Kedua-dua tangan Khairul berbalut, dia sedang terduduk di lobi hospital, kedua-dua beg sandang dia dan Nasuha tersandar di sisi badannya.Apa terjadi dengan badan aku?Bilah pedang tumbuh dari lengan aku.Masa pemeriksaan dengan doktor tadi, takde apa yang pelik pun. Tapi benda tu memang tumbuh tadi dan aku gunakannya untuk bunuh makhluk tadi tu...Aku bunuh.Khairul menutup mulutnya, dia terasa mual.
"Uhm, maaf ya? Awak adik Iman Nasuha ke?" tegur seorang jururawat perempuan, Khairul terus menoleh ke arah jururawat itu."Ya, saya." Dia berdiri dengan pantasnya."Kakak awak baru lepas dirawat dan keadaan dia dah stabil..." kata jururawat itu, Khairul mengangguk faham.Tidak lama kemudian, dia bergegas masuk ke bilik kecemasan, Nasuha sedang terbaring di katil hospital, kepalanya berbalut dan darah di masukkan ke dalam badannya. Khairul tiba di hadapannya, Nasuha tersenyum kecil memandang Khairul."Hei.""Syukurlah...kau okay." Khairul terus terduduk di tepi katil Nasuha, dia meletakkan kepalanya di penghadang katil dan menghembuskan nafas panjang. Nasuha tergelak kecil melihat reaksi Khairul."Apa yang lawaknya?" keluh Khairul sambil mengangkat wajahnya."Takde apalah. Aku just lega nampak kau." balas Nasuha,suaranya masih separa lemah. Khairul kembali berdiri, dia mengenggam penghadang katil Nasuha."Aku terpaksa call ayah aku. Doktor dengan nurse paksa...Dia tengah dalam perjalanan ke sini." kata Nasuha."Aku bagitau kita adik beradik tapi diorang suruh aku telefon jugak ayah aku. Tak rasa diorang percaya aku langsung, nampaknya dah tamatlah larian kita." balas Khairul, dia terduduk di kerusi berdekatan katil Nasuha."Habislah kita dua, hah..." Senyuman Nasuha berubah pahit, Khairul kembali melihat saja tapak tangannya."Ayah aku memang bengang habis..." kata Khairul."Aku bunuh kau kali ni! Memang kali ni kau mati!"Khairul teringat akan semasa dia menelefon ayahnya, dia juga terfikirkan bilah pedang yang tumbuh pada tangannya dan keadaan Nasuha semasa mereka di bawah hujan tempoh hari lalu."Apa benda jadi masa tu? Aku tak faham langsung. Apa jadi dengan aku?" soal Khairul, Nasuha memandang saja dia, tidak tahu ingin berkata apa."Khai, apa yang penting kau dan aku selamat." pujuk Nasuha, Khairul mengenggam tangannya erat."Kita betul selamat ke? Kehidupan perit kita bermula balik, boleh jadi lagi teruk lagi dan puncanya aku. Sebab aku bodoh." keluh Khairul."Hei...Aku yang mintak semua ni dan aku kata aku akan bertanggungjawab bila apa-apa terjadi. Jangan salahkan diri kau. Kalau kita kena balik pun. Aku ada kau sekarang, kita ada sesama sendiri...Itu dah cukup bagi aku." balas Nasuha, riak wajah Khairul berubah sayu."Aku harap apa kau cakap tu betul." kata Khairul."Pihak berkuasa masih enggan memberikan apa-apa kenyataan tentang tragedi yang telah membunuh 34 orang di lebuh raya Ipoh. Ahli keluarga dan rakyat Malaysia masih tertanya, apa sebenarnya yang terjadi."Ehsan sedang memandu dan mendengar radio, riak wajahnya berubah terganggu apabila dia sedar, Nasuha kemungkinan antara mangsa kejadian yang di beritakan itu.Pada masa yang sama...Seorang polis wanita berambut pendek dan polis lelaki tinggi berambut pacak