Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 6 - BAB 5 : JAUH

Chapter 6 - BAB 5 : JAUH

"Ini barangan Nasuha yang kami jumpa, Encik Ehsan." Seorang guru perempuan menunjukkan beg Nasuha dan barangan sekolah seperti buku dan kotak pensil yang masih basah lenjun. Ayah Nasuha, Ehsan melihat saja barangan anaknya itu kemudian mengambil beg Nasuha."Kenapa balik lambat lepastu basah-basah ni?""Kalau Nasuha bagitau Ayah pun, Ayah percaya ke?""Anak perempuan saya dibuli ke cikgu? Kenapa barang dia boleh jadi macam ni? Dia selalu balik dalam keadaan basah, uniform sekolah dia kotor. Saya tanya pihak sekolah apa terjadi tapi mereka asyik kata Nasuha lakukan semua benda tu pada diri sendiri sebab nak perhatian...Saya percaya pada pihak sekolah sebab dalam kepala otak saya, saya fikir kenapa mereka nak tipu?" Ehsan menggenggam erat beg Nasuha."Tapi saya bodoh! Kenapa anak perempuan saya nak buat semua tu?! Nasuha tak pernah buat perangai pelik-pelik macam tu selama ni! Siapa? Siapa yang bagitau Nasuha buat semua ni kat diri sendiri?" marah Ehsan pada guru perempuan itu."Bertenang,encik. Pelajar lain yang lapor tentang kes Nasuha ini...Dari kelas dia." balas guru itu."Apa? Dan sekolah tak terfikir nak siasat?" soal Ehsan, guru perempuan itu terdiam. Ehsan mengetap giginya.Betapa marahnya aku rasa pada pihak sekolah ni. Aku rasa aku pun sama je! Aku bodoh! Anak aku sendiri kena buli dan aku percaya orang lain. Sebab aku sibuk sangat ke? Sibuk sangat dengan kerja untuk ambil tahu pasal Nasuha selama ni...Ayah macam aku...tak layak Nasuha.Dia anak yang baik...Selalu dengar cakap, tak pernah kecewakan aku pun sebelum ni. Selalu buat terbaik. Tapi sekali je ni ada sesuatu pelik berlaku dan aku tak terfikir pun nak dengar anak sendiri?Nasuha...Maafkan ayah, ayah salah.Ehsan berjalan kearah keretanya dengan air mata mengalir di wajah, tangannya terhayun-hayun semasa dia membawa beg Nasuha."Rakaman CCTV yang tular baru-baru ini di media sosial menunjukkan binatang gergasi..."Nasuha sedang menonton televisyen, dia dan Khairul sedang berada di kedai makan. Pinggan dan cawan Nasuha sudah kosong tetapi Khairul masih makan lagi. Dia menoleh ke arah Khairul kemudian menghembuskan nafas panjang.Aku memang tengah lari rumah sekarang. Dengan budak lelaki yang baru aku kenal. Wah, aku tak sangka aku memang akan sampai sini...Dahlah aku gunakan duit dia tapi masa dia bukak dompet dia, banyak betul duit dia...Mahsyuk juga ya kerja jual burger."Laju betul kau makan." tegur Khairul, Nasuha terkedu apabila dia tiba-tiba menegurnya."Aku makan roti canai je satu sebab tulah habis cepat. Kau makan sampai nasi goreng USA bagai..." balas Nasuha."Kenyang ke? Kau tak makan dari tengah hari tadi, kan?" soal Khairul sambil menoleh ke arah luar, langit sudah gelap, tetapi awan menutupi langit jadi bintang dan bulan tidak kelihatan."Aku takde selera sangat. Entahlah, bila aku fikir panjang, rasa bersalah betul guna duit kau walaupun aku janji nak bayar balik." keluh Nasuha."Guna jelah duit aku. Tak tahulah kenapa, tapi aku kumpul