Telefon berdering dengan kuatnya, Kyoko terjaga dari tidur sedang air liur basi mengalir dari mulutnya. Tangannya cuba mencapai telefon yang masih berdering ditepi katil, namun dia tidak dapat mencapainya beberapa kali."Ah, bising!" Kyoko menggunakan kuasa kilatnya untuk menarik telefon mendekatinya namun ia bergerak terlalu laju sehingga berlanggar dengan wajahnya sendiri."Aduh..." keluh Kyoko, dia menutup deringan telefonnya kemudian melihat pada skrin, telefonnya kepanasan dan analog baterinya seumpama kerosakkan."Ter...overcharge..." kata Kyoko sebelum kembali menutup wajahnya pada bantal.Memenatkan betul jadi 'superhero' ni...Baru dapat cuti sekejap pun, rasa tak cukup. Perlawanan sebelum ni gunakan banyak gila tenaga kuasa aku. Badan aku kepenatan.Macam manalah aku berada di sini? Hanya sebab breakup yang buruk...Kyoko berjalan ke arah tandas, dia melihat wajahnya di cermin, rambutnya serabai dan matanya sedikit lebam.Wajah aku masa haritu...Lagi teruk rasanya.Kyoko memandang cermin, air mata masih membasahi wajahnya dan menyebabkan solekannya habis cair mengikuti air matanya. Rambut Kyoko tak terurus dan hidungnya berair.Dia keluar dari tandas dan terus membuka laptop serta telefonnya, dia menghantar mesej sambil menulis e-mail. Kelihatan sudah banyak mesej yang dihantarnya namun tidak berbalas, e-mail yang ditulisnya juga panjang lebar.Aku nak lakukan semuanya. Semua benda supaya kau nampak aku semula...Dapat perhatian kau semula."Kau dengan aku dah takde apa-apa dah, Kyoko." kata seorang lelaki yang memakai hoodie dan berambut coklat. Kyoko terkaku mendengar kata-katanya itu, mereka berdua sedang berada di tengah-tengah jalan yang bercahaya, orang ramai sedang berjalan disekeliling."Apa?""Aku tak rasa kita boleh teruskan hubungan ni...Maaflah, aku tak suka kau dah." Lelaki itu mengalihkan pandangannya dan berjalan pergi, Kyoko melangkah kehadapan cuba mencapainya."Tunggu! Naufal! Nau-" Kyoko terjatuh, kakinya lemah. Semua yang berjalan di sekeliling Kyoko mengendahkannya saja, Naufal pula semakin jauh, langsung tidak memandang Kyoko semula.Aku tak cukup laju untuk kejar dia semula masa tu."Apa tu?""Tengok kat langit...""Tengok tu, Mama! Waah!"Hujan partikel berwarna-warni turun di kawasan itu, orang ramai yang berada di situ ada yang keliru, ada yang terpesona, ada yang melarikan diri dan membuka payung."Pandanglah...belakang balik, Naufal..." Kyoko hanya menangis saja di lantai sedang beberapa partikel itu terkena padanya dan menyerap masuk. Dia tenggelam di dalam perasaannya sehingga apa yang terjadi tidak disedarinya.Aku kenal Naufal semasa baru-baru datang Malaysia. Dia kawan pertama aku di sini, walaupun kami berbeza kursus tetapi kami tetap rapat.Sedar-sedar saja, kami makin rapat dan mula bercinta.Biasalah, hanya sebuah kisah cinta generik kolej.Tapi entahlah kenapa aku tak boleh lepaskan dia...Hari ke hari aku jadi obses...Aku nak dia pandang aku semula."Kenapa, Naufal?" tegur seorang rakan lelaki Naufal semasa mereka berjalan dan Naufal terhenti langkah selepas melihat telefonnya."Takde apalah. Jomlah pergi makan, aku serius lapar." kata Naufal sambil kembali berjalan di belakang rakannya itu, dia sempat