"Ayah...nak buat kamu bangga, Ali. Maafkan...ayah."Seorang budak lelaki sedang menangis teresak-esak membaca sehelai surat yang tertulis untuknya, air matanya terjatuh dan membasahi surat itu. Tangan budak lelaki itu menggenggam surat itu dengan erat, dia menarik selimut dan badannya menggeletar."Uh...Ahh...Ahhhhh!" Budak lelaki itu meraung. Di sebalik pintu, Ustaz Umar yang berjanggut masih hitam sedang mendengar jeritannya, riak wajahnya sayu saja.Ayah aku...dibunuh kumpulan samseng."Ini bilik kamu Ali, kamu kongsinya dengan Arfan dan Danielle...Sini, Arfan, Danielle, ini adik lelaki kamu sekarang, nama dia Ali." Ustaz Umar mengenalkan Ali kepada adik beradik angkatnya, dua orang budak lelaki lain, seorang lagi tinggi dan seorang lagi pendek dan giginya patah."Assalammualaikum...Aku Danielle." Budak lelaki yang tinggi ke hadapan dan menghulurkan tangannya ke arah Ali."Wa-Waalaikummusalam." balas Ali dan menyalam tangan Danielle, Arfan mendekati pula dengan senyuman."Aku Arfan, umur 8 tahun!" Arfan bising membuat Ali yang malu-malu terdiam saja."Ali pun sama 8 tahun. Ali, Danielle ialah abang kamu, dia dah 10 tahun. Kalau ada apa-apa, kamu boleh harapkan dia." kata Ustaz Umar, Danielle tersenyum saja ke arah Ali.Pada awalnya, semua benda terasa susah...Aku mengigau dalam tidur...Meracap dan menjerit. Setiap hari terasa berat sangat dada...Aku masih terasa bersendirian.Sedang semua orang bermain bola di padang, berlari di taman dan melakukan pelbagai aktiviti. Aku tak dapat nak menyertainya...Semua benda buat aku terasa sesak."Ah! A-Ayah! Tol-Tolong! Ah!" Ali mengigau. Di dalam mimpinya, dia terbayang akan semasa dia terjumpa akan badan ayahnya yang terlantar di hadapan rumahnya. Luka tembak berada di dadanya dan kolam darah membasahi badannya.Ali cemas, dia menggoncangkan badan ayahnya berkali-kali."Tenang Ali! Ali...Istighfar...Istighfar..." Danielle berada di sisi Ali sejurus dia terjaga, Ali berpeluh dan tercungap-cungap. Danielle meletakkan tangannya di dada Ali."Istighfar, Ali..." pesan Danielle dengan nada suara yang lembut."Astaghfirullah...Astag-" Ali terus menangis, badannya menggeletar dan dia tidak dapat terusbercakap. Danielle memeluknya perlahan dan Ali terus membalas pelukannya itu.Danielle...Ada untuk aku pada masa-masa yang sukar itu. Tunjuk ajar, pesanan dan kebaikan Ustaz Umar juga keluarkan aku dari kemurungan itu.Selepas beberapa bulan, akhirnya aku terasa seperti sebahagian daripada keluarga besar ini. Aku dapat tersenyum bersama mereka semasa sedang bermain...Aku dapat jadi budak yang biasa.Tuju tahun berlalu, sekarang kami sudah remaja.Ali menjatuhkan seorang pelajar lelaki ke lantai, dia dan pelajar lelaki itu memakai seragam silat. Kelihatan ramai orang kelihatan kagum dan menepuk tangan mereka, Ustaz Umar, Ustazah Hajah, Arfan dan Danielle berada di kalangan orang ramai yang menonton.Aku memasuki kelab silat, pada masa itu, aku mahu belajar cara pertahanan diri sebab aku tak mahu terasa lemah.Pada masa itu, Danielle sedang fokus untuk SPM...Danielle sedang duduk di meja sambil menulis di buku aktivitinya, kelihatan dia lesu. Ali duduk di tepinya kemudian meletakkan buku teks dan aktivitinya di tepi Danielle. Mereka memandang sesama sendiri, Ali membetulkan posisi cermin matanya dengan senyuman."Biar aku tolong kau study." tawar Ali."Tolong aku study? Elok sikit...Kau baru tingkatan 3, bodoh." balas Danielle dengan nada memerli."Ada bab tingkatan 3 yang masuk paper SPM, kan? Aku pandai sikit daripada kau jadi kau boleh harapkan aku." kata Ali, Danielle tergelak kecil."Apa-apa jelah...bengong." Danielle tersenyum saja, Ali membuka bukunya dan mengeluarkan pen dari kotak pensilnya.Aku mahukan dia berjaya. Aku nampak hampir setiap malam, Danielle berusaha dengan sebaik mungkin."Allahuakbar." Danielle