"Perempuan tu kalah. Mengecewakan sejujurnya…Memang tak boleh buat apa tanpa bantuan aku, huh?" keluh Vincent, dia sedang berada di dalam makmalnya, salah satu komputer menunjukkan rakaman kamera keselamatan. Kelihatan Pasukan Khas sedang menyerbu masuk ke dalam bangunan markas White Tigers di Teluk Gong.
Samseng-samseng yang tidak sedarkan diri diperiksa menggunakan mesin yang mengambil sampel darah mereka, mesin berbentuk pengimbas itu dapat mengesan Mutant Cell yang aktif. Kelihatan ramai samseng telah digari dan dibawa keluar, terdapat juga Pasukan Khas yang menyimpan mayat-mayat mereka yang terbunuh ke dalam beg hitam.
"Tuan…Kita ada 'Superhuman'." kata seorang ahli Pasukan Khas kepada Syafiq, dia dan beberapa ahli lain mendekati Nora.
"Jadi memang betul, huh? Apa jadi dengan dia?" Syafiq menoleh ke hadapan, dia memandang dinding yang hitam hasil terkena Star Beam. Ahli Pasukan Khas lain mengeluarkan pula sejenis gari yang lebih tebal, mereka menggari Nora, menutup seluruh badan sepenuhnya dan menutup wajahnya menggunakan sejenis helmet besi.
"Tengok tingkat atas pula!" arah seorang anggota Pasukan Khas, anak buahnya yang lain mengekori dari belakang.
"Diorang datang…" keluh Kyoko.
"Kita boleh menyorok di situ." Khairul menunjukkan bahagian kecil yang berada di siling atas mereka, Kyoko segera membawa dia dan Nasuha ke bahagian kecil itu dan mereka bertiga sambung melihat apa yang Pasukan Khas lakukan.
"Aku cuba panggil bantuan tapi tiada sesiapa respon. Nampaknya mereka memang serang kita secara serentak. White, nampaknya perang sebenar kita dah bermula…Izinkan aku mulainya." Vincent menekan sejenis butang, kedengaran bunyi beberapa sangkar terbuka, Vincent menoleh kebelakang dengan senyuman.
"Bunuh mereka semua."
"Baik." balas Eric dengan riak wajah yang kosong, di belakangnya pula beberapa ekor Strays dengan sejenis mesin berbentuk helmet besi diletakkan pada kepala mereka.
"Mesin apa tu?" soal Nasuha,memerhati saja mesin yang digunakan Pasukan Khas untuk mengesan Mutants, atau apa yang mereka panggil, 'Superhuman'.
"Daripada apa yang aku nampak, kemungkinan sejenis mesin yang boleh kesan sama ada kita Mutants atau tak. Nampak tak tadi pun mereka ada sesuatu mesin yang boleh gari satu badan kita." balas Kyoko dengan riak wajah terganggu.
"Macam mana kerajaan dah ada mesin macam tu?" tanya Khairul.
"Manalah aku tahu tapi tak pelik juga. Kerajaan sorok banyak benda dari kita pasal apa yang mereka tahu tentang hal sekarang ni. Aku tak terkejut kalau ada seseorang yang cukup kemampuan dan ilmu boleh cipta mesin macam tu." terang Kyoko, Khairul mengangguk faham saja namun tiba-tiba dia terasa sesuatu yang tidak kena, deria bahayanya berdengung.
"Khai?" Nasuha perasan akan reak wajah Khairul yang berubah cemas.
"Strays? Mutants? Aku tak pasti tapi…ada banyak Strays dekat dengan kita." Khairul memegang kepalanya, dia terasa pening hasil signal banyak yang diterimanya.
"Apa?" Kyoko pelik.
"Ra-Rasaksa!" jerit seorang anggota Pasukan Khas sebelum dia diterkam oleh Eric, pedang yang keluar dari bilah tangannya tepat menikam tengkuk anggota itu, darah terpercik pada wajah Eric. Semua anggota Pasukan Khas terus mengacukan senapang automatik mereka pada Eric dan Strays lain yang berada di belakangnya, mereka keluar dari lif bawah tanah.
Eric membaling badan anggota yang dibunuhnya tadi, dia melangkah ke hadapan sedang Strays lain pula terus menuju pantas ke arah anggota-anggota Pasukan Khas menyebabkan mereka terus menembak bertubi-tubi.
"Akulah…pedang." kata Eric perlahan, dua bilah pedang lagi keluar dari lengannya, bilah-bilah pisau keluar dari belakang badannya serta bilah pedang keluar dari kedua-dua lututnya juga. Beberapa peluru terkena pada badan namun Eric tidak kelihatan sakit atau terkesan, dia terus menuju laju bersama Strays lain.
