"Riiiiiiiaaaarrrrghhhhh!" Stray Abominasi menolak Ali dengan tangan-tangannya yang tak terkira keluar dari bilik bawah tanah, Ali menolak tangan-tangan yang dekat dengannya menggunakan kedua-kedua batang besi yang dikuatkan kuasanya.Dia...cantumkan banyak Strays menjadi satu?!Stray Abominasi menyerang Ali dengan tangannya yang banyak, Ali ke belakang, menepis dan mengelak saja namun dia terkena juga beberapa serangan. Tumbukan atau hentakan daripada makhluk itu mencederakan Ali agak teruk, menyebabkan pakaiannya terkoyak.Aku tak boleh lawan balik! Tak dapat nak serang balas langsung! Serangan makhluk ni tak berhenti!Ali tidak dapat mengaktifkan kuasanya, dia berkali-kali terganggu dengan serangan makhluk itu. Beberapa tangan yang mempunyai kepala atau wajah bergerak ke arah Ali, ada yang memancutkan asid, melepaskan tiupan angin yang kuat dan menembak batu-batu yang tajam.Satu batang Ali cair hasil terkena asid, Ali tertolak hasil tiupan angin yang kuat dan beberapa batu yang tajam menusuk badannya. Ali terheret di lantai dan berlanggar dengan kotak-kotak berisi senjata.Sedang Ali sibuk bertarung dengan Stray Abominasi, lelaki berkot putih dan berambut serabai bersama Eric sedang melarikan diri. Namun beberapa kepala di belakang badan Stray Abominasi perasan akan mereka dan beberapa tangan menuju ke arah mereka berdua."Nampaknya dia tak lepaskan kita! Serang, Eric!" arah lelaki itu. Eric memberhentikan langkahnya dan menghadap tangan-tangan yang menujunya.Apabila dia menGgenggam tangannya, dua bilah pedang dan keluar dari setiap tangan, bilah pedang juga keluar dari kedua-dua lututnya dan dari belakang badannya keluar juga beberapa bilah pisau."Aku dah tambah beberapa senjata lagi pada badan Eric, membuatkan dia lebih berbahaya daripada Mutant yang aku jadikan blueprint untuk mutasi dia. Mari tengok apa kau boleh buat..." monolog lelaki berambut serabai itu. Semua tangan yang menuju ke arah Eric dapat dibelahnya dengan pantas."Raaarghhh!" Stray Abominasi ingin menghentak Eric namun dia dapat menepis kedua-dua tangan besar dan berotot yang cuba menghentaknya. Eric memusingkan badannya dan membelah kedua-dua tangan berotot itu dengan pantas.Ali berdiri semula, kelihatan separuh topengnya sudah terkoyak. Tangannya digenggam erat, urat-uratnya bercahaya biru dan Ali melepaskan tumbukan pada sisi badan Stray Abominasi.Tumbukannya menyebabkan makhluk itu bergegar, beberapa luka jahitan terbuka dan darah terpercik dari luka-lukanya."Riiiiaaaghhh!" Fokus Stray itu kembali ke arah Ali."Mari pergi sekarang! Dia tak kacau kita dah!" arah lelaki berambut serabai dan terus melarikan diri lagi, Eric mengekorinya.Ali kembali diserang, kali ini, dia dapat mengumpul kuasanya dan menepis serangan-serangan Stray Abominasi hanya dengan tangan kosong. Namun kelihatan tapak tangannya sedikit lebam menahan serangan makhluk itu, serangan asid, tiupan angin dan batu-batu yang tajam menuju ke arah Ali.Dia menepuk kedua-dua tangannya, angin dari tepukan tangannya lebih kuat daripada tiupan angin yang dilepaskan oleh Stray Abominasi menyebabkan asid dan batu-batu tajam yang menuju ke arahnya tadi kembali pada Stray itu."Raaarrrghhhh!" Serangan berpuluhan tangan dilakukan lagi oleh Stray Abominasi, kali ini, tolakannya kuat sehingga Ali