Kawalan penting. Kalau tangan kau tak dapat capai dan kawal kehidupan kau. Hanya kehidupan yang kosong saja yang kau akan lalui.Hanya menjadi patung.Kelihatan beberapa orang sedang berada di hadapan komputer masing-masing dan menaip pelbagai benda, ada yang sedang memeriksa kod, ada yang sedang berbincang dengan rakan sekerjanya.Syakir berada di tempat duduknya, bersepah dan sendirian. Dia kelihatan lesu dengan mata yang sedikit lebam, Syakir menekan butang dan memuat naik fail-failnya. Nafas yang panjang terhembus dan dia menyandarkan kepalanya.Setiap hari membosankan. Jadi patung untuk syarikat yang sikit pun tak kisah pasal kau."Salah, salah, salah! Berapa kali nak buat kesilapan macam ni!" marah seorang lelaki tua yang berkaca mata, Syakir sedang berdiri di hadapannya bersama beberapa rakan sekerjanya, salah seorang perempuan di situ kelihatan gerun dan menangis teresak-esak.Kenapa seseorang yang bodoh tak tahu apa-apa yang kawal kami? Aku...Rakan sekerja aku, kami semua punyai kemahiran yang lebih bagus daripada sampah ni tapi kenapa dia yang jadi bos kami?Hanya sebab dia dah tua dan buncit? Hanya sebab dia tua sedikit dan ada pengalaman lebih dua ke tiga tahun daripada kitorang?Aku bencinya...Dikawal oleh orang lemah dan bodoh.Rasanya masa itulah...Semasa malam aku pulang dari kerja selepas di bingitkan telinga dari sampah tu...Hujan partikel berwarna-warna turun dari langit, Syakir memandang langit, matanya yang lesu kepenatan seperti diterangi cahaya-cahaya partikel itu.Aku takkan hidup macam ni lagi. Hidup bawah kawalan orang bodoh."Bunuh diri kau..." arah Syakir.Lelaki tua berkaca mata berjalan ke arah hujung bumbung bangunan tempat kerjanya, Syakir memerhatinya saja. Dia memanjat pagar bumbung itu dan terus terjun, wayar dari jari jemari Syakir juga terbuka sejurus lelaki itu terjun."Apa- Ah! Ahhhhh!" Jeritan lelaki itu diikuti dengan bunyi daging berlanggar dengan besi dan lantai yang keras. Syakir berjalan ke hadapan, lelaki berkaca mata itu sudah mati dan kepalanya hancur berkecai, senyuman sinis terukir di wajah Syakir.Kuasa ni...memang satu nikmat..."Dapat kuasa dan kau terus gunakannya untuk bunuh manusia lain? Kau memang tamak untuk seorang manusia?" tegur seseorang, Syakir terus menoleh ke belakang dengan riak wajah terkejut.Sui'ra sedang terbang di belakangnya, rambut perangnya yang panjang berterbangan di udara. Syakir terus melancarkan wayar-wayarnya ke arah Sui'ra.Wayar-wayar itu terus ditangkap Sui'ra dan Syakir tidak dapat mengambil dan menggerakkannya semula. Sui'ra memerhati wayar itu kemudian melepaskannya, Syakir ke belakang dan mengambil semula wayarnya."Aku faham kuasa dan kehendak kau, Syakir." kata Sui'ra."Macam mana kau tahu?" soal Syakir yang keliru."Aku tahu semua Mutants dan Strays yang ada di Bumi ni...Kau tak nak hidup bawah kawalan sesiapa lagi betul tak? Caranya satu saja, jadi makhluk terkuat di galaksi dan tiada sesiapa akan kawal kau." terang Sui'ra sambil menundingkan jarinya ke arah langit.Jadi makhluk terkuat? Jangan haraplah aku dapat jadi macam tu tapi sekurang-kurangnya, aku takkan biarkan sesiapa pilih lagi untuk aku...Syakir sedang memasukkan wayar-wayarnya ke dalam laptop, kelihatan dia sedang menggodam beberapa akaun bank dan menggerakkan duit."Kopi untuk kau." Lilly menyerahkan cawan berisi kopi panas kepada Syakir."Hum..." Syakir mengambil cawan kopi itu, menghirupnya dan fokus semula kepada kerjanya."Penampakan 'Lelaki Bertopeng'. Beberapa rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki bertopeng yang menangkap ahli kumpulan samseng yang dipercayai sebagai ahli kumpulan samseng 'The White Tigers' yang baru-baru ini semakin berleluasa. Rakaman CCTV menunjukkan lelaki bertopeng dapat mengeluarkan cahaya dari tangannya dan menghasilkan tenaga yang kuat, merosakkan dinding dan CCTV..." Berita sedang bermain di televisyen, Lilly duduk di hadapan dan menontonnya, Syakir juga tertarik dengan topik berita itu, dia mengangkat wajahnya untuk menonton sekali."Siapakah Lelaki Bertopeng? Adakah dia sebahagian daripada kumpulan 'manusia berkuasa' yang pihak berkuasa percaya wujud dan sedang membanteras rasaksa-rasaksa mutasi di luar sana?""Mutant-mutant bodoh yang cuba jadi superhero? Mereka ni akan menyusahkan saja Mutants macam kita yang hanya nak hidup secara tersembunyi." keluh Syakir sambil menghembus nafasnya."Sekurang-kurangnya mereka guna kuasa mereka demi kebaikan. Tengoklah kau, kumpul duit banyak-banyak untuk apa? Akhirnya kau tak gunakannya pun." balas Lilly, Syakir tersenyum kecil."Kau sepatutnya bersyukur yang aku pilih kau sebagai alat aku, Lilly. Masa depan dunia dah terang...Semua benda akan jadi huru hara, aku kumpul resources yang akan pastikan aku bertahan apabila semua benda hancur nanti." terang Syakir."Tak rasa aku ada dalam pengiraan kau tu." tegur Lilly, Syakir kembali memandang laptopnya."Sedarlah tempat kau, alat.""Lelaki Bertopeng..." Semua ahli HOPE sedang berkumpul mengelilingi Nasuha dan Khairul, sama-sama menonton video yang berada di telefon Nasuha. Ianya pertarungan antara 'lelaki bertopeng', dia membelasah beberapa laki dan apabila seorang lelaki cuba menembaknya, lelaki bertopeng mengeluarkan tenaga yang kuat sehingga sekitar kawasan itu hancur dan rakaman CCTV terhenti."Nampaknya ada Mutant yang mula munculkan diri macam kita." kata Khalid."Akak Rose pun kata lepas kes Lelaki Bertopeng ni, kumpulan khas dari polis dan tentera yang dia katakan dah didirikan untuk siasat Mutant mula beroperasi sekarang." balas Nasuha pula."Aku ada fikirkan idea untuk pecahkan kumpulan kepada tiga pula, satu kumpulan untuk mengesan Mutant lain, kumpulan kedua untuk basmi Strays dan satu kumpulan untuk lihat pergerakan kumpulan khas pihak berkuasa..." cadang Khalid, dia mengangkat jari telunjuknya."Kumpulan pengesan Mutant lain, Mei dan aku. Kami berdua dah cukup. Kumpulan pembasmi Strays, aku serahkan kepada Khairul, Nasuha dan Kyoko, korang bertiga ada sinergi baik. Kumpulan ketiga, Chyou dan Mikael, kuasa Chyou buatkan korang susah nak dikesan dan pengalaman Mikael boleh tolong kita untuk perhatikan pergerakan mereka dengan lebih efektif. Macam mana korang? Setuju dengan plan aku?" terang Khalid panjang lebar, semua ahli HOPE mendengar dengan fokusnya."Ianya plan yang baik. Aku setuju." balas Mikael."Aku setuju. Aku suka tak payah buat kerja yang gunakan otak sangat dan hanya basmi Strays saja..." Kyoko mengangkat tangannya dan tersenyum."Chyou okay bekerjasama dengan Mikael?" tanya Mei."Saya...Saya okay je, kakak. Asalkan Khalid jagakan kakak dengan baik, aku okay je." balas Chyou."Kadang-kadang kasih sayang kau pada kakak kau agak menyeramkan." tegur Kyoko, Chyou mengendahkannya saja."Jangan risau, Chyou. Aku jaga kakak kau ketat-ketat." kata Khalid sambil mengangkat ibu jarinya, Mei menyiku bahu Khalid perlahan."Apa maksud kau tu, hah?""Haha...Takde apalah...""Saya setuju!""Aku setuju..." Nasuha dan Khairul serentak