Eric memancung dua anggota Pasukan Khas yang lain menyebabkan kepala mereka berterbangan ke udara, kelihatan lubang-lubang tembakan yang terkena pada Eric segera pulih, peluru yang masuk dikeluarkan sendiri oleh badannya. Beberapa ekor Strays lain yang lebih kecil mati hasil terkena tembakan yang banyak namun Strays yang besar bertahan dan dapat memaksa anggota Pasukan Khas ke belakang, ada yang juga yang terbunuh dan cedera.
"Kebelakang semua! Jaga jarak!" arah Syafiq, dia mengacukan revolvernya terus melepaskan tembakan tepat yang mengena pada dahi Eric.
Kepala Eric terkebelakang dan dia berhenti bergerak seketika, namun dia kembali memandang ke hadapan, darah yang mengalir dari luka tembak di dahinya mengalir turun dan Eric menjilatnya.
Tiba-tiba, Nasuha dan Khairul turun dari tingkat atas, Khairul menjeling tajam Eric, mata mereka bertembung dan Khairul mengeluarkan pedang dari kedua-dua lengannya.
"Hentikannya!" jerit Khairul, Eric memandangnya saja.
"Aaaarrrghhh!" Aku diseksa…dibelah…dibelah…dibelah…Semua badan aku diganti dengan badan rasaksa sehingga aku tak rasa sakit lagi. Sehingga aku boleh keluarkan pedang dari badan aku.
Semuanya untuk tiru kau. Doktor tak habis-habis tunjukkan aku rakaman kau sedang dia gunting dan potong badan aku…Sakit kau tahu tak? Setiap hari aku berdoa ianya tak sakit lagi…Sedar-sedar saja aku tak rasa apa-apa lagi.
Ah…Aku dah lama tak rasakan perasaan ni…
Eric tersenyum.
"Jumpa kau!" jerit Eric pula. Pasukan Khas melepaskan tembakan secara bertubi-tubi, Nasuha mencipta pendinding yang menghalang peluru-peluru itu terkena padanya.
"Berhenti! Serahkannya pada kami!" kata Nasuha, Syafiq terus mengangkat tangannya, menandakan ahli pasukannya untuk berhenti menembak.
"Siapa kau?" soal Khairul.
"Aku kau!" balas Eric, dia terus memecut ke arah Khairul, pedang mereka bertembung menghasilkan geseran, Eric mendekatkan wajahnya dengan Khairul.
"Huh?!" Khairul keliru.
"Tengoklah sendiri…Tengok apa aku kena hadap untuk jadi macam kau!" Eric menolak Khairul ke belakang, beberapa ekor Strays menuju ke arahnya pula namun Kyoko dapat mengakhiri mereka dengan sambaran kilat yang kuat, Eric muncul dari tepi Kyoko dengan pantas, dia keluar dari asap hitam yang terhasil selepas serangan kilat itu.
Dia menikam peha Kyoko.
"Arrrh!" Kyoko meraung kesakitan, Eric membalingnya ke tepi.
"Kyoko!" jerit Nasuha, Kyoko terheret di lantai, darah mengalir dengan banyaknya hasil dari luka tikaman yang dalam. Khairul dengan bengisnya terus menyerang Eric, pedangnya mencalarkan dada Eric.
"Sial kau!" marah Khairul, pedangnya dan pedang Eric mula bertembung berkali-kali, mereka terlalu laju, membuat Pasukan Khas yang berada di situ gerun dan tidak pasti akan apa yang mereka patut lakukan.
"Akak Kyoko." Nasuha bergerak kearah Kyoko.
"Ergh…Arh…Itai…Itai…" keluh Kyoko, dia menutup wajahnya, Nasuha memeriksa peha Kyoko, wajahnya terus berubah mual.
"Aarrghhh!"
"Hahahahaaaarrghhh!"
Eric tergelak saja sedang dia bertarung dengan Khairul manakala Khairul kelihatan bengang, pedang Eric mencalarkan wajah Khairul dan terkena pada sisi tengkuknya, Khairul dapat mencalarkan dahi dan perut Eric.
"Kuaarrghh!" Seekor Stray cuba menyerang Khairul.
"Kacaulah!" Khairul memancung kepala makhluk itu dan terus fokus pada Eric semula.
"Walaupun aku ada banyak pedang…Kau…Kau masih bertahan!?" Eric mencangkukkan kedua-dua bilah pedang Khairul, membuat Khairul tidak dapat menggerakkan tangannya.
