Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 36 - BAB 32 : MEI & KHALID, ORIGIN, BAHAGIAN 1

Chapter 36 - BAB 32 : MEI & KHALID, ORIGIN, BAHAGIAN 1

"Mei?" Khalid kelihatan terkejut, dia sedang membawa beg sandang dan memakai kemeja kelabu. Mei memandangnya dengan riak wajah terkejut, dia memakai hoodie hitam dan berseluar jeans, mata kanan Mei yang kelihatan di sebalik rambutnya terbuka luas.Aku...jumpa balik budak lelaki yang aku suka di kolej yang baru aku masuk."Impian saya, saya nak jadi macam Armored Hero! Saya nak ada kuasa macam dia dan lawan orang jahat!" Khalid yang semasa itu budak kecil sedang berada di hadapan kelasnya, dia menunjukkan lukisan perisai Beast Tigernya yang tidak kemas dan buruk. Mei duduk di tempat paling belakang, dia memandang saja Khalid dari jauh."Hahaha! Kau lawaklah Khalid!" "Mana ada orang boleh jadi superhero!" "Buuu!"Satu kelas gelakan dia dahulu, tetapi Khalid tetap tersenyum yakin saja di hadapan. Dia memang pelik sangat dulu...Tak banyak budak berbangsa cina di tadika itu. Yang ada pun hanyalah budak-budak lelaki, hanya aku seorang saja perempuan dan aku tak dapat nak buat kawan sangat.Aku selalu bersendirian..."Cepatlah lawan balik, Khalid!" "Hahaha!" "Mana kuasa kau?" Budak-budak lelaki selalu bermain lawan bersama, Khalid juga sama. Aku selalu pandang mereka dari jauh, entahlah mereka menarik perhatian aku pada masa tu. Terutamanya Khalid."S-Sakitlah...Mana adil, korang ada geng!" keluh Khalid."Armored Hero mana ada geng! Kitorangkan orang jahat jadi kitorang teamlah!" balas budak-budak yang bermain itu. Mereka menumbuk dan menyepak Khalid.Khalid hanya menahan saja dan cuba melawan balik tapi dia seorang saja tak cukup. Aku tertanya, seronok ke main macam tu? Aku tak faham budak lelaki langsung..."Hek...Hek..." Mei ingin berjalan ke tandas, langkahnya terhenti apabila dia melihat Khalid sedang menangis di bawah singki."Huh?" Khalid menoleh ke arah Mei. Dia segera mengelap air matanya dan berdiri keluar dari bawah singki, Mei memerhati saja dia."J-Jangan bagitau orang!" kata Khalid dan terus berlari pergi, Mei terdiam saja.Pelik...Kalau kau tak suka main macam tu. Janganlah main dengan diorang. Duduk jelah sorang-sorang macam aku.Bukannya teruk sangat pun berseorangan...Takde orang akan kacau kau kalau kau sorang-sorang.Lama-kelamaan, Khalid sudah tak bermain dengan budak-budak lelaki itu. Dia berseorangan juga macam aku. Duduk dan lihat saja mereka bermain dengan wajah sedih kat muka dia.Mei keluar dari pintu hadapan tadikanya, dia menoleh ke tepi. Kelihatan Khalid sedang memeluk begnya, Mei berjalan di hadapannya namun dia terhenti apabila tersedar, beg Khalid terkoyak di bahagian dengan gambar Armored Hero dalam perisai Beast Tigernya."Pergi...Jangan tengok!" keluh Khalid, kedengaran suaranya serak. Mei menoleh ke arahnya."Diorang cemburu je dengan kau...sebab beg kau lagi cantik dari semua orang lain." kata Mei, Khalid menoleh pada Mei, air mata masih mengalir di wajahnya."Buat apa kau kisah pasal diorang? Diorang semua budak tak baik, kalau kau nak jadi macam superhero, kau kena jadi lagi baik daripada diorang je." tambah Mei lagi, Khalid kembali memeluk begnya dan mengangguk faham.Aku tak faham Khalid. Aku tak faham banyak orang. Sejak kecil, aku pandang semua benda dengan logik. Itulah cara mak ayah aku ajar aku juga. Logik aku masa itu hanyalah...Superhero ialah orang yang baik, mereka tak mengalah dan terus melangkah ke hadapan. Pada akhirnya mereka menang.Kalau Khalid terus kuat, dia pasti akan menang. Itu apa yang aku fikirkan."Tadaa! Aku beli beg baru, yang ini perisai baru Armored Hero...Namanya Atlas. Perisai terkuat dia sekarang!" Khalid menunjukkan beg barunya kepada Mei."Tak mahal ke beg tu?" soal Mei."Eh? Tak tahulah...Mak aku yang