Asap rokok terhembus, seorang lelaki sedang tersandar pada dinding sedang seorang lagi rakannya mengelap senapang automatiknya dengan kain . Lelaki yang sedang merokok menoleh ke arahnya dan memandangnya dengan pelik.
"Apa kau buat?"
"Takkan tak nampak lagi? Senjata-senjata ni berdebu, aku lap sikit. Aku asthma." balas rakannya, lelaki yang merokok itu hanya menghembuskan saja asap rokoknya.
Tiba-tiba cecair hitam muncul dan melekat pada mereka berdua, kedua-dua lelaki itu tertarik ke atas dengan pantas. Mikael yang menarik mereka terus menghentak kepala mereka berdua pada masing-masing mengakibatkan mereka terus pengsan tanpa bersuara, menggunakan kuasa bayangnya, dia mengubahnya menjadi cecair hitam lagi dan melekatkan kedua-dua lelaki tadi pada bumbung.
Mikael turun dari bumbung itu, dia menyepak ke tepi senapang automatik yang terlepas dari genggaman lelaki yang dipengsakannya tadi. Dia berjalan mendekati pintu bangunan yang dijaga kedua-dua lelaki tadi.
"Selesaikan ni dengan cepat dan aku dapat tolong yang lain di Klang." monolog Mikael, dia meregangkan badannya, sedang dia meregangkan tengkuknya tiba-tiba bunyi pelik terkeluar.
"A-Aduh-duh…" keluh dia. Mikael mengurut tengkuk dan bahunya kemudian menghembuskan nafas panjang.
Mikael membuka pintu bangunan itu, di dalamnya gelap saja, dia terus ke hadapan. Kelihatan ramai lelaki sedang menjaga dan mengumpul barangan senjata api ke dalam beberapa kotak kayu, Mikael turun ke arah mereka semua.
Pada awalnya, mereka semua mengendahkan sahaja dia tetapi apabila mereka perasan lelaki yang memasuki markas mereka ialah lelaki dengan pakaian seperti 'Plague Doctor', semua samseng di situ segera mengambil senjata yang berdekatan dan mengeluarkan pistol mereka.
Mikael dengan pantasnya mencipta gelung hitam dan terus memajaknya pada lantai, cecair hitam keluar dari bayang setiap samseng yang berada di situ, menghentak mereka ke dinding dan siling, terus menghentikan mereka semua.
"Ini…lagi senang dari sangkaan aku." kata Mikael, dia berjalan ke hadapan sedikit dan perasan, dia sudah mengalahkan semua samseng yang berada di situ.
Kadang-kadang aku lupa. Kuasa Mutant ni buat kerja-kerja yang menyusahkan macam hadapi lelaki-lelaki bersenjata api macam mainan kanak-kanak saja. Hanya dengan satu pergerakan saja? Biar betul…
Menakutkan untuk fikirpotensi Mutants yang lain.
Mikael melihat sekeliling, cuba mencari sesiapa yang dia terlepas pandang namun bangunan itu kecil dan tiada sesiapa kelihatan. Dia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal kemudian menghembuskan nafas panjang.
Pelik betul rasanya…Aku terasa ada sesuatu yang aku terlepas pandang tapi tak pasti apa…
Mutant lain? Kalau dia ada, rasanya dia dah keluar sekarang ni…
Ke aku dah terpengsankan salah seorang Mutant disini? Ah…Aku tak tahu. Aku tak biasa masalah macam ni selesai cepat…
Mikael teringat akan semasa dia masih lagi seorang polis. Dia berbalas tembak dengan samseng-samseng yang bersenjata, salah seorang anggota polis lain terkena tembakan pada bahu dan darah keluar dengan banyaknya.
Dia teringat juga akan pertarunganya dengan Stray sebelum dia menjadi Mutant. Masa-masa dia hampir mati kerana senjata manusia yang kurang efektif pada makhluk-makhluk itu.
Menakutkan…apa yang Mutant boleh lakukan…
Nampak apa yang aku lakukan ni buat aku terfikir. Taklah gila mana kalau Mutant boleh kawal dunia kongsi gelap dengan sekejap saja.
