Aisyah sedang berada di biliknya, rambutnya terikat ke belakang. Dia sedang membaca artikel di laptop, ianya artikel tentang kes 'Lelaki Bertopeng'. Aisyah menongkatkan kepalanya kemudian menghirup air kopi yang berada di tepi laptopnya."Aku tak boleh berhenti fikirkanya, selepas nampak abang aku dalam keadaan macam tu. Aku marah, terlalu marah sangat. Sedar-sedar saja, aku dah pakai topeng dan belasah samseng...Hampir mati tapi Mutant Cell aku aktif tepat pada malam di mana Mutant Cell disebarkan..."Aku habiskan semalaman hanya mendengar saja kisah Ali. Nampak sangat ada sesuatu tak kena dengan dia dari dalam otak tapi aku bukannya therapist.Well, aku rasa aku pun sama, ada benda tak kena dalam otak aku...sebab tulah aku jadi Mutant.Loceng rumah Aisyah berbunyi, riak wajah Aisyah terus berubah gerun sambil dia menoleh ke belakang. Dia menoleh ke arah jam pula, jam menunjukkan sekarang tengah 10.43 malam. Aisyah berdiri dari kerusi dan mengambil tudungnya.Beberapa kali locengnya ditekan, Aisyah mendekati pintu rumahnya. Dia menGgenggam tangannya, peluh turun dari dahinya.Takkanlah dia datang dari pintu depan?Pintu dibuka perlahan, Aisyah mengeluarkan kepalanya dahulu. Kelihatan Khalid sedang mendukung Ali yang cedera parah, Mei juga sedang bersamanya. Aisyah terus membuka pintunya luas dengan pantas."Masuk cepat! Sebelum orang nampak!" arah Aisyah, Khalid dan Mei segera masuk membawa Ali masuk."Baringkan dia." kata Aisyah, Khalid meletakkan Ali di atas sofa, Aisyah terus meletakkan tangannya di dada Ali.Dia masih bernafas...tapi degupan jantung dia rendah. Bukan itu saja, apa jadi dengan tangan kanan dia?Aisyah meletakkan tangan kanan Ali di atas badannya, dia menGgenggam tangan Ali dengan kuat. Cahaya hijau yang terang keluar dari kedua-dua tangan Aisyah, tangan kanannya memulihkan tangan kanan Ali dan tangan kirinya pula pada bahagian kanan wajah Ali yang terbakar."Kau Mutant, patutlah Sui'ra bawa kami pada kau." kata Khalid."Ya...Nampaknya korang pun sama." balas Aisyah, matanya fokus kepada Ali saja. Kelihatan kecederaan Ali pulih dengan perlahan walaupun Aisyah menggunakan kuasa pemulihannya."Apa jadi?" soal Aisyah."Kami tak pasti. Kami berdua lakukan rondaan kami, niat kami memang nak berjumpa dengan Lelaki Bertopeng tapi semasa kami jumpa dia. Dia sedang berlawan dengan Stray yang kuat, kami cuba bantu dia tapi...kami tak cukup kuat dan dia gunakan serangan yang cederakan dia sebegitu untuk basmi Stray itu." cerita Mei, Aisyah kelihata terganggu mendengar cerita Mei itu."Maafkan kami, kalau aku tahu dia akan gunakan serangan sebegitu, aku takkan biarkan dia." keluh Khalid."Korang...kumpulan Mutant yang basmi Strays kat luar sana betul tak? Aku ada baca cerita korang..." tanya Aisyah."Ya, nama aku Khalid.""Nama aku pula Mei. Kami HOPE, kami kumpulan Mutants yang mahu gunakan kuasa kami untuk menjaga mereka yang tak boleh mempertahankan diri mereka." Khalid dan Mei memperkenalkan diri mereka, Aisyah akhirnya menoleh kearah mereka."Aku Aisyah."Selepas beberapa minit berlalu, kecederaan Ali akhirnya pulih namun dia masih tak sedarkan diri. Aisyah meletakkan tangannya di atas dada Ali, apabila dia menutup matanya. Aisyah dapat melihat pendarahan, sel-sel di dalam badan Ali dan jantungnya yang sedang berdegup."Dia dah stabil sekarang." Aisyah berdiri, dia menghembuskan nafas lega bercampur penat."Kuasa kau menakjubkan..." puji Khalid."Kalau kau nak ajak aku sertai kumpulan superhero kau, lupakannya. Perlawanan aku ialah dekat hospital." balas Aisyah, Khalid tersenyum pahit."Ya,kami faham. Tapi aku hanya nak minta izin, untuk pinjamkan kuasa kau kalau perlu." pinta Khalid, Aisyah menyilang tangannya."Ya