Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 4 - BAB 3 : AKU TAK BAIK

Chapter 4 - BAB 3 : AKU TAK BAIK

Bayar aku dan aku pukulkan orang untuk kau.Tak kisahlah siapa.Junior ke, senior ke, orang yang pernah bayar aku sekalipun.Kebanyakkan masa mereka takkan report aku tetapi kalau kena sekalipun, aku tak kisah...Kantoikan saja siapa yang bayar aku, mereka kena hukum sekali.Tiada siapa suka atau percaya aku tapi tiada siapa juga nak kacau aku balik jadi mereka pinggirkan aku.Aku lakukan apa-apa je untuk duit.Tanpa duit, aku akan kebulur.Khairul sedang memakan burger di belakang gerai, Hazim pula menutup lampU, kelihatan semua meja dan kerusi gerai telah disimpan ke dalam van."Nah ini gaji kau bulan ni." Hazim menyerahkan sampul duit kepada Khairul, dia terus mengambilnya."Terima kasih, bos." Khairul tersenyum, dia mengeluarkan duit dari sampul itu dan mengiranya satu per satu."Aku kena balik kampung esok, Isnin baru balik. Jangan buat apa-apa benda bodoh masa aku takde." pesan Hazim sambil berjalan kearah vannya."Tak boleh janji." balas Khairul dengan nada memerli, dia tersenyum kecil sambil menyimpam sampul duit tadi ke dalam poket seluarnya."Tolonglah, Khai..." keluh Hazim sambil memasuki vannya, tidak lama kemudian dia terus bergerak pergi.Langit malam dihiasi bulan dan bintang, Khairul menaiki motornya, dia mengambil nafas sambil menutup matanya."Sejuk jugak malam ni..."Dia memecut pantas melalui jalan raya, apabila berseorangan, dia membawa motornya dengan laju. Beberapa kali, dia menyelit di antara kereta-kereta lain yang berada di jalan raya.Khairul berhenti di sebuah jambatan, dia turun dari motorsikalnya kemudian berjalan ke arah pagar jambatan itu."Ibu..."Tak pernah sehari pun berlalu tanpa aku fikirkan hari itu. Hari di mana aku sepatutnya mati. Di jalan jambatan ni...Aku terpelanting keluar dari tingkap hadapan kereta dan berada di lantai jalan, kepala aku berlemuran darah, satu badan aku terasa perit, dengan cebisan cermin kereta menusuk badan.Apabila pandangan aku yang kabur perlahan-lahan terang semula, benda pertama yang aku lihat ialah Ibu masih berada di dalam kereta, kepalanya juga berdarah, bahagian hadapan kereta remuk."I...bu! Ibu!"Dengan kekuatan yang tersisa, aku mampu menjerit saja.Aku memang sepatutnya mati sekali tapi aku tak.Aku hidup.Orang tua tu pun berubah sejak Ibu takde, dia marah, marah dengan aku. Marah yang aku masih hidup."Kau sepatutnya mati! Kenapa kau hidup...menyusahkan aku je!"Pada awalnya, dengar kata-kata tu menyakitkan. Aku bukannya mintak pun aku selamat dari kemalangan tu. Tapi bila hampir setiap hari aku dipukul, dihentak, dilibas, disepak dan dimaki...Aku hilang perasaan.Aku tahu aku tak boleh lawan dia semula. Dia lagi besar dan kuat dari aku.Sedar jugak yang aku sama je macam orang tua tu. Bila tangan aku menyakitkan seseorang, ada kepuasan yang dapat aku rasakan, kemarahan, dendam...semuanya aku lepaskan bila tangan aku bertembung dengan wajah orang lain.Aku sama je teruk macam dia jadi apa hak aku untuk hukum dia?Nasuha dan ayahnya sedang makan malam bersama, suasana murung saja, Nasuha langsung tidak bercakap atau memandang ayahnya. Sejak ayah Nasuha menampar wajahnya, mereka tidak langsung menegur sesama sendiri.Nasuha habis makan dahulu, dia membasuh pinggannya, ayah Nasuha berjalan ke singki dengan pinggan kotornya."Letak je, Nasuha basuhkan." kata Nasuha."Ah, ya..." Ayahnya meletakkan saja pinggan, dia memandang anak perempuannya itu seketika dengan wajah terganggu namun dia