Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 28 - BAB 25 : MUSUH

Chapter 28 - BAB 25 : MUSUH

"Ada dalam seratus lima puluh anggota dalam Kumpulan Khas tu, separuh ahlinya ialah tentera dan separuh lagi dari PDRM. Tengoklah semua senjata dan alat tu. Nampaknya memang mereka serius nak tangkap atau bunuh Mutants. Dengan apa yang mereka ada ni, mereka memang berbahaya."Chyou dan Mikael menyiasat Kumpulan Khas yang dikatakan Rose. Mereka mendirikan sebuah pangkalan yang kecil di bandar Kuala Lumpur. Menggunakan kuasa Chyou, Mikael dan dia tidak kelihatan, mereka dapat memerhati alatan, senjata dan sekeliling pangkalan Kumpulan Khas itu.Antara senjata yang Kumpulan Khas punyai, pelbagai jenis senapang automatik dan grenade launcer. Alatan pula beberapa pemerangkap berteknologi baru, perisai kalis peluru dan serangan berat serta terdapat juga peta menunjukkan plan pergerakan mereka.Selepas pergi dari pangkalan itu, Mikael dan Chyou menyorok di lorong bangunan yang gelap. Mikael membakar seputung rokok sedang Chyou menyandarkan saja badannya di dinding, asap rokok dihembuskan dan Mikael memikirkan keadaan mereka."Kumpulan Khas mungkin tak punyai teknik untuk kesan dan cari Mutants secara efektif lagi tapi senjata dan alatan yang mereka ada akan buat mereka dapat bunuh kita semua kalau kita lawan balik. Kena fikirkan cara untuk mengelak mereka..." keluh Mikael, Chyou memandang Mikael seketika namun dia kembali melihat ke arah lain."Kau agak pendiam, kalau nak dibandingkan dengan yang lain." tegur Mikael."Takde apa nak cakap je." balas Chyou, Mikael mengangguk faham saja sambil menghembuskan lagi asap rokoknya."Mari cari makan. Aku lapar...Tak sarapan pun tadi." ajak Mikael, dia membaling putung rokoknya yang sudah pendek. Dia menepuk dada Chyou, kostum Mikael yang tercipta dari kuasanya menghilang masuk ke dalam bayangnya."Aku kena bukak kostum dulu." kata Chyou."Aku tunggu kau..." balas Mikael sambil meneruskan langkahnya, Chyou mengeluh kecil."HOPE, aku tak tertarik langsung dengan tujuan kumpulan korang tapi tipulah kalau kuasa-kuasa Mutant yang korang punyai tak tarik perhatian aku. Korang pastinya akan ganggu plan aku satu masa nanti. Sebelum itu terjadi, aku akan kawal korang." Syakir mengeluarkan wayar-wayar dari setiap jari-jarinya. Lilly mengeluarkan beberapa bijih benih dari tapak tangannya, dia menjatuhkan bijih benih-biji benih itu dan semuanya berubah menjadi besar.Apabila bijih benih terbuka, keluarnya beberapa ekor Strays, pelbagai jenis dan bentuk. Ada yang seperti kucing, ada yang berupa manusia dengan mata yang kosong dan mulut yang besar, ada yang berupa manusia dengan perutnya terbuka, seumpama mulut. Syakir memasukkan wayar-wayarnya ke dalam kepala Stray-Stray itu."Serang mereka!" arah Syakir."Khai?" Nasuha kekeliruan apabila Khairul tiba-tiba berdiri dan mengeluarkan kedua-dua bilah pedangnya, bulu romanya naik dan dia kelihatan cemas. Seluruh badan Khairul dapat merasakan tekanan yang kuat."Ada sesuatu tak kena! Kyoko datang ke sini!" kata Khairul, Kyoko dengan pantasnya bergerak kearah Khairul dan Nasuha."Apa dia?" soal Kyoko."Aku dapat kesan sesuatu...Strays? Tiga ekor? Empat ekor?" Khairul juga keliru dengan apa yang terjadi namun Kyoko sudah sedia dengan mengelilingikan badannya dengan tenaga kilat dan Nasuha mencipta