"Stray yang dibasmi hari ini, empat Strays, dua dari setiap kumpulan. Penampakan Mutants lain, tiada." Mei memberitahu hasil rondaan mereka pada hari itu, semua ahli HOPE sudah membuka kostum mereka dan memakai pakaian biasa.
"Ada masa beberapa kali, aku dapat kesan Mutant tetapi ianya samar-samar. Mutants tak keluarkan aura yang sama seperti Strays, aura kita lebih kecil dan hanya boleh dikesan secara dekat jadi pencarian Mutants lain agak sukar walaupun dengan kuasa aku." terang Mei
"Takpelah, kita akan fikirkan cara nak kesan Mutant lain esok hari pula. Buat masa ni, terima kasih semua, korang semua buat terbaik hari ni. Kita teruskan kerja kita esok." kata Khalid kepada semua ahli HOPE dengan senyuman."Macam mana hari pertama jadi superhero?" tanya Kyoko, dia dan Mikael sedang berjalan bersama keluar dari rumah Mei, Mikael membakar seputung rokok kemudian menghembuskannya."Terasa macam aku hanya tukar unit polis saja. Still kena kerja bawah panas, cuba masuk akalkan situasi yang tak masuk akal dan...nampak macam-macam benda teruk." balas Mikael, Kyoko tergelak kecil mendengar kata-kata dan reaksi Mikael."Pandangan menarik." kata dia.Khairul dan Nasuha pula berjalan keluar, mereka bergerak ke arah Mikael dan Kyoko."Jumpa esok, Akak Kyoko...Encik Mikael." tegur Nasuha sambil mengangkat tangannya."Puff! Encik Mikael? Hahaha..." Kyoko tergelak lagi, Mikael memandangnya saja dengan pandangan penat."Apa yang lawaknya?""Takdelah...Aduh...Kau tak faham. Janggal betul kau panggil dia 'encik'. Panggil pakcik je dia ni alang-alang." perli Kyoko lagi."Sudahlah tu." Mikael menyepak kaki Kyoko perlahan membuatkan dia hampir terjatuh."Panggil je aku Mikael." pesan Mikael."Ah, baik." Nasuha mengangguk faham saja."Aku kena gerak jugak, dah kata dengan Hazim aku akan tolong dia lepas selesai kerja sini..." kata Khairul pula."Kau dapat balik kerja gerai burger kau?""Ya." Khairul tersenyum, dia dan Nasuha pergi meninggalkan Kyoko dan Mikael."Aku balik juga. Jumpa esok, 'Pakcik Mikael'." Kyoko menjeler lidahnya kemudian terbang pergi dengan kuasa kilatnya, dia hilang dari pandangan dalam sekelip mata saja. Mikael menghembuskan asap rokoknya dan mengangkat kedua-dua bahunya."Aku boleh tolong hantar kau ke sana." tawar Nasuha."Uhm...tapi...Hazim tak tahu lagi pasal Mutants, aku tak cerita apa-apa." balas Khairul."Alah, aku turunkan kau dekat-dekat dengan taman kita jelah." pujuk Nasuha lagi, Khairul akhirnya mengalah dan menerima saja tawaran Nasuha.Mereka berdua terbang di udara, Nasuha kelihatan seperti komet yang melalui langit malam. Khairul melihat bandar dari jauh, tidak terlalu banyak kereta berada di atas jalan raya dan kebanyakan lampu bangunan tertutup membuatkan bandar kelihatan sedikit suram."Kita berhenti jap sini." kata Nasuha."Huh?"Sedar-sedar saja, Nasuha membawa dirinya dan Khairul mendarat di sebuah jambatan. Ianya jambatan di mana Khairul menyelamatkan Nasuha sebelum ini."Hehe...Aku perasan dan sengaja nak tengok kejap." keluh Nasuha, dia berjalan ke arah pagar jambatan kemudian menyentuhnya. Senyuman pahit terukir di wajah, Khairul mendekatinya, dia menghembuskan nafas panjang."Dah lama rasanya tak ke sini. Aku selalu pergi ke sini bila aku tak terasa nak tengok muka ayah aku." kata Khairul."Kenapa?" soal Nasuha."Kat sinilah, aku dengan ibu aku kemalangan." balas Khairul, riak wajah Nasuha terus berubah terkejut dan cemas."A-Aku