duit aku. Sejak daripada pertama kali aku kerja dengan Hazim, aku simpan sekurang-kurangnya dalam 200 ringgit camtu. Takde guna apa sangat pun, kebanyakkan duit aku guna untuk makan je dan isi minyak." terang Khairul, Nasuha tertunduk sedikit."Aku lagi tua dari kau tapi nampak macam kau lagi matang dari aku...""Percayalah aku tak langsung. Aku bodoh, tak pandai belajar...Asyik gaduh...Aku tahu buat burger je." Khairul tersenyum pahit."Tak ramai budak sekolah menengah kerja dan belajar kumpul duit, kau tahu?""Mungkin sebab kebanyakkan budak sekolah menengah mak ayah diorang bagi makan..." balas Khairul sambil menyuap mulutnya dengan nasi, Nasuha terdiam seketika.Aku perasan saja, semasa di bilik Khairul. Bilik dia tak bersepah hanya sebab dia malas...Katil yang patah, almari yang hampir runtuh, meja dengan lubang ditengah-tengahnya.Setiap masa aku berjumpa dengan dia pun. Ada saja lebam dan luka di wajahnya. Aku tahu dia banyak gaduh tapi di luar sekolah...Dengan siapa dia bergaduh?"Mana kita sekarang ni?""Entahlah..."Nasuha duduk di atas motorsikal, sementara Khairul bersandar pada tiang. Mereka berdua sebenarnya buntu ingin ke mana. Dari tadi hanya di atas motorsikal dan melalui saja mana-mana jalan ikut hati. Sekarang mereka sedang berada di sebuah RnR, Khairul melihat jam, sudah jam 9 malam.Tiba-tiba sesuatu jatuh pada skrin telefonnya, sejenis partikel hijau yang hilang tidak lama kemudian, Khairul keliru."Khairul...Tengok kat langit. Apa bendanya tu?" tegur Nasuha, Khairul terus menoleh ke arah langit, kelihatan jutaan partikel-partikel berwarna-warni sedang turun dan menerangi satu langit. Malah beberapa partikel terkena pada badan dan pakaian Khairul serta Nasuha, ia menyerap masuk ke dalam badan mereka."Apa jadi ni?" soal Khairul."Aku pun tak tahu." balas Nasuha, dia melihat tapak tangannya, beberapa partikel berwarna jatuh diatasnya dan meresap masuk tapi dia tidak rasa apa-apapun.

Sementara itu...

"Ah! Khai! Apa kau tengah buat ni?" keluh Hazim berseorangan, dia sedang berada di tangga rumah kayu ibu bapanya di sebuah kampung. Dia menaip pada telefonnya dengan pantas, sebuah teks panjang untuk Khairul.Namun jarinya terhenti apabila beberapa partikel berwarna warni terjatuh pada skrin telefon dan tangannya, dia terus menoleh keatas.Sementara itu...Ayah Khairul keluar dari rumahnya dengan rokok di mulut, dia kelihatan bengang."Mana budak tu! Dia lari ke mana!" jerit dia sendirian sambil berjalan ke arah keretanya, namun langkahnya terhenti apabila dia melihat partikel-partikel berwarna warni sedang turun dari langit. Tetapi tidak lama kemudian dia teringat akan Khairul dan kembali marah semula.Aku bunuh budak tu...Ehsan sedang berjalan pergi dari balai polis, dia membawa slip laporan polisnya, tangan mengurut kepalanya sendiri."Mana kamu hilang Nasuha?" keluh Ehsan, partikel-partikel berwarna warni tiba-tiba turun dari langit, Ehsan menoleh kearah langit dalam kekeliruan.Hujan partikel berwarna warni turun di seluruh pelusuk di negara Malaysia.

"Dah berhenti dah?" soal Nasuha.