bergerak pergi juga.Ayah bukannya tak pernah hukum aku, cubit dengan rotan tu aku selalu kena masa kecil dulu. Biasalah, aku nakal jugak rasanya, asyik melompat sana melompat sini.Tapi entah kenapa, aku rasa dikhianati betul bila dia tampar muka aku haritu. Aku rasa takut juga, aku tak boleh pandang dia sama. Ayah aku tampar aku...tak percayakan aku langsung...Aku perlukan masa..."Nak ayah hantar ke?" tawar ayah Nasuha sedang dia menuruni tangga dalam pakaian seragam sekolahnya."Takpe. Nasuha jalan kaki macam biasa. Pergi dulu." Nasuha menolak tawaran ayahnya itu sambil berjalan pergi tanpa langsung memandang dia."N-Nasuha." panggil ayahnya, Nasuha menghentikan langkahnya."Ayah risau je kalau hujan lagi macam semalam...Kamu balik lambat lagi." kata ayah Nasuha dengan wajah sayu."Nasuha bawak payung. Jangan risau." balas Nasuha dan terus keluar dari rumah, ayah Nasuha terkaku kemudian mengenggam tangannya.Dah seminggu berlalu tanpa aku dibuli atau dikacau sesiapa tapi aku masih berwaspada. Bila-bila masa saja mereka boleh mula balik, dengan Syauqi pun dah datang balik sekolah sekarang lepas seminggu menghilang lepas dipukul Khairul.Luka kelar di pergelangan Nasuha semakin pulih, dia menutupinya terus dengan lengan bajunya. Nasuha keluar dari tandas, suasana pagi sekolah agak riuh, dengan pelajar-pelajar yang berkumpul di tapak perhimpunan."Kes buli dan gaduh semakin berleluasa di sekolah ni, cikgu ingatkan semua supaya jangan takut untuk lapor pada cikgu...Cikgu akan cuba terbaik untuk-."Nasuha berhenti mendengar ucapan Cikgu Syahir apabila sedar kepalsuannya. Dia memandang saja Cikgu Syahir dengan wajah jijik."Tch, penipu.""Budak tu kena buang sekolah." Syauqi sedang dikelilingi rakan-rakan lelakinya dan juga Hanna, mereka bersembang dengan rancaknya. Nasuha duduk saja di tempat duduknya sambil melihat beberapa muka surat buku teksnya kerana kebosanan.Syauqi menjeling saja dia dari jauh, Hanna perasan akan Syauqi yang memandang Nasuha, tangannya menepuk bahu teman lelakinya itu."Syauqi, pandang siapa tu?" tegur Hanna, Syauqi tersenyum sinis kemudian menoleh pula kearah Hanna."Aku dengar korang ada surprise untuk dia." kata Syauqi, Hanna tersenyum juga."Mestilah...Kena ada kau baru jadi." balas Hanna, Syauqi kembali menjeling Nasuha, kali ini, dengan senyuman sinis masih melekat pada wajahnya."Kau fikir kau terlepas ke? Kami nak kau fikir kau selamat je, Nasuha...kemudian hancurkannya. Berlagak fikir kau boleh cabar aku lepas semua yang terjadi?""Urgh...." Mata Khairul terbuka perlahan, dia terjaga dari tidurnya, katilnya berselerak dan biliknya tunggang langgang, dia bangun dari katil dengan rambut yang serabai."Pukul 1 dah? Seriuslah? Memang...nyeyak betul ya aku." Dia mengambil bajunya yang berada di atas kerusi di dalam biliknya dan terus memakainya.Apabila dia keluar dari bilik, satu rumahnya gelap saja dan hanya diterangi cahaya matahari. Khairul berjalan ke ruang tamu, tiada sesiapa, hanya puntung-puntung rokok yang terbiar diatas meja.Perut Khairul tiba-tiba berbunyi."Lapar..." keluh dia sendirian.Khairul keluar dari rumahnya dengan kunci motor di tangan. Dia memecut laju melalui jalan taman perumahan dan memasuki jalan raya besar. Kerana terlalu bergegas, dia tidak sedar akan langit yang semakin menggelap dengan awan-awan kelabu.Loceng sekolah berdering.Nasuha menoleh kearah luar tingkap kelas, dia sedar akan langit yang semakin menggelap. Beberapa pelajar sudah berjalan keluar dari kelas sambil membawa beg dan mengikut rakan