menghantar mesej sebelum menyimpan telefonnya semula.'Berhenti mesej aku, kau dah gila.''Aku block kau.'"Tak! Tak! Tak..." Kyoko cemas, dia terduduk lemah di lantai kemudian merangkak ke arah katilnya. Dia menarik selimut dan menggigit tilamnya sendiri.Aku tak salahkan dia...Bila aku pandang balik masa-masa tu, aku takde hak nak hukum sesiapa yang tak boleh hadap kesusahan yang mereka terima. Aku pun lemah gila.Hanya cinta bodoh kolej je buat aku macam ni..."Kenapa charger ni? Ah..." keluh Kyoko, dia berkali-kali cuba caj telefonnya namun kabelnya tidak berfungsi. Dia melihat skrin telefonnya, bateri hanya tinggal 5 peratus saja.Kyoko berlari keluar dari apartmentnya, menuju koridor dan menuruni tangga. Sedang dia bergegas itu, dia menghantar mesej berkali-kali kepada Naufal menggunakan nombor baru.You : Tolonglah jumpa dengan aku. Aku janji takkan menggila. Aku janji dengar apa kau nak cakap.You : Nak kau cakap je kenapa kau berubah perasaan. Aku nak faham kau je. Aku sayangkan kau, Naufal...You : Tolonglah pandang aku balik...Telefonnya mati, Kyoko sedang berada ditengah-tengah jalan dan disinari lampu jalan. Dia menekan butang telefonnya beberapa kali, skrin tidak terbuka, jarinya menekan butang semakin laju. Lama kelamaan, kedua-dua tangannya pula menggenggam telefonnya dan dia menggoncangkannya beberapa kali sedang jari menekan setiap butang yang ada."Tolonglah...Tolonglah...Tolonglah, tolonglah, tolonglah! Naufal! Tolonglah!" pinta Nasuha berkali-kali, tiba-tiba renjatan elektrik yang kecil terhasil dari jari jemarinya namun dia masih belum perasan.Renjata elektrik berkali-kali tercetus sehinggalah perlahan-lahan Kyoko terangkat sedikit diudara, dia dikelilingi tenaga elektrik. Kilat yang kuat tersambar dari tangannya dan terkena pada telefonnya menyebabkan skrinnya terbuka, apabila Kyoko tersedar, dia sudah berada di udara."Huh?! Apa! T-Tolong!" pinta Kyoko, dia panik dan kuasa kilatnya berkali-kali menyambar menyebabkan dia kekal di udara walaupun hampir terjatuh beberapa kali.Kuasa Mutant aku teraktif...Masa tu aku memang tak tahu nak buat apa atau cara nak kawalnya, aku tersangkut di udara dan menembak kilat ke sana dan ke sini.Menyebabkan tiang-tiang elektrik disekeliling kawasan itu meletup dan rosak. Rasanya aku terus bergerak malam itu hampir setengah jam sehinggalah..."Bertenang! Kami nak tolong kau!" jerit Khalid yang memakai perisai Beast Tiger, dia diteleportkan oleh Chyou ke situ dan cuba mencapai Kyoko.Kyoko yang keliru dan sedang menangis melihat saja dia, tangannya perlahan mencapai semula tangan Khalid sambil melepaskan telefonnya dari genggaman dan biarkan ia jatuh.Aku bertemu dengan mereka."Kyoko?" Mei memandang Kyoko dengan wajah terkejut, kelihatan Kyoko sedang berada di pangkuan Khalid, tidak sedarkan diri dan badannya sedikit terbakar hasil kuasa kilatnya."Kau kenal dia, Mei?" soal Khalid."Dia sama kolej dengan kitalah, kami sama kursus..." balas Mei, dia menurunkan juga badannnya kemudian memeriksa keadaan Kyoko."Dunia ni kecil, hah? Nasiblah kita sempat...Badan dia terbakar sebab kuasa dia sendiri." kata Khalid, Mei mengangguk faham."Kau selamat sekarang, Kyoko. Serahkannya pada kami." pujuk Mei