Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 41 - BAB 37 : HITAM PUTIH, BAHAGIAN 3

Chapter 41 - BAB 37 : HITAM PUTIH, BAHAGIAN 3

Takkan lagi.

Kelihatan badan-badan samseng yang tidak sedarkan diri sedang bergelimpangan di setiap arah, Khalid di dalam perisai Beast Tigersnya berjalan keluar dari sebuah bilik bersama Mei dan Chyou, Ali berjumpa dengan mereka sedang dia berjalan di sebuah koridor.

Aku takkan biarkannya lagi…

White sedang memandang bandar Klang, bangunan yang bercahaya hanyalah bangunan-bangunan kondominium di sekeliling bangunan markas White Tigers. Alex sedang berdiri di tepi mejanya, telefon White tiba-tiba berdering, dia segera mengambilnya.

Apa lagi yang kau sanggup lakukan?

Pintu bilik White terbuka luas, ahli kumpulan HOPE yang berada di situ melangkah masuk. Ali mengenggam tangannya sejurus melihat White dan Alex, Khalid dan Mei juga menyamakan bahu mereka dengan Ali.

"Bersiap sedia saja." kata White dan terus menghentikan panggilan yang diterimanya tadi. Dia berdiri dari kerusinya, kedua-dua matanya memandang Ali dengan jelingan yang tajam.

Apa yang kau boleh lakukan?

"Akhirnya kita bertemu, Lelaki Bertopeng. Dan kau tak berseorangan." tegur White, dia memandangpua Khalid dan Mei seketika.

"Kau fikir kau boleh larikan diri? Aku tahu apa kau nak buat…Ada helikopter sedang tunggu kau di atas sana betul tak?" balas Ali, urat bercahaya biru kelihatan dari kedua-dua tangannya.

"Betul tu. Aku tak berniat untuk berlawan, mari bercakap Lelaki Bertopeng." ajak White.

"Apa yang nak dicakapkan lagi? Kalau kau tak nak berlawan, serahkan diri kau! Dan hentikan semua operasi White Tigers." kata Ali.

"Serahkan diri aku pada siapa? Pada pihak polis atau pada kau?" soal White, Ali terdiam seketika, White meletakkan tangannya ke belakang dan bergerak ke hadapan, mendekati Ali and ahli HOPE.

"Kau sedar pihak berkuasa bukannya berpihak pada kau juga, nampaknya apa yang kau lakukan ni bukan sebenarnya untuk tolong pihak berkuasa tapi ianya kehendak sendiri." kata White, dia menghadap mereka bertiga dengan yakinnya.

"Kau…letak banyak orang dalam bahaya, kumpulan samseng kau cipta rasaksa! Apa kau fikir semua orang akan terus diam dan biarkan je kau buat sesuka hati?" soal Ali.

"Kau letak juga Mutants lain dalam posisi berbahaya. Buat orang ramai takut dengan kita." kata pula Khalid.

"Orang ramai memang patut takuti kita. Mutants ialah evolusi seterusnya, manusia yang bukan Mutants lemah. Mereka berada di bawah kita…dan itulah realitinya. Bagitau aku, untuk apa kau bertarung?" balas White sambil menyeliat persoalannya sendiri.

"Untuk basmi Strays, bantu elak kematian ramai orang tak bersalah…Beri nama baik bagi Mutants." kata Khalid.

"Kau kata aku letak Mutants dalam bahaya tapi tindakan kau pun sama saja, betul tak? Kerajaan dan pihak berkuasa takkan letak kepercayaan sepenuhnya pada Mutants. Selamatkan seberapa ramai manusia sekalipun, Mutants masih di luar kawalan kerajaan. Apa-apa saja yang tak boleh dikawal ialah musuh mereka." terang White.

"Jadi apa? Kau nak kawal Mutants dan Strays sebelum mereka dulu?"

"Tepat. Terang Mutants dan manusia tak boleh hidup bersama, kita terlalu berbeza, kuat dan berkuasa daripada manusia. Mereka takkan benarkan kita wujud bersama…Tapi White Tigers memastikan Mutants takkan tersakiti dan terus berada di atas." White tersenyum sedikit sambil kedua-dua tangannya terangkat.

"Itu bukan sebab sebenar kau…" kata Ali, White yang terdiam pula.

"Kau cakap benda-benda ni untuk topengkan kehendak sebenar kau. Apa yang kau nak sebenarnya ialah kuasa…Untuk kawal kuasa yang kuat. Kalau kau betul kisah pasal Mutants, tak perlu cipta rasaksa macam di Port Klang haritu pun. Apa yang kau kisah pasal Mutants ialah kuasa mereka, bukannya kehidupan mereka." terang Ali, White mengenggam pula tangannya.

