Kelihatan kanak-kanak lelaki sedang bermain bola di padang, kanak-kanak wanita sedang mengejar sesama sendiri dan bermain di taman permainan. Lelaki yang berkaca mata sedang memerhati mereka di tangga surau yang berhadapan dengan taman permainan itu, senyuman terukir di wajahnya.Dia teringatkan akan semasa dia kecil, dia juga pernah bermain di taman permainan itu dan bermain bola bersama rakan-rakannya yang lain. Pintu surau terbuka, seorang lelaki berjanggut, berjubah dan berkopiah keluar."Assalammualaikum, Ustaz Umar." tegur lelaki berkaca mata itu, dia terus berdiri dan tersenyum memandang Ustaz Umar."Waalaikummusalam, Ali." balas Ustaz Umar, dia juga tersenyum memandang Ali."Apa yang terjadi kat luar sana sangat menakutkan tapi Alhamdullilah, semua anak-anak selamat di sini. Penjaga lain semuanya setuju untuk kuarantin di sini jadi kita dapat uruskan anak-anak semua dengan baik." cerita Ustaz Umar sedang dia dan Ali berjalan melalui perumahan anak yatim itu."Sekolah saya pun dah tutup. Sekarang ni tengah tunggu Menteri Pendidikan, katanya kelas akan dijalankan secara online..." balas Ali."Takpe ke kamu datang sini walaupun sedang kuarantin sekarang?" soal Ustaz Umar."Asalnya keluar untuk beli barang. Kebetulan je lalu sini, saya nak datang jenguk. Dah lama tak tanya khabar semua." kata Ali, Ustaz Umar menepuk bahunya."Baiklah, ustaz faham."Aku membesar di sini selepas ayah meninggal dunia. Ustaz Umar ialah kawan baik ayah, dia jaga aku seperti anak sendiri tapi dia tak memilih kasih. Bagi aku, Ustaz Umarlah ayah aku...Sentiasa menyokong, sentiasa berada bersama aku semasa semuanya susah. Mengajar aku pelbagai benda pasal kehidupan dan agama..."Oh! Ali!" tegur salah seorang penjaga yang berada di dapur."Kari ayam? Nampak sedap." puji Ali."Marilah makan sekali nanti." ajak penjaga itu."Baik-baik, mestilah." balas Ali.Waktu malam pun tiba, kelihatan anak-anak terus bergerak ke bangunan rumah untuk mandi. Ali kembali ke surau bersama Ustaz Umar."Allahuakbar! Allahuakbar!" Azan berkumandang, beberapa anak-anak memasuki surau, ada yang berlari dan bermain juga namun seorang penjaga lelaki menegur mereka, Ali tergelak melihat mereka."Bismillahirahmanirahim..." Ali menjadi Imam semasa solat maghrib berjemaah.Selepas solat, mereka berkumpul pula di dewan makan. Ali duduk di meja bulat bersama Ustaz Umar dan penjaga lain. Seorang wanita berkaca mata dan sedikit tua duduk di tepi Ali."Tengoklah anak Ustazah seorang ni..." tegur wanita tua itu."Ustazah Hajah, ustazah sihat?" tanya Ali, dia kelihatan ceria."Alhamdullilah...Sihat orang tualah, Ali." balas Ustazah Hajar.Inilah keluarga aku, keluarga besar aku. Orang-orang yang aku kena pertahankan.Berjumpa dengan mereka sekarang ni...ialah untuk aku kuatkan lagi keazaman aku."Terima kasih untuk hari ni, ustaz." Ali dan Ustaz Umar sedang berjalan ke arah tempat parkir kereta bersama."Bila-bila masa, nak.""Ustaz, saya ada soalan...""Apa dia?""Ustaz tahu pasal ke Lelaki Bertopeng betul tak?""Oh ya, ada masuk surat khabar. Ustaz ada baca.""Bagi ustaz, apa yang dia lakukan berdosa ke? Tak dinafikan, dia tangkap penjenayah kumpulan samseng tu betul tapi