belikan." balas Khalid dengan senyuman.Khalid mula rapat dengan aku secara tiba-tiba, dia tak habis-habis cerita dengan aku pasal minat dia terutamanya Armored Hero. Dia memang minat betul cerita superhero tu dulu...Kadang-kadang lepas aku habiskan kerja sekolah, aku duduk juga d ihadapan televisyen dan tonton cerita itu.Bila aku fikirkan balik, rasanya aku gembira juga sebenarnya dapat kawan dan aku nak faham minat Khalid.Masa berlalu dan kami berdua masuk sekolah rendah yang sama tetapi minat kami tentang cerita superhero dan Armored Hero tak berhenti, rasanya kami semakin minat lagi.Bezanya, aku tak tunjukkan sangat yang aku minat dengan cerita-cerita itu kecuali...semasa aku bersembang dengan Khalid."Weih, episod baru Ms.Star best giler!" Khalid teruja."Bahasa Khalid, bahasa." tegur Mei yang sedang membaca buku."Alah...Aku cakap 'giler' je." Khalid memuncungkan mulutnya sedang dia duduk di hadapan meja Mei.Walaupun Khalid menunjuk-nunjuk dia minat kartun dan cerita superhero. Dia takdelah pakai beg Armored Hero dah. Tapi dia masih ada pencil box Beast Tiger dia yang dah nampak usang.Ada juga kawan-kawan yang ada minat sama yang Khalid jadi dia takdelah berseorangan sangat. Lagi sekali, aku hadapi masalah yang sama, susah nak dapat kawan di sekolah rendah.Aku takde minat sama macam budak perempuan lainnya, Khalid pun budak lelaki jadi bila dia ada kawan budak lelaki, dia luangkan masa lebih bersama mereka.Kadang-kadang aku kembali berseorangan tetapi kali ini berbeza. Aku terasa ketinggalan dan ianya...menyakitkan."Oh, Mei? Kenapa?" Khalid menoleh ke belakang sambil membawa begnya, kelihatan Mei tercungap-cungap selepas mengejarnya."Jom-Jom...pergi bas sama-sama." ajak aku."Ah...Hum, aku dah cakap dengan Taufiq aku nak duduk dengan dia.""Oh...""Lain kali, okay?" Khalid berjalan pergi, Mei memandang saja dia pergi.Bila aku fikirkan balik, antara sebab aku susah nak buat kawan ialah sebab wajah aku yang serius je 24 jam. Orang tak nak dekati aku sangat, tambahan pula dengan habit aku yang asyik baca buku saja dan tak pandang orang.Khalid pun dapat jumpa kawan lain...Aku membosankan mungkin...Aku tak salahkan dia lebih tertarik dengan kawan lain...Aku...membosankan.Alasan, alasan, alasan! Semua tu alasan...Kalau aku nak kawan, aku kena berhenti jadi membosankan!"Heyyo, Khalid...Whats up, brother." Mei menunjukkan tangan 'rock' dengan senyuman yang pahit namun matanya kosong saja."Ah...Hai, Mei? Kenapa ni?" soal Khalid, dia memandang Mei pelik.K-Kenapa dia pandang aku macam tu? Aku selalu nampak budak-budak lelaki buat macam ni depan kawan-kawan mereka...Aku silap ke?"Aku suka giler perisai baru Harumi haritu, tak sangka dia ada Wild Card jugak." Mei cuba membuat dirinya nampak teruja namun riak wajahnya tidak sepadan dengan cara cakapnya."Oh...Ha ahkan. Awalnya aku takdelah suka Harumi sangat tapi lama-kelamaan, dia sama tahap juga dengan Haruto sebagai watak utama." balas Khalid.Baiklah...Dia nampak seronok sembang dengan aku!Aku terus berperangai pelik macam tu sehinggalah..."Mei...Kau okay tak?" tanya Khalid, dia duduk di tepi Mei di dalam bas. Mei menoleh ke arahnya dengan senyuman dan mata yang kosong."Okay je, bro." balas Mei."Uh...Hum..." Khalid menyilang tangannya, dia kelihatan kurang selesa. Mei perasan akan riak wajahnya itu dan terus mengalihkan pandangannya dari Khalid."Aku...pelik ke?""Ah...Takdelah pelik. Cumanya aku je kot tak biasa kau macam ni. Kau berubah." balas Khalid, Mei tertunduk, rambutnya menyorokkan wajahnya dari Khalid."Aku...tak nak jadi membosankan je. Khalid, kau lagi suka kawan dengan budak lelaki lain, kan? Aku budak perempuan...Aku tak macam diorang..." keluh Mei, Khalid memandang saja dia kemudian tersenyum kecil."Mei. Aku suka je perangai biasa kau. Kau tak pernah