Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 5 - BAB 4 : LARI

Chapter 5 - BAB 4 : LARI

Aku tak tahu mana nak pergi lagi, takde tempat lain nak pergi lagi selain rumah aku."Tahan. Aku tarikkan paku ni." pesan Khairul, Nasuha mengangguk saja. Khairul dengan segeranya mengeluarkan paku dari tapak kaki Nasuha, darah terus mengalir, dia terus menutup luka itu dengan kapas tetapi darah masih banyak keluar."Ergh..." Nasuha kesakitan. Khairul mengambil lagi beberapa kapas kemudiannya membalut kaki Nasuha sehingga darah berhenti keluar.Mereka berdua berada di dalam bilik Khairul yang bersepah, darah dari luka Nasuha tadi ada yang tertumpah di lantai biliknya."Biar aku...balutkan luka kat dahi kau." tawar Nasuha."Eh, kenapa?""Biar jelah..."Nasuha menyapu minyak kuning pada luka gores di dahi Khairul, dia seumpama tidak terasa pedih pun, menunjukkan dia terbiasa dengan rasa sakit itu, riak wajah Nasuha berubah sayu.Khairul memerhati saja wajah Nasuha, matanya lebam dan bibirnya pecah."Apa sialan tu buat kat kau?" tanya Khairul."Dia pukul aku dengan kawan-kawan dia." balas Nasuha, Khairul kelihatan terganggu."Nampaknya dia tak puas hati dekat aku dengan kau. Dia lepas semuanya pada aku. Tiba-tiba je, lepas aku fikir yang mereka memang akan berhenti kacau aku. Mereka lakukan sesuatu yang lagi teruk..." cerita Nasuha sambil membalut kepala Khairul,menutup luka di dahinya itu."Sebab aku...Kau kena macam ni.""Just...stop. Jangan...Jangan cakap macam tu." kata Nasuha, Khairul terdiam."Kau buat apa kau rasa kau patut buat...Kau tak salah. Diorang tu memang jahat, macam mana sekalipun." Nasuha kelihatan marah, Khairul mengalihkan pandangannya, Nasuha melihat sekeliling bilik Khairul."Bersepah betul bilik.""Baru perasan ke?" Senyuman pahit terukir di wajah Khairul, Nasuha juga turut ikut tersenyum namun ia hilang tidak lama kemudian."Aku memang serius nak bunuh diri aku tadi. Aku takut...aku tak nak balik...Aku tak nak terus rasa sakit macam ni. Tapi entahlah, aku lega...kau tarik aku...Aku lega yang kau muncul, bukan orang lain." terang Nasuha."Nasiblah aku pilih untuk kejar kau jugak. Tak nak fikir apa yang bakal jadi kalau aku tak." Khairul menghembus nafas panjang."Apa yang terjadi pada aku. Aku tak faham. Apa aku buat yang jadikan semua benda macam ni? Kenapa dendam sangat dengan aku sampai pukul aku...sepahkan barang aku...baling kasut aku sampai ke bumbung. Macam mana seseorang boleh jadi teruk macam tu?" Nasuha, dia menepuk wajahnya."Semua benda buruk yang orang lakukan semuanya berasal dari marah. Daripada pengalaman aku, bila seseorang marah mereka jadi seseorang yang hodoh. Terutamanya, bila mereka tak tahu dekat mana nak lepaskan marah diorang,macam akulah jugak rasanya." cerita Khairul, Nasuha menoleh kearahnya."Kau tak macam diorang.""Mungkin...Mungkin aku lagi teruk." Khairul berdiri dengan perlahan, Nasuha terdiam mendengar respond Khairul. Dia berjalan ke almari bajunya."Nah, ambik ni. Pergi mandi. " Khairul menyerahkan sehelai baju kelabu, seluar track dan tuala kepada Nasuha."Takpe ke, aku pakai baju kau?" soal Nasuha."Ni baju lama aku, dah kecik. Kau muatlah. Oh ya, jangan bukak dulu balutan kat kaki kau...Takut masih berdarah lagi." balas Khairul."Uhm...baik." Nasuha mengangguk faham.Khairul keluar dari biliknya, sejurus dia menutup pintu, Khairul tersandar padanya sehingga terduduk, riak wajahnya bengang.Nasuha terkena tempias sebab apa aku buat.Orang lain sakit...sebab aku...Sebab aku bodoh sangat!"Partikel-partikel pelbagai warna yang asing turun dari langit di Florida, Amerika. Fenomema aneh itu masih lagi satu misteri..."Hazim sedang berada di dalam van dan mendengar radio, dia menongkatkan kepalanya kemudian menghembuskan nafas panjang. Pintu vannya tiba-tiba terbuka dan seorang perempuan terus memasukinya."Haish. hujan saja memanjang, bang..." keluh wanita itu, pakaian dan rambutnya sedikit basah."Lama betul. Kau beli jajan ke, buat jajan?" soal Hazim."Eleh-eleh, biarlah!" Perempuan