Sedang Mikael mengelamun, dua tangan yang memanjang sedang bergerak dengan senyap dan berhati-hati, jari-jari dari tangan itu pula memanjang seumpama getah dan mengangkat beberapa senapang yang berada di lantai.
Jari-jari itu mengacukan senapang-senapang yang diambilnya di belakang Mikael, tapak kaki kedengaran, Mikael menoleh ke hadapan. Seorang lelaki berpakaian kulit dan berbulu turun dari tangga.
"Kau ke Lelaki Bertopeng? Tukar kostum ke apa? Kau tak sama macam apa si saintis gila tu katakan…Hum? Ke kau kawan dia?" Lelaki itu kelihatan tertanya, Mikael perasan akan kedua-dua tangannya yang memanjang, kedengaran pula bunyi suis pistol digerakkan.
Tembok hitam tercipta di belakang Mikael sejurus tembakan yang bertubi-tubi dilepaskan dari belakangnya, lelaki itu memandang Mikael dengan wajah yang kosong senang tembakannya tidak menembusi tembok.
Selepas seketika dia berhenti menembak kemudian melihat sekeliling, semua samseng yang berada di situ tidak sedarkan diri, dia kembali memandang Mikael kemudian menarik semula tangannya menjadi seperti normal semula.
"Sesiapa pun kau…Aku kena bunuh kau lepas apa yang kau buat ni." keluh lelaki itu, Mikael terus mencipta dua kapak dan menuju pantas ke arah lelaki itu.
"Hahaha…cubalah." Lelaki itu tergelak, Mikael menghayun pemegang kapaknya pada tengkuk lelaki itu namun serangannya tidak dapat menembusi tengkuk lelaki itu, seumpama memukul getah yang lembut.
"Comel. Kau tak bunuh aku walaupun cipta kapak." perli lelaki itu, dia menolak pula Mikael jauh kemudian menahan Mikael pada dinding dengan kuatnya, kedua-dua tangannya membelit Mikael.
Dia memang Mutant!
Kuasa apa ni?
Badan dia macam getah?
"Mereka lebih suka aku bawa kau hidup-hidup. Cuba jangan melawan sangat." kata lelaki itu, Mikael mencipta duri-duri di sekeliling badannya, membuat dia dapat membuka tangan getah yang membelitnya. Dengan pantas, Mikael mencipta sabit yang panjang pula dan terus menghayunnya namun bilah sabitnya tidak dapat tembus badan getah lelaki itu.
"Jangan menyusahkan aku." keluh lelaki getah itu, dia melepaskan tumbukan kemudian melibas pula Mikael dari belakang memaksa dia terkena tumbukan yang sama tepat pada dadanya.
Tak boleh pukul, tak boleh tusuk pun dia dengan senjata aku. Tapi…
Mikael mengangkat tangannya ke atas, cecair hitam mengelilingi lelaki getah itu kemudian mengikatnya dan mengeras. Lelaki getah itu cuba menggerakkan bahagian badannya yang berada di dalam bahan hitam yang keras itu namun dia tidak dapat lakukannya.
"K-Kau!" Dia sedar apa yang terjadi namun sudah terlambat, Mikael menghentak lelaki getah itu kuat berlanggar dengan dinding sehingga bahan hitam keras yang menutupi badannya hancur berkecai.
"Nampaknya aku dapat teka serba sedikit pasal kuasa kau." kata Mikael, kelihatan badan lelaki getah itu terasa sakit hasil hentakan tadi selepas Mikael memaksa badannya untuk mengeras.
"Kau fikir ini dah cukup?" soal lelaki itu, perutnya memanjang ke hadapan dan terkena tepat pada perut Mikael seumpama tumbukan. Mikael segera mencipta terus sabitnya semula dan memusingkannya, menepis beberapa serangan dari tangan getah yang memanjang ke arahnya.
Aku dapat buat badan dia mengeras, itu saja cara nak sakiti dia. Badan dia macam getah, dia boleh panjangkannya, aku tak pasti sepanjang mana dia boleh diregangkan dan memanjang…
Sambil mengelak serangan, Mikael mendirikan palang-palang yang memaksa lelaki getah itu terpaksa membelit dan meregangkan tangan-tangannya, untuk melajukan pergerakannya, Mikael beberapa cecair hitam dari bayang menariknya dari belakang. Lama-kelamaan, lelaki getah terpaksa menggerakkan anggota badannya yang lain, serangan datang dari setiap arah, Mikael terkena serangan hentakan dari tepi membuat dia terjatuh dan terheret di lantai.