"Hipokrit…Apa pun sebab kau nak menghentikan aku? Ganggu operasi aku? Untuk pertahankan orang lain? Untuk jadi hero? Kehidupan ni tak hitam putih, Lelaki Bertopeng. Kau pun ada kehendak tamak kau…"

"Betul tu. Aku hanya benci samseng…" balas Ali. White memandangnya saja, wajahnya yang tadi bengis berubah tenang.

"Aku takde pilihan…"

Tapakan kaki kau ke dalam dunia ni dan kau takkan dapat keluar lagi.

White yang sedikit muda dan berambut hitam sedang berjalan bersama Alex, kelihatan di latar belakang beberapa samseng lain, mereka memerhati saja White dan Alex sambil mereka berdua memasuki pintu tersorok di sebuah lorong.

"White Tiger, aku dengar kau pembunuh upahan terbaik…Mereka tak kata kau bawa 'kekasih' kau bersama setiap masa, haha." gelak seorang lelaki tegap yang berkaca mata, dia di kelilingi samseng-samseng lain dan seorang wanita berambut panjang, White menjelingnya sedikit namun Alex terdiam saja.

Aku hanyalah pembunuh upahan yang tak berpihak pada mana-mana kumpulan samseng. Tak kisahlah sesiapa, asalkan kau boleh mampu bayar aku, aku akan bunuh mereka.

Kebanyakan ketua-ketua samseng tak mahu kotorkan tangan mereka sendiri ataupun arahkan orang bawahan mereka untuk bunuh seseorang. Pembunuh-pembunuh upahan seperti aku, mereka takkan terfikir panjang untuk bayar…demi bersihkan hal mereka.

Aku bunuh lelaki yang berani khianati kumpulan samsengnya.

Aku bunuh wanita yang mengandung dengan anak salah seorang anak buah kumpulan samseng.

Aku ugut lelaki yang tak dapat bayar hutangnya.

Bunuh…Sakiti…

Bunuh dan bunuh lagi…

Lama-kelamaan, jeritan dan rayuan mereka tak dapat aku dengari aku.Aku tak terasa seperti manusia lagi.

"Berseorangan saja, takde pula…'boyfriend' kau, huh?" tegur seorang wanita berambut hitam panjang dan beralun, dia duduk di tepi White yang sedang minum sendirian.

"Dia pembantu aku." balas White.

"Hum-hum…kalau betul, buktikanlah dekat aku, White." Wanita itu meletakkan jari telunjuknya di dada White. Mereka memandang sesama sendiri, wanita itu tersenyum manis saja, mata White juga terkunci pada matanya.

Jatuh cinta bukannya pilihan untuk lelaki macam aku…

"Huh…Huh…K-Kenapa?" Wanita itu terduduk dihadapan White, tangan dan kakinya diikat, darah mengalir dari hidungnya. White sedang mengacukan pistolnya ke arah wajah wanita itu, dia memandang White dengan matanya yang lebam, air mata mengalir dari mata kanannya yang kemerahan.

"Wh-White….Aku-"

Tembakan terus dilepaskan White, dia melihat saja kolam darah terhasil dari luka tembak di dahi wanita itu.

White berjalan pergi, kelihatan Alex sedang menunggunya di dalam kereta, White memasuki kereta itu, dia menghembuskan nafas panjang dan menyandarkan kepalanya.

"Kau…memang bunuh dia juga, huh?" soal Alex.

"Takde pilihan, Alex…Aku takde pilihan. Dia tahu terlalu banyak benda, Mereka kata apa yang dia tahu boleh puncakan perang antara kumpulan lain." keluh White, Alex memandangnya saja, wajah White kelihatan kosong saja.

Kau takkan tahu siapa yang kau kena bunuh. Sedar-sedar saja, kau tembak orang yang kau baru bersembang semalam.

Aku tembak…seseorang yang aku rasa aku suka.

White sudah mewarnakan rambutnya putih, dia berjalan sendirian di bawah hujan yang lebat. Matanya melihat sekeliling, dengan segeranya dia memasuki lorong yang sempit. Alex sedang tersandar di dinding sambil memegang payungnya sendiri.

"Dia lari, daripada apa yang mereka cerita, dia ada keluarga dan macam biasalah, bila kau sedar kau dirantai, kau cuba untuk lari tapi…takde jalan keluar bagi sesiapa macam dia." Alex menyerahkan gambar-gambar seorang lelaki, kelihatan dalam salah satu gambar, lelaki itu sedang berjalan dengan seorang budak perempuan.

"Diorang minta kita bunuh dan pastikan tiada sesiapa nampak lagi dia…Nak dia hilang serta-merta. Orang besar juga dulu dia ni." sambung Alex lagi.

Kosong itu saja apa aku rasa. Kehidupan aku kosong tanpa makna. Aku tak lakukan apa-apapun untuk ubahnya juga. Tiada gunanya pun…

Kehidupan tanpa makna ni akan berakhir dengan orang lain bunuh aku juga.

