Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 44 - BAB 40 : HITAM PUTIH, BAHAGIAN 6

Chapter 44 - BAB 40 : HITAM PUTIH, BAHAGIAN 6

Kelihatan badan-badan Strays yang digari pada katil besi, beberapa orang lelaki memasang mesin berbentuk helmet pada kepala Strays itu, Vincent memerhati saja mereka dengan senyuman di wajah, lelaki berbadan tegap memasuki makmal bawah tanah itu, kedua-dua tangannya berada di dalam poket.

"Kau nampak gembira, Vincent." kata lelaki berbadan tegap itu, Vincent menoleh ke arahnya.

"Oh, kau? Apa kau buat di sini?" soal Vincent.

"Nak lihat saja apa yang kau lakukan dan bersembang dengan Nora. Dengarnya kita ada spy dari Pasukan Khas terlepas dari genggaman, kemungkinan besar Pasukan Khas sedang sedia untuk menyerang kita…Kalau mereka yakin nak lawan dengan kita,bermaksud mereka ada senjata dan bersedia." terang lelaki itu, Vincent menghembus nafas panjang.

"Haih…Jawapannya aku akan hilang barang berharga aku lagi? Menyusahkan betul." balas Vincent.

"Kau masih dapat teruskan kajian kau, jangan risau sangat. Sumber wang atau peralatan takkan jadi masalah." kata lelaki itu, dia berdiri di tepi Vincent sambil melihat Strays yang dipasangkan mesin.

"Ajarlah aku sikit, macam mana kau lakukannya?" tanya lelaki berbadan tegap, Vincent membetulkan posisi cermin matanya.

"Teknologi exoskeleton, tukar tulang Strays dengan tulang besi exoskeleton yang dapat kita kawal. Kerana sifat pemulihan Mutant Cell, mereka dapat terus hidup lepas kita tukar tulang mereka dengan exoskeleton, helmet pula untuk mengawal otak mereka." terang Vincent panjang lebar, lelaki itu mengangguk faham saja.

"Kau memang genius, Vincent. Patutlah White pun beri penghormatan tinggi pada kau…" puji lelaki berbadan tegap.

"Ini era baru organisasi jenayah. Kalau kita nak lawan undang-undang, kita kena jadi bijak, kekuatan dan kuasa tak cukup kalau kau bodoh." balas Vincent.

Dengan semua ini, apa yang aku impikan akan tercapai…

"Fikir perisai baru akan ubah situasi kau?!" White menghayun tangannya ke arah Khalid, tangannya dapat ditangkap oleh tangan Khalid.

Ali muncul dari belakang dan menyepak White ke belakang, Khalid membalas dengan hayunan kapaknya, White menepis namun Ali dapat melepaskan pula tumbukan pada perut White menyebabkan badan besinya kemek.

"Dari mana datangnya kekuatan dia ni?" monolog White sambil menjeling Khalid. Ali tidak memberi masa untuk dia berfikir lagi, White menumbuk Ali semula tepat pada sisi badannya, Khalid menyerang pula dengan hayunan kapak yang dapat menembusi kulit besi di bahagian bahu White, darah terkeluar sedikit.

"Kau okay, Ali?" soal Khalid.

"Ah…okay je…" keluh Ali sambil menutup bahagian sisi badannya yang ditumbuk White tadi. White terkaku saja, dia melihat darah yang mengalir dari luka di bahunya. Mei berjalan ke hadapan bersama dengan Chyou.

"Kami boleh akhiri perlawanan ni sekarang…Aku boleh ubah fikiran kau, buang memori buruk kau, jadikan kau orang lain tapi cara itu takkan selesaikan masalah. Dengan semua yang kau ada, kau dan kami boleh jaga Mutants lain yang sama seperti kita." terang Mei, matanya berubah bentuk dan mengeluarkan aura merah, White mengelap darah dari tepi bahunya, besi di bahagian luka itu membentuk semula.

"Masih fikir aku akan ubah fikiran aku? Kenaifan! Lemah!" jerit White, tiba-tiba dari lantai munculnya pisau-pisau yang menikam kaki Mei dan hampir terkena matanya.

"Kakak!" Chyou terus meneleport Mei pergi dari situ, dalam keadaan cemas itu, Khalid terus mengangkat senjatanya semula namun White terus menumbuknya tepat di dada menyebabkan Khalid terpelanting berlanggar dan memecahkan beberapa dinding. Ali mengenggam tangannya namun tangan White laju terhayun ke arahnya, dia menahan tangan White namun Ali berlanggar dengan dinding, impak hayunan tangan White itu juga menyebabkan tulang lengan Ali retak.

"Kakak?" soal Chyou melihat keadaan kakaknya.