itu menjeler lidahnya, dia membawa beg plastik berisi keropok dan asam."Kau ni, bang. Nampak emo-emo je dari tadi. Dah kenapa?" tanya wanita itu dengan riaka wajah tertanya."Aku risau je pasal seseorang.""Siapa?""Budak yang kerja dekat gerai aku tu...Si Khai.""Budak muka berlebam selalu tu?""Ya...Aku tak tahulah, bila dia kerja dengan aku, dia sibuk dengan kerja dia jadi dia takde masa nak buat benda bodoh. Sekarang ni...haih...Dia ada banyak masa untuk buat sesuatu yang tak sepatutnya." terang Hazim, kerisauan."Apa yang kau risau sangat pun? Kau bukan bapak dia." balas perempuan itu."Dia tu bodoh, nakal tapi dia macam adik yang aku harap aku ada, setia, baik hati sebenarnya. Bukan cam kau." Hazim memandang adiknya itu dengan riak wajah hodoh."Ah, diamlah kau!" marah adiknya itu.Teringat masa hari pertama aku jumpa budak tu. Rasanya setahun lepas. Dia datang depan gerai aku, dengan mata lebam. Rasanya tak pernah sekalipun aku nampak muka dia tanpa kecederaan.Dia mintak kerja. Mestilah aku tolak dia. Tapi dia datang hampir setiap hari, setiap hari dengan lebam dan luka baru dekat badan dia.Aku naik bengang pada awalnya, lepas aku marah dia pun, dia tetap datang, mintak kerja. Lama kelamaan aku sedar, ada sesuatu tak kena, jadi satu hari, aku just duduk dengan dia bersembang.Korek cerita apa aku dapat korek...Ayah Khai seorang pendera. Khai takde duit, nak makan atau minum, terpaksa cari duit dengan pukul orang kat sekolah dia.Aku bagi dia kerja dengan akuMemang menyusahkan betul. Nak bukak api pun tak tahu.Tapi budak tu tak mengalah. Dia nak kehidupan yang lain, aku dapat rasakan itu.Aku hanya mampu tolong dia dengan bagi dia kerja dan duit je. Setiap kali aku nak report ayah Khai, aku terfikir pasal mana lagi tempat untuk Khai berteduh dan dia juga halang aku.Aku ni sama teruk je macam di pendera tu. Aku tak mampu lakukannya, sebab aku tak mampu pertahankan Khai...Orang dewasa menyedihkan macam aku ni...Khairul mengetuk pintu biliknya beberapa kali."Ya, aku dah selesai...Maaflah lama sikit." kata Nasuha sambil membuka pintu, Khairul berdiri di hadapannya dengan tangan kirinya memegang dua cawan berisi Milo panas."Milo...Ni je yang ada kat rumah aku." tawar Khairul."Terima kasih." Nasuha mengambil satu cawan Milo dari Khairul dan terus menghirupnya."Ayah kau tak kisah ke kau bawak kawan ke rumah kau?" tanya Nasuha."Oh, dia akan bantai aku...dan kau perempuan jadi dia akan bunuh aku." Khairul tersenyum pahit, riak wajah Nasuha terus berubah risau."Baik aku balik." keluh Nasuha."Tapi kau tak nak balik, betul tak?" Mata Khairul memandang parut kelar di pergelangan tangan Nasuha.Nasuha perasan dan terus menyorokkannya, dia mengalihkan pandangannya ke arah cawan Milo di tangan."Aku dah cukup menyusahkan kau.""Salah aku jugak Nasuha.""Tak...Jangan.""Tapi betul, kan? Kau tak boleh tipu aku yang kau tak terfikir aku salah jugak..."Mereka berdua terdiam, Nasuha menghabiskan Milonya kemudian menggenggam saja pemegang gelasnya dengan erat."Aku nak hilang. Pergi je dari sini. Aku nak lari daripada semua ni tapi aku takut. Mana aku nak pergi? Khairul...aku just takut." Suara Nasuha berubah serak dan matanya berkaca, Khairul menutup matanya seketika.Dia memikirkan tentang semasa dia tarik Nasuha daripada terjun, senyuman ibunya dan...setiap masa dia dipukul oleh ayahnya."Aku pun sama dengan kau. Tak pernah sehari pun berlalu tanpa aku berharap aku pergi mati je." kata Khairul, Nasuha menoleh kearahnya."Aku sepatutnya dah mati...Mati dengan ibu aku, dalam kemalangan. Tapi aku hidup.""Khairul...Apa benda kau cakap ni? Kau tak salah..." Nasuha keliru."Cakaplah macam mana pun, aku tak rasa aku layak untuk hidup. Aku pun nak lari. Lari dari semua ni. Kesakitan dalam kepala otak aku ni...Daripada orang tua tu." Riak wajah Khairul berubah bengang seketika, Nasuha memandangnya saja, tangannya perlahan cuba mencapai wajah Khairul namun dia menghentikan dirinya."Khai, jom lari dengan aku. Kita pergi