menghadapi Nasuha dan Khairul, riak wajah mereka berdua berubah tegang. Polis wanita itu tersenyum kemudian meletakkan tangan kanannya di pinggang."Iman Nasuha dan Khairul Azman betul tak? Saya Inspektor Rose dan ini rakan sekerja saya, Shaurya. Kamu berdua budak sekolah menengah yang lari dari Selangor betul tak?" tanya Rose, Nasuha dan Khairul terkaku seketika sebelum mereka berdua mengalah dan mengangguk perlahan saja, Khairul berdiri dengan perlahan."Janganlah nampak sedih sangat, saya takde nak marah ke apa. Cuma ada beberapa soalan saja, pasal kenapa kamu lari dan apa yang terjadi di lebuh raya Ipoh. Kamu berdua saja mangsa yang terselamat selepas di serang makhluk tu." pujuk Rose namun wajahnya berubah serius apabila bercakap tentang kes lebuh raya Ipoh. Khairul terus menelan air liurnya."Relax je, dik. Kami nak tahu saja apa terjadi...Kita chill-chill je." Shaurya pula memujuk Khairul, dia menepuk bahu Khairul perlahan namun Khairul menolak tangan Shaurya dari bahunya dengan wajah tidak selesa."Kita duduklah dulu...Ada banyak benda kita nak kena sembang ni." ajak Rose. Dua orang polis itu duduk di hadapan Khairul dan Nasuha, mereka berdua bersiap sedia untuk disoal siasat."Kita start dengan isu kamu berdua lari rumah, kenapa lari?" tanya Shaurya dahulu."Sa-Saya yang ajak Khairul lari. Saya dibuli dan saya takut nak balik, ayah saya asyik tak percayakan saya dan Khairul pula...Ayah Khairul pukul Khairul...Teruk, sampai dia lebam dan berluka." balas Nasuha, teringat akan keadaan bilik Khairul dan rumahnya yang tunggang-langgang kemudian wajah Khairul yang asyik lebam dan berluka.Khairul terkejut oleh respon Nasuha dan terus memandangnya dengan mata terbuka luas."Baiklah, faham." Shaurya menotakan perbincangan mereka."Khairul...Ayah kamu memang dera kamu?" tanya Rose pula."Y-Ya..." Khairul memandang kembali dua orang polis di hadapannya, dia kelihatan terganggu dengan soalan itu. Rose memerhati saja Khairul, parut-parut yang berada di wajahnya menarik perhatian Rose."Sebab kenapa kamu lari rumah sememangnya wajar tapi kamu berdua tetap perlu balik. Saya difahamkan pihak hospital sudah hubungi keluarga kamu. " kata Rose."Tapi...Puan Rose...Kalau Khairul balik, ayah dia pukul dia lagi, mungkin lagi teruk." Nasuha kelihatan terganggu."Nasuha, saya tak bodoh. Wajah Khairul ialah semua bukti yang saya perlukan. Saya boleh tangkap ayah awak tepat bila dia jejak kaki ke hospital ni." balas Rose."Jangan!" Khairul tiba-tiba menaikkan suaranya, semua yang berada di situ terdiam, Khairul tersedar apa yang dilakukannya kemudian tertunduk."Jangan...tolonglah.""Khai..." Nasuha memandangnya dengan pandangan risau. Rose memerhati Khairul dengan pandangan sayu juga, dia teringat akan memori lamanya, semasa dia kecil, wanita tua menghala pisau ke arahnya."Kamu takut betul tak, Khairul? Saya janji dengan kamu. Tak perlu takut, saya akan bantu kamu." Rose meletakkan tangan pada dadanya, dia tersenyum ke arah Khairul tetapi Khairul diam saja."Baiklah...sekarang kita kena bercakap tentang isu lagi satu. Apa terjadi semasa kamu berdua berada di lebuh raya itu? Macam mana kamu berdua terselamat?" tanya Shaurya pula, menukar