boleh. Tapi lain kali jangan ikut pintu depan. Ketuk tingkap balkoni empat kali...dan datang masa malam saja, lepas pukul 11 atau 12 malam." balas Aisyah."Tak sangka kau setuju sejujurnya." kata Khalid, Aisyah mengeluh kecil."Itu apa yang sekurang-kurangnya aku boleh buat untuk bantu korang dalam kerja superhero korang. Aku takde kuasa Mutant yang buatkan aku boleh berlawan." Aisyah mengenggam tangannya."Nampaknya HOPE agak popular, huh?" Mei meletakkan tangannya di dagu."Media dengan orang ramai tak kenal korang sebagai 'HOPE', hanya 'manusia berkuasa'. Ada yang anggap korang sebagai wira, ada yang anggap korang lebih berbahaya daripada 'rasaksa mutasi.'" balas Aisyah."Kau anggap kami sebagai apa?" soal Khalid."First impression aku terhadap korang ialah korang bawak kawan aku separuh mati dan letak dia atas sofa yang aku baru bersihkan jadi ianya agak complicated,perasaan aku bercampur daripada geram dan bersyukur korang ada untuk dia ni." Aisyah menoleh kearah Ali yang masih belum berjaga seketika."Korang nampak rapat." kata Khalid."Dia Mutant pertama yang aku kenal dan orang yang buatkan semua benda yang merepek ni masuk akal. Yang gilanya, aku baru tahu identiti dia semalam." Aisyah tersenyum pahit namun tiba-tiba dadanya terasa berat."Sorry...Aku nak ke tandas jap." Aisyah berjalan pergi, Khalid dan Mei memerhati saja dia pergi. Aisyah masuk ke dalam tandas, dia menutup mulutnya dan terduduk lemah di lantai tandas.Nasiblah...Nasiblah kuasa aku boleh pulihkan dia...Aku sumpah tak rasa aku boleh tapi aku cuba juga...Ali...Kau buat aku risau gila, kau tahu?"Ergh..." Ali terjaga, apabila dia membuka matanya. Kelihatan Mei sedang duduk ditepinya dan Khalid berdiri di hadapannya."Kau dah terjaga." kata Mei, Ali mengangkat badannya, dia meletakkan tangan di kepalanya yang terasa pening.Ali melihat badan dan tangan kanannya yang sudah pulih, dia merasakan pula wajahnya. Dia tidak memakai topengnya, kemudiannya dia sedar juga dia sedang berada di rumah Aisyah."Hah..." keluh Ali."Kau berkuasa...tapi nampaknya badan kau tak boleh tahan impak kuasa kau sendiri." tegur Khalid, Ali menoleh kearahnya."Aku just boleh cakap, terima kasih jelah tolong aku." kata Ali."Takde masalah. Apapun, nama aku Khalid, dia kawan aku Mei. Rasanya kau pun tahu siapa kami betul tak?" Khalid mengenalkan dirinya dan Mei kepada Ali pula."Ya, Sui'ra bagitau aku pasal korang...Nama aku Ali." balas Ali. Aisyah akhirnya keluar dari tandas, Ali menoleh ke arahnya, dia tersenyum pahit, Aisyah mengeluh saja memandang dia."Nampaknya kau dah okay, rasanya kami akan bergerak dulu." kata Khalid, Mei juga berdiri dari tempat duduknya."Aku ingat korang akan ajak aku sertai kumpulan korang..." keluh Ali, Khalid tersenyum saja memandangnya."Rehatlah. Tak nak kacau kau sekarang...lepas apa yang terjadi." balas Khalid, Ali mengangguk saja."Ini lokasi kami. Datang esok dan marilah berbincang, mana tahu kami boleh bantu kau dan kau boleh bantu kami." Mei menyerahkan sehelai kertas kepada Ali, lokasi rumahnya tertulis di kertas itu."Aku tak janji datang." balas Ali."Kalau kau tak datang pun, kami tahu mana nak cari kau. Cuba jelah datang ya." Khalid dan Mei bergerak ke arah balkoni rumah Aisyah, mereka membuka tingkap balkoni itu."Jumpa lagi nanti, Ali...Aisyah. Jaga diri korang." kata Khalid sedang Mei pula mengangkat saja tangannya. Mereka berdua melompat dari balkoni bersama, sedang mereka jatuh dari langit, tiba-tiba Chyou memunculkan dirinya. Dia menangkap Khalid dan Mei."Apa korang fikirkan? Apa jadi kalau aku lambat?" soal Chyou."Kakak tahu kamu dekat, sebab tulah kami yakin." balas Mei, Chyou mengeluh kecil."Jangan lupa ambik kereta aku dulu...Kita kena pergi