membosankanlah. Kau cool apa?""Aku...cool?""Ha ah...Macam Dark Vera." Khalid menyamakan Mei dengan watak dari kartun Ms.Star."Aku suka Dark Vera...Rambut dia pun macam aku.""Sebab tulah, Mei. Jadi je diri kau yang biasa dengan aku. Maaflah aku buat kau rasa macam kau kena berubah, okay?" pujuk Khalid, Mei mengangguk saja namun kelihatan senyuman terukir di wajahnya.Kami terus berkawan, sehinggalah ke sekolah menengah pun. Tak banyak benda yang berubah tapi aku perlahan-lahan dapat buat kawan, Khalid di sekolah menengah lebih mesra, dia pun ada wajah yang kacak dan seseorang yang kemas jadi orang tertarik nak kawan dengan dia...Rasanya Khalid tahu yang aku mahukan rakan-rakan jadi dia kenalkan aku pada orang lain juga, bantu aku dapat buat kawan di sekolah menengah..."Waah...Weih-weih, gempak gila chapter ni." Khalid teruja membaca komik dari majalah, dia dan Mei sedang berada di sebuah kedai serbaneka."Wajib beli ni." Khalid terus bergerak ke arah kaunter bersama Mei, dia membawa majalah yang dibacanya tadi."Chapter baru untuk Zero Line ke?" tanya Mei."Ha ah. Gempak gila weih! Serius." Khalid menggenggam tangannya, dia dan Mei berjalan keluar dari kedai serbaneka itu bersama.Semasa di sekolah menengahlah, aku mula ada perasaan untuk Khalid. Bukan aku saja...pada masa itu.Khalid tolak banyak orang, dia agak popular juga. Katanya dia tak nak ada hubungan macam tu dengan sesiapa...Aku tak rasa aku ada peluang juga."Pindah?" Mei kelihatan terkejut, Khalid tersenyum pahit ke arahnya."Ya. Ayah aku pencen, dia nak balik semula ke kampung arwah atuk dan nenek aku. Aku dan ibu aku terpaksalah ikut dia." balas Khalid. Mei terkaku.Semasa kami tingkatan tiga, Khalid terpaksa berpindah sekolah. Seminggu terakhir kami bersama di sekolah menengah terasa bergerak dengan pantasnya. Aku cuba terbaik untuk luangkan masa berbaki itu dengan dia...Mei berlari di jalan perumahan nya, kelihatan Khalid sedang memasukkan beberapa kotak ke dalam lori. Barangan rumah banyak berada di belakang lori itu juga, Khalid turun sambil mengelap peluhnya."Khalid!" Mei muncul di hadapan rumah Khalid, dia tercungap-cungap dan berpeluh. Khalid bergegas ke arahnya."Mei?" Khalid keliru."Huh...Huh....Huh..." Mei cuba menangkap nafasnya semula, Khalid memandangnya saja, riak wajahnya berubah risau."Khalid, aku-" Kata-kata Mei terhenti memandang Khalid."Aku...nak cakap...selamat tinggal je." keluh Mei, Khalid tersenyum kecil namun matanya sayu."Terima kasih...jadi kawan aku selama ni..." kata Mei lagi."Terima kasih jugak untuk selama ni, Mei." balas Khalid, Mei terkaku mendengar ayat itu.Khalid.Aku ada peluang ke?Kau dan aku terlalu berbeza, banyak halangan tapi kalau aku cakap dengan kau apa yang aku rasakan...Kau terima ke perasaan aku ni?"Khalid, kita nak gerak dah!" panggil seorang lelaki tua."Kejap!" balas Khalid, dia terus menoleh ke arah Mei semula."Aku pergi dulu. Jangan ignore mesej aku...Selamat tinggal, Mei." kata Khalid, Mei terdiam agak lama.Tak boleh...aku takut nak tahu. Aku takut aku tahu apa kau rasa dan aku tak boleh lepaskan kau."Ya...selamat tinggal, Khalid." balas Mei. Khalid melambai tangannya, Mei membalas lambaiannya, Khalid segera bergegas ke arah kereta ibu bapanya.Ini yang terbaik...Aku tak nak bebankan Khalid dengan perasaan aku ni."Kha...lid..." Mei terduduk di hadapan rumah Khalid, kedua-dua tangannya memeluk diri sendiri. Beberapa titisan air mata tertumpah ke lantai jalan.Aku dan Khalid masih bercakap melalui mesej dari semasa ke semasa. Tetapi kehidupan kampung buatkan Khalid sering sibuk dengan tolong ayah dia di kebun jadi dia tak selalu mesej sangat...Dan tiba-tiba di hujung tingkatan empat, kami lost contact.Pada masa tu, aku terlalu fokus dengan SPM jadi aku dapat lupakan seketika perasaan aku ini. SPM penting, kalau