"Dapat kau!" Jari lelaki getah memanjang mendekati Mikael namun tiba-tiba ia terhenti sebelum mencapai Mikael.
"A-pa? Argh!" Lelaki itu cuba memanjangkan lagi jarinya itu namun tetap tidak dapat mencapai Mikael.
"Haha...Tak sangka menjadi." keluh Mikael, dia berdiri dengan perlahan kemudian menepuk pakaiannya beberapa kali, kelihatan di hadapannya, seluruh badan lelaki getah itu telah terbelit di setiap palang-palang yang Mikael dirikan.
Kunci bila bertarung dengan Mutants atau Strays ialah faham kuasa mereka kemudian fikirkan kelemahan mereka.
"Macam mana kau!" Lelaki getah itu tersangkut juga selepas Mikael membuat palangnya mengikat seluruh badan lelaki itu, Mikael mendekati lelaki getah itu pada bahagian wajahnya.
"Tak pernah hadap musuh lagi kuat daripada kau betul tak?" soal Mikael.
"Hah? Apa kau cakapkan?"
"Kuasa macam ni rugi bagi orang bodoh macam kau…" kata Mikael, dia meletakkan tangannya pada wajah lelaki itu, cecair hitam meliputi seluruh wajahnya dan mengeras. Tangan kanan Mikael digenggam erat, dia menumbuk wajah lelaki itu sekuat mungkin.
Seluruh badan lelaki getah yang diregang tadi bergerak semula ke arahnya dan membuat dia berlanggar dengan palang dan dinding beberapa kali. Lelaki getah itu terheret di hadapan Mikael, kelihatan kedua-dua matanya putih saja, tidak sedarkan diri.
"Fuh…" Mikael memandang saja lelaki getah yang terlantar di hadapannya kemudian mengeluh.
"Rasanya masalah kat sini dah selesai…Memang tepat untuk aku seorang saja datang sini. Tapi tak boleh terlalu yakin, aku kena periksa semua yang berada di sini sebelum pergi. Mana tahu ada yang aku terlepas pandang…Baik buat secepat mungkin dan tolong mereka di Klang." monolog Mikael sambil mengeraskan seluruh badan lelaki getah tadi dengan kuasa bayangnya, meninggalkan hanya bahagian wajah terbuka agar lelaki itu dapat bernafas.
***
Nasuha sedang terbang jauh di udara, memerhati sebuah bangunan sebuah syarikat baju. Kelihatan di bawah pula, Khairul dan Kyoko sedang senyap-senyap berjalan mendekati bangunan itu. Khairul menoleh ke arah langit seketika, Nasuha terang seumpama bintang di udara, dia bergerak semula selepas itu.
"Dapat kesan apa-apa." tanya Kyoko, Khairul menfokuskan deria pendengarannya, bunyi tapak kaki dan orang bercakap dari jauh kedengaran.
"Memang ada orang dalam bangunan ni. Macam mana kita nak serang mereka?" balas Khairul, dia menoleh ke arah Kyoko.
"Khai…Pernah ke kilat menyambar tanpa bunyi?" Kyoko tersenyum sinis sedikit,Khairul menelan air liurnya.
Di dalam bangunan markas itu, wanita dengan topi yang besar sedang duduk di meja mewah sendirian. Beberapa orang lelaki sedang menjaga pintu masuk dan sekeliling bilik di mana dia berada, wanita itu menghirup air teh yang terhidang di atas meja, matanya terbuka menunjukkan kedua-dua irisnya yang berbeza warna. Iris kanan berwarna merah dan iris kiri berwarna hijau.
"Bersedia semua…Kita ada tetamu." kata wanita itu.
Sejurus ayat itu keluar dari mulutnya, pancaran cahaya Star Beam melanggar dan merobohkan bumbung dan siling bangunan itu ditingkat atas, lelaki-lelaki yang berada di situ terus kelam-kabut mencari senjata dan melarikan diri, sambaran kilat unggu pula muncul dan menyambar lelaki-laki yang dekat dengannya, Kyoko memasuki bangunan itu bersama Khairul.