masing-masing."Memang musim hujanlah sekarang...Nasib aku bawak payung kali ni." Nasuha tersenyum sambil mengeluarkan payung dari begnya.Tiba-tiba pintu kelas ditutup dengan kuatnya, Nasuha terus menoleh ke arah pintu itu. Rakan perempuan Hanna sedang berada di pintu itu, di pintu belakang pula, rakan lelaki Syauqi. Mereka menghalang Nasuha keluar.Keadaan terus berubah tegang apabila Nasuha sedar yang dia bersendirian dengan kumpulan rakan-rakan Syauqi dan Hanna."Rindu aku tak, Nasuha!?" Syauqi menyepak Nasuha dari belakang menyebabkan dia terjatuh di atas beberapa kerusi.Nasuha terkaku saja sedang dia berada dalam kesakitan, dia menoleh kearah Syauqi dengan wajah gerun."Takde orang nak datang selamatkan kau dah...Jangan risau, kalau cikgu ada yang dekat pun, bukannya susah pun tutup mulut kau dari menjerit." kata Syauqi, Nasuha berdiri dengan perlahan."Apa lagi kau nak? Aku ingat sandiwara kau ni dah habis." keluh Nasuha."Kau selalu ada je kata-kata nak melawan semula. Aku memang tak suka betul perempuan yang ada mulut celupar macam kau." Syauqi mendekati Nasuha."Tapi kau date Hanna? Wow." Nasuha melawan lagi, kali ini, wajahnya ditampar pula oleh Hanna. Beberapa rakan perempuan Hanna juga mula berkumpul mengelilinginya."Aku pun boleh hantar orang untuk pukulkan kau." perli Syauqi sedang rakan-rakan Hanna memukul-mukul Nasuha, ada yang memijak, ada yang menghayun batang penyapu."Egh! Be-Berhenti!" jerit Nasuha, mereka semua berhenti memukulnya. Dia tercungap-cungap, kepenatan cuba mempertahankan dirinya dan menahan sakit."Beza kau dengan aku...Aku berani guna tangan aku juga." Apabila Nasuha mengangkat wajahnya, dia terkena tumbukan tepat pada mata kanannya oleh Syauqi.Aku lalai...Aku bodoh...Kenapa aku tak ingat diorang ni memang jahat semuanya.Seminggu je diorang berhenti buli aku kacau aku.Keperitan dan kesakitan yang aku rasakan sekarang rasanya lebih teruk dari selama ni.Hujan turun dengan lebatnya.Nasuha berdiri di hadapan barangan begnya yang habis bersepah di lantai tapak perhimpunan dan dibasahi air hujan, mata kanannya lebam dan bibirnya pecah.Khairul pula sedang berteduh di kedai makan, dia melihat saja hujan kemudian menghembuskan nafas panjang."Patutnya aku bawak baju hujan. Tengah musim hujan sekarang ni." keluh dia sendirian.Hanya bila aku dapat menang sekali je...Aku dijatuhkan macam ni.Khairul.Aku tak nak salahkan kau tapi sebaiknya kau tinggalkan je aku. Biarkan je apa yang terjadi pada aku.Di bawah hujan yang lebat itu, Nasuha berjalan saja, hanya memakai kasut kirinya saja selepas kasut kanannya dibaling ke bumbung sekolah. Skirt birunya digunting dan dikoyak. Ekspresi wajahnya kosong saja.Disebabkan hujan yang lebat, Nasuha tidak terlalu kelihatan apabila dari jauh. Dia lalu di hadapan kedai makan di mana Khairul sedang berada. Beberapa pelanggan tersedar apa yang dilihat mereka, bayang seorang budak perempuan dalam seragam sekolah sedang berjalan di tengah jalan raya dan dibasahi hujan.Khairul juga sama, dia memerhati saja bayang budak perempuan itu. Tidak dapat mengecam siapa yang sedang dilihatnya, Khairul bertanya pada dirinya sendiri."Siapa pulak yang gila jalan bawah ribut macam ni?" soal dia sendirian. Khairul tersedar pula, budak perempuan itu mempunyai rambut hitam yang panjang. Rambut panjang yang hampir sama seperti..."Sebabkan kau, aku tak rasa nak bunuh orang dah, hahaha.""Nasuha?" Khairul berdiri, dia masih ragu-ragu. Teringat juga yang Nasuha pulang dengan berjalan kaki tetapi tidak masuk akal pula dia