Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 24 - BAB 21 : BERMULA, SEKALI LAGI

Chapter 24 - BAB 21 : BERMULA, SEKALI LAGI

"Serangan rasaksa mutasi yang paling teruk kita pernah lihat terjadi di Putrajaya semalam.""Nasiblah kawasan itu ialah kawasan kuarantin! Apalah jadi kalau ada orang ramai di sana?""Rakaman menunjukkan individu-individu yang dipercayai mempunyai 'kuasa luar biasa' bertarung dengan rasaksa mutasi-""Inspektor Mikael, antara anggota polis yang hilang selepas pertarungan rasaksa mutasi di Putrajaya...Dilaporkan dia tiba-tiba mempunyai kuasa dan bertarung dengan rasaksa mutasi-""Beberapa lagi kawasan dikuarantinkan, disusuli serangan rasaksa mutasi yang berlaku di Putrajaya...""Siapakah mereka yang mempunyai 'kuasa' ini?""Alaah. Tipu je semua tu. Zaman sekarang ni kita tak boleh main percaya saja-""Siasatan anggota polis menunjukkan bukti-bukti kewujudan 'manusia berkuasa'-"Berita, surat khabar, artikel, podcast, media sosial. Satu Malaysia sedang membahaskan tentang apa yang terjadi di Putrajaya, semasa pertarungan kami dengan Stray itu. Dikatakan serangan rasaksa mutasi yang paling teruk.Terasa janggal pula apabila sedar aku antara orang yang berada di situasi yang dikatakan ramai orang sekarang..."Nampaknya kita cuti ronda hari ni, kemungkinan besar sebab apa terjadi baru-baru ni dan untuk latih Mikael." kata Nasuha selepas membaca mesej yang diberikan oleh Khalid. Khairul sedang terbaring di sofa kemudian tergelak kecil."Baru dua hari kita dah cuti lagi, hah?" soal Khairul."Haih...Nak buat macam mana, kan?" Nasuha berjalan ke arahnya kemudian duduk di lantai bersebelahan sofa."Bosannya...Terkurung je dalam rumah ni bila takde rondaan. Dahlah tak boleh keluar, aku rindu motor aku." keluh Khairul, teringat akan motorsikalnya yang kehilangan selepas kes di lebuh raya Ipoh sebelum ini."Dalam berita, mereka cakap kes pertarungan kita sebelum ni ialah serangan rasaksa mutasi paling teruk...Kau setuju ke?" tanya Nasuha, Khairul memikirkannya."Lebuh raya Ipoh, Hospital Ipoh...Aku rasa masa tu lagi teruk bagi kitalah. Aku tak dapat guna kuasa aku betul-betul, ayah aku hampir bunuh kita berdua. Ramai orang mati juga...Entahlah aku tak tahu, mungkin bagi orang ramai, kes kat Putrajaya tu teruk sangat. Pengalaman kita tak sama macam diorang." terang Khairul, Nasuha tergelak kecil. Dia menutup mata dan menyandarkan kepalanya sedikit pada kepala Khairul."Kau mungkin bosan tapi aku terasa tenang di sini. Aku rasa kehidupan aku sekarang bermakna sangat walaupun ianya susah dan perit. Aku ada kawan-kawan yang sama-sama pikul tanggungjawab berat ni dan aku ada kau." Nasuha memandang pula Khairul, mata mereka bertembung, Khairul terus mengangkat kepalanya dari sofa kemudian menghembuskan nafas panjang."Hidup yang bermakna, hah..." Khairul menggaru kepala yang tidak gatal. Nasuha duduk pula pada sofa bersama Khairul."Khai, aku still rasa bersalah gila, aku tak berhati-hati dan pengsan semasa pertarungan kita haritu." Nasuha tersenyum pahit, Khairul kembali memandangnya."Sudah-sudahlah tu. Kau selamatkan aku dengan Kyoko juga." pujuk Khairul, Nasuha mengangguk saja kemudian tersenyum manis pula."Nasuha, kau-" Kata-kata Khairul terhenti sedang dia memandang Nasuha, dia terus mengalihkan pandangannya lagi dan menghembuskan nafas panjang."Takpelah.""Eh? Apa kau nak cakap? Cakaplah..." pinta Nasuha."Tak penting pun. Takde apa sangat." Khairul mengangkat kedua-dua tangannya. Nasuha