sedang mengimamkan solat sunat, kelihatan Ali berada di saf belakangnya.Tak pernah kami berhenti mendoakan kejayaan Danielle."Satu A pun takde...Ada tiga D? Kenapa dengan aku ni?" Danielle terduduk di mejanya, dia kelihatan kecewa. Ali terkaku saja memandangnya, dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan.Selepas semua tu pun...Danielle tak dapatkan markah yang dimahukan dia. Tiada sesiapa pun menghukum Danielle, Ustaz Umar dan Ustazah Hajah takde masalah pun dengan markah dia.Cumanya Danielle yang mahu berubah, pada awal zaman remajanya, dia agak nakal. Tetapi dia dah berubah, dia fokus belajar semula.Tak lama lepas SPM, hanya dalam masa beberapa bulan, Danielle tinggalkan perumahan anak yatim kami dan dapat kerja di luar. Ustaz Umar membantu dia mendapatkan rumah sewa, ramai yang sebenarnya tak mahu Danielle pergi lagi tapi...dia tetap pergi tinggalkan kami...Masa pun berlalu lagi...Ada masa beberapa kali aku dapat bertemu dengan Danielle, dia datang menjenguk kami beberapa kali. Namun setiap masa dia datang, dia kelihatan penat...Katanya kerja dia menyusahkan tapi gaji bagus jadi dia teruskan juga.Tetapi sampai satu masa...Danielle tak datang lagi...Beberapa bulan berlalu tanpa Danielle datang ziarah. Tetapi masa itu aku pula yang SPM bersama Arfan jadi kami agak sibuk dan tak terlalu fikirkannya.Selesai saja SPM, aku cuba berkomunikasi dengan Danielle melalui mesej tetapi dia tak membalas satu mesej atau panggilan telefon aku pun...Dia tak cakap apa-apa dengan Ustaz Umar juga.Kami sudah naik risau tetapi pada masa tu kami fikirkan, kemungkinan dia sibuk bekerja sekarang dan tak mahu ganggu Danielle..."Tahniah bagi Muhammad Ali bin Ahmad Aidan atas pencapaian 9A SPM!" Ali berada di atas pentas bersama dengan beberapa guru dan menangkap gambar dia memegang sekeping kertas yang menunjukkan '9A+'.Alhamdullilah, aku dapat skor SPM dengan baik.Aku pilih untuk sambung belajar, impian aku ialah untuk jadi guru. Terutamanya guru agama seperti Ustaz Umar yang inspirasikan aku dengan agama."Bangga ustaz dengan kamu, nak. Kamu membesar jadi seseorang yang ayah kamu pastinya bangga..." Ustaz Umar kelihatan mata berkaca sedang dia meletakkan kedua-dua tangannya di bahu Ali."Allah beri saya rezeki dapat jumpa dengan ustaz. Semua yang saya dapat capai ni, hasil tunjuk ajar ustaz juga. Terima kasih.""Oh Ali...Semoga Allah terus memberkati hidup kamu, amiin." Ustaz Umar dan Ali berpelukan sedang mereka dihadapan bangunan universiti yang ingin Ali sertai."Jaga diri kau, Ali. Doakan aku dapat sambung belajar jugak." tegur Arfan."Mestilah. Kau pun sama. Tengokkan ustaz dengan ustazah untuk aku." pinta Ali."No problem brother." Arfan dan Ali menumbuk perlahan tangan masing-masing."Ustaz...kalau ada dengar apa-apa dari Danielle, bagitau saya ya. Bagitau juga dia saya ada kat sini. Mana tahu dia boleh datang jenguk?" pesan Ali."Insyaallah, nak." balas Ustaz Umar dengan senyuman. Ali mengambil beg galasnya dan berjalan ke arah kampus universitinya.Selama tiga tahun aku mengambil diploma aku. Alhamdullilah, kehidupan universiti aku sangat baik. Aku dapat jumpa rakan-rakan yang menyokong dan dapat terus memahirkan silat aku melalui kelab silat yang terbuka di universiti itu.Kehidupan aku sangat baik, aku bertuah. Rezeki ni semuanya pemberian Allah bagi aku...Ianya tanggungjawab aku untuk gunakan semua rezeki ni untuk memberi semula kepada masyarakat.Ali berkaca mata dan bermisai serta berjanggut nipis. Dia memakai pakaian kemeja kelabu dengan tali leher hitam, dia berjalan di koridor sekolah sambil membawa buku dan fail."Assalammualaikum, Cikgu Ali." tegur beberapa pelajar perempuan, Ali menoleh ke arah mereka dengan senyuman."Waalaikummusalam, semua." balas Ali.Impian aku tercapai. Aku dapat jadi guru, walaupun