"Tembak dia, tunggu apa lagi!?" arah seorang samseng, tembakan dilepaskan tanpa henti ke arah Kyoko selepas asap dan debu menghilang.
Kyoko hilang dari pandangan sekelip mata saja.
"Serahkan diri. Kalau tak mahu disakiti lagi, pergi dari sini sekarang. Jangan…bazirkan lagi kehidupan kamu semua lakukan kejahatan." Tiba-tiba Nasuha terbang di atas bumbung bangunan yang terbuka itu, dia menerangi kegelapan, kelihatan di bawahnya serpihan bumbung dan siling serta badan-badan lelaki lain yang terkena serangan kilat Kyoko tadi, mereka terbakar sedikit namun masih bergerak menandakan mereka masih hidup dan hanya tidak sedarkan diri.
"Kau fikir kami tak tahu kami akan kena serang macam ni!? Kami akan heret mayat kau kepada bos!" Samseng-samseng itu tetap mengacukan senjata mereka kearah Nasuha.
"Fuh…Aku dah cuba." keluh Nasuha. Kilat unggu terus menyambar samseng-samseng itu, semua samseng yang berada di tingkat atas telah dikalahkan, Kyoko meniup asap hitam yang terhasil di tapak tangan mereka.
"Akak tak bunuh mereka betul tak?" soal Nasuha.
"Jangan risaulah…Voltan kilat aku tadi sama macam taser gun yang polis guna jadi aku tak bunuh mereka." balas Kyoko.
Bangunan itu bergegar berkali-kali, samseng-samseng yang berada di tingkat bawah keliru tentang apa yang sedang terjadi. Tanpa mereka sedar, Khairul memecahkan pintu dan terus bergegas menyerang lelaki yang paling dekat dengannya.
Dia mengeluarkan bilah pedang hanya pada lengan kirinya, Khairul membelah senjata lelaki pertama yang diserangnya kemudian terus menumbuk wajah lelaki itu sehingga dia terjatuh ke lantai. Beberapa samseng lain perasan akan kehadirannya dan terus mengacukan senjata mereka ke arah Khairul.
Khairul mengelak tembakan yang dituju ke arahnya, samseng-samseng di situ terpaksa berhati-hati menembak agar mereka tidak menembak rakan sendiri, Khairul mengambil peluang untuk mengalahkan mereka satu per satu dengan pantas hasil kelajuan dan refleksnya.
Senjata dihancurkan dengan bilah pedang kirinya dan dia menjatuhkan lelaki-lelaki samseng itu dengan tangan kanannya.
"Tak guna pakai pistol dengan dia! Pukul je dia!" Samseng-samseng itu sedar akan situasi mereka, akhirnya mereka beramai-ramai berkumpul mengelilingi Khairul, ada yang membawa pisau dan parang.
Khairul menepis parang seorang lelaki yang cuba menetaknya, dia menumbuk wajah lelaki itu tepat pada hidungnya dan membaling dia ke arah samseng yang lain. Mereka dapat menumbuk dan menyepak dia namun Khairul tetap terus bertarung dan mengalahkan samseng-samseng yang mendekatinya
Tiba-tiba dalam keadaan kelam-kabut itu, seorang samseng dapat menikam Khairul di tepi badannya. Tinggal hanya beberapa lelaki saja, mereka semua ke belakang bersama samseng yang menikam Khairul tadi, darah terpercik dan Khairul juga berhenti bergerak, dia menjeling saja lelaki yang menikamnya tadi.
Aku sepatutnya rasa sakit. Tapi selama ni aku bertarung dengan rasaksa yang ada kuasa luar biasa, tembak gelombang bunyi, boleh keluarkan duri dari setiap arah, serangan yang membakar aku…
"Tak sakit langsung." kata Khairul sambil mengeluarkan pisau yang menikamnya tadi, luka di tepi badannya terus tertutup. Khairul menghentak kepalanya pada samseng yang menikamnya tadi, lelaki itu terus pengsan di hadapannya dengan hidung yang berdarah.