cara dia...Pukul orang, sampai patahkan kaki bagai, tindakan dia betul ke? Saya tertanya je..." soal Ali, mereka berdua berhenti di tepi kereta kelabu milik Ali."Hum. Soalan macam tu, hukum apa yang dia lakukan tak terang jawapannya. Tapi bagi ustaz, kalau betul dia ada kuasa dan dia gunakannya demi kebaikan. Itu ialah tindakan yang benar. Sebagai muslim, kita kena cegah kejahatan." terang Ustaz Umar, Ali mengangguk faham saja."Ustaz pun ada nak tanya, kamu ada dengar apa-apa dari Danielle?." tanya Ustaz Umar. Ali teringat akan semasa dia dan Ustaz Umar berjumpa dengan Danielle, dia dalam keadaan murung, rumahnya bersepah, dia kurus kering dan lemah."Lepas haritu, saya pun lost contact dengan dia.Kita dah cuba tolong tapi dia tak nak capai tangan kita." balas Ali."Oh, begitu." pinta Ustaz Umar."Kalau saya ada dengar apa-apa, Insyaallah, saya akan bagitau." kata Ali, dia dan Ustaz Umar bersalam tangan.Mutants dan Strays. Bermutasi bawah tekanan yang tinggi, yang membezakan nasib kau menjadi rasaksa atau kekal manusia ialah...sama ada kau boleh kemahuan sendiri atau tak...Danielle, mana kau hilang? Berharap sangat...kau berada di tempat yang lebih baik sekarang."Vurgh! Urgh!" seekor Strays berupa tikur gergasi dengan tanduk sedang berada di dalam sangkar yang besar dan dijaga dua orang lelaki yang bersenjata api. Di sebuah bangunan kilang yang ditinggalkan, kelihatan operasi pengagihan senjata haram sedang dilakukan, beberapa lelaki sedang menyimpan senjata-senjata di dalam kontena.Ada juga sekumpulan lelaki yang membawa dadah yang berbentuk debu putih di dalam paket plastik dan kumpulan lelaki yang mengurus badan-badan Strays yang terbunuh, mereka mengambil organ dan darah makhluk-makhluk itu."Hanya dalam masa beberapa bulan, aku jatuhkan semua kumpulan kongsi gelap di Malaysia. Ambil semua operasi mereka di seluruh Malaysia...Apa lelaki bertopeng dan berbaju ketat tu fikir dia boleh buat untuk hentikan aku?" kata seorang lelaki berambut putih dan mempunyai parut tiga cakaran pada pipi kanannya, iris matanya kuning dan terbentuk seperti mata kucing. Dia memakai kemeja hitam dan duduk di dalam sebuah bilik pejabat yang kecil."Tak boleh nafikan juga, Lelaki Bertopeng tu banyak rugikan kita dan humbat orang-orang kita masuk penjara. Pihak polis pun tahu yang kita curi barangan anggota polis yang ketinggalan selepas pertarungan dan curi bangkai Strays." terang pula lelaki berambut hitam dan mempunyai penutup mata di mata kanannya."Tangan pihak polis masih penuh dengan kes Strays, kita tak perlu risaukan mereka sangat, Alex. Kita akan hancurkan Lelaki Bertopeng, tak kisahlah sama ada dia Mutant." balas lelaki berambut putih itu."Faham, Encik White." balas Alex. White meletakkan kedua-dua tangannya dengan riak wajah bengis.Tiada sesiapa akan ambil semua yang aku bina ni. Tiada sesiapa akan bunuh aku...Tiada sesiapa akan hentikan aku lagi.Tak kisahlah kumpulan Mutants yang cuba jadi superhero tu ataupun Mutant yang fikir hanya disebabkan dia punyai kuasa, dia boleh ubah sesuatu hanya sendirian.Empayar yang aku bina ini takkan tumpas sebegitu saja...White sedang berjalan diikuti Alex, dia