bukanlah guru agama sekarang tapi aku dapat mengajar sebagai guru bahasa. Ada peluang lagi satu masa nanti, aku terfikir mahu sambung pelajaran.Kerja sebagai guru sekolah menengah memang agak huru-hara, iyalah, pelajar-pelajarnya budak-budak besar yang tak sedar diri mereka masih budak-budak lagi. Tapi aku sukakannya, aku dapat mengajar generasi seterusnya."Waalaikummusalam, ustaz...Oh ya? Saya baru balik...Apa?" Ali sedang membuka kunci rumahnya sambil menelefon Ustaz Umar namun riak wajahnya berubah gerun sejurus mendengar apa yang Ustaz Umar katakan.Kali pertama aku dengar pasal Danielle selepas 5 tahun dan ianya bukan berita baik...Ali dan Ustaz Umar membuka pintu rumah sebuah apartment, kelihatan di dalamnya bersepah dan rosak. Mereka berdua berjalan masuk, kelihatan seorang lelaki yang kurus kering yang dikelilingi sampah sarap dan duduk di sofa yang terkoyak. Dia sedang menonton televisyen yang rosak."Danielle..." panggil Ali, Danielle menoleh ke arahnya, riak wajahnya kosong, rambut dan janggutnya tidak terurus.Aku hilang kata-kata...Hati terjunam melihat abang aku dalam keadaan sebegitu.Rupanya selama ni, dia dipecat selepas bergaduh dengan bos di tempat kerjanya. Dia hidup dengan simpanan dia saja selama ni namun apabila dia sudah kehabisan wang.Dia...berhutang dengan ahlong.Ahlong tu minta duit tetapi Danielle sering mengelak mereka. Akhirnya, kumpulan samseng itu dapat mengetahui asal usul Danielle, mereka datang ke perumahan anak yatim kami.Ustaz Umar, terpaksa membayar hutang Danielle."Kau tak fikir ke apa yang kau buat, hah?! Tak ingat Allah ke, Danielle? Sanggup kau buat Ustaz Umar macam tu?" marah Ali,dia menarik baju Danielle dan menolak Danielle pada sofanya. Dia kelihatan bengang."Ali, sudah tu." tegur Ustaz Umar namun Ali terlalu marah dan mengendahkan saja dia."Semua...ni...salah korang jugak! Korang yang tinggalkan aku dulu! Korang...buat tak tahu je! Aku lemahlah, aku bodoh! Aku tahu tu! Jadi kenapa tinggalkan aku!" balas Danielle pula dengan air mata mengalir dari matanya, Ali terdiam.Aku tak mampu lakukan apa-apa lagi. Kami serahkan Danielle kepada pihak berkuasa, aku hanya mampu melihat saja mereka membawa Danielle masuk ke dalam kereta mereka.Sejak hari itu, kami tak dapat berkomunikasi dengan Danielle lagi.Aku terasa teruk sangat sebab aku gagalkan abang aku sendiri. Terasa semua pencapaian aku ni tak bergunaAkhirnya aku tak dapat pun membalas kebaikan yang aku terima masa kecil dahulu...Aku tamak...Hanya fikirkan pasal kejayaan sendiri saja.Lagi sekali, orang yang aku sayangi disakiti kumpulan-kumpulan samseng...Ya Allah...Hukumlah aku, aku tinggalkan abang aku sendiri dalam kesusahan...Aku tak layak semua ni.Ya Allah...Aku tak dapat kawal kemarahan ni lagi, rasa dendam ni lagi.Selama ni aku tahannya. Banyak orang di luar sana hanya menyakiti orang lain. Terdapat banyak kes samseng, terutamanya di Klang.Malah, ada seorang anak murid aku juga hampir menjadi mangsa yang sama seperti semasa aku kecil dahulu. Ibu bapanya kesusahan, mereka terpaksa meminjam ahlong dan hadapi nasib yang sama.Walaupun mereka di bawah pertahanan pihak berkuasa. Aku masih tak rasanya cukup...Semua ni tak cukup!Selagi tiada sesiapa di luar sana...Yang jatuhkan kumpulan-kumpulan samseng ni...Letakkan ketakutan di jiwa dan hati mereka...Semuani takkan berhenti!Aku!"Keluar dari kereta sekarang!" arah sekumpulan lelaki yang bertopeng, salah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah lelaki tua yang berada di dalam kereta."Baik-baik! Tolonglah, jangan sakiti anak aku!""Keluar!"Lelaki tua itu keluar dengan kedua-dua tangannya berada di atas udara, anak perempuannya pula ditarik oleh salah seorang daripada kumpulan samseng itu."Ayah! Tolong! Ay-" Mulut budak perempuan itu ditutup oleh samseng yang