"Nampaknya dah. Apa kebendanya tadi tu? Seram pulak aku. Hantu ke?""Janganlah...Jangan dipanggil..."Nasuha dan Khairul sedang duduk di bawah pondok pula, Nasuha sudah terbaring sedang Khairul masih duduk lagi."Aku mengantuk...Aku tidur dulu ya, Khairul...Maaflah...Seharian ni memenatkan." kata Nasuha."Panggil aku 'Khai'...Kita dah jadi rakan kongsi dalam pelarian ni, aku rasa kau dah cukup rapat untuk panggil aku tu.""Baik...Hahaha...selamat malam, Khai." Nasuha tergelak kecil sebelum menutup mata dan mengalihkan badannya ke tepi, selepas beberapa minit, Khairul menoleh ke belakang. Nasuha sudah tidur."Dah tidur ke?" soal Khairul, tiada respon dari Nasuha. Dia membaringkan badannya dan menghembuskan nafas panjang, matanya juga tertutup perlahan.Rasanya ayah Nasuha mesti dah buat laporan tentang Nasuha hilang kalau si orang tua pun, mesti dia tengah cari aku sebab nak bunuh aku pulak kali ni kalau aku kena teka.Haih...Kami memang bodoh sekarang ni...Aku pun tak sedar seberapa jauh kami dah pergi...Nasuha, kita ada persemaan tapi kita berbeza sangat. Macam tulah manusia,hah...Sama tapi berbezaKau letak kepercayaan kau pada aku. Pertama kali dalam hidup aku, ada seseorang aku boleh pertahankan. Aku janji aku lakukan semampu mungkin, aku cuba terbaik untuk tak buat kau sakit...Kalau polis tangkap kita ke apa...Aku akan buat diri aku bersalah.Pagi telah tiba, tidak lama selepas bangun dari tidur, Khairul dan Nasuha bergerak semula di atas jalan raya bersama. Kelihatan lebih banyak kenderaan sedang berada di jalan lebuh raya, Khairul menyelit beberapa kenderaan, membuatkan Nasuha terkejut sehingga memegang kedua-dua bahunya."Nak pergi Ipoh tak? Nampak macam kita tak jauh dari situ." tanya Khairul, Nasuha menoleh seketika kearah papan tanda di tepi jalan, menunjukkan Ipoh dalam 60 KM lagi."Kita dah masuk Perak? Aku tak sedar langsung...""Dari semalam lagi. Kita berhenti pun dekat RnR Tapah tadi.""Aku tak pernah pergi Ipoh.""Samalah. Mari jelah ya?" ajak Khairul."Jom!" Nasuha mengangkat tangannya ke udara namun tiba-tiba Khairul melajukan motorsikalnya membuat Nasuha segera memegang pemegang di belakang motorsikal Khairul.Bahu Khairul bergetar, menunjukkan dia tergelak selepas menyakat Nasuha tadi. Nasuha menjeling saja dia dengan pandangan tidak puas hati.Selepas sejam berlalu...Papan tanda Ipoh yang megah kelihatan di bukit berdekatan dengan lebuh raya, Nasuha melihat saja ke arah bukit bukau itu dengan wajah terpegun."Dari Selangor dan ke Ipoh. Memang jauh betul kita lari." kata Nasuha sambil dia berjalan ke arah Khairul yang membuka tempat duduk motorsikalnya untuk mengisi minyak, mereka berdua sedang berada di stesen minyak."Terkejut jugak kita boleh sampai sejauh ni..." balas Khairul sambil mengambil hos dan terus mengisi minyak motorsikalnya."Apa yang best kat Ipoh rasanya, Khair-Khai?" soal Nasuha, dia hampir terpanggil nama penuh Khairul."Hah? Entahlah...Lost World of Tambun? Aku nampak sign besar tadi." Tempat duduk motorsikal diturunkan, Khairul mengangkat kedua-dua bahunya."Kita explore jelah sama-sama." Nasuha tersenyum dan meletakkan kedua-dua tangannya di belakang badan. Khairul tersenyum juga dan mengangkat ibu jarinya.Mereka berdua pergi ke tengah bandar Ipoh, turun dari motorsikal. Mereka berjalan kaki melalui bandar Ipoh, melihat satu per satu kedai yang berada di situ. Dari kedai makan, ke kedai cenderahati, ke kedai buku."Apa hero favourite kau, Khai?" tanya Nasuha sedang dia dan Khairul sedang berada di bahagian komik sebuah kedai buku, mereka berdua duduk di bangku yang terletak di tengah-tengah antara rak-rak buku komik yang berada di situ."Aku tak baca komik sangat...""Dulu masa kecil aku