perisai cahaya di sekeliling mereka.Lantai bergegar seketika sehinggalah enam ekor Strays memunculkan diri mereka, Stray berupa kucing cuba menerkam Khairul namun perisai Nasuha menolaknya jauh. Kyoko menyambar dua Strays yang menghadapinya namun Stray dengan mulut yang besar memakan serangannya kemudian menyambar mereka semula, lagi sekali, perisai Nasuha dapat menahan serangan balas itu."Kita dikelilingi Strays?!" Kyoko tidak faham bagaimana Strays itu semua dapat bekerjasama, Khairul fokus kepada tiga Strays yang melawannya secara dekat manakala Kyoko fokus pada tiga yang lain, Nasuha terbang ke udara dan membantu mereka berdua, mencipta perisai dan menembak pancaran cahaya.Walaupun dengan bantuan Nasuha, semua Strays ni menyusahkan untuk lawan. Mereka tak macam Strays lain, yang serang melulu. Mereka berhati-hati dan menolong sesama sendiri...Mereka ni Mutants ke?"Mrawr!" Strays yang berupa kucing dapat melukakan dada Khairul namun Khairul membalas balik dengan menikamnya, dia membaling badan Strays kucing itu ke arah kedua-dua Strays yang menyerangnya.Khairul melangkah ke belakang, Nasuha menembak pula kedua-dua Strays yang menyerang Khairul dengan pancaran cahaya yang menolak mereka ke hujung bumbung."Khai! Aku sorry!" Nasuha panik melihat luka besar di dada Khairul."Aku okay! Fokus je!" arah Khairul sedang dua ekor Strays yang menyerangnya kembali, perisai cahaya dapat menghalang serangan mereka, memberi Khairul peluang untuk menikam kepala seekor lagi Stray berupa manusia berkulit biru dan bertelinga lubang ke lantai, menyebabkan kepalanya terbelah.Kyoko mencipta busur kilat dan menembak anak panah kilatnya namun lagi sekali, Strays dengan mulut besar memakannya dan menembak serangan itu semula ke arah Kyoko."Cuba balas ni balik!" Kyoko membesarkan lagi anak panah kilatnya, kali ini anak panah itu tidak dapat di makan Strays bermulut besar dan mengoyakkan seluruh badannya dengan sambaran kilat yang kuat.Tiba-tiba akar pokok yang besar tumbuh dan menangkap Kyoko, mengikat seluruh badannya, Kyoko tidak dapat bergerak dan mengeluarkan kuasa kilatnya hasil akar pokok yang kalis elektrik."Dapat kau." Syakir memunculkan dirinya, wayar-wayarnya bergerak dan memasuki belakang kepala Kyoko."Kau-" Sebelum sempat Kyoko sedar apa yang terjadi, matanya menjadi putih menandakan dia berada di dalam kawalan.Nasuha dapat membunuh Stray terakhir yang dihadapi Khairul dengan menggunakan Star Slash, dia segera ingin melihat keadaan Kyoko namun tiba-tiba dia disambar serangan kilat menyebabkan Nasuha terjatuh ke bawah."Nasuha!" jerit Khairul, risau akan keadaan Nasuha namun dia juga terkena serangan kilat yang menolaknya dan membakar sedikit."Kyo-! Hah..." Khairul keliru, pelik kenapa Kyoko menyerang mereka namun riak wajahnya terus berubah bengis apabila melihat Syakir yang sedang mengawal Kyoko dan dua ekor Strays lagi berada dihadapannya, kelihatan juga Lilly sedang mengawal akar pokok yang panjang dan besar di belakangnya."Pilih, dikawal atau mati." kata Syakir, Khairul mengetap giginya."Aku pilih untuk penggal kepala kau." balas Khairul, perasaannya bercampur kemarahan dan kesedaran tentang apa yang terjadi pada Kyoko dan Nasuha yang diserang Syakir tadi."Jadi matilah! Aku tak perlukan kuasa tak guna macam kau!" Syakir menghantar dua ekor Strays ke arah