"Apa bendanya kau? Kenapa kau ada kuasa aku?" soal Khairul, kelihatan lukanya sedang pulih dengan perlahannya.
"Aku…Eric…Ingat tu. Ingat nama aku…Aku kau, kau akan jadi macam aku." kata Eric dengan riak wajah kosong membuat Khairul gerun, luka Eric pulih dengan lebih pantas, dia menikam Khairul pada perut menggunakan bilah pedang di lututnya.
"Arrgh!"
"Oh…Mungkin doktor akan letak kau pada badan aku juga. Jangan risau, bila kau sertai kau…Kau takkan rasa sakit lagi dah." bisik Eric dengan senyuman sinis kembali pada wajahnya.
"Star Slash!" Nasuha membelah kedua-dua tangan Eric, dia menuju pantas ke arah mereka berdua, Nasuha meletakkan tapak tangannya di tepi badan Eric.
"Star Beam!" Pancaran cahaya Star Beam dapat menolak Eric jauh dari mereka berdua, Khairul terus terduduk lemah dan Nasuha memeluk Khairul dari belakang dan membawanya kearah Kyoko.
"Khai…Aku ada." Nasuha menggigil, Khairul menghembus nafas panjang.
"Terima…kasih Nasuha. Kau…datang tepat pada masanya." balas Khairul, luka tikam di perutnya tidak terlalu dalam namun ia tidak pulih dengan cepat.
Kami baru saja hadap perempuan Mutant tadi. Kuasa dia pun kuat. Aku, Nasuha dan Kyoko, kami bertiga dah terlalu guna banyak tenaga, aku tak pulih dengan cepat juga dan dah mula terasa penat…
Tak bagus. Apa nak buat?
Lari? Tapi Pasukan Khas ni semuanya akan mati nanti…
"Belum lagi…Belum lagi…" Eric berjalan ke hadapan walaupun tidak mempunyai kedua-dua tangannya.
"Rasaksa…jenis apa dia ni?" keluh Kyoko, Khairul kelihatan gerun saja. Nasuha pula berdiri, cahaya yang mengelilingi tidak terang lagi menandakan tenaganya yang berkurang.
Eric melangkah ke hadapan lagi…
Tiba-tiba seekor Stray mengambilnya dan seekor lagi Stray membawa Nora yang digari sepenuhnya, Strays yang lainnya juga mula melarikan diri. Mereka semua bergerak ke arah pintu keluar.
"Tembak!" arah Syafiq, Pasukan Khas menembak ke arah Strays namun mereka hanya terus lari saja, tidak mengendahkan serangan Pasukan Khas itu.
"Jangan fikir aku akan bazirkan kau, Eric." kata Vincent, kelihatan dia berada di dalam helikopter yang dibawa oleh seekor Strays yang mempunyai banyak tangan, beberapa ekor Strays yang membawa Eric tumbang namun seekor Stray dapat membaling Eric masuk helikopter itu sedang Stray yang membawa Nora melompat ke arah helikopter dan dapat berpaut padanya.
"Dapat kau, pedang." Lelaki berbadan tegap juga berada di helikopter itu, dia menangkap Eric dan menarik dia masuk. Anggota Pasukan Khas berjalan keluar, mereka melepaskan tembakan ke arah helikopter itu namun ia sudah terbang jauh dari mereka menyebabkan banyak tembakan tersasar.
"Apa jadi?" keluh Khairul.
"Tak kisahlah apa-apa pun. Kita kena pergi- Arh!" Kyoko kesakitan, dia cuba berdiri namun terjatuh semula, Nasuha menangkap Kyoko sebelum dia terlantar pada lantai.
"Tak bagus…Ini memang tak bagus." Kyoko menoleh ke tepi, Khairul dan Nasuha sama juga. Kelihatam Syafiq dan anggota Pasukan Khas yang lain berjalan ke arah mereka bertiga, masih membawa senjata dan mesin mereka.
"Kita kena pergi tolong White dan Alex, mereka tak beri respon dari tadi." kata lelaki berbadan tegap itu, Eric berada di lantai helikopter, tidak sedarkan diri dan Nora masih pengsan diletakkan pada tempat duduk.
"Banyak Strays dan mesin aku dibazirkan…Rugi betul. Macam manalah Lelaki Bertopeng terselamat dari haritu, sekarang dia pun ada kumpulan sendiri. Lihatlah apa yang dia buat pada hasil kerja aku?" keluh Vincent, lelaki berbadan tegap itu tersenyum.
"Oh, Vincent. Kita akan terima lebih banyak dari apa yang kita hilang, percayalah. Kita akan menang perang ni." balas lelaki berbadan tegap itu dengan yakinnya.