aku tak dapat perform dengan baik...Mak ayah aku takkan sukakannya...Markah SPM aku agak baik dan aku dapat masuk kolej yang bagus juga.Semasa di kolejlah, aku bertemu semula dengan Khalid."Phone aku rosak, terjatuh kat kebun ayah aku. Habis hilang semua contact, aku tak ingat pula nombor telefon kau...Sorrylah, Mei." Khalid menepuk kedua-dua tangannya."Takpelah...Dah lama dah pun. Macam mana kau sekarang?" tanya Mei. Mereka berdua sedang berada di kafeteria kolej mereka. Riak wajah Khalid berubah sayu seketika namun dia memaksa senyuman."Aku okay je." balas Khalid, Mei perasan akan riak wajah Khalid itu namun dia terdiam saja."Oh, baguslah..." kata Mei.Ada sesuatu tak kena.Khalid lebih pendiam...Dia tak fokus pun pada kelas. Hanya termenung saja...Entah kenapa, aku takut nak tanya...Khalid dan aku dah lama tak bercakap, aku tak tahu apa jadi selama tiga tahun kami berpisah.Aku tak rasa aku seseorang yang layak nak tanya soalan-soalan berat.Pada masa sama juga...Aku hadapi masalah lain..."Chyou?" Mei terkejut melihat Chyou berada di hadapan pagar rumahnya, dia membawa beg bagasi bersamanya. Mei segera membuka pagar dan Chyou terus memeluknya."Kenapa Chyou? Kenapa ni?" soal Mei, badan Chyou hanya menggeletar saja, Mei membalas pelukan adiknya itu. Hujan partikel berwarna-warni turun dari langit dan terkena mereka berdua sedang mereka berpelukan.Ibu bapa aku orang yang kaya. Mereka malah terus belikan satu rumah untuk aku...Tetapi mereka berdua ialah orang yang dingin. Sejak daripada aku kecil, mereka hanya fokus kepada hasil pembelajaran saja. Tanpa hasil, mereka takkan ambil kisah.Chyou larikan diri dari rumah ibu bapa aku...Dia dibuli di sekolah. Tapi walaupun dia minta mahu pindah, ibu dan ayah terlalu sibuk dengan kerja dan buat tidak tahu saja.Chyou tertidur, Mei sedang duduk ditepinya. Dia menggenggam kedua-dua tangannya.Aku...Aku tak tahu nak buat apa.Orang-orang yang aku sayangi sedang sakit atau sedih tapi aku tak tahu nak buat apa...Perasaan orang lain, apa yang bermain di kepala orang lain. Aku tak dapat fahaminya sampai sekarang...Aku nak faham...Aku nak tahu...Bagitaulah aku...Mei memasuki sebuah kedai serbaneka, kelihatan Khalid juga berada disitu. Dia sedang membaca majalah komik dengan senyuman kecil di wajahnya, mata Mei terbuka luas dan dia terus bergerak ke arah Khalid."Hei, Khalid..." tegur Mei."Ah, Mei? Apa kau buat sini?" Khalid menyimpan semula majalah komik yang diambilnya itu. Mei perasan akan tindakannya itu."Oh...Aku...nak beli majalah tu." Mei menundingkan jarinya ke arah majalah komik yang Khalid simpan semula tadi. Riak wajah Khalid berubah terkejut dan dia mengambilnya semula dan menyerahkannya semula ke arah Mei."Kau...masih baca lagi?" soal Khalid."Ah...mestilah." balas Mei.Aku tipu.Sejak Khalid dengan aku tak dapat pergi ke kedai untuk beli majalah ni. Aku dah tak baca lagi majalah komik ni."Dah lama tak baca. Dekat kampung sana, mana ada jual majalah komik ni. Aku terpaksa beli jauh-jauh dulu. Sampai masa aku...tak dapat beli pun..." cerita Khalid dengan wajah yang sayu, Mei memandang saja dia."Tapi kau sekurang-kurangnya dapat tonton Armored Hero, kan?" soal Mei."Aku sibuk dengan belajar untuk masuk ke kolej ni sampai dah lama tak tengok juga. Kehidupan aku sejak aku pindah...semuanya terasa-" Kata-kata Khalid terhenti sedang Mei ingin mendengarnya."Apa, Khalid?" soal Mei."Takde apalah..." balas Khalid, dia tersenyum pahit.Kenapa kau tak cakap dengan aku?Kenapa...Aku ni tak boleh diharapkan ke?"Chyou, kamu dah makan?" soal Mei, dia memasuki bilik Chyou seketika. Kelihatan semuanya kosong, malah beg bagasi Chyou masih tidak terbuka."Saya...tak larat nak makan..." keluh Chyou. Mei mengalihkan saja pandangannya dan pergi dari bilik Chyou.Bagitahulah aku...supaya aku faham.