Khairul."Star Beam!" Nasuha melepaskan Star Beam yang cukup kuat untuk menolak kedua-dua Strays itu jatuh dan terputus kawalan daripada wayar Syakir."Nasuha..." Khairul menoleh ke arah dia seketika."Aku okay. Apa terjadi?" soal Nasuha."Aku tak tahu tapi...dia kawal Kyoko gunakan wayar dari tangan dia tu." balas Khairul, Syakir memerhati mereka berdua kemudian menggerakkan Kyoko terbang diatasnya."Kuasa kau berguna, perempuan. Pilih, dikawal atau mati. Jangan sia-siakan nyawa kau untuk lelaki tak berguna tu." tawar Syakir, Nasuha terus kelihatan marah, kedua-dua matanya bercahaya dan dia kembali terbang."Jangan harap!" balas Nasuha."Merugikan betul." keluh Syakir, dia terus menghantar Kyoko untuk menyerang Nasuha. Kyoko melepaskan anak panah kilat berkali-kali ke arah Nasuha.Nasuha mengelak semua serangan itu dengan terbang pergi dan meletakkan perisai cahaya disekeliling dirinya. Khairul berlari ke arah Syakir dengan kedua-dua bilah pedangnya, dia ingin menerkam Syakir namun beberapa akar yang tajam menuju menghalangnya, memaksa Khairul ke belakang dan mengelak."Maaflah. Aku terpaksa." Lilly menyerang Khairul dengan akar-akar kayunya, Khairul menepis dan memotong semua akar yang dihalakan ke arahnya.Lilly bergerak ke hadapan, dia mengeluarkan biji benih berwarna kelabu kemudian membalingnya, bunga kelabu tumbuh dari biji benih itu dengan pantas dan menghasilkan asap yang menutup pandangan Khairul."Sial!" Khairul terkaku. Badannya dapat mengesan akar-akar tajam yang menuju ke arahnya, Khairul dapat mengelak dan menepis beberapa akar namun satu akar dapat menikam pehanya."Ergh!" Khairul meraung kesakitan, Lilly membaling jatuh dari bangunan apartment itu."Khai!" jerit Nasuha namun serangan Kyoko mengganggunya daripada membantu Khairul.Sedang Khairul jatuh, dia sempat memajakkan kedua-dua bilah pedangnya pada dinding apartment itu. Dia terheret ke bawah dengan lajunya namun lama-kelamaan, Khairul dapat berpaut pada dinding bangunan itu."Hah...Hah...Fuh..." Khairul tercungap-cungap, dia memandang ke atas.Takde masa nak buang! Nasuha perlukan aku!Khairul memanjat dinding bangunan itu dengan kedua-dua bilah pedangnya, darah mengalir keluar dengan banyaknya hasil menampung berat membuat pedang di tangannya membelah diri sendiri. Namun Khairul mengendahkan saja kesakitannya dan memanjat sepantas mungkin, dia melompat dan mendarat semula di bumbung apartment itu."Hidup lagi?" keluh Syakir.Lilly menghantar biji benih berwarna merah ke arah Khairul, cili besar keluar dari biji binih itu, menghasilkan letupan dan letusan api. Khairul mengendahkan saja letupan itu walaupun bahagian bahu kirinya terbakar, Khairul terus menuju pada arah Lilly.Akar tajam yang banyak menuju ke arah Khairul namun dia memotong semuanya dengan mudah kemudian dapat mendekatkan jaraknya dengan Lilly. Khairul memasukkan semula pedangnya ke dalam lengan sebelum menumbuk Lilly tepat di perutnya dengan tangan kanannya.Lilly terpelanting ke belakang, dia menahan dirinya dari jatuh menggunakan akar-akar yang dapat menangkapnya."Urgh...Bleerghh!" Lilly terus muntah selepas terkena tumbukan Khairul, dia terus lemah dan terbaring di atas akarnya."Duduk situ diam-diam!" marah Khairul sebelum dia kembali menyerang Syakir semula. Lilly memerhati saja dia pergi."B...Baik..."Khairul cuba menumbuk Syakir namun