sedang mata Kyoko terbuka dengan perlahan."Mei..." kata dia perlahan.Takkan aku pernah bayangkan aku lakukan apa yang aku lakukan sekarang ataupun bersama dengan mereka ni sekarang tapi inilah kehidupan aku sekarang. Dan ianya taklah teruk mana.Asap rokok terhembus ke udara, kelihatan Mikael sedang duduk di halaman depan rumah Mei, Kyoko memandangnya pelik."Kau sedar anak buah-anak buah kau tengah cari kau sekarang betul tak?" tegur Kyoko."Takkan aku nak merokok dalam rumah pulak?" soal semula Mikael, Kyoko mengeluh kecil."Jadi macam mana kau sekarang? Serius kau dah bersedia lepas semua yang terjadi?" tanya Kyoko, mengendahkan jawapan memerli Mikael."Takde masalah. Sekarang ni bukannya masa aku nak menangis lama-lama atas katil disebabkan kesilapan lama aku." terang Mikael, Kyoko tersenyum pahit."Memang tengah menerima kehidupan sebagai 'superhero' sekarang, hah?" perli Kyoko."Aku takde pilihan. Samalah macam semua orang betul tak?" balas Mikael."Mungkin." Kyoko meletakkan tangannya di pinggang."Oh, hey, Kyoko." tegur Mei yang berjalan keluar dari rumahnya sambil tersenyum kecil, Kyoko mengangkat tangannya."Hi, Mei. Mana boss?" soal Kyoko."Ada sini." Khalid keluar pula menyusuli Mei, mereka semua berkumpul di halaman rumah Mei."Jadi dua main couple kita belum sampai lagilah?" tanya Kyoko."Main couple? Khairul dengan Nasuha ke? Hahaha...Jangan bagi Khairul dengar apa kau cakap." balas Khalid."Diorang couple ke?" soal Mei yang keliru."Takdelah tapi hei, diorang obviously ada feelings for each other." kata Kyoko, Mei meletakkan tangannya di dagu."Perasaan Khairul dan Nasuha, ianya sesuatu yang indah. Semasa aku berada di dalam minda mereka, aku nampak pelbagai benda buruk yang mereka hadapi. Diorang lagi muda dari kita, tetapi hati mereka kuat. Bagi aku ianya sesuatu yang indah, kalau mereka bercinta pastinya mereka sesuai untuk sesama sendiri..." Mei tersenyum sambil meletakkan tangan di dadanya, Kyoko memandangnya dengan riak wajah pelik."Aku hampir lupa yang kau nampak macam-macam rahsia kami, Mei." keluh Kyoko."Aku takkan ceritakan rahsia-rahsia buruk tu. Aku janji." balas Mei."Nasiblah kau orang yang baik." puji Kyoko."Uhm...Jadi apa yang kau fikirkan, Nasuha? Kau rasa kau sesuai dengan Khairul ke?" Khalid menoleh ke arah pagar dengan senyuman. Semua yang berada di situ menoleh ke arah pagar, kelihatan Nasuha sedang memerhati mereka namun bahunya terangkat apabila Khalid tiba-tiba menegurnya."Kami bukan macam tu. Kami budak-budak lagi, tak sedia-tak sedia." Nasuha berjalan k earah mereka sambil mengangkat kedua-dua tangannya."Betul tu, Nasuha. Bercinta ni hanya akan sakitkan kau je, jangan bercinta dulu. Kecualilah kalau kau rasa kau betul-betul sayang dia dan dia betul-betul sayangkan kau dan nak kahwinkan kau...Tidak sakit sia-sia je." pesan Kyoko sambil memeluk perlahan tengkuk Nasuha."Eh?" Nasuha janggal."Kyoko...Jangan dump trauma kau dekat Nasuha." tegur Khalid.Mikael memerhati saja mereka sambil terus menghisap rokoknya.Apa benda diorang sembang pun aku tak faham langsung...Akhirnya selepas seketika, Khairul pun tiba dan HOPE memulakan rondaan mereka. Kumpulan pertama, Khalid, Mei dan Chyou. Kumpulan