Samseng-samseng lain yang tinggal ragu-ragu untuk menyerang, Khairul mengeluarkan pula bilah pedang dari lengan kanannya, samseng-samseng itu mengambil lagi langkah ke belakang.
"Aku tak suka bunuh orang…Ianya salah. Aku tahu tu. Tapi korang semua bekerja dalam kerja yang menyakitkan orang lain, bekerja untuk orang yang jahat. Blah sekarang…dan aku takkan belah korang." ugut Khairul, samseng-samseng yang tinggal itu terus melarikan diri mereka, Khairul memerhati saja mereka pergi.
"Aku benci…lelaki yang tak berani." kata wanita dengan topi yang besar. Tiba-tiba dua ekor anjing gergasi dengan tiga mata muncul di pintu bangunan itu dan terus menggigit dan memakan lelaki-lelaki yang melarikan diri tadi.
Khairul terus memandang hadapan dengan riak wajah gerun, wanita bertopi besar itu keluar dari biliknya tadi bersama lelaki-lelaki bersenjata. Dia duduk di atas kura-kura yang berkepala rasaksa, dia membawa cawan dan pinggan kecilnya.
"Kau pakai topeng tapi kau bukannya Lelaki Bertopeng, betul tak?" soal wanita itu dengan senyuman, Khairul menjeling saja dia, siling di belakang Khairul runtuh, Nasuha dan Kyoko turun dari siling itu dan menghadap wanita bertopi besar itu.
"Oh, ada kawan juga?"
"Kau…Mutant." kata Khairul.
"Hum, tekaan tepat. Macam mana kau tahu?"
"Bau kau." balas Khairul, Nasuha dan Kyoko memandangnya pelik seketika.
"Seriously?" soal Kyoko.
"Khai…kau bau dia?" Nasuha kelihatan kecewa.
"Oi…Aku bukannya boleh kawal kuasa aku…Bau dia…bau dia pelik tu je."
"Tak elok menyinggung hati seorang wanita dengan kata dia bau pelik…Kejam sungguh." Wanita itu meletakkan tangan di pipinya dan membuat riak wajah sedih.
"Bukan tu saja…Cara degupan jantung kau berdegup, bulu roma, rambut kau…Orang lain tak perasannya tapi aku boleh nampak, rasa, dengar dan bau semuanya." kata Khairul, wanita itu kembali tersenyum.
"Kau memang pelik, untuk Mutant sekalipun." balas wanita itu.
"Kenapa kau bunuh mereka tadi? Takde sebab pun untuk kau bunuh mereka." soal Khairul.
"Kau tak tahu apa-apa, huh? Mereka ada pengetahuan tentang apa yang terjadi disini. Kalau mereka lari dan informasi kerja kami ada pada mereka, mereka ialah ancaman…Ancaman harus dimusnahkan. Samalah macam apa yang korang buat sekarang betul tak?" Wanita itu memandang saja Khairul, senyumannya melekat saja membuat Khairul berasa kurang selesa.
"Kami tak datang sini untuk membunuh…Hanya nak hentikan saja kerja haram korang." kata pula Nasuha.
"Kalau boleh, aku pun tak nak bunuh sesiapa tapi korang serang dulu jadi aku takde pilihan lain." balas wanita itu, dia menghalakan tangannya ke hadapan. Darah-darah dari mayat lelaki-lelaki yang terbunuh dan anjing bermata tiga tadi bergerak ke arah tangan wanita itu dan lalu di tepi Khairul, Nasuha dan Kyoko.
"Tak rasa dia akan dengar apa kita cakap…" kata Kyoko, kilat terus mengelilinginya, Nasuha juga mula terbang sedikit ke atas.
"Kita pun takde pilihan nampaknya." Khairul mengenggam tangannya, dia mengangkat kedua-dua tangannya menunjukkan bilah pedangnya.
Wanita itu menggerakkan tangannya seperti anjing, dua ekor anjing yang berubah menjadi darah tadi terbentuk semula dan bercantum menjadi anjing yang lagi besar dan bermata enam.
"Waaaurrrghhh!" Anjing itu membuka mulutnya, menunjukkan giginya yang banyak serta lidahnya yang terbelah dua.