"Kau dapat tawaran untuk sertai Kumpulan Khas?" soal Rose yang terkejut mendengar bahawa Shaurya mendapat tawaran untuk menyertai Kumpulan KKhas untuk memburu 'manusia berkuasa'."Ya...Haih...Tak tahu nak buat apa ni..." keluh Shaurya, Rose dan dia sedang berada di pejabat balai polis mereka dan duduk bersama di bangku berhadapankan mesin air."Kalau kau sertai kumpulan tu, kemungkinan kau akan bertemu dengan HOPE dan korang terpaksa bertarung." balas Rose."Itulah.""Mereka ada seratus lima puluh ahli sekarang dan sedang kumpul orang lagi. Lelaki Bertopeng tu memang buatkan semua orang cemas, huh? Walaupun nampaknya dia berada pihak kita, pada akhirnya kerajaan dan orang atasan tetap takut ada seseorang yang boleh buat kerja lebih baik daripada kita..." terang Rose, dia berjalan ke arah mesin air. Dia memasukkan duit kemudian menekan butang air tin kopi."Saya tolak jelah tawaran diorang. Saya nak bekerja dengan akak je." kata Shaurya, Rose mengambil air tin kopinya dan kembali menghadap Shaurya."Baiklah...Bagus, Shaurya. Kekal kerja dengan aku, kau je rakan gosip aku yang tinggal." Rose tersenyum, Shaurya kelihatan malu-malu dipuji oleh Rose.Telefon Rose berdering, dia segera membukanya. Kelihatan nama 'Nasuha' terpapar di skrin telefonnya dan sedang membuat panggilan. Rose segera menjawab panggilan Nasuha itu."Nasuha, kenapa?" soal Rose."Akak Rose! Mana akak sekarang? Khairul dengan Kyoko cedera dan mereka tak pulih dengan cepat. Akak Bella kena tengokkan mereka!" Nasuha cemas, Rose melihat sekeliling seketika"Nasuha, bertenang. Bella ada kat rumah aku, aku akan bagitau dia korang perlukan bantuan." balas Rose."B-Baik...Maaf, Akak Rose." Panggilan mereka tamat, Rose terus menelefon Bella dengan pantas."Bella, Nasuha perlukan bantuan kau,tolong tengokkan keadaan Khairul dengan lagi satu ahli kumpulan dia." kata Rose sejurus panggilannya dijawab oleh Bella."Aku saintis bukannya doktor rawatan..." keluh Bella."Tapi kau boleh,kan? Cepat tolong mereka!" arah Rose."Hah...Ya-ya." balas Bella dengan malasnya. Talian mereka juga tamat tidak lama kemudian, Rose menghembuskan nafas panjang."Apa jadi?" soal Shaurya."Khairul dan seorang ahli HOPE cedera. Mari buat alasan untuk beronda, aku nak tengok keadaan diorang." ajak Rose."Aye, aye captain." balas Shaurya yang segera berdiri.Di rumah Rose, semua ahli HOPE berada di situ kecuali Mikael dan Chyou. Khairul dan Kyoko terbaring di atas katil dan Bella memeriksa keadaan mereka berdua."Nampaknya akar yang tikam peha Khairul ada sifat yang membuatkan sel-sel mutasi tak dapat pulihkan lukanya dengan segera tapi dia akan okay." kata Bella, Nasuha duduk di tepi Khairul."Kan aku okay je...Risau sangat kau ni." kata Khairul dengan senyuman kecil."Mestilah! Biasanya kau dah pulih macam biasa." keluh Nasuha."Untuk Kyoko ni pula, penggunaan kuasa yang berlebihan buat sel mutasi dia bergerak perlahan buatkan proses pemulihan dia perlahan juga...Tapi sama juga dia akan okay." kata Bella pada Khalid dan Mei pula."Fuh...Aku sejujurnya takut jugak aku tak boleh pulih dengan cepat..." Kyoko lega. Khalid melihat sekeliling bilik Bella, kelihatan banyak peralatan saintis berada di situ, termasuklah mesin yang dapat mengesan dan menganalisis Mutant Cell."Tertanya pasal mesin-mesin yang ada kat sini? Aku ciptanya sendiri...Masa Khairul dan Nasuha