terpelanting dari dinding dan terbang ke udara.Lelaki berambut serabai dan Eric memasuki sebuah kereta. Dia terus menghidupkan enjin kereta namun lelaki berambut serabai itu terhenti seketika selepas melihat Stray Abominasi keluar dari bumbung bangunan kilang dan Ali sedang berada di udara."Legasi kau tamat disini...Lelaki Bertopeng. Perlawanan sia-sia kau dah sampai pengakhirannya."Ali mengumpul tenaga kuasanya pada kedua-dua kakinya, dia mendarat di lantai jalan dengan kuat sehingga menghasilkan kawah kecil di bawah tapak kakinya."Urgh!" Ali melutut, kakinya menggeletar. Dia menoleh ke atas, Stray Abominasi sedang berada di bumbung kilang itu, matanya sedang memandang Ali.Mata Ali bergerak pula ke arah kereta yang berjalan pergi dari kilang itu dengan pantas, wajah Eric kelihatan dalam masa beberapa saat di tingkap kereta itu. Ali menggenggam tangannya, dia menoleh pula ke arah Stray Abominasi yang sedang berjalan perlahan turun dari bumbung.Stray ni hanyalah gangguan supaya mereka dapat larikan diri. Aku boleh kejar mereka sekarang...tapi kalau aku biarkan Stray ni hidup, dia akan sakiti orang di sekeliling kawasan ni, kemungkinan dia akan berjalan ke bandar juga.Tiada pihak berkuasa boleh jatuhkan Stray besar dan berkuasa macam ni tanpa banyak yang terkorban. Aku takkan risikokanya.Ali cuba berdiri namun kakinya masih menggeletar dan lemah, dia terjatuh seumpama tersujud di hadapan Stray Abominasi. Beberapa titisan darah jatuh ke lantai, Ali mengetap giginya.Jangan tunduk, jangan takut...Stray Abominasi menuju ke arah Ali dengan tangannya yang banyak, Ali menggenggam tangannya. Tiba-tiba makhluk itu berhenti bergerak, kedengaran bunyi enjin kereta yang kuat. Furioswheels muncul dan melanggar Stray Abominasi dari tepi."Huh?!" Ali terkejut.Khalid yang sedang memandu Furioswheels menekan minyak kereta itu, Mei berpaut dengan kuat juga. Mereka menolak Stray Abominasi sehinggalah membawa makhluk itu tertolak berlanggar dengan beberapa pagar dan kembali masuk ke dalam perkarangan kilang itu.Siapa? Mutants lain?Ali bergegas masuk ke perkarangan kilang itu, Khalid dan Mei bergegas keluar dari Furioswheels, kelihatan tangan-tangan Stray Abominasi sedang memegang kereta itu. Makhluk itu membaling pula Furioswheels ke arah Khalid dan Mei.Khalid menolak Mei turun bersamanya, mereka hampir terkena kereta itu."Khalid, kereta kau!" kata Mei."Takpe, kita fikirkan nanti!" Khalid dan Mei segera berdiri, beberapa tangan Stray Abominasi bergerak ke arah mereka. Mei menggunakan kuasanya untuk memberhentikan pergerakan makhluk itu."Aku tak dapat kawal dia lama...Terlalu banyak minda...dalam satu badan Stray ni..." keluh Mei."Armored Hero! Armour, Beast Tiger! Weapon, Claw Sword!" Khalid segera memasukkan kad ke dalam slot tali pinggangnya. Dengan pantas, perisai Beast Tiger terbentuk di badannya bersama dengan pedang Claw Sword.Dia memotong tangan-tangan yang dekat dengannya dia dan Mei kemudian terus membawa Mei dan dirinya jauh daripada Stray Abominasi."Apa korang buat kat sini? Korang pun Mutants?!" soal Ali yang masih terpinga-pinga, Mei dan Khalid menoleh padanya."Kau mesti Lelaki Bertopeng, betul tak? Aku cam kau daripada kostum tu..." balas Khalid."Jangan cakap dengan aku...korang HOPE?" keluh Ali."Kau tahu pasal kitorang?" soal