kedua, Khairul, Nasuha, Kyoko dan Mikael.Mikael mencipta kostumnya sendiri menggunakan kuasanya, dia mencipta kot hitam dan topeng berubah burung. Nasuha membawa dia dan Khairul terbang sedang Kyoko mengekori ditepinya."Kau tak boleh cipta sayap untuk terbang pula? Kostum dah macam burung." tegur Khairul."Aku dah pernah cuba tapi aku tak dapat terbang dengan kuasa aku dan tema kostum aku bukannya burung tapi Plague Doctor, ini cadangan dari Khalid dan Mei sebelum ni." keluh Mikael."Semasa kita tak aktif, ada beberapa kes Strays berbahaya tambah pula dengan kemungkinan Mutants lain yang berada di luar sana...Akak Rose pun ada bagitau pasal kumpulan tentera yang sedang cari Mutants sekarang jadi kena lebih berhati-hati." terang Nasuha."Kalau kita jatuh pada tangan tentera dan kerajaan, kita hanya akan jadi bahan eksperimen atau senjata. Aku nampak sendiri apa mereka buat dengan badan-badan Strays yang mereka dapatkan. Krisis ni memang dah semakin teruk..." kata pula Mikael."Samalah macam apa yang Akak Rose katakan." balas Khairul.Kalau nak percayakan kata-kata Sui'ra, kemungkinan besar dengan seberapa banyak badan Strays kerajaan dapatkan pun, mereka takkan faham sepenuhnya Mutant Cell.Akan tiba masa, populasi Mutant akan jadi banyak dan tak dapat menyorok lagi. Pada masa tu...Apalah nasib dunia ni?"Mutant lain? Hahaha, ramai sebenarnya di luar sana. Itu baru yang aku tahu, ada juga yang aku tak tahu. Kalau kau tanya aku, kemungkinan dua peratus manusia di Malaysia ialah Mutant sekarang, tiga peratus pula sudah jadi Strays..." kata Sui'ra kepada seorang perempuan berambut hitam dengan garisan hijau dan lelaki yang memakai jaket kelabu."Kau tahu pasal HOPE? Mereka kumpulan Mutants yang sedang berada di luar sana dan sedang basmi banyak Strays, menolong pihak berkuasa. Aku kenal mereka, kawan-kawan aku." tambah Sui'ra lagi."Aku ada tengok video-video di internet. Jadi mereka memang betul-betul wujud. " kata perempuan rambut bergaris itu."Siapa kisah? Asalkan mereka tak kacau kita, mereka takde makna bagi aku." kata pula lelaki berjaket kelabu sambil dia berjalan pergi dahulu, meninggalkan Sui'ra dan perempuan yang bersamanya."Syakir!" panggil perempuan itu."Cepat jelah, Lilly. " balas Syakir sedang dia semakin hilang dari pandangan, Lilly mengeluh kecil."Apapun, aku cadangkan korang untuk bergabung dengan HOPE, mereka boleh bantu korang luaskan lagi kemampuan Mutant korang." cadang Sui'ra."Tak rasa Syakir nak berkumpulan dengan sesiapa..." keluh Lilly."Tapi dia bersama dengan kau?""Aku hanyalah alat dia saja..." Lilly mengalihkan pandangannya, mata berubah sayu."Humm?" Sui'ra memerhatinya saja kemudian menyandarkan kepalanya pada sofa."Uh...Terima kasih, Sui'ra...Bagitahu kami pasal kumpulan Mutants tu." kata Lilly, Sui'ra kembali memandangnya dengan senyuman terukir di wajah."Sama-sama, kawan. Jumpa lagi." balas Sui'ra, Lilly berjalan pergi, dia melajukan langkahnya untuk mengejar Syakir. Sui'ra meletakkan tangannya di dagu kemudian memikirkan tentang kata-kata Lilly."Aku hanyalah alat dia saja..."Puas ke hidup macam tu je? Manusia memang pelik.Khairul dan Mikael sedang bertarung dengan seekor Strays yang berupa manusia dengan sifat-sifat