berada di sini, aku cuba belajar semua benda yang aku boleh pasal Mutants, di makmal aku pun ada beberapa badan Strays yang aku kaji." terang Bella apabila perasan akan Khalid yang memandang sekeliling dengan wajah tertanya."Agak menakjubkan. Alien yang sebarkan Mutant Cell kata, manusia ke belakang berjuta tahun dari segi teknologi tapi kau dapat cipta mesin-mesin yang dapat bantu kau dalam mengkaji Mutants dan Strays." puji Khalid, dia kelihatan takjub."Ada betul juga apa yang alien tu katakan. Banyak lagi yang aku dan saintis lain tak faham pasal Mutant Cell...Contohnya, macam mana ia boleh memberi kuasa? Masih jauh lagi kefahaman kami tentang semua ni." balas Bella, Khalid mengangguk faham."Aku teruja sangat...Nak lihat lebih lagi pasal semua benda ni. Hehe." Bella tergelak jahat, Khalid memandangnya risau."Legalah korang berdua okay juga pada akhirnya." kata Mei, dia menyentuh bahu Kyoko."Itulah. Apapun, aku sorry...Khairul, Nasuha. Kalau aku lebih hati-hati, takdelah aku kena kawal macam tu dan sakiti korang." Kyoko menolehkan kepalanya kearah Khairul dan Nasuha."Bukan salah kau...Lepaklah." balas Khairul."Betul tu, Akak Kyoko. Pada akhirnya, semua orang selamat, itu yang penting." kata Nasuha pula, Kyoko tergelak kecil kemudian menoleh ke atas pula.Selepas beberapa masa berlalu, Rose dan Shaurya tiba, tidak lama kemudian lagi, Mikael dan Chyou juga memunculkan diri mereka. Semua orang berkumpul di bilik makmal Bella untuk membincangkan apa yang terjadi."Penjenayah Mutants...Strays dah cukup berbahaya. Sekarang ada pula kumpulan Mutants yang gunakan kuasa mereka untuk buat jenayah, Strays yang berkemampuan untuk berfikir dan mempunyai taktik serta kuasa yang menggila." Rose kelihatan terganggu memikirkan tentang Syakir dan Lilly yang menyerang kumpulan Khairul."Ini kali pertama kita hadap masalah macam ni. Sebelum ni bab membunuh Strays, kita wajarkannya dengan sebab Strays dah hilang minda mereka. Tetapi kalau lawan kita Mutants lain, apa tindakan betul? Sumbat mereka dalam penjara? Mereka pastinya akan jadi bahan eksperimen dan akan dedahkan lagi pengetahuan tentang Mutants secara mendalam bagi kerajaan. Buatkan mereka boleh cipta senjata atau alat untuk basmi Mutants. Mereka pasti pandang kita sama, lebih kurang je macam Strays. Makhluk berbahaya yang perlu dimusnahkan." terang Khalid pula, memikirkan tentang nasib mereka jika penjenayah Mutants di cakap."Bagi aku jawapannya senang je. Kalau mereka cuba bunuh kita, kita bunuh mereka. Kalau kita kalahkan mereka dan mereka menyerah diri. Kita jadikan mereka ahli kita, cuba kawal mereka melalui cara tu." kata Khairul."Tak semudah tu...Kita tak boleh main percaya je semua orang." balas Rose."Kuasa aku benarkan aku untuk baca minda mereka. Jadi jika mereka ada niat untuk khianati kita, aku akan tahu." tambah Mei pula."Idea baik...sampailah kau fikir, boleh ke kau bunuh Mutants lain yang tak sependapat dengan kau? Pada akhirnya semua orang ada motif sendiri. Benda ni bukan masalah simple, bukannya hitam putih..." kata pula Kyoko. Semua terdiam seketika."Aku...mungkin terbunuh Mutant lelaki tu dan bunuh ayah Khairul juga sebelum ni. Bagi aku kita boleh lepaskan mereka juga kalau mereka tak sertai kita dibawah syarat yang kita tetapkan. Kalau mereka tak ikut juga dan terus jadi bahaya, kita basmi mereka macam