tigers telah ditanda.
"Kita dah tahu dimana markas White Tigers, senjata yang mereka punyai dan operasi yang mereka lakukan. Yang kita tak tahulah adalah kemampuan Mutants mereka tapi aku yakin, dengan tiga asas yang kita selalu gunakan dalam kumpulan rondaan kita, kita boleh hadap mereka." terang Khalid, dia meletakkan batang-batang aiskrim dengan lukisan wajah setiap ahli HOPE dan Ali di atas meja.
"Wah…Kau memang tak pandai melukis, Khalid." perli Kyoko melihat lukisan Khalid yang tidak terlalu kemas dan agak buruk.
"Hei, tu tak penting sekarang. Kumpulan pertama akan serang markas di Shah Alam, disebabkan markas tu kecil daripada markas lain, Mikael kata dia akan handle markas ni sendirian." kata Khalid, dia meletakkan batang aiskrim dengan lukisan Mikael kehadapan.
"Seriuslah, orang tua?" soal Khairul.
"Aku tahu ada kemungkinan hanya ada seorang Mutant saja yang jaga markas tu, lagipun ianya markas yang kecil saja. Aku boleh lakukannya sendiri." balas Mikael, dia menyilang tangannya.
"Aku dah nampak kemampuan Mikael semasa latihan kami dalam Dimensi Minda sebelum ni. Aku yakin dia ahli HOPE yang terkuat, lebih kuat dari aku." sokong Khalid pula.
"Ikutlah…" kata Khairul.
"Aku sambung. Kumpulan kedua ialah Ali, aku, Mei dan Chyou. Bagi Ali yang tak tahu tiga asas kumpulan kami, aku dan kau ialah frontliner yang hadapi musuh secara berhadapan, Mei dan Chyou ialah backup kita, Mei lebih kepada pertahanan dan Chyou pula boleh selamatkan kita dari posisi berbahaya. Kita berempat akan serang markas utama mereka di tengah Klang." Khalid menolak ke hadapan pula batang aiskrim dengan wajah mereka berempat, Ali meletakkan tangannya di dagu.
"Faham." Ali mengangguk.
"Kita jangkakan serangan balas yang kuat,terutamanya dari ketua White Tigers, lelaki bernama White. Dialah Mutant yang jatuhkan semua kumpulan samseng di Malaysia sendirian, hanya dengan kuasa dia saja." kata Khalid.
"Jatuhkan semua kumpulan samseng di Malaysia tapi dia buat semua operasi dia di Klang saja?" soal Kyoko.
"Operasi White Tigers sebenarnya meluas di seluruh Malaysia tapi kepala mereka berada di Klang, kalau kita jatuhkan kepala mereka di Klang, operasi mereka lain yang berada di luar akan jatuh juga. Tanpa kepala, satu badan organisasi mereka takkan dapat bergerak lagi. White tahu tu, aku pasti, dia takkan jatuh dengan senang…" terang Ali, menjawab persoalan Kyoko tadi.
"Kumpulan ketiga pula, Khairul, Nasuha dan Kyoko. Korang ada pengalaman pernah berlawan dengan Mutants lain dan berjaya. Bukan itu saja, Nasuha ada kuasa yang fleksibel, buatkan dia bagus dalam apa-apa situasi. Mei dapat sahkan ada seorang Mutant di markas Telok Gong. Nasuha, kau ialah kunci kejayaan kumpulan tiga." Khalid menoleh ke arah Nasuha, Khairul dan Kyoko juga sama.
"A-Aku?" soal Nasuha sambil menunding jari pada diri sendiri.
"Ya. Kuasa Ms.Star buatkan kau antara Mutant yang berkuasa, kemampuan kau luas. Kau boleh lepaskan serangan yang kuat, pertahanan yang tak dapat ditembusi. Khairul bagus sebagai frontliner, tapi dia takde kuasa yang beri dia pertahanan. Kyoko laju, tapi dia ada masalah sama macam Khairul. Kau perisai mereka Nasuha, kau rasa kau boleh lakukannya?" tanya Khalid, Nasuha memandang semua orang, dia menoleh pula ke arah Khairul.
Khairul tersenyum padanya, Nasuha menghembuskan nafas. Dia teringat akan semua pertarungannya sebelum ini, semasa berhadapan dengan Stray Farah, kemudian pertarungannya dengan Syakir dan Lilly serta dengan Strays yang lain.
"Maaflah aku letak tanggungjawab yang berat pada kau. Aku harap aku boleh ada untuk bantu korang tapi tak boleh risikokannya, White pastinya Mutant yang berkuasa, aku kena bekerjasama dengan Ali untuk tumbangkan dia." Khalid tertunduk sedikit dengan riak wajah kesal.