tak bermaksud nak kau ingat benda-benda buruk! Aku sorry..." Nasuha tertunduk sedikit, Khairul tersenyum saja."Jangan risaulah, aku okay je. Aku datang ke sini pun bukannya sebab nak rasa sedih. Aku mahukan peringatan je. Aku dapat peluang kedua...Tak banyak orang dapat peluang macam aku, hidup lepas kemalangan macam tu. Doktor kata peluang untuk aku hidup kecil tapi aku hidup juga akhirnya." terang Khairul, Nasuha memandang saja Khairul, angin malam bertiup dan menerbangkan sedikit rambut mereka. Mata Nasuha fokus pada parut-parut yang berada di wajah, tengkuk dan telinganya."Dulu terasa berat sangat untuk teruskan hidup, aku tertanya...'Apa maknanya aku hidup lepas kemalangan tu, kenapa aku tak mati?'." Riak wajah Khairul berubah sayu sedikit sedang senyumannya berubah pahit juga."Khai..." Nasuha juga kelihatan sedih melihat wajah Khairul."Tapi, kehidupan aku dah berubah sekarang. Tiba-tiba semua benda yang terasa besar bagi aku dulu, terasa kecil sangat. Sedar-sedar, aku lawan dengan rasaksa, ada makhluk asing kat Bumi ni...Entah macam-macam benda kita hadap bersama. Walaupun macam tu, masih ada bahagian diri aku yang tersekat kat sini." Khairul kembali ceria semula, dia memandang Nasuha dan dia terus terdiam melihat betapa fokusnya Nasuha memandangnya pada masa itu."Khai, aku-" panggil Nasuha namun apabila Khairul melihatnya, dia terkedu dan menggenggam tangannya."Perasaan Khairul dan Nasuha, ianya sesuatu yang indah. Semasa aku berada di dalam minda mereka, aku nampak pelbagai benda buruk yang mereka hadapi. Diorang lagi muda dari kita, tetapi hati mereka kuat.""Bercinta ni hanya akan sakitkan kau je, jangan bercinta dulu...Kecualilah kalau kau rasa kau betul-betul sayang dia dan dia betul-betul sayangkan kau."Oh, Khairul...Macam mana aku nak cakap dengan kau?Seseorang macam aku, layak ke bersama kau? Semua yang kita hadapi bersama, kau selalu tersakiti, aku menyusahkan, tak kuat macam kau.Kenapa kau baik sangat dengan aku? Kenapa kau jaga aku? Kenapa kau kisahkan aku, pertahankan aku?Aku nak tahu perasaan kau supaya hati aku tak terasa nak koyak macam ni. Tak boleh tahannya lagi, perasaan ni...Aku kena bagitau kau...Khai aku-"Suka..." Nasuha cakap dengan perlahan."Huh?" Khairul kurang dengar, dia mendekatkan wajahnya sedikit dengan Nasuha, mata Nasuha terbuka luas dan wajahnya kemerahan.Memori mereka bersama bermain di minda Nasuha, semasa mereka pertama kali berjumpa di belakang sekolah. Semasa Khairul menyelamatkannya, semasa mereka berlari ke Ipoh bersama, masa-masa mereka bermain dan makan. Semasa mereka berdua terbaring bersama di katil hotel, pertarungan di lebuh raya Ipoh."Tan-Tanpa kau, cahaya harapan... masa dep-pan akan pudar. Sekurang-kurangnya, aku dapat...mati sebagai seseorang ya-yang...baik. Aku buktikan mereka salah!"Khairul, kau hampir mati disebabkan aku. Kuasa aku ni muncul sebab aku nak pertahankan kau juga...Sebab aku..."Khairul, aku-"Khairul memandang saja Nasuha, menunggu apa yang ingin dikatakan dengan setianya. Nasuha menghembuskan nafas panjang.Aku tak nak semua benda ni terlepas lagi dari genggaman aku.Sedang bayangan semasa mereka bersama di sofa rumah Rose, menonton televisyen dan makan bersama. Kedua-dua tangan Nasuha mencapai Khairul dan dia hanya memeluknya dengan perlahan.Pada akhirnya aku pengecut."Nasuha?" Khairul keliru dengan tindakan mengejut Nasuha, pelukannya hanya semakin erat."Siapa