"Aku okay, Chyou. Fokus!" balas Mei, beberapa pisau menuju ke arah mereka berdua, Chyou teleport untuk mengelak pisau-pisau itu. Mei menggunakan kuasanya dan mengubah arah pisau itu agar berlanggar dengan dinding dan lantai.

"Jangan fikir…boleh buang aku dengan senang." Alex muncul dari pintu tepi bilik itu, dia membaling lagi beberapa pisau, Mei mengubah arah pisau-pisau itu dan cuba menggunakan kuasanya pada Alex namun White menghayun tangannya ke arah Mei, Chyou segera meneleport Mei pergi dari situ.

"Urgh…" Ali terduduk lemah dengan lengan kanannya yang patah namun dia tetap berdiri juga, urat-urat di bahagian kanannya bercahaya biru, Ali mengenggamnya erat kemudian memaksa tulangnya untuk berada di posisi yang betul.

White dan Alex menfokuskan serangan mereka pada Chyou dan Mei, berkali-kali Chyou terpaksa teleport hasil serangan tanpa henti mereka, kelihatan dia semakin penat. Pada akhirnya, Chyou membaling Mei daripadanya menyebabkan dia terkena tumbukan dari belakang oleh White. Kedengaran bunyi tulang yang retak, Chyou terheret di lantai.

"Chyou!" jerit Mei, Chyou terlantar lemah, dia tercungap-cungap.

"A-Argh…Arrghhh!" Chyou meraung kesakitan, White mendekatinya namun gelombang merah dari kuasa Psychic milik Mei menolak dia dan pisau-pisau Alex jauh dari Chyou.

"Kami dah cuba…untuk tak bunuh kau!" kata Mei, dia terus menggunakan kuasanya pada tahap maksima, White dan Alex memandangnya dengan wajah terkejut. Sedar-sedar saja, mereka berdua berada di dalam Dimensi Minda.

"Di pandangan aku…ubah minda kau sepenuhnya ialah membunuh. Aku bunuh minda lama kau dan ubahnya dengan minda baru. Ianya kejam…Semua benda yang kau tahu pasal kehidupan kau hilang begitu saja, diri lama kau takkan wujud. Tetapi aku anggapnya belas kasihan juga. Apa yang kau hadapi semasa kehidupan kau mesti menyakitkan sehingga kau sakitkan orang lain." kata Mei, dia gergasi di dalam Dimensi Minda sedang White dan Alex berada di atas platform tanah yang semakin retak.

"Kita…kena jadi lebih baik daripada apa yang sengsarakan kita." sambung Mei sebelum platform tanah di bawah tapak kaki White dan Alex rosak sepenuhnya menyebabkan mereka berdua terjatuh.

"K-Kau!" jerit White, banyak tangan cuba mencapai dia dan Alex, tangan-tangan itu mengenggamnya, menarik mereka berdua semakin dalam.

"Hentikannya!" kata Alex pula, dia cuba mencapai keluar namun banyak lagi tangan muncul dan menariknya semula.

Separuh badan White telah tenggelam di dalam tangan-tangan itu, mata White terkunci pada mata merah Mei yang memandang mereka dingin.

"J-Jangan haraplah…Aku mati…macam ni…" keluh White sedang beberapa tangan menutup wajahnya.

"Kuaaarrgghhh!" Dua ekor Strays melompat dari helikopter dan memecahkan tingkap sisi di bangunan tempat Mei dan yang lain berada, kedua-dua ekor Strays itu menyepak Mei ke tepi dan terus memutuskan dia dari Dimensi Minda.

"K…Kakak…" keluh Chyou yang berada di lantai, Ali juga baru tersedar apa yang terjadi terus menuju ke arah dua ekor Strays itu.

"Tepat pada masanya…" kata lelaki berbadan tegap yang berada di dalam helikopter, White dan Alex tersedar semula, White menoleh ke tepi dan perasan akan keberadaan helikopter milik White Tigers itu.

"Arrrhhhh!" Ali terus menumbuk seekor Stray tepat di dada sehingga menghancurkan jantungnya, seekor Stray lagi cuba menyerang Mei namun Khalid akhirnya memunculkan dirinya semula dan memancung kepala Stray itu dengan War Axe.

"Sini, Mei!" Khalid terus menarik tangan Mei, Ali pula mendapatkan Chyou dan mereka segera berkumpul semula. Bahagian dada perisai Khalid sudah retak, dia dan Ali meletakkan Mei dan Chyou di belakang mereka sedang White menghadap mereka semula, Alex mengambil juga beberapa pisaunya yang berada di lantai.

"Khalid…Chyou tak dapat bergerak." keluh Mei sedang Chyou terbaring lemah di pehanya, Khalid menoleh kebelakang bersama Ali.