bersetuju, Kyoko memandang mereka kemudian tersenyum."Korang setuju je kan selagi boleh duduk bawah ketiak masing-masing?" perli Kyoko, Nasuha mengalihkan pandangannya saja dengan senyuman janggal."Ya...Lebih kuranglah." kata Khairul."Eh...Oh untuk jadi muda dan penuh kasih sayang~ Aku cemburu." Kyoko meneruskan perliannya, kepala Khairul berkerut, tidak dapat melayan Kyoko lagi."Sudah tu...Sudah." pinta Nasuha yang malu.Semua ahli HOPE mula bergerak bersama ahli kumpulan masing-masing."Kuasa kau ni...agak memeningkan..." keluh Mikael selepas berkali-kali di teleportkan oleh Chyou untuk bergerak."Kau akan biasakan diri." balas Chyou, Mikael menghembuskan nafas panjang."Ya...Baik-baik...""Lelaki Bertopeng, nampaknya dia selalu hentikan jenayah di sekeliling Klang, Shah Alam dan Puchong. Dia malah kacau operasi kumpulan samseng The White Tigers. Kalau kita nak cari seseorang yang ada objektif hampir dekat dengan kita, aku rasa dia orang yang kita boleh minta untuk sertai kita." terang Mei sedang dia membaca beberapa artikel tentang 'Lelaki Bertopeng', Khalid sedang memandu Furioswheels yang bergerak sangat pantas sehingga tidak dapat ditangkap rakaman kamera dan CCTV namun dalam pandangan mereka, namun di dalam kereta itu, semua yang berada di luar tingkap bergerak dengan perlahan membuatkan dia dapat mengawalnya dengan baik."Masalahnya penampakan dia masa malam je, kan? Maksudnya dia bergerak hanya pada masa tu je...Mungkin kita kena balik lambat sikit kalau nak dapatkan peluang berjumpa dengan dia." cadang Khalid.Sementara itu, Nasuha dan Kyoko terbang di udara namun sambil Nasuha membawa Khairul di dalam bebola cahaya. Khairul melihat sekeliling, menggunakan penglihatannya untuk mencari Strays dari jauh."Takde kawasan kuarantin di Cheras, hah? Haish...Penat lama-lama terbang." Akhirnya mereka bertiga berehat seketika di bumbung sebuah bangunan apartment, Kyoko mengurut bahunya sendiri."Kita mungkin dah boleh pergi ke bandar lain pulak." cadang Khairul."Rasa janggal pulak bila tengok masih ada banyak kenderaan atas jalan raya." kata Nasuha, memikirkan kebanyakan bandar Wilayah Persekutuan dan Selangor yang kelihatan kosong dan tidak terlalu banyak kereta berada di atas jalan raya hasil kuarantin.Tiba-tiba perut seseorang berbunyi, Khairul dan Kyoko terus memandang Nasuha."Kenapa korang pandang aku dulu?!" geram Nasuha."Nasuha...Kau seorang je yang selalu snacking masa kerja pun. Lapar je memanjang." balas Kyoko, Nasuha terdiam dan mengalihkan pandangannya."Kita bukaklah kostum kita, jom pergi bawah cari makan." cadang Khairul."Jom." Nasuha dan Kyoko setuju tanpa berfikir panjang. Selepas membuka kostum dan memakai pakaian biasa mereka, mereka bertiga berjalan di sekeliling bandar Cheras."Nampaknya taktik pagar Cheras dan elakkan orang masuk keluar dari bandar ni sekarang agak efektif. Aku tak percaya boleh nampak ramai orang dalam masa-masa macam ni..." kata Kyoko sedang mereka bertiga berjalan, kelihatan ramai orang berada di bangunan-bangunan kedai di sekeliling jalan."Tengoklah, polis pun merata." kata Khairul pula, kelihatan anggota polis yang memakai perisai berada di merata tempat, mereka memeriksa orang dan meronda."Di Malaysia sekarang hanya beberapa bandar saja yang selamat. Rasanya tak perlu terkejut sangat kenapa Kuala Lumpur tempat yang teruk dengan kes Strays paling banyak...tapi bandar Ipoh dan Kelantan pun tengah teruk sekarang." cerita Kyoko, Nasuha berhenti di hadapan sebuah