aku...bagi kau?" soal Nasuha.Tolonglah cakap. Cakap benda yang aku nak kau cakapkan. Bagitaulah aku...Yang kau sayangkan aku juga, sama macam mana aku sayangkan kau.Khai..."Kau- Nasuha, kau..." Khairul teragak-agak untuk menjawab, wajah Nasuha tenggelam ke dalam pakaian Khairul. Mata Khairul berubah lembut dan tangannya perlahan membelai kepala Nasuha."Kau seseorang yang penting bagi aku. Nasuha, ak-aku sayangkan kau." kata Khairul perlahan sambil membalas pelukan Nasuha."Aku...sayangkan kau jugak, Khai. Dah lama aku rasa macam ni..." balas Nasuha, suaranya kedengaran sedikit serak, Khairul terus melihat keadannya, Nasuha memandang Khairul, dia tersenyum dengan air mata mengalir dari wajahnya."K-Kenapa kau nangis?" Khairul kerisauan."Ini...Ini air mata gembira. Hehe." kata Nasuha, Khairul tersenyum kecil kemudian perlahan-lahan mereka melepaskan pelukan mereka."So-Sorrylah. Kau sembang pasal diri kau...tapi aku jadikannya pasal diri aku pulak." keluh Nasuha."Jangan cakap macam tu...""Hah...Terasa satu beban kurang dari bahu aku..." Nasuha kelihatan lega sambil dia mengelap air matanya, Khairul memproses semua yang terjadi dan telinganya terus kemerahan, dia menoleh ke arah sungai di bawah jambatan kemudian menghembuskan nafas panjang."Jadi...Kenapa tiba-tiba je?" soal Khairul."Entahlah. Aku rasa masanya tepat je? Aku masih pengecut nak cakap dulu." keluh Nasuha, Khairul terdiam saja."Cakap...""Huh?""Cakap pulak dekat aku dulu." pinta Khairul, dia menoleh ke arah Nasuha semula."Oh..." Nasuha terkaku seketika, mereka memandang sesama sendiri agak lama. Nasuha cemas, dia cuba bertenang dengan menepuk kedua-dua pipinya."Fuh...Aku-Aku...Aku sayang-sayangkan kau, Khai..." kata Nasuha tergagap-gagap. Khairul tergelak melihatnya."Kau-Kau gelakkan aku!""Hahaha. Malu betul ya? Haha""K-Kau!" Nasuha menembak dengan Khairul dengan pancaran cahaya yang menolaknya ke belakang sedikit."Ahahaha!" Khairul hanya tergelak lagi, Nasuha juga tergelak kecil melihat reaksi Khairul.Tak pernah nampak Khairul tergelak dan senyum macam tu sebelum ini. Aku lega dapat luahkan perasaan ni.Aku lega..."Maaf lambat." Khairul bergegas ke gerai burger, dia segera mengambil apron dan memakainya."Lepaklah, baru je bukak tadi..." balas Hazim, Khairul bergerak ke arahnya, Hazim memerhatinya saja."Ada sesuatu baik jadi ke, Khai?" tanya Hazim."Huh? Apa maksud kau?" Khairul membuka beberapa paket roti burger dan menyusunnnya. Hazim menyilang tangan dan tersenyum."Hei, apa-apa terjadi...Baguslah untuk kau, Khai. Aku bangga." kata Hazim, Khairul tersenyum kecil."Terima kasih, Hazim." kata Khairul pula, Hazim terkejut melihat reaksi Khairul itu."Kau memang dah berubah, Khai...""Nasuha dah balik." Nasuha berjalan masuk ke dalam rumahnya, dia berjalan ke ruang tamu. Kelihatan Ehsan sedang bekerja di laptopnya, dia perlahan-lahan bergerak ke arah ayahnya kemudian mencucuk Ehsan sedikit menggunakan pancaran cahaya yang kecil."Ah! Oh, Nasuha ke?" Ehsan tersedar."Banyaknya kerja...Jarang nampak ayah bawak kerja ke rumah.""Nak buat macam mana? Office kena kuarantin, terpaksalah kerja kat rumah. Ayah dah makan dulu tadi, ada makanan kat meja makan. Maaf ya, Nasuha...Tak teman Nasuha makan." balas Ensan, Nasuha tersenyum kecil."Takpe ayah, Nasuha pergi mandi dulu baru makan." kata Nasuha kemudian berjalan pergi."Oh, baik." Ehsan terkejut yang Nasuha tiba-tiba tersenyum.Nampaknya dia