kita basmi Strays..." terang Nasuha, dia menggenggam tangannya erat."Setuju. Korang bagi peluang kedua pada aku juga sebelum ni. Aku pun hampir bunuh Khairul...Kita hanya bunuh Mutant lain kalau mereka betul-betul berbahaya saja." balas Mikael.Lagi sekali, semua terdiam. Isu yang dihadapi mereka terlalu berat untuk difikirkan."Banyak untuk difikirkan. Kita sedang hadap pelbagai masalah. Kita tangani satu per satu dulu." cadang Khalid."Haih...Aku perlukan udara." keluh Rose, dia berjalan keluar dari bilik itu sendirian. Shaurya memerhati dia pergi dengan riak wajah risau.Di halaman rumahnya, Rose cuba menenangkan dirinya. Semua yang difikirkannya terlalu berat membuatkan dia terasa kewalahan."Akak Rose?" tegur Shaurya, Rose menoleh ke belakang."Oh, Shaurya..." Rose kedengaran penat. Shaurya mendekatinya, riak wajah risau masih melekat di wajahnya."Akak...Aku tahu akak tak suka orang tanya, sama ada akak okay atau tak? Aku tahu akak kuat. Tapi, kita manusia. Kita semua ada limitasi kita. Semuanya memenatkan, aku faham. Ingat yang aku akan selalu disisi akak, tak kisahlah apa terjadi sebab aku-" Kata-kata Shaurya terhenti sedang Rose fokus mendengar."Sebab aku kisahkan kau, Akak Rose." Shaurya tersenyum pahit, Rose mengeluh kecil."Ya...Uhm...Terima kasih, Shaurya." kata Rose,dia menumbuk dada Shaurya perlahan. Senyuman Shaurya berubah lebih manis.Pada akhirnya semua ahli HOPE pulang ke rumah masing-masing, luka dan kecederaan Khairul dan Kyoko sudah pulih sedikit. Masing-masing pulang dengan otak mereka masih memikirkan cabaran baru yang sedang dihadapi mereka.Khairul dan Nasuha pulang bersama lagi. Nasuha memerhati Khairul yang berada di dalam bebola cahaya, terbaring dan meletakkan kedua-dua tangannya di belakang kepala."Kau seriuslah nak kerja dengan kecederaan kau?" tanya Nasuha."Tengah pulihlah. Aku akan okay, aku janji." balas Khairul."Janji dengan aku, kau rehat kalau tak larat." pesan Nasuha."Baik-baik." Khairul mengangguk faham.Nasuha mendaratkan mereka berdua, Khairul dan dia memandang antara satu sama lain. Riak wajah Nasuha masih kerisauan sedikit, Khairul meletakkan tangannya di atas kepala Nasuha."Hei. Asalkan kita bersama, semua akan okay. Aku kuat, kau kuat. Banyak kali kita dapat hadap semua benda bersama, aku percayakan kita." pujuk Khairul, Nasuha tersenyum kecil. Dia mendekati Khairul kemudian memeluknya dan terus melepaskan Khairul semula."Jumpa esok." Nasuha perlahan-lahan terbang ke udara semula, Khairul melambai tangannya perlahan."Ah, ya. Jumpa esok, Nasuha." balas Khairul. Nasuha mengangguk kemudian terbang pergi, Khairul memerhatinya sehinggalah Nasuha hilang dari pandangan.***Wanita yang memakai kot putih dan bertudung dengan warna yang sama sedang menaiki tangga sebuah apartment. Dia mengeluarkan kunci kemudian membuka pintu rumahnya, dia segera masuk, membuka kasut dan berjalan ke arah ruang tamu.Jam menunjukkan 11.45 malam, wanita itu membuka kot putihnya, tangansedia untuk membuka pin tudungnya namun tiba-tiba tingkap balkoninya diketuk empat kali, wanita itu terus bergerak ke arah balkoni dan membuka tingkap."Hei...As-Assalammualaikum." Lelaki Bertopeng sedang duduk di pagar balkoninya, kelihatan dia sedang menutup luka di tepi badannya dan hidungnya mengalir dengan darah serta bibirnya pecah."Waalaikummusalam...Berapa lama kau