Kelihatan Alex terlantar di lantai dengan mata kirinya berdarah, White sedang menyorok di sebalik dinding dengan pipinya berluka.

"J-J-Jangaannn! S-Sa-Saaakitkan…Papa! Papa…." Stray berambut panjang dan mempunyai banyak kaki yang tajam sedang mencari White, kelihatan di bawahnya, badan seorang lelaki dengan kesan tembak di dadanya.

White memandang saja Alex, dia mengetap giginya kemudian keluar dari tempat dia menyorok, dia mengacukan pistolnya ke arah Stray itu.

Mungkin ini dia syaitan yang akan heret aku ke neraka dan akhiri kehidupan aku yang tak bermakna ni…

"Uuuuaaarrrghhh!" Beberapa kaki memanjang dan menikam White tepat di perutnya sebelum dia sempat menembak, darah terpercik dan Stray itu terus membaling White ke dinding dengan kuatnya.

Jadi ini sajalah kehidupan aku.

"White…"

"Aku terfikir apa kata kita lari dari semua ni? Dari kehidupan ni…" Dia terbaring di tepi aku, kepalanya membantalkan lengan dan rambutnya yang panjang menutupi sedikit wajah.

"Kau bukannya bawah kumpulan mana-mana pun betul tak? Kenapa kau nak teruskan lagi kehidupan ni?" soal dia, aku memandangnya saja, mata birunya yang kelihatan seperti air yang jernih.

"Orang macam aku tiada pilihan. Mereka akan cari aku…Mereka mahukan apa yang aku boleh lakukan. Disebabkan aku bukan bawah kumpulan mana-mana, mereka sukakan kerja aku…Aku boleh bunuh orang yang mereka nak mati tanpa halangan."

"Kalau mereka minta kau bunuh aku, kau akan bunuh aku juga ke, White?" tanya dia, namun pada masa itu aku terdiam saja, dia mencium aku dan membisikkan pada telinga aku.

"Jangan bunuh aku, White."

White tersandar pada dinding, darah yang banyak mengalir di luka tikamnya. Stray yang menikamnya tadi berjalan dekat. White memandang makhluk itu dengan pandangan kosong.

Kalaulah aku dapat hancurkan semua kumpulan tu. Rasanya dia perlu mati ke?

Kalaulah aku lari dengan dia. Mungkin aku dapat lalui kehidupan yang lebih bermakna walaupun pendek saja.

Mungkin kami boleh mati bersama saja…

Tapi…aku tetap pilih kehidupan sial ni?

"Aku tak layak untuk kau…"

"Aaaarrrghhhh!" jerit White, dia menahan mulut Stray itu dari memakannya, gigi tajam makhluk itu menembusi tangan White, darah tertumpah pada wajahnya.

Mata White tiba-tiba berubah menjadi kuning dan pupilnya terbentuk seperti kucing, jalur-jalur tumbuh disekeliling badannya

"Kau boleh berubah jadi seseorang yang layak. Jangan sia-siakan kehidupan yang aku cuba bina untuk kita…"

Dia cuba bina sesuatu yang bermakna dengan kehidupan dia. Bina jalan untuk aku dan dia keluar dari kehidupan kosong ini.

Aku jatuhkan semua yang dia bina…

"Ergh…Huh…" Alex tersedar, dia sedang berpaut pada White yang mengheretnya.

"A-Apa jadi?" soal Alex.

"Aku bunuh rasaksa tu…" kata White, dia mendudukkan Alex pada pintu keretanya. White juga terduduk lemah, kelihatan luka tikam pada perutnya tidak pulih sepenuhnya.

"White…"

"Alex…Aku akan bina…"

"Huh?"

"Bina…kumpulan samseng yang kawal dunia kongsi gelap. Tiada pembunuh upahan, tiada pembuat, tiada…pengedar berpecah lagi…Semuanya…dalam satu kumpulan. Aku akan hancurkan dunia kongsi gelap…"

"Apah-hal dengan kau? Bunuh seekor rasaksa…dan sekarang kau fikir, kau boleh lawan semua?"

"Ya, Alex. Sebab…aku pun rasaksa juga. Dengan kuasa ni aku boleh lakukannya." White memandang Alex dengan mata kucingnya.

***

"Aku pun…benci samseng, Lelaki Bertopeng tapi kau tak boleh buang mereka. Tanpa mereka, tiadanya kejahatan yang diperlukan...Seseorang berkuasa perlu jadi kejahatan tu!" White memandang Ali dengan mata yang sama, Ali terus melepaskan tumbukan kearahnya namun White menangkap tumbukan itu tangannya yang berubah menjadi besi dan berkuku tajam, jalur seperti harimau muncul di sekeliling badannya

Namun hasil tumbukan itu menyebabkan gelombang yang kuat, memecahkan tingkap di bilik itu. Khalid juga terus datang menyerang, dia cuba memukul White dengan pemegang pedangnya namun White dapat menangkapnya juga.