"Tumbukan aku pun tak sakitkan dia sangat pun…" keluh Ali pula.

"Besi dia lagi keras dari perisai aku." balas Khalid pula, dia menoleh ke tepi pula, helikopter White Tigers masih berada di situ.

"Aku akan musnahkan kau semua di sini…Kau takkan dapat jatuhkan aku!" kata White sambil melangkah ke hadapan, Khalid menghalakan kapaknya ke hadapan dan Ali mengenggam tangannya semula. Mei berdiri di belakang mereka berdua, matanya bercahaya merah semula.

"Jangan buang masa lama lagi, bos." kata lelaki berbadan tegap yang memerhati dari helikopter.

"Dia serius nak sambung berlawan? Haih…" keluh Vincent.

Tiba-tiba cecair hitam berpaut pada helikopter White Tigers, lelaki berbadan tegap itu menoleh ke bawah, kelihatan Mikael yang mengikat lelaki getah di belakangnya sedang menuju ke arah mereka. Dia mencipta sabit yang besar dan terus memukul rotor utama helikopter itu.

"Siapa pulak!?" jerit Vincent sedang helikopter mereka berpusing-pusing di udara, dia berpaut pada palang helikopter itu dengan kuat.

"Lang-Langgar bangunan!" arah Vincent dalam keadaan kelam-kabut itu, Stray yang membawa helikopter itu berlanggar dengan tingkat paling tinggi bangunan markas White Tigers itu, ia berlanggar dengan beberapa dinding dan menghasilkan asap hitam yang tebal.

"Apa?" White terhenti seketika selepas tersedar apa yang terjadi, Mikael menghayun dirinya memasuki pula bangunan itu dan terus menolak White dengan gelung hitam. Gelung itu berubah bentuk seperti pencakuk dan mengenggam White sepenuhnya, Mikael memaksa dia duduk ke lantai.

"Duduk." kata Mikael.

"Mikael…" Khalid kedengaran lega.

"A-Arrgh…Kau…Lepaskan! Aku!" White cuba melepaskan dirinya namun kuasa bayang Mikael membuat dia tidak dapat bergerak, beberapa pisau menuju pantas ke arah Mikael pula namun tembok hitam tercipta dan menghalang pisau-pisau itu, Mikael terus menangkap Alex juga dan memaksa dia duduk terikat sama seperti White.

"Maaflah lambat sikit." Mikael menoleh ke arah ahli kumpulannya.

"Tak…Terima kasih, Nightshade" balas Khalid.

"Nightshade? Oh…Ah…Okay." Mikael tersedar 'Nightshade' itu ialah nama panggilannya.

"Dah dapat kau sekarang…Tiada tempat lagi nak lari, tiada orang bawahan untuk tolong kau lagi." kata Ali, dia berdiri di hadapan White.

"Ah, betul tu jadi…uhm…mengalah sekarang." kata Mikael sambil meletakkan lelaki getah yang terperangkap di dalam batu hitam di lantai.

"Wah…dia cuba bercakap macam karakter dalam superhero…" monolog Khalid sambil memerhati Mikael.

"Kau fikir…kau boleh bunuh dia macam tu je ke? Lelaki tu?" soal White dengan senyuman sinis, mereka semua terdiam seketika.

"Lelaki?" Ali pelik.

"Aku…kepala White Tigers tapi jantung organisasi ni bukannya aku." kata White.

"Huh?" Semua makin bertambah keliru, White menoleh ke arah Ali.

"Kau tak boleh kalahkan aku…Kau fikir kau boleh kalahkan dia?" soal White.

"Kau hanya buang masa kami saja, cuba takutkan kami." balas Ali.

"Kau yang buang masa sendiri…tak bunuh aku sekarang." balas White pula.

Kedengaran seseorang sedang menepuk tangan, semua yang berada di situ menoleh ke arah koridor panjang yang berada di tepi bilik tempat mereka berada. Lelaki berbadan tegap keluar dari kegelapan, tangan Ali yang tadi digenggam terus terbuka, di sebalik topengnya, dia kelihatan gerun.

"Pertunjukan yang menarik, hero semua. Tapi rasanya aku kena tutup tirai sekarang." kata lelaki itu, Ali mengalihkan badannya pada lelaki itu.

"D-Danielle…" kata Ali perlahan. Danielle membuka kedua-dua tangannya, cahaya dan aura merah hitam mengelilingi tangan kirinya sedang tangan kanannya mengeluarkan cahaya aura biru terang.