mengembangkan saja pipinya seperti hamster, seumpama merajuk dengan Khairul.Khairul hanya keliru saja dengan reaksinya itu."Oh ya. Aku ada cerita ke? Ayah aku semalam..." Nasuha teringat akan sesuatu yang ingin diceritakannya pada Khairul."Berhentilah! Berhenti cuba jadi superhero ni! Ayah merayu sangat!"Ayah aku memang tak nak aku teruskan kerja aku sebagai ahli HOPE lagi, tak pernah nampak dia terdesak sebegitu. Dia memang betul-betul risau dengar aku hampir mati semasa perlawanan sebelum ni..."Dan apa kau cakap dengan dia?" soal Khairul."'Nasuha pilih jalan hidup Nasuha sekarang! Nasuha dah cukup kuat sekarang, berapa kali Nasuha nak bagitau? Nasuha akan terus gunakan kuasa ni untuk pertahankan orang!'. Macam tu...Cumanya aku takdelah menjerit sangat macam tu, hehe." cerita Nasuha dengan semangatnya, Khairul menongkatkan kepalanya, mendengar dengan setia kemudian tergelak kecil."Pelikkan aku ni? Haha...Masih ada dalam diri aku, yang persoalkan apa yang kita lakukan ni betul ke tak. Tapi pada masa sama, buat apa persoalkan banyak benda. Asalkan aku mula suka dengan kehidupan aku balik, itu lagi bermakna. Betul tak?" Nasuha memandang Khairul, matanya seumpama bersinar di pandangan Khairul.Khairul terus berdiri.Ah...Bahaya.Kenapa dengan aku ni?Perasaan ni pelik. Aku tak sukanya. Tak, aku sukanya tapi...Ahh, pelik, aku tak faham langsung.Tembakan bertubi-tubi dilepaskan oleh Khalid dari kedua-dua pistolnya, Mikael menepis semua peluru dengan memusingkan sabitnya kemudian mendekatkan dirinya dengan Khalid. Dia mencipta kapak dari cecair hitam dari bayangnya kemudian menghayunnya laju ke arah kepala Khalid.Dia hanya dapat mencalarkan helmet Khalid.Mikael sedang melalui latihan di dalam Dimensi Minda, Mei sedang memerhati mereka."Tak rasa macam ada benda yang kami boleh ajar kau, Mikael. Aku tak terkejut sangat, kau dapat kawal emosi dan kuasa kau dengan pantas. Seperti yang diharapkan dari seorang bekas Inspektor, hah?" terang Khalid sambil memerli Mikael."Kuasa Mutant ni pelik. Aku baru dapatkannya selama tiga hari tapi kefahaman aku seumpama aku lahir dengannya, pada masa sama, aku tak faham langsung kuasa ni...Apa benda cecair hitam ni? Macam mana aku bentuk senjata ni?" kata Mikael sambil memandang kapak hitam ditangannya."Kuasa ini ialah refleksi diri kita. Menghidupkan kemahuan kita." balas Khalid."Kemahuan aku...cipta senjata dengan air hitam?" soal Mikael dengan riak wajah pelik."Tak...Kemahuan kau ialah untuk mempunyai kemampuan yang sama macam Strays untuk pertahankan orang lain, mungkin kau tak sedar tapi kuasa kau benarkan kau memanipulasikan bayang disekeliling kau." terang Mei pula,"Aku terlalu tua untuk benda-benda macam ni." Mikael mengurut kepalanya sendiri."Kau mungkin kuat tapi kau masih belum kalahkan aku, Mikael. Kalau nak cepat habiskan latihan kau ni, cubalah bunuh aku." cabar Khalid, dia mengacu semula pistolnya ke arah Mikael."Ya-ya. Kali ni, aku akan kalahkan kau." Mikael mencipta kapak dan sabit yang baru dari kuasanya.Sementara itu..."Kemungkinan syarikat kita akan cuti kuarantin juga...Aku tak terkejut, lagi-lagi lepas apa yang terjadi kat Putrajaya. Dahlah dekat dengan kita..."Ehsan terdengar rakan-rakan sekerjanya yang bersembang, jari jemarinya terhenti menaip seketika. Riak wajah lega terukir dan dia tersenyum sedikit.Baguslah...Aku dapat masa untuk bersama Nasuha.Perlahan-lahan cakap dengan dia, mungkin aku boleh minta bawa Nasuha pulang juga."Masih kuat untuk