berjalan di bawah hujan lebat sebegini, dia berteduh bersama Khairul tempoh hari.Dia teringat pula semasa Nasuha berjalan pergi dari gerai burger Hazim, semasa dia diterangi cahaya matahari yang jingga dan rambutnya berterbangan."Ah...mampuslah. Mana tahu tu dia, kan?!" monolog Khairul sendirian dan bergegas kearah motorsikalnya, sedang lama dia berfikir, Nasuha sudah hilang dari pandangan.Namun Khairul tetap terus menaiki motorsikalnya dan meredah hujan yang berubah ribut itu.Sudah berapa lama rasanya aku berjalan, rasanya aku terpijak sesuatu yang tajam, tapak kaki terasa pedih...Mana aku? Tak nampak apa-apa dengan ribut macam ni...Tiada sesiapa akan nampak aku...Tiada sesiapa...tahu aku.Tangan Nasuha tersentuh sesuatu jenis pagar, apabila dia menoleh kehadapan, kelihatan jalan yang bakal dilaluinya bergerak keatas. Dia berada di sebuah jambatan.Nasuha meneruskan langkahnya, darah mengalir dari tapak kaki kirinya yang tertusuk dengan paku namun tidak dapat dirasainya lagi. Kesakitan pada hatinya lebih perit bagi Nasuha sehingga tidak dapat merasakan apa-apa lagi/Arus longkang di bawah jambatan itu bergerak dengan pantasnya, Nasuha memandangnya saja, dia menggenggam pagar jambatan itu kemudian mengetap giginya.Aku dah tak tahan lagi dah...Aku nak hilang...Aku nak pergi dari sini!Dari sekolah sial tu!Dari cikgu-cikgu yang sengal tu!Dari pembuli-buli setan tu!Dari ayah yang bodoh tu!Tiada siapa kisah. Tiada siapa percayakan aku!Sakit je setiap hari sakit je! Aku tak buat salah apa-apa pun!Baik aku mati je...Aku dah tak tahan!Nasuha memanjat pagar jambatan itu, cahaya tinggi sebuah motorsikal mula kelihatan, Khairul memecutkan motorsikalnya sejurus melihat kelibat seseorang yang sedang memanjat pagar jambatan."Oi! Apa kau buat! Oi! Berhenti!" jerit Khairul namun suaranya tidak terlalu kedengaran dek hujan yang lebat, dia cuba memecut lagi namun tayarnya licin, menyebabkan dia terbabas dan terjatuh dari motorsikalnya.Khairul tergolek diatas jalan raya, Nasuha sudah berdiri diatas pagar jambatan itu, dia menggerakkan kedua-dua tangannya ke sisi, Khairul mengangkat kepalanya, dahinya tergores dan darah mengalir dengan banyaknya.Akhirnya Khairul dekat untuk melihat, perempuan yang dikejar olehnya sememangnya Nasuha. Dengan kekuatan yang tersisa, dia terus meloncat dan menarik Nasuha dari pagar jambatan itu."Nasuha!"Nasuha terjatuh keatas badan Khairul."Lepaskan aku!" jerit Nasuha dan terus berdiri semula namun Khairul terus menangkap tangannya dan menarik Nasuha jatuh terduduk di hadapannya."Ahhhhh!" Nasuha cuba melawan, Khairul cuba mengawalnya, tangan Nasuha terkena pada luka gores yang berada di dahi Khairul."N-Nasuha! Ini aku! Aku! Khairul! Khai!" Khairul akhirnya dapat menangkap kedua-dua tangan Nasuha dan menurunkannya, mereka memandang sesama sendiri."Khai-rul..." Riak wajah Nasuha berubah sayu, Khairul tersenyum pahit."Sakit kau tahu tak? Adeh...deh..." keluh Khairul, dia melepaskan tangan kiri Nasuha dan menyentuh sedikit luka di dahinya."Kenapa? Macam mana?" Nasuha keliru."Aku perasan...ada budak perempuan gila jalan sorang-sorang bawah ribut ni . Aku terfikir nak jadi gila sekali lepastu ikut dia. Rupanya kau...Nasuha." kata Khairul, air mata Nasuha disorokkan oleh hujan.Khairul perasan akan mata Nasuha yang lebam dan bibirnya yang pecah, kemudian kaki kirinya yang kotor, skirt birunya yang koyak."Lelaki sial tu...Dia kacau kau lagi?" tanya Khairul. Nasuha hanya mengangguk saja. Mata Khairul berubah tajam."Ceritakan semuanya pada aku..."