wayar-wayar melibas Khairul ke belakang. Syakir berkali-kali melibas wayarnya pada Khairul, akhirnya, Khairul kembali mengeluarkan bilah pedangnya dan cuba memotong wayar Syakir namun dia tidak dapat memotongnya.Libasan yang kuat terkena pada hadapan tengkuk Khairul, membuatkan dia tidak dapat bernafas seketika. Syakir bergerak ke arahnya kemudian menyepak pula Khairul ke tepi, Khairul terheret di lantai."Kau tak dapat bertahan dengan lama lagi betul tak? Serahkan je diri kau pada aku." kata Syakir, dia kembali memandang Nasuha yang menutup seluruh dirinya dengan perisai cahaya, Kyoko pula melepaskan kilat yang tidak berhenti menyambar ke arah Nasuha."Kau tak tahu apa-apa...Bodoh." Nasuha tersenyum. Tiba-tiba kuasa Kyoko terhenti, Syakir keliru pada awalnya namun dia tersedar. Kelihatan kedua-dua tangan Kyoko sedikit terbakar dan dia mengetap giginya."L-Lepaskan aku!" jerit Kyoko, dia cuba menarik wayar Syakir."Ah! Argh!" Kyoko kesakitan cuba menariknya, Syakir membanyakkan lagi wayar yang menusuk belakang kepala Kyoko."Lawan lagi sekali dan kau mati!" kata Syakir namun gangguan Kyoko itu memberi masa yang cukup untuk Nasuha menghalakan kedua-dua tangannya ke arah Syakir."Star Beam!" Pancaran Star Beam menuju laju ke arah Syakir, dia terkena serangan itu, menyebabkan dia tertolak sehingga terpelanting dari bumbung bangunan itu dengan agak jauhnya, wayar-wayarnya yang mengawal Kyoko juga terbuka dan mengikutinya.Ap-Apa? Macam tu je...Aku kalah...Macam tu je?Macam mana dia dapat lawan aku balik pun? Tak masuk akal langsung! Semua ni tak masuk akal! Kuasa aku sepatutnya dapat kawal dia sepenuhnya!Kenapa serangan perempuan elektrik tu langsung tak efektif dekat perempuan cahaya tu! Budak lelaki yang ada kuasa pelik tu pun menyusahkan! Kenapa Lilly kalah dengan dia sebab satu tumbukan je!"Semua ni salah kau Lilly! Salah kau!" jerit Syakir sedang dia terjunam namun dia ditangkap oleh akar-akar dari kuasa Lilly."Aku tahu, aku minta maaf..." keluh Lilly, dia membawa Syakir dan dirinya jauh daripada bangunan apartment itu sepantas mungkin. Nasuha ingin mengejar mereka namun dia teringat akan keadaan Khairul dan Kyoko, dia segera ke arah mereka berdua."Khai!" Nasuha mendarat ditepinya dahulu, Khairul sedang terbaring lemah di lantai, kelihatan kesan libasan masih berada di tengkuknya dan darah mengalir dari luka tikam di pehanya."Apa bendanya tadi tu? Diorang Mutants...Kenapa diorang serang kita?" keluh Kyoko, dia berjalan ke arah Nasuha dan Khairul sambil menutup belakang kepalanya, dia terasa pening yang amat hasil digunakan oleh kuasa Syakir tadi."Jangan risau...Sikit je ni. Aku pernah kena lagi teruk." Khairul tersenyum sedang dia cuba mengangkat badannya semula."Aku tak faham langsung apa yang terjadi. Tiba-tiba je." keluh Nasuha pula, dia menyentuh perlahan kesan libas yang berada di tengkuk Khairul."Uh!" Khairul terasa pedih."So-Sorry..." Nasuha segera menarik tangannya."Aku okay-aku okay." pujuk Khairul, Kyoko melihat sekeliling, dia menghembuskan nafas panjang."Mari balik. Jangan haraplah kita dapat teruskan rondaan kita dalam keadaan macam ni..." arah Kyoko, Nasuha dan Khairul mengangguk setuju saja tanpa berfikir panjang.