Khalid."Sui'ra beritahu aku pasal korang." kata Ali, Khalid kedengaran tergelak kecil dari sebalik topengnya."Dia bagitau, huh...""Riaaaarrrghhhhh!" Stray Abominasi kembali bergerak, mereka bertiga terus fokus ke hadapan, Ali menggenggam kedua-dua tangannya dan mengeluarkan urat-uratnya yang bercahaya biru terang, Khalid menghala Claw Sword ke hadapan dan mata Mei berubah bentuk dan bercahaya merah."Aku support. Hati-hati, Khalid...dan...Lelaki Bertopeng!" kata Mei. Khalid dan Ali berlari ke hadapan, tangan-tangan yang menembak asid, angin yang kuat dan batu-batu tajam melepaskan serangan dahulu.Ali menepuk tangannya, menolak semua serangan itu dan Khalid terus membelah kedua-dua tangan berkepala yang melepaskan serangan itu. Namun serangan Stray Abominasi tidak berhenti, Khalid dan Ali mengelak beberapa tangan yang cuba mencapai mereka.Mei memberhenti pergerakkan Stray itu dengan memasuki kuasanya. Khalid mengambil peluang untuk membelah lagi beberapa tangan dan Ali pula bergerak ke hadapan.Dia mengumpulkan tenaga yang banyak dan melepaskan lagi tumbukan yang kuat, Stray itu terheret ke belakang, badannya menggeletar dan luka jahitannya terbuka lebih lagi.Namun Ali dalam posisi berbahaya, tangan dengan kuku yang tajam keluar dari mulut Stray itu dan cuba menerkam Ali. Khalid sempat menarik Ali ke belakang, kuku-kuku itu tidak menembusi perisai Beast Tiger namun masih dapat mencalarkannya.Kuasa Mei membuat makhluk itu berhenti lagi, Khalid dan Ali segera menjauhkan diri lagi."Aku tak boleh tahan dia lama...Maaflah...Terlalu banyak minda untuk aku tutup, ianya menyusahkan..." keluh Mei."Luka dan kecederaan dia tak pulih laju macam Strays lain tapi badan dia keras sangat. Kita kena bunuh dia dengan satu serangan yang kuat. Meteor Canon mungkin boleh tapi aku tak pasti." Khalid mengeluarkan kad Meteor Canon."Aku boleh bunuh dia dengan satu serangan tapi kau kena bagi aku masa untuk kumpulkan tenaga kuasa aku..." cadang Ali."Kau pasti? Aku masih boleh cuba Meteor Ca-""Aku tak faham langsung apa kau cakap tapi lakukan je apa-apa kau boleh buat supaya dia tak ganggu aku!" Ali menaikkan suaranya."Baik-baik!" balas Khalid semula.Khalid memasukkan kad Meteor Canon, Claw Sword hilang dari tangannya dan meriam tercipta di hadapannya pula. Dia segera menarik tali dari belakang Meteor Canon, bebola meteor keluar dari meriam itu dan terkena tepat pada badan Stray Abominasi namun kelihatan kulit makhluk itu masih cukup keras itu menahan serangan meteor itu."Biar betul!" keluh Khalid. Stray Abominasi menyerang lagi, Mei menggunakan kuasanya untuk menggerakkan kotak-kotak kayu dan kontena kecil yang berada di sekeliling kawasan itu membuatkan Stray Abominasi menyerang kotak-kotak dan kontena-kontena itu secara nalurinya.Kuasa Mutant aku benarkan aku kumpul setiap jenis tenaga dan aku boleh tukarnya menjadi tenaga kinetik. Tak kisahlah asal usul tenaga tu. Daripada angin, daripada impak semasa aku disakitkan malah makanan yang aku makan.Setiap jenis tenaga berubah menjadi kinetik dan aku boleh alirkanya pada seluruh badan aku, barangan dan kawasan sekeliling aku dalam skala yang kecik.Secara teorinya, aku boleh juga kumpulkan semua tenaga yang aku dapatkan dalam satu serangan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tenaga.Aku