topik perbincangan mereka.Nasuha tidak pasti apa untuk cakap kali ini, dia mengorek kepalanya sendiri namun tiada idea. Khairul sudah lama pasti apa jawapan yang mahu diberinya."Puan dan tuan polis tahukan rupa rasaksa yang serang kami?" soal Khairul."Ya, makhluk berupa manusia tetapi ada ciri labah-labah, semua kaki bahagian kanannya terbelah, begitu juga kepalanya. " balas Shaurya."Nasuha kena serang dulu, dia tak sedarkan diri. Saya cuba tolong Nasuha dan hentak rasaksa tu dengan helmet saya, dia serang saya pula, hampir bunuh saya tetapi tiba-tiba, ada makhluk lain yang muncul...Dialah yang bunuh rasaksa tu." cerita Khairul, Rose memandangnya saja sedang Shaurya mencatat."Ada makhluk lain yang sama tapi dia selamatkan orang pula?" Rose meletakkan tangannya di dagu."Makhluk apa tu sebenarnya, puan Rose?" tanya Nasuha."Maaflah, pihak kami pun tak tahu apa sebenarnya benda tu. Yang pastinya sekarang, ada lagi yang wujud di luar sana." Rose dan Shaurya berdiri bersama."Kami akan masih berada disini. Buat masa ni,rehatlah dulu. Ada beberapa mangsa lain yang perlu kami soal. Jumpa nanti pula, Nasuha...Khairul." Rose dan Shaurya berjalan pergi, Rose melambai tangannya perlahan, Nasuha membalas lambaiannya itu."Khai..." Nasuha memanggil Khairul, dia masih kelihatan risau, Khairul menoleh kearahnya."Kita tak tahu apa jadi kalau diorang tahu aku yang bunuh rasaksa tu...Aku kena faham dulu, apa jadi dengan aku sebenarnya." balas Khairul kemudian memandang pula lengan kanannya.Tiada siapa boleh tahu.Langit petang sudah berubah jingga, Khairul membeli makanan ringan di koperasi hospital. Nasuha meninggalkan nota untuknya, senarai makanan ringan yang di mahukannya.Selepas selesai membeli, Khairul berjalan semula ke wad kecemasan, seorang lelaki kelihatan sedang berdiri di tepi katil Nasuha. Khairul melajukan langkahnya, risau akan siapa yang sedang bersama Nasuha."Huh?" Lelaki itu ialah Ehsan, ayah Nasuha. Wajahnya terus berubah bengang, dia terus menghayun tangannya dan menumbuk wajah Khairul."Ayah!" jerit Nasuha, Khairul terus terduduk di lantai, barang yang dibawanya terjatuh dari beg plastik dan bersepah di lantai."Kaulah budak lahanat yang bawak lari anak aku! Mana mak ayah kau!? Hah!?" Ehsan terus menarik baju Khairul, Nasuha tidak dapat melakukan apa-apa sedang dia masih lemah di atas katil."Lepaskan aku." Khairul mengenggam semula tangan Ehsan, mereka berdua menjeling satu sama lain."Ayah! Khai! Sudah tu!" Kata-kata Nasuha itu diendahkan saja, Ehsan mengangkat tangannya untuk menumbuk Khairul lagi namun Khairul menyepak perutnya dan melepaskan diri."Kau!" Ehsan semakin bengang, Khairul menggenggam tangannya sebelum sedar ada sesuatu yang tidak kena, dia menoleh kearah lengan kanannya, urat-urat yang tebal mulai tumbuh.Dia terus menyorokkan tangannya, Ehsan mendekatinya, Shaurya muncul dan meletakkan tangannya di antara mereka berdua."Sudah tu...Encik Ehsan. Jangan gaduh dengan budak, nampak tak elok." tegur Rose, Ehsan mengambil langkah ke belakang."Khairul, kamu okay?" tanya Rose, Khairul mengangguk saja. Rose perasan akan tindakan Khairul yang masih menyorokkan tangan kanannya."Mana mak ayah