"Chaos, Entropy." Danielle menghalakan tangan kirinya ke hadapan, aura hitam merah menuju ke arah semua yang berada di hadapannya. Bilik tempat mana yang lain berada bergegar, lantai retak dan hancur, begitu juga siling. Kuasa bayang Mikael bergerak ke merata tempat, perisai Sentinel Khalid semakin retak dan hancur dan kuasa Mei pula teraktif dengan sendirinya, seluruh urat Ali mengeluarkan cahaya biru, besi pada badan White kemek dan mengarat, pisau-pisau yang berada di situ berterbangan ke setiap arah.

"Aaarghhhh!"

"A-Apa ni?! Kiyaarghhh!"

"Apa kau buat Danielle?! Aku b-berada di sini juga!"

Semua yang berada di dalam jarak serangan Danielle mengalami kerosakan dan huru hara, Danielle memberhentikan kuasanya, Mikael terus melepaskan kuasanya menyebabkan White dan Alex yang tadi terikat akhirnya terlepas. Ahli HOPE yang lain terduduk lemah, perisai Khalid rosak sepenuhnya lagi, Ali tercungap-cungap, Mei panas seluruh badan dan Chyou terus tidak sedarkan diri.

"Maaflah, White. Aku tak boleh kawal kebesaran kuasa aku lagi…" keluh Danielle, dia menghalakan tangan kanannya ke arah White dan Alex pula.

"Order, Restore." Cahaya biru terang menerangi White dan Alex, terus memulihkan kecederaan mereka berdua sepenuhnya.

"Apa-apa jelah." White terus berdiri dan mengemaskan pakaiannya.

"Yang lain sedang tunggu kita. Mari bergerak sekarang, White." kata Danielle.

"Sebelum tu, bunuh mereka semua." balas White, Danielle tersenyum.

"Baiklah. Kau pergi dulu, sama-sama dengan Alex. Aku nak sembang juga dengan hero-hero ni." Danielle tersenyum, White mengeluh kecil.

"Mereka masih berbahaya…" pesan White, Danielle menoleh ke arah ahli HOPE yang tumbang dan lemah semuanya.

"Tak rasa mereka bahaya lagi dah sekarang, jangan risau, tiada sesiapa akan dapat kalahkan aku pun…" kata Danielle.

"Pastikan kau bunuh mereka." White mengalah, dia dan Alex mula berjalan pergi, Ali menoleh ke arah mereka.

"Oi-oi!" jerit Ali, White dan Alex mengendahkan saja dia. Mikael cuba mencapai mereka dengan kuasa bayangnya namun Danielle dapat menangkap bayang itu dengan tangan kirinya, aura dari tangannya mengalir pada cecair bayang itu dan mengena pada Mikael menyebabkan duri bayang keluar di tapak tangannya, mencucuk dan menikam badan Mikael.

"Arrgh!" Mikael kesakitan.

"Jangan cuba berlawan. Korang dah kalah." kata Danielle, Mikael menjeling saja dia. Danielle berdiri dihadapan Ali dan dia menurunkan badannya.

"Aku tertanya…siapakah di sebalik topeng." Tangan Danielle mendekati topeng Ali namun Ali tidak menghalangnya langsung, Danielle membuka topeng Ali, senyuman sinis di wajahnya terus hilang.

Sedang itu, White dan Alex sudah berada di bumbung bangunan mereka, kelihatan Vincent dan Nora serta Eric yang masih tidak mempunyai tangan sedang menunggu mereka berdua.

"Mana Danielle?" soal Vincent.

"Dia ada hal dia, kita akan bergerak dulu. Lelaki tu akan jumpa jalan dia sendiri." balas Alex.

"Kau pasti?" keluh Vincent.

"Ya…Jangan buang masa kita." kata Alex, dia dan White berjalan ke arah helikopter.

"Star Beam!" Pancaran Star Beam tiba-tiba terkena pada helikopter di belakang mereka, helikopter itu terus meletup menyebabkan Vincent, Nora dan Eric yang berada di hadapannya terpelanting ke hadapan.

"Apa? Mereka ada kat sini?" keluh Nora, dia menoleh ke arah langit. White menjeling Nasuha yang sedang terbang di bangunan mereka, Nasuha juga menjelingnya dengan matanya yang bercahaya.

Khairul mendarat pula di hadapan mereka semua, dia terus mengeluarkan dua bilah pedang di lengannya, Kyoko memunculkan diri pula dengan kilat unggu yang besar menyambar di belakangnya, luka tikam di peha telah dibalut.

Helikopter tentera menghalakan pula lampu mereka ke arah White dan ahli-ahli White Tigersnya, dua anggota Pasukan Khas dengan sniper dan seorang dengan meriam RPG mengacukan senjata mereka ke arah mereka, Syafiq juga berpaut pada palang helikopter itu.

"Macam mana kau lakukannya? Bawa Pasukan Khas pada pihak korang?!"