tak tahu apa akan jadi kalau aku lepaskannya dalam satu serangan, tak tahu sama ada badan aku boleh tahan semua tenaga yang banyak itu dilepaskan dengan kuatnya. Walaupun dengan badan aku yang bermutasi...Tapi ini bukannya masa untuk fikirkan semua tu!Aku kena lakukannya!"Bismillah."Tenaga yang banyak berkumpul di genggaman tangan kanan Ali, cahayanya terlalu terang sehingga dapat menerangi satu perkarangan kilang yang tadinya gelap. Khalid masih menggunakan meriamnya beberapa kali dan Mei juga menghentikan pergerakkan Stray Abominasi."Riiiaarrghhh!" Stray Abominasi itu meraung dengan kuatnya."Ah! Aku dah takde meteor nak tembak." Khalid ingin mengubah senjata, dia memasukkan semula kad Claw Sword."Weapon Change Failure! Not Enough Energy!" Khalid gagal mengubah senjata, kelihatan cahaya di tali pinggangnya yang kelihatan seperti meter telah berubah merah.Aku tak fikir panjang dan kehabisan tenaga. Kalau macam ni, Beast Tiger pun akan hilang...Dalam banyak-banyak masa, kenapa habis tenaga sekarang!"Makin susah nak kawal minda Stray ni! Badan aku pun dah mula terasa panas...Kenapa? Kenapa aku terasa makin lemah sejak haritu?" monolog Mei kemudian dia teringatkan akan semasa dia gagal membantu Farah di dalam dimensi minda.Ali tiba-tiba berlari ke hadapan, dia menggerakkan tangan kanannya ke belakang dengan wajah yang bengis.Si mutant dengan perisai tu namakan serangan dia...Ianya agak menarik...Aku namakan serangan ni..."Nuclear Punch!" Ali menumbuk Stray Abominasi dengan tangan kanannya yang dipenuhi tenaga itu. Bunyi dentuman yang kuat, angin yang kuat dan letusan cahaya yang kuat terhasil. Khalid dan Mei juga terheret ke belakang.Seluruh badan Strays Abominasi hancur ke ribua cebisan daging, serangan Ali itu menghancurkan segala yang berada di hadapannya. Kelihatan juga di sebalik badan Stray Abominasi yang sudah hancur kontena-kontena besi besar yang berada di belakangnya juga hancur bersama."Urgh...Ah..." Tangan kanan Ali yang melepaskan serangan itu terus rosak, tangannya menjadi kecut dan hitam terbakar. Bahagian kanan badan Ali juga sedikit terbakar, Ali terus terduduk lemah."Lelaki Bertopeng!" Khalid dan Mei segera mendapatkannya."Hargh...Urh..." Ali tidak dapat berkata-kata dari kesakitannya, Khalid membaringkan Ali di atas pehanya. Topeng Ali juga terbakar, menunjukkan sebahagian wajahnya."Kenapa? Kenapa kau gunakan serangan yang hancurkan badan kau sendiri? Aku takkan setuju dengannya kalau aku tahu..." keluh Khalid, Ali memandang saja dia."T-Tolong...pertaha-pertahankan bandar ni...Ada-Ada Mutants jahat...dalam kumpulan samseng, The- Whi-White...Tigers..." pinta Ali, Khalid mendengar saja dia , topengnya terbuka, menunjukkan riak wajah kesalnya. Mei juga kelihatan terganggu."Jangan mati lagi, Ali...Aku tak benarkannya. Selepas lihat serangan hebat macam tu, kau fikir aku lepaskan kau?"Sui'ra muncul dari langit, Khalid dan Mei menoleh ke atas dengan riak wajah terkejut. Sui'ra tersenyum saja."Kau tak berhenti kagumkan aku...Sebabkan aku baik, aku akan selamatkan kau buat kali terakhir, Ali..." kata Sui'ra, pandangan Ali semakin kabur dan tidak lama kemudian berubah hitam.Aku...Aku tak pernah sangka aku akan rasa lega nampak muka alien tu...Tapi...Aku tak nak mati lagi...Aku tak boleh...mati lagi...