dekat bangunan kilang tadi." arah Khalid, Chyou membawa mereka berdua teleport bersamanya."Kau akan pergi jumpa diorang?" tanya Aisyah sedang Ali memerhati saja kertas yang diberikan Mei tadi."Mungkin...berbaloi untuk cuba." balas Ali, Aisyah menongkatkan kepalanya sambil memandang Ali."Kemampuan White Tigers lebih daripada sangkaan aku." keluh Ali lagi, riak wajahnya berubah terganggu."Aku setuju kalau kau nak minta bantuan HOPE. Jangan letak diri kau dalam posisi bahaya macam ni lagi. Apa jadi kalau diorang tak muncul tiba-tiba? Kau akan mati." pesan Aisyah, Ali menyimpan kertas tadi dan dia menyandarkan kepalanya pada sofa."Maaflah...Susahkan kau lagi, Aisyah." kata Ali, Aisyah mengalihkan pandangannya."Cuba jangan datang dekat aku separuh mati je lagi." pinta Aisyah."Ya-ya, aku akan cuba. Tambahan pula, aku tak rasa Sui'ra akan tolong aku lagi...Dia kata ini kali terakhir.""Alien tu nampaknya tertarik dengan kau. Kenapa?""Manalah aku tahu..." keluh Ali.Terima kasih...Khalid...Mei...Kalau korang takde, aku pastinya dah mati...Sekarang ni, aku dah tahu agenda sebenar White Tigers. Walaupun aku benci untuk fikirkanya, aku memang tak boleh hadap mereka sendirian kalau mereka ada Strays atau Mutants macam tadi...Kena hentikan operasi mereka secepat mungkin. Kalau tidak ramai orang akan tersakiti, orang-orang yang tak boleh pertahankan diri mereka.Kuasa ni...tanggungjawab bersama."Kami bernasib baik saja dapat lepaskan diri daripada Lelaki Bertopeng. Dia lebih berkuasa daripada sangkaan kita. Tak tahulah sama ada Stray yang aku cipta dapat bunuh dia atau tak." cerita lelaki berkot putih dan berambut serabai, dia sedang duduk di meja bulat yang panjang. White dan Alex berada di situ, termasuklah dua orang lagi lelaki dan seorang wanita dengan topi yang besar."Tapi...Eric dapat tunjukkan potensi yang baik jadi aku tak anggap kita rugi sangat." tambah lelaki berkot putih dengan senyuman."Tak rugi sangat? Apa kau merepek? Sekarang pihak berkuasa akan tahu apa yang kita lakukan dengan badan Strays yang kita curi. Mereka akan pandang kita sebagai ancaman berbahaya,kau letak kita tepat pada skop mereka." White kelihatan bengang, dia menggenggam kedua-dua tangannya erat."Aku bukannya Mutants macam korang, aku bijak tapi tak dapat nampak masa depan. Aku tak tahu yang Lelaki Bertopeng akan datang serang. Macam aku cakap, aku bernasib baik dapat bawa diri sendiri dan Eric lari. Tanpa aku...kau takkan dapat capai apa kau nak, White. Aku bukannya orang bawahan kau, atau pekerja kau. Aku ialah aset penting." terang lelaki berkot putih itu dengan jelingannya tepat memandang White."Kau-!" White hampir mengamuk namun dia terhenti, lelaki berkot putih itu tersenyum saja dengan tenang, White kembali duduk, dia menghembuskan nafas panjang."Fokus kita...tetap kekal. Kau lakukan saja kerja kau, Vincent." keluh White."Baiklah." balas Vincent, White memandang pula semua yang berada di meja bulat itu kemudian mengehem."Lelaki Bertopeng semakin menjadi masalah, kalau dia masih hidup lagi. Kita kena bunuh dia secepat mungkin dan untuk pihak polis pula. Kalau mereka berani ganggu kita, kita tunjukkan. mereka tak berkuasa menghadap kita." kata White, wajahnya kelihatan tekun.