budak ni?" soal Ehsan, masih kelihatan marah."Khairul, pergi dulu." arah Rose, Khairul terus berjalan pergi, Nasuha memandangnya saja dengan pandangan risau.Sedang dia berjalan pergi, Khairul melihat keadaan lengan kanannya, sudah kembali normal. Dia berjalan seperti biasa kemudian menghembuskan nafas lega. Darah mengalir dari hidungnya, Khairul perasan dan terus menutup bahagian bawah wajahnya.Mana-mana aku pergi, hidung memang akan berdarah jugak..."Kenapa ayah buat macam tu? Tak nak dengar apa yang Nasuha atau Khai nak cakap?!" marah Nasuha, Ehsan terdiam saja sambil terduduk di tepi katil Nasuha."Nasuha yang mintak lari! Bukan Khai, dia tolong saja...Tahu tak kenapa? Sebab dia hidup menderita! Ayah tak tahu apa-apa, ayah tak belajar apa-apa pun sejak Nasuha lari! " sambung Nasuha lagi."Nasuha! Ayah cari kamu selama dua hari! Tahu-tahu je kamu dah ada dalam hospital..." Ehsan cuba menahan dirinya dari marah."Kalau tak sebab Khai, Nasuha dah ada dalam keranda!" balas Nasuha dengan tegasnya, mereka berdua terdiam. Ehsan menepuk wajahnya dan menyandarkan badan pada kerusi."Ayah tahu...ayah silap. Maafkan ayah tapi ayah memang risau. Ayah sayangkan kamu. Nak yang terbaik untuk kamu. Nak tunaikan permintaan arwah." pujuk Ehsan, Nasuha mengalihkan pandangannya."Kalau ayah memang nak tunaikan permintaan arwah Mak dari awal, ayah percaya Nasuha...bila Nasuha balik rumah dengan baju kotor dan basah lenjun hampir setiap hari sebelum ni. Takde makna apa-apa pun kata-kata ayah sekarang." keluh Nasuha, langsung tidak memandang lagi wajah ayahnya itu. Ehsan tertunduk serba-salah saja.Sementara itu...Khairul sedang membasuh wajahnya di singki tandas, dia melihat wajahnya di cermin tandas. Bayangan makhluk labah-labah yang dibunuhnya kelihatan, mata Khairul terus terbuka luas dan dia membasahkan wajahnya lagi.Apabila dia memandang cermin semula, dia melihat wajahnya yang gerun saja.Hilang kawalan...Jadi rasaksa...Tadi aku hampir hilang kawalan dan hampir keluarkan benda tu."Jangan hilang kawalan." keluh Khairul sendirian, seorang lelaki memasuki tandas, dia menoleh ke arah Khairul. Apabila dia sedar siapa yang sedang dipandangnya, senyuman sinis terus terukir di wajahnya. Dia mendekati Khairul dan tiba-tiba meletakkan jari jemarinya pada leher Khairul."Oh...Khairul. Rindu aku tak?" tanya lelaki itu, Khairul melihat lelaki itu melalui cermin di hadapan mereka."Orang...tua..." kata Khairul, ayah Khairul memandangnya juga melalui cermin, jelingan tajamnya terkunci pada Khairul."Seronok ke lari?" tanya ayah Khairul.Aku banyak kali nampak dia mengamuk dan bengang tapi aku tak pernah nampak dia tersenyum macam orang gila..."Kau...menyusahkan..." Ayah Khairul mencekik anaknya, Khairul tidak dapat bernafas, kedua-dua tangannya cuba mencapai tangan ayahnya yang masih mencekiknya."Sejak kau lahir semua benda yang kau buat menyusahkan!" Cekikan-nya semakin kuat, Khairul cuba melepaskan diri namun dia seumpama tiada kekuatan."Sepatutnya kau mati je dengan dia! Aku sepatutnya bunuh je kau. Dah lama dah aku patut buat ni..." kata ayah Khairul sedang pandangan Khairul berubah pudar dan dia tercungap-cungap, cuba untuk bernafas.