tunggu?" soal wanita itu, Lelaki Bertopeng tersenyum saja kemudian turun dari pagar balkoni, dia hampir terjatuh namun wanita itu menangkapnya.Lelaki Bertopeng itu terbaring di sofa ruang tamu wanita itu. Terdapat kecederaan di tepi badannya, di peha dan wajah. Wanita itu duduk di samping Lelaki Bertopeng, dia meletakkan tangannya di luka tepi badan Lelaki Bertopeng.Cahaya hijau terpancar dari tapak tangannya, pancaran cahaya itu memulihkan luka dengan pantasnya. Lelaki Bertopeng menghembuskan nafas lega selepas kecederaannya itu menghilang, wanita itu meletakkan pula tangannya pada kecederaan lainnya, memulihkan lelaki itu sepenuhnya."Terima kasih, Aisyah...Maaflah susahkan." kata Lelaki Bertopeng, Aisyah mengeluarkan dua paket mie segera dari almari. Lelaki Bertopeng berdiri dari sofa dan bergerak ke arah balkoni."Hei, marilah makan dulu. Maggie jelah aku ada sekarang." tawar Aisyah, Lelaki Bertopeng menoleh padanya kemudian tersenyum kecil."Baiklah-baiklah...Tak elok tolak tawaran orang yang nak bagi kita makanan percuma." balas Lelaki Bertopeng sambil berjalan ke arah Aisyah.Mereka duduk makan bersama di dapur rumah Aisyah, Lelaki Bertopeng membuka bahagian bawah topengnya menunjukkan dia mempunyai misai dan janggut yang nipis. Aisyah memerhatinya saja sedang dia makan."Terima kasih lagi sekali. Hati-hati kat luar sana. Nampaknya tekaan aku tepat. Ada Mutants yang bekerja dengan White Tigers, berkemungkinan mereka berada di pangkat tertinggi juga..." kata Lelaki Bertopeng, dia memanjat pagar balkoni rumah Aisyah."Sama-sama dan kau pun sama. Jangan pergi mati pula." pesan Aisyah."Hahaha. Asalkan kau ada...Aku takkan mati lagi." balas Lelaki Bertopeng, Aisyah mengeluh saja mendengar kata-katanya itu."Baiklah. Aku pergi dulu." Lelaki Bertopeng itu meloncat dari balkoni rumah Aisyah, kelihatan dengan kuasanya, dia dapat mengumpulkan tenaga biru yang kelihatan di badannya melalui urat-urat yang bercahaya.Dia mendarat di atas bangunan lain tanpa masalah dan dia meneruskan perlariannya. Aisyah menutup tingkap balkoni rumahnya dan berjalan pula ke ruang tamu, dia terduduk di sofanya dan mengalih ke tepi, terdapat kesan darah Lelaki Bertopeng."Aku pukul dia lain kali dia datang lagi, habis sofa aku." keluh Aisyah sendirian di ruang tamunya yang hanya diterangi mentol yang kecil.Lelaki Bertopeng sedang memerhati bandar Klang yang gelap dari bangunan yang tinggi, iris matanya bercahaya biru sedang dia melihat sekeliling, matanya membuatkan dia dapat melihat di dalam gelap.Kelihatan polis sedang berkumpul di sebuah kawasan, mereka memberkas beberapa lelaki dan membawa keluar kontena-kontena. Kelihatan di dalam kontena itu terdapat dadah dan bangkai Strays. Seorang anggota polis menoleh ke atas, Lelaki Bertopeng sudah hilang dari tempatnya tadi.Jenayah berleluasa hasil tangan polis penuh mengendali kes Strays dan Mutants di luar sana. Kumpulan-kumpulan penjenayah dan samseng mengambil peluang untuk melakukan aktiviti mereka, malah gunakan Strays sebagai senjata.Tetapi yang berdiri diantara kealpaan dan keamanan di bandar ni ialah aku. Kuasa Mutant yang aku terima ini, ianya tanggungjawab aku...Untuk pastikan, bandar di mana aku dibesarkan, tempat aku belajar, tempat dimana orang aku sayangi berada terus selamat. Akulah Lelaki Bertopeng yang akan hantui penjenayah-penjenayah.