memasuki satu bilik yang dipenuhi dengan organ-organ Strays. Di dalam bilik itu, terdapat seorang lelaki berambut serabai dan berkot putih yang kotor dan berlumuran darah."Kau dapat jadikan Mutant?" soal White pada lelaki berambut serabai itu."Sel-sel dia dah berubah, tak pasti sama ada dia Stray atau Mutant sekarang ni lagi. Nak cuba tengok, bos?" jawab lelaki itu."Lakukannya." balas White. Di hadapannya, kelihatan budak lelaki berambut kelabu, terdapat banyak kesan jahit di sekeliling badannya. Kedua-dua tangan dan kakinya serta tengkuknya dikunci gari besi yang berada di katilnya.Lelaki berambut serabai itu membuka gari-gari besi itu kemudian mencucuk budak lelaki itu dengan sejenis suntikan dadah.Mata budak lelaki itu terus terbuka, dia mengangkat badannya kemudian melihat kedua-dua tapak tangannya dan badannya yang penuh dengan jahitan."Tunjukan kepada aku, budak. Apa mutasi kau?" soal White. Budak lelaki itu menggenggam tangannya, dua bilah pedang keluar dari lengannya diikuti bilah-bilah pisau yang kecil tumbuh dari sekeliling badannya."Aku modelkan mutasi dia sama seperti salah seorang ahli kumpulan Mutants yang lawan Stray dan membantu polis hari itu. Kita ada beberapa Strays yang punyai bilah pedang dan pisau tumbuh pada badannya. Mutasi ini senang nak ditiru, hanya letakkan saja bahagian badan Strays yang buatkan dia boleh keluarkan senjata dari badan dia." terang lelaki berambut serabai dengan bangganya."Apa kau rasa budak?" tanya White kepada budak lelaki itu."Tak rasa apa-apa...Aku tak sakit...Tak macam sebelum ni..." kata budak lelaki itu."Bayar hutang ayah kau yang tak berguna tu dengan jadi menjadi aku...Eric." White menjeling Eric tajam, Eric menoleh ke arahnya dengan pandangan yang kosong."Baik...""Tembak!" Beberapa lelaki sedang melepaskan tembakan dari pistol dan senapang automatik berkali-kali, Lelaki Bertopeng menyorok di belakang dinding, dia melihat sekeliling. Terdapat beberapa batang besi berada di lantai, Lelaki Bertopeng segera mengambilnya.Dia mengumpulkan aura tenaga birunya pada kedua-dua batang besi di tangannya, kakinya juga berurat dan bercahaya biru. Lelaki Bertopeng menyepak dinding di belakangnya, menyebabkan serpihan batu berterbangan bersama debu yang membuat lelaki-lelaki yang menembaknya berhenti menembak.Lelaki Bertopeng menuju laju ke arah salah seorang daripada penyerangnya, dia memukul senapang automatik penyerang itu. Aura biru yang berkumpul di batang besinya menyebabkan senapang itu bengkok.Dia memukul pula peha lelaki itu menyebabkan dia terjatuh ke lantai dan meraung kesakitan. Lelaki Bertopeng membaling pula batang besinya, senjatanya itu melantun beberapa kali di sekeliling sebelum menghentak dada seorang lagi penyerang."A-Apa jadi!?" keluh seorang lelaki yang masih sedarkan diri, Lelaki Bertopeng tiba-tiba menerjahnya, memukul tangan dan menjatuhkannya ke lantai."Arrghhh!" Dia meraung kesakitan, tangannya patah hasil terkena batang besi yang dikuatkan aura biru tadi."Bagitau aku, apa korang buat dengan badan rasaksa yang korang curi? Mana markas korang?!" jerit Lelaki Bertopeng, cuba memaksa informasi daripada lelaki yang dijatuhkannya."Pergi