terus bertarung, Rose? Agak menakjubkan selepas semua yang kau hadapi, rakan-rakan yang terkorban dan kau masih berada di sini." kata seorang lelaki berjanggut dan memakai seragam tentera pada Rose, Shaurya juga berada di situ, mereka sedang berada di dalam bilik pejabat yang kecil."Ini bukannya masa untuk meratapi kehilangan orang lagi. Selagi rasaksa mutasi wujud di luar sana, takde masa nak berhenti bergerak...Aku tahu kau faham tu, general." balas Rose."Manusia yang mempunyai kuasa, mereka tarik perhatian aku. Tak dapat dinafikan mereka wujud, mereka tak macam rasaksa-rasaksa mutasi, nampak sangat mereka masih lagi manusia dan boleh kawal kuasa mereka. Mereka ialah kunci untuk hadap konflik ni, kita perlu fahami mereka dan...gunakan mereka. Mereka ialah senjata terkuat untuk bertarung dengan rasaksa mutasi." terang general itu sambil menolak fail yang berisi gambar-gambar dan informasi tentang 'manusia yang berkuasa', fail itu dinamakan 'Superhuman'. Riak wajah Rose berubah terganggu seketika namun dia segera bertenang."Kami panggil mereka, Superhuman. Selain daripada kes di Putrajaya tempoh hari, ada juga penampakan lain dan rakaman CCTV yang dapat menangkap kelibat-kelibat Superhuman lain...Aku ada kumpulan khas yang sedang aku cipta sekarang untuk dapatkan Superhuman-superhuman ini, aku nakkan kau dan unit kau ni sertai kumpulan khas ini." tawar general dengan senyuman yakin, Rose meletakkan semula fail yang diberikan itu kemudian memandang semula general itu."Maaflah, saya masih lagi PDRM dan perlawanan saya ialah bersama anggota polis. Mereka perlukan saya." tolak Rose dengan wajah yang dingin, riak wajah general itu berubah kecewa."Merugikan sejujurnya Rose, aku terfikirkan mahu kau yang ketuai kumpulan khas ni tapi nampaknya aku perlu cari orang lain...yang lebih berminat." keluh general itu."Maaflah, general.""Tentera pun dah mula bertindak, berapa lama lagi kita boleh sorokkan mereka, Akak Rose?" tanya Shaurya yang kerisauan, Rose menyilang tangannya."Tak perlu pening pun sebenarnya. Shaurya, kau sendiri nampak apa mereka boleh buat. Jangan haraplah tentera sekalipun, yang cerewet dengan senjata mereka akan jadi masalah sangat bagi HOPE. Lagipun, mereka sendiri tahu, kekuatan utama perlu diberikan untuk membasmi Strays daripada mencari 'Superhuman'." terang Rose, Shaurya hanya mengangguk faham saja."Tapi ya, kita masih kena risau sedikit. Aku hanya boleh pesan jelah dengan diorang supaya jadi lebih berhati-hati." Rose tertunduk sedikit.Asalnya aku hanya nak pastikan dua budak yang tak bersalah agar tak disakiti dan digunakan kerajaan. Sekarang aku tengah tipu satu dunia...Takde tindakan yang betul sekarang ni, hanya ada pilihan saja. Setiap hasil hanya akan sakitkan ramai orang, hanya akan terus menipu ramai orang saja.Kau kena pilih, Rose....Pihak mana kau nak bersama?"Ingat apa yang aku ceritakan ni, tentera akan cuba terbaik untuk dapatkan korang. Walaupun korang boleh lawan balik, mereka hanya akan ubah misi mereka dari misi tangkap dan kawal korang kepada bunuh korang sama macam Strays. Di Amerika dan beberapa negera lain, ada juga kumpulan Mutant macam korang muncul, ada yang lebih berani, ada yang tersorok...Tolonglah kekal tersorok." terang Rose panjang lebar kepada Khairul dan Nasuha sedang mereka bertiga berada di meja makan, kelihatan telefon Nasuha sedang menelefon video Khalid dan ahli HOPE lain."Baiklah kami faham. Buat masa ni kami akan lay-low sedikit." kata Khalid