"Jangan risaulah, Nasuha…lebih kuat dari sangkaan korang. Dia boleh lakukannya." sokong Khairul, Nasuha memandang saja dia, wajahnya sedikit kemerahan dan dia terus mengalihkan pandangan.
"Aku memang melekat dengan dua kekasih hati ni, huh." keluh Kyoko.
"Tiga kumpulan, tiga markas yang kita akan serang hendap. Objektif utama kita ialah hentikan apa-apa pun operasi haram yang White Tigers lakukan. Untuk ahli-ahli White Tigers, terutamanya yang Mutants, kita kena tangkap mereka tapi…kalau mereka terlalu bahaya. Jangan teragak-agak untuk bunuh kita, mereka takkan teragak-agak untuk bunuh kita." Khalid kelihatan tekad, buat seketika waktu, semua terdiam, Ali juga kelihatan terganggu.
"Bunuh mereka ialah pilihan terakhir betul tak?" soal Ali.
"Ya. Kalau boleh, kita tahan mereka tapi macam aku cakap, mereka takkan terfikir dua kali untuk bunuh kita kalau dapat peluang jadi kita takde pilihan. Ianya antara biarkan mereka terus beroperasi dan sakiti ramai orang…ataupun hentikan mereka serta merta sekarang." balas Khalid.
"Betul apa yang Khalid katakan. Tak boleh biarkan orang yang tak bersalah disakiti lagi, aku takkan teragak-agak untuk bunuh mereka juga." sokong Khairul, dia teringatkan akan semasa Zaki berubah menjadi Stray dan membunuh ramai orang di hospital.
"Aku pun takde masalah. Bukan kali pertama aku perlu bunuh samseng-samseng yang menyusahkan." kata Mikael dengan dinginnya.
Semua ahli HOPE pun bersiap, masing-masing memakai semula kostum mereka. Mereka semua berjalan keluar dari rumah Mei namun mereka semua terkaku apabila melihat Rose sedang bersandar di pagar menunggu mereka semua. Langit sudah gelap, Rose menoleh ke arah mereka semua.
"Akak Rose?" Nasuha tertanya.
"Nampaknya korang dah bersedia untuk menyerang White Tigers." kata Rose.
"Kenapa, Rose? Ada apa-apa tak kena?" tanya Khalid pula.
"Nak cakap saja…Apa-apa terjadi, pastikan korang dapat hentikan White Tigers. Pasukan Khas ada orang dalam yang siasat White Tigers, mereka dapat tahu ada Mutants dalam White Tigers dan eksperimen haram mereka." balas Rose.
"Maksudnya Pasukan Khas pun nak lakukan serangan mereka sendiri, betul tak?" kata Mikael.
"Ya. Operasi mereka akan berjalan esok, malah beberapa anggota polis, termasuk di bawah unit aku terpaksa ikut mereka. Korang kena hentikan White Tigers, kami takkan dapat lawan mereka…Aku pasti. Kebanyakkan orang tak tahu kemampuan sebenar Mutant…" pinta Rose.
"Baiklah, Akak Rose. Kami pastikan White Tigers jatuh." balas Nasuha dengan senyuman.
"Jadi jangan risau sangat." pesan Khairul pula, Rose memandang mereka berdua kemudian menghembuskan nafas panjang.
"Aku percayakan korang…" kata Rose.
"Masa untuk bergerak semua, semoga berjaya. Dan ini pesanan terakhir aku…kalau korang kalah perlawanan korang, larikan diri. Jangan mati." pesan Khalid kepada semua.
Mikael menghayun dirinya dari bangunan ke bangunan lain sedang kumpulan dua dengan bantuan Chyou teleport dan teleport lagi untuk bergerak. Kumpulan tiga terbang di tepi mereka semua, setibanya di satu bangunan pencakar langit, ketiga-tiga kumpulan itu berpisah dan bergerak pula ke lokasi masing-masing.
***
"Mereka masing-masing pergi ke lokasi berbeza. Nampaknya dia tak balik awal hari ni." kata Lilly, dia dapat mengetahui pergerakan setiap kumpulan HOPE yang berpecah hasil biji benih yang diletakkannya pada mereka semua, di dalam salah satu akar dari kuasanya menunjukkan lokasi mereka.
"Takpe, kita boleh tunggu. Bagus juga kalau dia datang dalam keadaan penat atau lemah, lagi senang nak rosakkan dia." kata Zaki, dia sedang duduk di meja makan rumah Hazim.