kedai, matanya bercahaya."Wah, tak silap aku ni kedai yang viral tu, kan?" kata Nasuha, Kyoko dan Khairul menoleh kearah kedai yang dikatakannya itu. Ianya restoran bertemakan Korea."Semua yang Korea dengan ada cheese viral kat Malaysia..." keluh Kyoko."Jom makan sini." ajak Nasuha."Aku okay je." balas Khairul.Mereka bertiga memasuki restoran itu, Kyoko duduk bersebelahan Nasuha dan Khairul duduk di hadapan mereka. Seorang pelayan memberikan menu kepada mereka."Ap-...Aku tak boleh baca semua ni..." keluh Khairul, dia menoleh ke hadapan."Kita cuba yang ni nak?" tanya Nasuha kepada Kyoko."Tapi dia punya ayam korea pun nampak sedap..."Khairul tersenyum saja melihat wajah Nasuha yang teruja. Selepas setengah jam, mereka pun habis makan."Takpe ke kau bayarkan? Dahlah kau tak makan apa sangat dalam tu tadi..." Nasuha kelihatan risau."Aku ada duit." balas Khairul."Itu bukan masalahnya...Haih, hutang masa kita lari pun masih belum terlunas. Sorrylah aku ajak pergi kedai makan yang takde banyak pilihan untuk kau." keluh Nasuha, Khairul meletakkan tangannya di atas kepala Nasuha."Jangan cakap macam tu. Aku yang nak belanja kau dan lupakan jelah hutang-hutang masa lari tu. Kau lagi penting dari duit aku. Aku boleh dapat duit bila-bila masa. Masyuk kot kerja gerai burger. Walaupun kena tukar jadi delivery sebab kuarantin, ah...Aku rindu motor aku." terang Khairul, Nasuha memandang saja dia dengan senyuman.Kyoko yang berjalan di belakang mereka menghembuskan nafas penat."Janganlah menunjuk depan aku..." keluh Kyoko sendirian."Ahhh! Ada rasaksa!" Tiba-tiba terdengarnya jeritan, kelihatan orang ramai sedang melarikan diri mereka. Khairul, Nasuha dan Kyoko segera bergerak ke hadapan kemudian tersedar yang mereka tidak memakai kostum mereka."Baiklah...Korang mungkin tak suka aku buat ni, tapi terpaksa." kata Kyoko. Dia menggunakan kuasanya, dengan sepantas kilat, dia mengubah pakaian mereka kepada kostum mereka."Fuh...Maaf." keluh Kyoko."Itu tak penting sekarang, mari cepat tolong." balas Khairul. Orang ramai yang panik mengendahkan saja tiga orang berkostum yang ke hadapan untuk melihat apa yang terjadi, beberapa bunyi tembakan kedengaran."Ke belakang!" arah seorang anggota polis, kelihatan darah berlumuran di merata tempat. Khairul mengeluarkan kedua-dua bilah pedangnya, Nasuha terbang ke udara dan Kyoko mengekori Khairul dari belakang."Kau tipu! Tipu! Tipu! Kata nak kahwin dengan aku! Ahhhh! Tipu!" jerit Stray yang berupa seorang wanita yang berambut panjang namun bawah badannya telah berubah menjadi kaki labah-labah, di bawahnya terdapat mayat lelaki yang terbelah dan seorang anggota polis yang cedera parah.Dua anggota polis yang tinggal panik, mereka hanya ke belakang saja. Tidak tahu apa yang ingin dilakukan, walaupun ditembak beberapa kali, Stray itu masih hidup dengan darah mengalir dari luka tembak di dahinya."Serahkan kepada kami, pergi dari sini!" kata Nasuha, dua anggota polis itu menoleh ke arah langit. Kelihatan Nasuha yang sedang terbang dan terang bercahaya, tanpa berfikir panjang, mereka pergi dari situ.Beberapa orang ramai mulai sedar akan kehadiran mereka dan ada yang merakam, Khairul menyediakan dirinya untuk menyerang."Mari selesaikan ni dengan cepat." kata Kyoko.Khairul terus melompat ke hadapan, Stray itu mengelak tikaman Khairul, dia memuntahkan sarang labah-labah yang menyebabkan Khairul melekat ke dinding. Sebelum sempat Stray itu menyerang Khairul, Kyoko mencelah, dia dapat menyambar Stray