***
"Orang-orang dengan kepercayaan naif macam kau semua akan musnah. Biar aku cepatkannya…" kata White, lengan perisai Khalid mula retak dan dia memijak Ali dengan makin dalam lagi, Chyou tiba-tiba muncul diatasnya, dia mengenggam baju White kemudian menggunakan kuasanya untuk teleportkan White keluar dari bangunan itu.
"H-Hentikannya!" jerit Alex, dia terduduk dan memegang kepalanya. Kelihatan Mei menggunakan kuasanya pada Alex, pisau-pisau yang dikawal Alex terjatuh ke lantai.
White jatuh dari bangunannya, Chyou memandang saja White dengan mata yang kosong kemudian terus hilang dari pandangan.
"Chyou…" Khalid memegang bahagian perisainya yang retak, Chyou muncul di hadapan dia dan Ali.
"Masalah selesai…Tak rasa dengan badan besi dia pun…Dia akan selamat jatuh dari tinggi ni." kata Chyou, Khalid dan Ali memandang saja Chyou.
"Chyou. Kita tak plan nak bunuh dia. Kita nak tangkap dia, nak faham apa yang dia buat." keluh Khalid, Chyou menjelingnya.
"Apa kau merepek ni? Korang berdua tak langsung dapat lawan dia…Dia akan bunuh korang…Kita tahu dia takkan beri kerjasama. Bunuh dia je pilihan yang betul." balas Chyou, Ali mengenggam tangannya.
"Tak…Kau silap, budak." kata Ali, dia mendekatkan dirinya ke arah Chyou.
"Sudah tu semua…Apa yang terjadi dah terjadi. Chyou hanya nak selamatkan korang saja." tegur Mei, kelihatan Alex tidak sedarkan diri hasil kuasa Mei.
"Dia bunuh orang, kau tahu tak?" soal Ali.
"Kami bunuh banyak orang…Kau fikir Strays tu bukan orang ke asalnya? Kau yang bodoh disini…Aku takkan letak kakak dalam bahaya lama lagi…" balas Chyou.
"Sudah tu, Chyou." Mei menolak Chyou perlahan dari Ali, Khalid melihat sekeliling, dia memeriksa dahulu keadaan Alex kemudian berjalan ke hujung bahagian tingkap yang pecah, dia menoleh ke bawah.
Tiba-tiba White memegang helmetnya, dia menghentak Khalid sehingga mereka berdua memasuki bangunan atas di mana Ali, Chyou dan Mei sedang berada. Helmet Beast Tiger hancur di bahagian kirinya, menunjukkan separuh wajah Khalid yang berluka dan darah mengalir dari dahinya.
"Fikir…cara mudah macam tu akan bunuh aku?" soal White sebelum melempar Khalid ke dinding. Chyou meneleportkan Ali dan Mei ke tingkat itu pula, Ali mengenggam tangannya erat dan terus menuju ke arah White.
"Argh…" Khalid tersandar pada dinding, perisai Beast Tiger telah rosak pada banyak bahagian, Mei mendekatinya untuk melihat keadaan Khalid.
"Khalid…" Mei kelihatan risau, Khalid berdiri dengan perlahan. Dia mengeluarkan kad Beast Tiger dari slotnya, perisai Beast Tiger terus hilang. Mei melihat saja Khalid melangkah ke hadapan.
"Jangan risaukan aku…Kita kena tolong Ali." kata Khalid, dia dan Mei melihat Ali yang sedang berganti tumbukan dengan White, Chyou membantu Ali untuk mengelak serangan White yang kuat dan berat.
"Aku takkan jatuh dengan mudah juga." Khalid mengeluarkan kad dengan simbol lelaki berperisai memegang pedang pada kad itu. Dia terus memasukkannya, Mei menoleh ke arahnya pula dengan senyuman.
"Transform! Warrior Card, Sentinel!" Perisai baru tercipta di sekeliling Khalid. Helmetnya terbentuk dengan tiga tanduk, seluruh perisai itu berwarna emas dan perak, Khalid memasukkan pula kad lain.
"Weapon! War Axe!" Kapak besar tercipta pada tangan Khalid dan dia terus meletakkannya pada bahu, tanpa menunggu lagi, Khalid menuju ke arah White dengan perisai Sentinelnya. Dia menghayun kapak pada White memaksa dia berhenti bertarung dengan Ali dan menahan bilah kapak itu.
Khalid dapat menolak White, wajah bengis White bertembung dengan cermin helmet Sentinel yang menunjukkan mata bersemangat Khalid.