burung gagak. Ia berkali-kali cuba mematuk mereka berdua dengan pantas, namun Khairul dan Mikael dapat mengelak setiap serangannya.Mikael menangkap kepala makhluk itu dengan kuasa bayangnya membenarkan Khairul untuk memancung kepala Strays itu.Pada masa yang sama, Kyoko dan Nasuha juga sedang bertarung dengan Strays yang berbentuk seperti ulat dengan mulut bulat yang berisi beribu gigi. Kyoko memajak makhluk itu pada dinding menggunakan kilatnya kemudian Nasuha menggunakan Star Slash untuk membelah kepala makhluk itu dan ia terus mati."Huh..." Nasuha menghembuskan nafas panjang, dia kelihatan tidak selesa melihat darah yang terkena pada kostumnya."Dua ekor Strays ni...Mereka seumpama bekerjasama, ianya akan mengerikan." kata Kyoko, Mikael dan Khairul berjalan mendekati mereka."Korang...tengok tu." tegur Khairul, dia kelihatan gerun apabila menoleh ke arah yang dilihatnya. Semua menoleh ke arah yang ditunjuk Khairul, terdapat beberapa mayat berada di situ.Mereka sedang berada di sebuah bangunan yang masih sedang dibina, mayat-mayat yang berada di situ ialah pekerja pembinaan itu."Huk!" Nasuha hampir muntah, Khairul terus melihat keadaannya sedang Mikael dan Kyoko memeriksa keadaan mayat-mayat yang berada di situ."Tak silap aku, Strays yang burung tu ada menjerit kata pasal 'Buat lagi elok kerja! Semua pemalas!'. Ada kemungkinan Strays tu supervisor mereka ni dan dia bunuh pekerja-pekerja dia..." cerita Mikael, Kyoko mengeluh kecil."Patutlah ada bau pelik dari tadi...Benda macam ni selalu terjadi dalam kes Strays, seorang tak puas hati atau terlalu marah, hilang diri mereka dan bunuh orang mereka marahkan." kata Kyoko."Kau okay?" soal Mikael."Aku okay...Bukan pertama ka-" Tiba-tiba Kyoko pengsa pula, Mikael menangkapnya sebelum dia terjatuh ke lantai."Kyoko!" Mikael terkejut."Mari bawa mereka keluar, sekarang!" arah Khairul sedang dia mendukung pula Nasuha yang kelihatan mual dan lemah.Khairul melompat dari bangunan itu sedang Mikael pula mencipta payung yang besar membuatkan dia dapat meluncur melalui udara. Mereka mendarat di bangunan yang berdekatan, Khairul meletakkan Nasuha dengan perlahan sedang Mikael membaringkan Kyoko."Maaflah...Aku...Tak tahan tengok..." keluh Nasuha."Takpe, aku ada. Bertenang je, kita dah pergi dari situ." pesan Khairul, dia meletakkan tangannya di belakang badan Nasuha."Ergh..." Kyoko juga terjaga semula, Mikael melihat pula keadaannya."Kau pengsan." kata Mikael."Ya aku tahu...Ah...Pening...Kita rehat jap, time off." pinta Kyoko."Baiklah." Mikael berjalan pergi dari Kyoko sambil mengeluarkan kotak rokoknya, dia mengeluarkan seputung dan terus membakarnya."Khairul, kau okay?" tanya Nasuha."Aku okay, cumanya ada rasa mual jugak tadi." balas Khairul, Nasuha tersenyum pahit."Nasiblah kau kuat...Maaflah lemah tengok semua tu tadi." kata Nasuha."Respon kau lagi normal dari aku." keluh Khairul.Mikael memerhati mereka berdua dari jauh, dia duduk di hujung bumbung bangunan kemudian menghembuskan asap rokoknya.Tak kisahlah sama ada perlawanan ni mungkin sia-sia. Kumpulan ni ialah rumah untuk mereka, untuk aku juga sekarang...Aku takkan ulang kesilapan aku lagi. Takkan pinggirkan orang yang perlukan aku lagi.