happy, baguslah.Nasuha terbaring di atas katilnya, dia memeluk bantal kemudian menyepak udara berkali-kali. Dia berguling kemudian berlanggar dengan dinding."Adeh..."Nasuha tersenyum, membayangkan wajah Khairul.Tak sabar nak jumpa Khai esokKelihatan beberapa orang sedang beratur di mesin ATM bank, Syakir memasuki bank itu dan berjalan ke arah barisan itu, selepas seketika, akhirnya tiba masa orang di hadapan Syakir menggunakan mesin ATM.Syakir menggerakkan tangan kanannya ke hadapan, dari setiap jarinya, keluar wayar dengan kepala ular yang kecil dari hujung. Wayar-wayar itu bergerak memasuki pakaian orang di hadapannya."Di luar nanti, kau akan bagi semua duit kau pada perempuan berambut panjang dan bergaris hijau. Kau akan lupakan apa yang terjadi." kata Syakir, lelaki di hadapannya menggunakan mesin ATM seperti biasa dan dia berjalan keluar, Syakir menarik wayarnya.Sedang lelaki itu berjalan keluar, dia berhenti di hadapan Lilly kemudian memberikan Lilly duitnya. Dia berjalan pergi seumpama tiada apa yang terjadi, Syakir pula berjalan keluar dari bank itu."Berapa?" tanya Syakir."Tak banyak." kata Lilly."Tch...Aku sepatutnya cuba perempuan yang ada banyak emas tadi. Biarlah, kita cuba tempat lain pula." balas Syakir, dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket dan Lilly mengekorinya."Selagi banyak kes Strays, makin banyak lagi bank dan mesin ATM akan tutup. Berapa lama lagi kita boleh teruskan kerja ni?" soal Lilly."Apa yang kau nak cadangkan, Lilly?""Syakir...Ingat apa yang Sui'ra katakan? Kuasa kita ni ada banyak lagi cara untuk gunakannya selain daripada ni. Tambahan, sertai HOPE akan beri kita jalan untuk hentikan Strays.""Kau bodoh kalau kau fikir kumpulan yang berangan nak jadi hero akan ubah apa-apa. Aku takkan tunduk pada sesiapa." kata Syakir, Lilly terdiam saja. Mereka berdua memasuki kereta kelabu bersama, Syakir duduk di belakang sedang Lilly yang membawa kereta."Carilah mana-mana ATM yang bukak lagi, buat je kerja kau, alat." arah Syakir."Baik." Lilly mendengar saja arahannya itu dan memandu pergi dari bank tadi."Kau...nak aku selamatkan kau?"Aku sedang dikepung seekor Stray, kaki dan tangan aku tercedera sebab kena serang dengan kuku dan gigi tajam makhluk itu. Syakir tiba-tiba muncul, dia melihat aku dengan pandangan yang dingin dan senyuman yang sinis."To-Tolong aku!""Cakap yang kau akan jadi alat aku...dan aku selamatkan kau." arah Syakir.Aku keliru namun Stray itu bergerak ke hadapan dan meraung beberapa kali, menunjukkan gigi dan kukunya. Aku terlalu gerun untuk berfikir panjang dan akhirnya..."Aku alat kau! Tolong selamatkan aku!"Dengan pantasnya, Syakir melompat dan mendarat diantara aku dengan Strays itu, dia menghalakan tangannya ke hadapan, beberapa wayar keluar dari jarinya dan memasuki Stray itu."Bunuh diri kau."Stray itu menarik kepalanya sendiri sehingga ia terkoyak dari badannya. Makhluk itu mati dan darah memancut ke merata tempat dan terkena pada wajah Syakir."Baiklah, alat. Aku akan jadikan kau berguna." Syakir menghalakan tangannya pula ke arah aku, wayar-wayar berkepala ular itu mendekati aku.Dengan kuasa kawalannya, dia jadikan aku Mutant secara paksa. Mengawal kehendak dan diri aku...Tiada pilihan lagi bagi aku, tak boleh balik ke keluarga aku kerana aku Mutant sekarang. Tak boleh percayakan pihak berkuasa, kami lihat sendiri apa terjadi pada Strays yang mereka tangkap...Aku terikat.