"Aku akan bunuh kau. Kau takkan halang aku lagi. Empayar aku akan terus kuat…Tak kisahlah kalau ada Mutants lain cuba lawan aku juga macam kau! Pilihan mereka hanya dua! Tunduk patuh atau mati!" kata White, dia masih menggenggam tumbukan Ali dan menepis pemegang pedang Khalid, dia menjatuhkan tangan mereka berdua ke bawah, seluruh badannya berubah menjadi besi, terdapat juga sifat kucing seperti telinga dan ekor besi yang tumbuh dari badannya.

"Tiru…style aku, huh? Tema harimau bagai." perli Khalid. White menyepaknya ke tepi dan membaling Ali jauh, Chyou menangkap Ali sebelum berlanggar dengan dinding dan Khalid memajakkan pedangnya agar dia tidak terpelanting jauh.

Mei mahu menggunakan kuasanya pada White namun tiba-tiba Chyou menteleportnya membuat Mei hilang fokus pada White.

"Chyou?"

"Tengok belakang kita." balas Chyou, Mei menoleh ke belakang, kelihatan pisau-pisau sedang terbang ke arahnya dan Chyou, mengejar mereka berdua.

Chyou teleport lagi namun pisau-pisau itu masih mengekorinya, rambutnya terselak sedikit, mata Chyou menjeling tajam Alex yang sedang memandangnya dengan Mei, di mata Alex terdapat tanda sasaran. Pada pandangannya pula, terdapat sasaran yang terletak di dada dan kepala Mei dan Chyou.

"Kau perasan, huh." kata Alex, dia dapat menggerakkan pisau-pisau itu agar menuju sasaran yang diletakkannya, Chyou dan Mei hampir terkena pisaunya tetapi lagi sekali, kuasa teleport Chyou membuat mereka berdua tidak dapat disentuh.

Pada masa yang sama, Khalid dan Ali melepaskan serangan mereka berkali-kali ke arah White tetapi White dapat menepis dan menahan semua serangan mereka tanpa masalah, badan besinya terlalu keras untuk disakiti oleh tumbukan berkuasa Ali dan belahan Claw Sword.

"Aku dah beri kau pilihan…Kau ada banyak peluang untuk buat tak tahu saja! Kau boleh hidup seperti orang biasa! Tapi tak! Kau pilih kehidupan ni! Bila kau langkah masuk ke dalamnya, kau takkan keluar lagi! Jalan keluar hanyalah kematian!" White menumbuk Khalid tepat pada dadanya, meretakkan sedikit perisai Beast Tigernya, dia menghayunkan pula tangannya pada Ali, mencakar bahagian kiri wajah Ali dan mengoyakkan sebahagian topengnya.

"Tiada kehidupan biasa bagi Mutants lagi! Tapi kau buatkan semuanya bertambah lagi susah!" Ali dapat melepaskan tumbukan tepat pada sisi badan White yang dapat mengemekkan sedikit badan besinya namun kepala Ali terus digenggam White dan dia menghentak Ali ke lantai dengan kuatnya.

"Mutants, manusia,Strays atau makhluk asing, aku takkan biarkan mereka cabar aku…Apa yang aku bina ini, takkan sesiapa runtuhkannya!" White ingin menumbuk wajah Ali sekuat mungkin namun Khalid sempat menolaknya sekuat mungkin membuatkan tumbukannya tersasar.

"Kami takkan benarkannya juga…Kau hancurkan kehidupan yang kami impikan!" kata Khalid, di sebalik topengnya, dia kelihatan bengang. White menfokuskan serangannya pada Khalid pula, Khalid tertolak ke belakang juga hasil tumbukan White, Ali menyerang pula, menumbuk wajah White.

"Argh!" Kekerasan besi pada badan White membuat Ali terasa sakit menumbuknya, White menggunakan ekornya dan menarik kaki Ali menyebabkan dia terjatuh, Khalid menghayun Claw Sword pada White lagi namun tangannya ditangkap oleh White lagi.

"Nasib Mutants dah termaktub lama! Tiada masa depan yang indah, hanya kehidupan yang dipenuhi dengan pertarungan, kematian dan kehancuran sehinggalah makhluk terkuat muncul." White memijak Ali membuat dia tidak dapat berdiri semula sedang dia mengenggam tangan Khalid dengan kuatnya.

"Ergh!" keluh Khalid, dia melutut di hadapan White.

"Orang-orang dengan kepercayaan naif macam kau semua akan musnah. Biar aku cepatkannya!" jerit White sambil terus memusingkan tangan Khalid menyebabkan perisai lengannya mula retak.