dari hujung talian, Rose menoleh ke arahnya."Keadaan nampak memang tegang habis, hah?" Kedengaran suara Mikael, dia berada di belakang Khalid."Mikael, kau dah habis latihan kau?" soal Rose."Ya..." balas Mikael."Laju jugak ya? Menakjubkan sejujurnya." puji Nasuha."Beza Mikael dengan korang ialah dia cepat je hadapi konflik dalam diri dia, tambahan pula dia ada skill pertarungan jadi dia cepat menyesuaikan diri dia." terang Khalid pula."Mikael, kau dengar apa yang aku cakapkan tadi, betul tak?" tanya Rose."Aku dengar. Takde banyak pilihan pun kita ada, mereka ada gajet seperti dron untuk mengintip kita jadi kena hati-hati dengan tu. Banyak benda kena fikir kalau cuba hadap tentera ni..." kata Mikael."Ada juga laporan menunjukkan Mutants lain ada di luar sana, korang cubalah cari mereka juga." cadang Rose."Bila kita beroperasi balik, bos?" tanya Khairul pula kepada Khalid."Esok. Jadi bersedialah ya." balas Khalid.Jangan haraplah aku ada kemampuan dalam diri untuk khianat mereka ni. Kalau tak disebabkan HOPE juga, banyak kes Strays jadi lebih parah. Hanya dalam masa dua hari, mereka dapat kurangkan banyak beban.Asalkan mereka terus lakukan benda yang betul, itu saja yang bermakna bagi aku..."Aku akan benarkan korang balik." kata Rose selepas mereka berhenti berbincang dengan Khalid dan Mikael tadi. Riak wajah Khairul dan Nasuha berubah terkejut."Takde sebab korang ada kat sini pun sekarang. Bella tengah takde, korang pun dah buktikan korang boleh kawal kuasa dan boleh dipercayai. Lagipun ayah kau tak habis bising-bising kat telinga aku pasal nak bawa kau balik, Nasuha." terang Rose."Seriuslah?" Nasuha kelihatan teruja namun riak wajah Khairul kosong saja."Aku takde tempat nak balik, kau tahu?" keluh Khairul."Kau boleh tinggal dengan aku." ajak Nasuha."Jangan haraplah ayah kau bagi..." Khairul tersenyum pahit, Rose memikirkan cara untuk mengurus Khairul."Tapi aku rasa aku boleh minta tolong seseorang." Khairul teringat.Nasuha dan Khairul akhirnya dapat keluar dari rumah Rose, Nasuha membawa beg bagasi dan beg sandang, kelihatan Ehsan sedang menunggunya. Khairul hanya membawa beg galas saja, diamenoleh kehadapan."Itu dia pekerja terbaik aku." tegur Hazim yang sedang menunggu Khairul di dalam vannya, Khairul tersenyum kecil sambil melajukan langkahnya."Aku seorang je pekerja kau..." balas Khairul dengan senyuman pahit."Khai." panggil Nasuha, dia sedang memandang Khairul. Hazim menepuk bahu Khairul, memberi signal kepada Khairul untuk pergi ke arah Nasuha, Khairul mengangguk faham dan terus mendekati Nasuha pula."Well, uhm...Jumpa esok. Rasa sedih pula kena pergi tinggalkan kau." keluh Nasuha dengan senyuman pahit."Tinggalkan aku? Mana ada...Rumah Hazim setaman dengan kau dan kita akan pergi misi esok, kita akan jumpa setiap masa." balas Khairul."Sedihlah sikit, ini kali pertama kita tak makan kat meja yang sama, takde dah kejutkan kau bila kau terlajak tidur...selepas sekian lama. Aku dah terlalu selesa dengan rutin tu." kata Nasuha, dia kedengaran sayu sedikit."Nasuha. Bila-bila masa je kau boleh ajak aku lepak makan, kau perlukan aku, panggil je, aku terus datang. Aku ada kat sini, selagi kau ada." pujuk Khairul, Nasuha tersenyum semula, dia mengalihkan pandangannya."Baiklah kalau macam tu...Jumpa esok." Nasuha melambai tangannya, Khairul membalas lambaiannya itu perlahan.Bila fikirkannya, memang agak sedih tengok Nasuha pergi. Kami dah melekat terlalu lama bersama, masa-masa tu dah tamat, huh?