je sejauh mana kita boleh. Aku tak kisah dah, just nak jauh je dari sini." ajak Nasuha."Aku dah cakap dengan kau...Aku bukannya orang yang baik. Semua benda yang aku buat, mesti sakitkan orang lain. Aku tak nak sakitkan kau lagi." keluh Khairul namun Nasuha mengendahkan semua kata-katanya dan memeluk Khairul."Dah cakap, aku tak kisah dah...Bawak aku pergi, tolonglah, apa-apa jadi aku ambil tanggungjawab." pinta Nasuha, Khairul kelihatan serba-salah, dia meletakkan tangannya pada tangan Nasuha dan menolaknya.Riak wajah Nasuha berubah sayu, dalam fikirannya, Khairul menolak apa yang di pintanya."Kau terpaksa pakai baju-baju lama akulah, boleh ke?" tanya Khairul. Senyuman terus terukir di wajah Nasuha."Hum...Aku tak kisah." balas dia, Khairul mengangguk saja.***"Ya, Nasuha masih takde kat rumah. Baik, saya faham cikgu. Saya akan ke sekolah untuk ambil barang dia." Ayah Nasuha sedang bercakap di telefon dengan seorang guru dari sekolah Nasuha, dia bergegas mengambil kunci kereta dan keluar dari rumahnya, kelihatan hujan sudah sedikit reda dan turun rintik-rintik saja."Astaghfirullah...Mana kamu hilang, Nasuha?" Sejurus memasuki kereta, ayah Nasuha tersedar betapa beratnya situasi yang dihadapinya. Dia menyandar kepalanya pada tempat duduk keretanya."Ja-Jangan sentuh...Nasuha penat..."Dia terfikirkan akan semasa dia menampar wajah Nasuha. Ayah Nasuha mengurut kepalanya sebelum menghembuskan nafas yang panjang."Tolonglah, Nasuha. Bagi ayah peluang."Khairul dan Nasuha keluar dari rumahnya, mereka berdua membawa beg sandang, Khairul memakai jaket hitam manakala Nasuha memakai baju hujan."Sedia nak buat benda bodoh?""Well, aku yang ajak jadi...Marilah." Nasuha tersenyum pahit dengan dia memandang Khairul."Nasib aku baru lepas gaji. Aku ada banyak duit." kata Khairul sambil memakai helmet yang kelihatan baru."Aku bayar kau balik, aku janji." Nasuha pula memakai helmet kuning yang kelihatan usang. Mereka berdua menaiki motorsikal, Khairul menarik nafas dan menghembusnya dengan agak lama."Pegang kuat-kuat...sebab kalau nak lari, takkan aku bawak perlahan-lahan, kan?" pesan Khairul."Ah...okay..." balas Nasuha, dia memegang pemegang di belakang motorsikal Khairul dengan erat.Khairul terus memecutkan motorsikalnya keluar dari perkarangan rumahnya dan terus laju di atas jalan taman mereka. Nasuha yang agak terkejut meletakkan satu tangannya pada bahu Khairul."La-Laju gila!""Aku dah cakap! Mana boleh perlahan!"Nasuha mengalah saja dan menguatkan lagi genggamannya pada pemegang motorsikal itu, Khairul memotong beberapa kenderaan dan mereka memasuki jalan raya. Dia memperlahankan sedikit motorsikalnya, Nasuha akhirnya dapat bertenang seketika."Gi-Gilalah...Fuh, aku tak sedia langsung untuk tu..." keluh Nasuha."Bertahanlah...Belum kita kena berhenti sebab roadblock, nasib muka aku nampak matang sikit..." balas Khairul."Itulah, kan? Aku ingat kau form 5 masa pertama kali cakap dengan tengok kau.""Apa-apa jelah, sedia...Aku nak laju balik.""Okay-okay."Khairul kembali memecut, mereka berdua melalui jalan raya yang basah dek hujan tadi. Malah, mereka lalu di tepi kereta ayah Nasuha yang berada di jalan yang sama."Aish...Gila betul, bawak laju-laju kat sini." keluh ayah Nasuha, tidak perasan akan anak perempuannya yang berada di atas motorsikal itu juga."Jangan buat apa-apa benda bodoh masa aku takde."Khairul teringat akan pesanan terakhir Hazim, sebelum bergerak tadi, Khairul menghantar mesej kepada Hazim menggunakan telefonnya dengan skrin yang sudah retak beribu.You : Hazim, aku mungkin tak dapat datang kerja bila kau balik sini balik.You : Aku tengah nak buat benda bodoh sekarang.Dia tak tengok pun mesej tu, tak tahulah kalau dah ke tidak sekarang. Maaflah Hazim.Aku memang selalu menyusahkan, aku bodoh. Tapi seseorang mengharapkan aku...Bagi aku dia penting sekarang.Dia nak lari dari sini. Aku pun ada perasaan yang sama dulu tapi aku ingat aku takkan ada kekuatan tu. Tapi dia peluk orang teruk macam aku ni.