***"Khairul, Nasuha dan Kyoko kena serang dengan Mutants? Mereka balik ke rumah aku sekarang, katanya mereka cedera agak teruk juga." kata Mei sambil melihat telefonnya, terdapat mesej yang dihantar oleh Kyoko memberitahu bahawa kumpulannya bergerak ke rumah Mei dan menerangkan apa terjadi."Mutants serang mereka? Apa jadi?" soal Khalid yang sedang bersama Mei."Mereka pun tak tahu. Khalid, kita kena balik jugak untuk tengok keadaan mereka." cadang Mei, Khalid meletakkan kedua-dua tangannya di stering."Baiklah. Aku pun naik risau...Nak tanya juga pasal Mutants yang serang mereka." balas Khalid, dia terus menggerakkan Furioswheels pergi dari situ.***"Uh...Huh..." Syakir kehitaman hasil terbakar sedikit selepas terkena Star Beam, Lilly duduk di sampingnya, dia mengeluarkan biji benih merah jambu yang mengeluarkan bunga dengan warna yang sama. Bunga itu mengeluarkan pancaran yang memulihkan sedikit kecederaan Syakir."M-Mereka terlepas sekarang...tapi...aku akan bunuh...Bunuh diorang!" keluh Syakir, dia berasa geram dan malu hasil dikalahkan oleh Nasuha tadi. Babak semasa Nasuha melepaskan Star Beam dan mengalahkannya menjadi minyak yang memarakkan api kemarahannya.Mereka berdua sedang menyorok di sebuah lorong yang gelap. Kedengaran tapak kaki dari kegelapan, Syakir dan Lilly menoleh ke arah bunyi itu."Nampaknya kita ada kehendak yang sama." kata suara dari kegelapan, ianya suara lelaki yang garau."Siapa kau?" soal Syakir."Aku seorang saja yang boleh tolong kau bunuh mereka...Budak-budak sialan tu." Zaki keluar dari kegelapan dengan senyuman yang sinis, kelihatan dia memakai baju hitam dan seluar jeans coklat."Kau fikir aku percayakan kau lepas apa terjadi tadi?!" Syakir menyerang Zaki dengan wayar-wayarnya, namun Zaki dapat menangkap wayar-wayar Syakir menggunakan tangan kanannya yang berubah menjadi berotot besar, berbulu dan berkuku tajam. Dia menangkap wayar itu sama seperti semasa Syakir cuba menyerang Sui'ra.Zaki terus menarik Syakir kearahnya, dia mengheret Syakir kearahnya. Dia terus memijak kepala Syakir sejurus Syakir berada di bawahnya."Lepaskan dia!" Kelihatan Lilly mendekatkan akar-akar yang tajam ke arah kepala Zaki. Senyuman di wajah Zaki melekat lagi."Aku lebih suka kalau kita bekerjasama...Kuasa aku, kuasa kau dan perempuan tu berguna untuk kita bunuh dua budak sialan tu. Fikirkanya, apa yang penting bagi kau sekarang? Nyawa atau maruah kau?" soal Zaki, dia menekan kakinya yang memijak kepala Syakir.Kau...Kau tawar menawar dengan aku? Sial! Siapa kau, hah!Tak guna...Aku tak boleh keluar dari situasi ni.Siallah! Mampuslah!Aku akan buat dia makan balik kata-kata dia satu masa nanti. Buat masa sekarang ni..."Baiklah-baiklah! Kita bekerjasama! Mari bunuh budak-budak tu!" kata Syakir, Zaki terus melepaskan wayarnya dan menarik kakinya dari Syakir. Dengan segeranya Syakir berdiri dan menghadap Zaki."Pilihan bijak.""Mereka dah mula berlawan, hah. Menarik-menarik." kata Sui'ra, dia melihat apa yang terjadi dari sejenis hologram. Hologramnya menunjukkan Nasuha yang memancarkan Star Beam ke arah Syakir.Terdapat banyak hologram lain mengelilingi Sui'ra, menunjukkan pelbagai bandar, manusia, Strays dan Mutants yang melakukan aktiviti mereka. Salah satu hologram mengikuti lelaki berkaca mata, lelaki itu menoleh ke arah hologram yang memandangnya, dia menggerakkan jari telunjuknya pada hologram itu. Sejenis bebola tenaga tercipta dan hologram yang merakamnya tiba-tiba tertutup.