***"Badan rasaksa mutasi gergasi dijumpai di Klang! Operasi eksperimen haram ditemui." Berita, artikel dan media massa dipenuhi dengan apa yang terjadi di Klang. Khairul dan Hazim sedang menonton berita di awal pagi, riak wajah Khairul kelihatan risau menonton berita itu.Kesan pertarungan yang berlaku pada malam itu kelihatan sangat destruktif, dengan kontena-kontena besi yang berlubang, bumbung kilang yang habis hancur dan samseng-samseng White Tigers yang tertangkap serta gambar sangkar yang menyimpan Strays.Bila kau fikir situasi takkan jadi lagi teruk, semua benda terus jadi lagi tahi dan menakutkan..."Uwaah...Awalnya korang bangun." tegur Nur sambil menguap, rambutnya yang panjang serabai."Kau yang bangun lambat." balas Hazim."Apa sarapan?" Nur berjalan pergi ke dapur, Hazim berdiri dan berjalan kearahnya."Nasi lemak je...""Jadilah..."Khairul berjalan juga ke dapur, kelihatan Hazim sudah meletakkan nasi lemak untuk dia, Nur sudah mula makan."Mari makan sekali." ajak Hazim, Khairul tersenyum dan dia duduk di tepi Hazim,"Aku dah lama nak tanya. Mana kau pergi setiap tengahari, Khai?" soal Hazim, Khairul yang baru saja mahu menyantap makanan terus terkaku."Uh...""Hum..." Nur juga kelihatan tertanya, dia menjeling Khairul."Kan kes ayah aku. Aku kena jumpa polis yang siasat kes aku." balas Khairul."Oh...faham." balas Hazim, namun Nur masih kelihatan curiga."Macam mana pihak polis ada masa nak siasat kes kau sedang diorang tangan penuh hadap rasaksa-rasaksa yang ada kat luar sana? Maksud aku...kes kau taklah besar macam kes di luar sana." Nur masih menyoal lagi."Uh-" Khairul hilang kata-kata."Nur! Jangan cakap pasal kes Khairul macam tu." tegur Hazim, dia kelihatan marah seketika."Ergh...Yelah-yelah." Nur mengalihkan pandangannya dengan riak wajah tidak puas hati.N-Nasib baik...Khairul keluar dari rumah Hazim, dia melihat sekeliling.Nasuha ada kata dia nak ambik aku. Baik aku pergi tempat kami nak jumpa, tak nak buat dia tunggu lama-lama...Khairul bergegas pergi dari rumah Hazim sambil berjalan kaki. Tanpa dia sedar, Nur sedang memerhatinya. Dia keluar dari rumah sambil memerhati saja Khairul pergi."Mana kau pergi, huh? Jalan kaki bagai..." soal Nur sendirian."Apa kau buat tu, Nur?" soal pula Hazim, melihat Nur sedang berdiri dihadapan pagar."Aku tertanya je...Apa yang dia buat sebenarnya. Obviously, dia menipu." keluh Nur, Hazim menyilang tangannya dan berjalan kearah Nur."Dia akan bagitau kita bila tiba masanya. Aku kenal Khai, jadi aku percayakan dia." kata Hazim, Nur mengeluh kecil."Kau lagi...sayangkan dia daripada adik sendiri.""Hei, mana ada...Kau just selalu buat aku marah je, tak bermaksud aku tak sayang kau. Kalau aku tak sayang kau, takdenya aku bagi kau tinggal dengan aku masak untuk kau bagai. Kalau kau tak pemalas dan sengaja cari pasal, takdenya kau kena marah." tegur Hazim, Nur menyepak kaki Hazim berkali-kali."A-Aduh! Sakitlah!" keluh Hazim, Nur menjelerkan pula lidahnya dan Hazim juga melakukan benda yang sama.Tiba-tiba, biji benih berwarna unggu terjatuh diantara mereka berdua. Hazim dan Nur menoleh ke arah biji benih itu, bunga unggu tumbuh dengan pantasnya, riak wajah mereka berdua terus berubah pelik dan keliru.Asap unggu keluar dari bunga itu, tidak lama kemudian, Hazim dan Nur yang terhidu asap itu terus pengsan di hadapan rumah mereka.Zaki, Syakir dan Lilly sedang berada di bumbung rumah Hazim. Senyuman sinis terukir di wajah Zaki, dia bersama Syakir dan Lilly turun dari bumbung itu. Mereka mengheret Hazim dan Nur yang tidak sedarkan diri memasuki rumah mereka.Aku akan sakitkan kau...Khairul.Hancurkan kau sepenuhnya, ambil semua benda yang kau rasa kau punyai.Kau akan menderita macam aku.Dan kau akan berharap...yang kau sepatutnya mati...Masa itulah, baru puas hati aku tarik nyawa tak berguna kau.Syakir menggerakkan wayar-wayarnya ke arah Hazim dan Nur yang tidak sedarkan diri, riak wajahnya dingin saja. Lilly melihat apa yang ingin dilakukannya dengan wajah sayu."Maafkan aku..." kata Lilly perlahan.Wayar-wayar Syakir memasuki belakang kepala Hazim dan Nur.Aku dimalukan...Dikalahkan oleh budak-budak tu...Mereka akan menyesal tak mahu jadi alat aku.