selalu tengok kartun hero ni. Ms. Star, tak tahu ada komik jugak." Nasuha menunjukkan buku komik yang diambilnya."Setiap kali lepas balik sekolah, aku mesti melekat depan TV tengok kartun ni. Masa tu rasanya aku takjub sangat, superhero perempuan. Kuat, cantik, berani, biasalah superhero,kan? Rasanya masa tu, ramai orang beritahu aku, perempuan tak kuat sangat, tak terlalu berani,terlalu emosi. Well, diorang tak salah sangat, pasal akulah..." cerita Nasuha, dia melihat saja lukisan Mrs. Star yang berada di dalam salah satu muka surat komik itu.Ms. Star sedang memeluk seorang anak perempuan berambut panjang."Semua orang ada had mereka...Tak bermaksud kau lemah. Lagipun kau tak salah, siapa je boleh tahan kena hukum bila dia tak lakukan apa-apa kesalahan pun sebenarnya." pesan Khairul, Nasuha dan dia memandang sesama sendiri."Tapi aku masih pengecut lagi. Aku lari sekarang ni. Satu benda je aku nak, aku nak berani..." kata Nasuha, Khairul menepuk perlahan bahu Nasuha."Hei, kita tengah lari sekarang. Masalah-masalah dekat sana, kita tinggal sana jugak." tegur Khairul, Nasuha tersenyum pahit."Yelah-yelah."Mereka berdua keluar dari kedai buku tadi namun langkah Khairul tiba-tiba terhenti, dia teringat sesuatu."Kejap ya...Ada benda aku nak beli." kata dia kemudian terus masuk semula ke dalam kedai buku itu, Nasuha berdiri saja dihadapan kedai itu, menunggunya."Aku nak cuba baca. Nampak menarik tadi." Khairul membeli dua buku Mrs. Star, Nasuha terkejut."Seriuslah...""Aku dah beli dah pun...Kau nampak seronok je baca tadi." kata Khairul, Nasuha tergelak kecil kemudian menarik lengan baju Khairul."Jom tengok tempat lain pulak." ajak Nasuha.Mereka berdua memasuki sebuah jalan kecil yang di gelar Concubine Lane, di situ terdapat banyak kedai makan dan cenderahati, Nasuha teruja sedang mereka di situ manakala Khairul hanya biasa-biasa saja."Kau...nampak lawak dengan benda tu. Hahaha!" Nasuha tergelak melihat Khairul dengan topeng beruang yang buruk."Ha...ha...ha...Lawak." Khairul kedengaran dingin.Mereka pergi pula ke sebuah kedai makan yang menjual roti bakar dengan keju berwarna-warni, Nasuha menggigit-nya namun keju itu tertarik tanpa berhenti, Khairul pula yang tergelak melihat gelagatnya itu.Selepas lama berjalan, mereka berdua memasuki pula sebuah kafe, Khairul sedang membaca komik Ms. Star sementara Nasuha menikmati minuman kopinya. Dari balkoni kafe itu, mereka dapat melihat orang-orang yang berjalan di Concubine Lane."Terima kasih, Khai...Serius, aku hargai sangat kau bawak aku lari." kata Nasuha."Takde masalah." balas Khairul, dia menurunkan komik Ms. Star dan memandang Nasuha."Seronok ke baca komik tu? Apa karakter yang kau suka sekarang?" tanya Nasuha, dia menongkatkan kepalanya sambil memandang Khairul."Kalau aku kena pilih, aku suka Mantis." balas Khairul."Mantis? Karakter jahat eh?" Nasuha kelihatan tertanya."Dia tak jahat pun awal-awal tapi sebabkan kuasa dia menakutkan, semua orang pinggirkan dia dan layan dia teruk jadi aku faham kenapa dia jadi macam tu. Cumanya makin lama, yelah, dia jadi betul-betul jahat. Lagipun, bagi aku kuasa dia gempak..." Khairul melihat lukisan Mantis yang berada di muka surat komik yang sedang dibacanya.Mantis, lelaki yang memakai jaket kulit berwarna coklat. Dua bilah pedang tumbuh dari lengannya, dan beberapa bilah pedang juga tumbuh dari beberapa bahagian badannya."Faham...Bagi aku pun Mantis macam karakter yang orang salah faham. Dia cuba terbaik untuk tak sakitkan orang sekeliling dengan kuasanya tapi dia dilayan teruk. Buatkan dia rasa usaha dia takde guna. " Nasuha meletakkan tangannya di dagu."Macam kita berdualah." kata Khairul."Mungkin." Nasuha tersenyum pahit.