mengambilnya."Jangan apa-apakan dia!""Diamlah!"Kedua-dua samseng menyepak orang tua itu jatuh, salah seorang daripada mereka mengacukan pistol mereka kearah kepala lelaki tua itu sedang dia berada di lantai dalam keadaan lemah."Argh!" Lelaki tua itu dengan kekuatan yang tersisa menolak samseng yang memegang pistol, sedas tembakan dilepaskan namun hanya terkena kaki lelaki tua itu."Sial punya orang tua!" Kedua-dua samseng itu mula memijak dan menyepak lelaki tua itu."Urgh!" Budak perempuan yang dipegang seorang lagi samseng menggigit tangan penculiknya dan cuba mencapai ayahnya namun dia juga ditolak ke lantai dengan kuat."Ah!""Duduk diam-diamlah! Tidak aku pukul kau!" marah samseng yang digigit tangan itu."S-Sesiapa...tolong..." rayu budak perempuan itu.Aku takkan tutup mata aku lagi dan biarkan semua ni terus terjadi. Pada orang yang aku sayangi...pada bandar,tempat aku membesar.Ali muncul dari lorong yang gelap, dia memakai pakaian hitam yang ketat dan topeng hitam, Ali menyepak kepala samseng yang menahan budak perempuan itu terus berlanggar dengan bumper kereta menyebakan dia terus tidak sedarkan diri."Siapa?" Seorang lagi samseng menoleh ke belakang selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat, Ali menuju ke arah mereka, dia menolak seorang samseng dan menumbuk pula wajah seorang lagi dengan kuat sehingga dia terjatuh ke lantai."Sial kau!" Ali ditarik kemudian ditumbuk, namun Ali dapat menjatuhkan pula lelaki yang menumbuknya. Seorang lagi samseng yang terjatuh di lantai cuba mencapai pistol tangannya namun Ali sempat memijak pula tangannya dengan kuat. Kedengaran bunyi tulang yang retak."Arrghh!" Raung lelaki itu, lelaki yang Ali jatuhkan kembali menyerang semula. Ali terkena beberapa tumbukan dan sepakan, samseng dengan tangan yang patah pun menyerang Ali.Ali terduduk di hadapan mereka berdua, dia menoleh ke arah langit dan tercungap-cungap. Sakit bercampur penat, kedua-dua lelaki itu terkejut melihat dia melutut di hadapan mereka."Ya Allah...Ampunkan aku...Ya Allah..." kata Ali, seorang lelaki mengacukan pistolnya ke arah Ali.Tiba-tiba hujan partikel berwarna-warna turun dan terkena pada tangan lelaki yang mengacukan pistol pada Ali. Dia pelik namun jarinya terus menekan picu pistolnya, tembakan terlepas dan tepat mengena Ali.Ali tertunduk selepas terkena tembakan itu, kedua-dua lelaki itu terus melihat sekeliling."Mampus pun...""Blah jelah dari sini...Pergi mati jelah orang tua dengan si pelik ni."Mereka ingin melarikan diri mereka namun tiba-tiba Ali berdiri, mereka berdua menoleh ke belakang dengan riak wajah gerun. Cahaya biru yang terbentuk seperti urat keluar dari dada Ali, peluru yang ditembak tadi tersangkut di dadanya.Tak boleh mati lagi!Banyak orang yang jahat masih di luar sana!Dengan tangan aku ni! Aku akan musnahkan mereka!Cahaya urat itu bergerak ke arah tangan Ali, dia terus meloncat pada mereka. Ali menumbuk kedua-dua samseng itu serentak, mereka berdua terpelanting dan terheret di lantai, terus tidak sedarkan diri."Hah...Hah...Hah..." Ali tercungap-cungap, matanya bercahaya biru dan tangannya berasap. Budak perempuan tadi mengangkat kepala ayahnya perlahan, dia kelihatan kagum memang Ali."Hero..." kata budak perempuan itu.Kuasa Mutant aku teraktif malam itu.Aku larikan diri aku dalam kekeliruan namun aku bertemu dengan makhluk asing tu..."Awalnya kau dah jadi Mutant...Roh kau mesti dipenuhi dengan kehendak, Ali." Sui'ra muncul sedang Ali berada diatas bumbung, dalam keadaan cemas dan keliru."Si-Siapa kau?""Nama aku Sui'ra, dari planet Zotura. Misi aku dan rakan-rakan aku ialah mencipta makhluk terkuat di galaksi..." balas Sui'ra dengan senyuman diwajahnya, dia sedang terbang di belakang bulan penuh dan langit yang dihiasi partikel-partikel berwarna-warni yang masih turun.