"A-Ah! Hentikan-Hentikannya!" Terdengar jeritan seorang perempuan. Nur diikat dengan akar yang banyak, matanya ditutup dan wayar dari jari Syakir berada di belakang kepalanya.
"A-Arrrghhh!" Jerit pula Hazim, dia juga dalam keadaan yang sama. Syakir kelihatan sedang fokus mengawal minda mereka.
"Tambahan pula, kau nampaknya perlukan masa untuk jadikan mereka Mutant, Syakir." tegur Zaki.
"Mereka ni…Arh! Diam je. Bagi aku fokus!" balas Syakir, Zaki tersenyum dan menongkatkan saja kepalanya.
***
"Peperangan bakal berlaku. Mutants akan berevolusi, terutamanya apabila mereka menghadapi musuh-musuh yang berkuasa juga. Malam ni, aku akan dapat lihatnya, kehendak roh manusia dan evolusi ramai Mutants! Dah lama tak teruja macam ni…Apa kau rasa bakal terjadi, Xa' Ur?" Sui'ra membuka tangannya luas, senyuman dan riak wajah teruja kelihatan terang di wajahnya, kelihatan hologramnya sedang menunjukkan semua ahli kumpulan HOPE yang sedang bergerak ke arah markas-markas White Tigers.
Sui'ra menoleh ke belakang, lelaki berambut hitam panjang dan tanda seumpama tattoo berada di bahagian wajah kirinya sehingga tengkuk sedang bersamanya, Xa' Ur kelihatan dingin saja.
"Bagi aku, manusia sangat mengecewakan. Mereka semua terlalu pendek akal fikiran. Semuanya masih mengejarkan kehendak kemanusiaan mereka. Tiada yang mengejar kehendak sebenar untuk jadi makhluk terkuat. Lihatlah sendiri, betapa lamanya mereka nak berperang dengan sesama sendiri…Kehendak mereka berperang pun, ianya masih kehendak untuk menjaga kemanusiaan…Semuanya mengecewakan. Aku tak faham apa kau nampak, Sui'ra." keluh Xa'Ur, dia menjeling Sui'ra.
"Oh, Xa'Ur…Kau tak fahamnya. Mereka tak macam makhluk lain di galaksi, manusia berpecah belah. Mereka tak bersatu, tak macam makhluk lain. Mungkin kerana Bumi ialah planet terbesar dengan makhluk hidup di dalamnya. Kemanusiaan yang berpecah mencipta banyak kehendak, manusia takkan bersatu…jadi mereka akan lebih banyak berperang dari makhluk lain. Jawapannya, kita akan dapat lebih ramai lagi Mutants berkuasa berbanding planet lain…" Sui'ra berdiri, dia berjalan melihat semua hologramnya kemudian mendekati pula Xa'Ur.
"Manusia bezakan masing-masing melalui bangsa, bahasa, warna kulit mereka, agama mereka. Berpuak-puak, menyorok, sorokkan sesuatu dari satu sama lain. Yang berkuasa tak mahu jatuh dan yang lemah akan terus ditindas. Mereka makhluk yang tak boleh bersatu dan terus berperang, sebelum kita datang pun, mereka dah rosakkan sesama sendiri. Fikirlah sendiri Xa'Ur…Manusia tak hadapi ancaman dari planet lain tapi mereka ada senjata yang boleh hancurkan planet seperti bom atom. Apa sebab mereka ciptanya? Mereka ciptanya untuk hancurkan sesama sendiri…Hahahaha! Manusia memang…menarik!" Sui'ra tergelak sahaja, memikirkan tentang sifat manusia, Xa'Ur menyilang tangannya.
"Pada pandangan aku…mereka semua hanyalah makhluk yang bodoh semuanya. Macam-macam mereka boleh lakukan bila bersatu dan tak sakitkan sesama sendiri tapi mereka sakiti sesama sendiri. Mungkin kerana mereka takde ancaman dari makhluk lain, makhluk lebih berkuasa dari mereka tapi…sedang ada makhluk berkuasa pun, mereka masih berpecah belah, berahsia, menipu dan menindas satu sama lain…Manusia ialah makhluk yang bodoh. Mereka pastinya pupus selepas makhluk terkuat akhirnya muncul." terang pula Xa'Ur, Sui'ra kembali duduk di sofanya kemudian memandang hologramnya.
"Kita takkan faham mereka, Xa'Ur. Kita Zoturian terlalu berbeza dengan mereka. Aku tak rasa kita akan capai kefahaman dengan kemanusiaan." balas Sui'ra.