mampus!" balas lelaki itu, Lelaki Bertopeng mematahkan pula tangan kirinya menggunakan batang besi."Ugrh! Sial!""Ada banyak lagi tulang kau aku boleh patahkan...""Aku-Aku tak tahu! Aku tak tahu apa-apa! Aku penghantar barang je! White Tigers bukannya ada satu markas je! Mereka ada banyak! Ada satu dekat hujung Klang, dengan pelabuhan Klang! Bangunan lama, dulu kilang." Lelaki yang kesakitan itu terdesak, Lelaki Bertopeng terus menumbuknya pula membuatkan dia terus pengsan."Bangkai Stray, hah..." Lelaki Bertopeng kotak yang berada di situ, terdapat badan Stray berupa wanita dengan wajah yang berbentuk hodoh dan bergigi tajam tidak terurus."Kenapa kau tembak dron aku yang ikut kau, Ali?" Kedengaran suara lelaki, Ali terus menoleh ke belakang dengan menggenggam kedua-dua tangannya, Sui'ra memunculkan dirinya di belakang Ali. Senyuman terukir di wajahnya."Kau- Kenapa kau kat sini?" soal Ali."Jawab soalan aku dulu.""Kau gila ke, biarkan kau perhatikan aku? Kalau kebanyakan Mutants tahu, mereka akan hancurkan juga dron kau." balas Ali."Dron tu tak sepatutnya diketahui pun dan aku tak sangka dah ada Mutant yang boleh hancurkannya. Kau memang dah berkuasa sekarang, Ali." kata Sui'ra."Apa kau nak?" Ali kembali menyoal."Aku nak bagitau kau, aku dah hantar dron baru untuk perhatikan kau, jangan hancurkannya. Aku bukannya nak masuk campur pun hal kau, macam yang aku bagitau, aku hanya nak perhatikan manusia, Mutants dan Strays hanya untuk eksperimen. Aku takkan kacau apa yang korang nak lakukan, atau masuk campur." terang Sui'ra, Ali mengeluarkan tenaga kuasanya, urat biru bercahaya kelihatan melalui kedua-dua tangannya walaupun dia menutupnya dengan pakaian."Jangan haraplah aku percayakan kau.""Ikut kaulah...Kau hancurkan dron aku pun, aku hantar yang baru je lagi sekali. Oh ya, aku ada cadangan untuk kau. Nampaknya kau dah semakin dekat dengan pertarungan kau dengan White Tigers. Kau tahu mereka ada Mutants dan Strays, kau perlukan bantuan...Kau akan mati cuba lawan mereka sendirian." Sui'ra mengangkat jari telunjuknya, dia menghalakannya pula ke arah Ali."Apa kau nak cuba cakapkan ni?""Kau perlukan bantuan, dari Mutants yang hampir sama macam kau. Kau pastinya tahu pasal kumpulan Mutants yang beroperasi di sekeliling Selangor dan Kuala Lumpur betul tak? Mereka gelar kumpulan mereka, HOPE. Daripada apa yang aku nampak, mereka dan kau ada kehendak yang sama...Mempertahankan kemanusiaan..." Sui'ra menggerakkan tapak tangannya, hologram keluar menunjukkan semua ahli HOPE dan pertarungan mereka antara Strays lain."Aku ingat...kau tak nak masuk campur?" soal Ali lagi."Aku bagi kau cadangan hanya sebab aku nak lihat saja. Peperangan Mutants, pertarungan besar-besaran antara Mutants dan Mutants lain. Di negera luar Malaysia, rakan-rakan aku tunjukkan pertarungan Mutants dan Mutants lain yang berlaku...Ianya menarik, pelbagai yang terjadi...Aku nak lihatnya sendiri depan mata aku-" Sebelum sempat Sui'ra menghabiskan ayatnya, Ali cuba menumbuknya namun dia terus menghilang."Kenapa manusia takde adab semasa orang bercakap ya? Kau kena tunggu dia habiskan ayat dulu sebelum menyerang." keluh Sui'ra, dia