itu dengan kilat yang banyak, menghentikan pergerakkan makhluk itu."Star Beam!" Nasuha pula melepaskan pancaran Star Beam yang sederhana, Strays itu tertolak masuk ke dalam kedai emas."Semua orang tipu! Tipu!" Masih jerit Stray itu, Khairul mengeluarkan dirinya daripada sarang labah-labah itu dan bergegas ke arah Strays itu semula, mereka bertiga mengepung nya di kedai yang sempit itu.Beberapa sarang labah-labah dimuntahkan makhluk itu namun Nasuha mencipta perisai cahaya yang menepis semua sarang itu, Kyoko dengan pantasnya membawa Khairul ke arah belakang makhluk itu."Maaflah..." Khairul memancung kepala Stray itu.Badan Stray itu terjatuh ke lantai sedang kepalanya bergolek, darah terpercik ke merata tempat dan terkena pada kostum Khairul dan bilah pedangnya.Dengan segeranya, Kyoko menggunakan kuasa kilatnya lagi untuk membawa mereka bertiga pergi dari situ dengan pantasnya. Anggota polis mula melihat apa yang terjadi, mereka keliru di mana hilangnya ketiga-tiga orang berkuasa tadi.Di kalangan orang ramai yang berada di situ ialah Syakir dan Lilly. Lilly merakam apa yang terjadi, dia mengakhiri rakamannya dan terus menurunkan telefonnya."Mereka lalu Cheras juga, hah..." kata Syakir."Laju betul. Telefon aku tak dapat rakam semua yang terjadi." keluh Lilly."Seorang ada kuasa kilat, seorang lagi ada bilah pedang keluar dari lengan dia...lepastu ada yang terbang dan boleh tembak tenaga cahaya. Mereka tak tinggalkan kerja mereka dengan cara bersih." Syakir menganalisis apa yang terjadi, Lilly menoleh kearahnya."Mereka kuat.""Aku tahu. Sebab itulah mereka berguna. Dapat salah seorang daripada diorang jadi alat aku, terutamanya yang ada kuasa kilat tu..." Syakir tersenyum sinis."Kau dapat letak pengesan tu pada perempuan yang terbang tadi, kan?" tanya Syakir sedang dia dan Lilly berjalan pergi."Ya..." balas Lilly.Kembali kepada kumpulan Khairul, terdapat biji benih yang kecil melekat di pakaian kostum Nasuha. Mereka bertiga sedang berada di bumbung bangunan lagi, Nasuha sedang menggunakan kuasanya untuk mengewapkan darah di kostum Khairul membuatkan ia hilang."Banyak orang rakam tadi. Haih...tapi takkan nak biarkan je tadi? Ada dua polis je dengan pistol kecil." keluh Kyoko, dia terduduk."Kita kena tolong. Tidak lagi banyak orang akan mati." kata Khairul, Kyoko mengangguk saja."Kau okay, Khai? Stray tadi, dia nampak macam baru jadi Stray, masih ada banyak rupa manusia..." tanya Nasuha dengan riak wajah risau."Aku okay. Cumanya itulah...Aku harap dia mati dengan cepat supaya dia tak sakit." kata Khairul sambil melihat saja kedua-dua bilah pedangnya.Kuasa aku tak macam orang lain. Mereka ada cara lain untuk gunakan kuasa mereka tetapi apa yang aku ada, hanyalah senjata.Senjata untuk membunuh.Aku seorang saja yang patut kotorkan tangan aku.Nasuha terpaksa kotorkan tangan dia untuk pertahankan aku dari orang tua aku...Sekurang-kurangnya aku balas balik dengan tak biarkan dia kotorkan lagi tangan dia."Mereka nampaknya berehat sekarang ni. Kemungkinan tengah penat." kata Lilly, Syakir melangkah ke hadapan, dia melihat ke arah bumbung bangunan apartment di hadapannya."HOPE, aku tak tertarik langsung dengan tujuan kumpulan korang tapi tipulah kalau kuasa-kuasa Mutant yang korang punyai tak tarik perhatian aku. Korang pastinya akan ganggu plan aku satu masa nanti...Sebelum itu terjadi, aku akan kawal korang." Syakir mengeluarkan wayar-wayar dari setiap jari-jarinya.Impian hanyalah perjalanan yang bunuh kau saja.