tiba-tiba berada di belakang Ali."Kau fikir aku akan setuju dengan cadangan kau? Kau bodoh! Perlawanan ni perlawanan aku!" Ali cuba menyerang Sui'ra lagi, dia melepaskan tumbukan berkali-kali, setiap hayunan dan impak serangannya menghasilkan getaran dan angin yang kuat namun Sui'ra dapat menepis semuanya tanpa masalah dan tidak tercedera sedikit pun."Hum...Kau kuat, mungkin kau seorang pun dah cukup nak kalahkan White Tigers dengan kekuatan macam ni." Sui'ra mendekatkan wajahnya dengan Ali, dia menepuk dada Ali dengan perlahan namun Ali terpelanting jauh daripadanya."Argh!" Ali terduduk lemah, bahagian yang ditepuk Sui'ra mengoyakkan pakaiannya dan menyebabkan ia merah dan keungguan, Ali termuntah darah, seluruh badannya menggeletar."Masih tak cukup kuat lagi untuk jadi makhluk yang terkuat..." kata Sui'ra, pandangan Ali semakin kabur dan tidak terjatuh ke lantai.Aku...mati ke?Semua benda...rasa sejuk...Ya Allah...Aku..."Bangunlah...Bangunlah...Bangunlah..." keluh Aisyah berkali-kali, mata Ali terbuka, bibirnya bergerak sedikit."Kau terjaga!" Aisyah segera melihat Ali dengan wajah yang risau, Ali melihat sekeliling, dia sedang berada di ruang tamu rumah Aisyah."Ap-Apa? Macam mana aku..." Ali memegang kepalanya sendiri."Alien tu...Dia bagi kau dekat aku. Apa terjadi?" soal Aisyah, Ali menyentuh bahagian wajahnya, dia masih memakai topengnya, nafas lega dihembusnya."Aku...cuba lawan dia...Sedar-sedar je, aku kena tepuk dengan dia...dan..." Ali menyentuh dadanya, kelihatan ia sudah pulih sepenuhnya."Tepuk kau? Takkanlah tepuk hancurkan tulang rusuk kau?" keluh Aisyah, Ali mengeluh kecil."Benda tu...memang berkuasa. Serangan aku pun langsung tak sakitkan dia." balas Ali, dia mengangkat badannya,cuba untuk berdiri."Hei...Uhm...Ah, aku tak tahu nak panggil kau apa lagi..." Aisyah celaru, Ali kembali duduk di tepinya."Maaf aku buat kau risau." pujuk Ali, Aisyah memandangnya kemudian terus berdiri dan menyilang tangannya."Aku tak tahu siapa kau. Hanya pernah nampak mulut kau je...Tapi aku kisahkan kau, aku nampak apa yang kau lakukan...Orang-orang yang kau pertahankan. Aku kenal kau tapi aku tak kenal kau langsung jugak pada masa sama..." terang Aisyah, dia bergerak ke hujung dan ke hujung lain di ruang tamunya."Kau seorang je orang macam aku yang aku tahu...Mutant macam aku. Dengar ni, kalau kau hormat hubungan kita berdua ni...hormat aku sebagai rakan...Bagitau aku, siapa kau?" tanya Aisyah, Ali pun berdiri, dia memandang Aisyah dengan lamanya."Aisyah aku...""Jangan bagi alasan bodoh pasal nak pertahankan aku atau apa-apa benda macam tu...Pilih, nak terus tipu aku atau jujur!" marah Aisyah, Ali terkaku seketika.Kedua-dua tangannya bergerak ke arah topengnya, mata Aisyah terbuka luas, Ali membuka topengnya, mendedahkan identitinya kepada Aisyah."Nama aku Ali." kata Ali, Aisyah memerhati wajahnya kemudian tergelak kecil."Ah- Kenapa kau gelak?" soal Ali."Takdelah...Fuh...dramatik sungguh tadi. Itu je." Aisyah akhirnya bertenang, Ali tersenyum pahit."Bagitau aku lagi pasal diri kau." pinta Aisyah."Panjang ceritanya..." keluh Ali."Takde masalah esok aku cuti." balas Aisyah dengan senyuman.