Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 10 - BAB 9 : TIADA HALUAN

Chapter 10 - BAB 9 : TIADA HALUAN

"Star Beam!"Pancaran cahaya kuning menolak Zaki dan membakarnya sedikit sehingga dia terpelanting ke udara dan menghilang dari pandangan, semua yang berada di situ tidak dapat memproses apa yang terjadi, termasuklah Nasuha yang melepaskan pancaran dari tapak tangannya sendiri."A-Apa?" Dia melihat tapak tangannya, berasap dan kehitaman sedikit dek terbakar, Khairul tersandar pada kereta di belakangnya dan perlahan-lahan terduduk."Nasuha? Apa bendanya tadi tu?" soal Ehsan, Rose mengendahkan kekeliruannya dan terus mengacu satu pistol ke arah Khairul dan satu lagi ke arah Nasuha."Jangan bergerak...sesiapa pun..." arah Rose, dia menjeling Khairul tajam. Khairul terlalu lemah untuk melawan semula dan menghembuskan nafas panjang."Korang berdua tipu aku! Apa bendanya tadi tu? Korang berdua pun rasaksa jugak?" soal Rose."Khairul selamatkan nyawa puan." kata Nasuha, dia menjeling Rose."Jangan acu senjata dekat anak aku!" marah Ehsan pula, Rose mengetap giginya."Jangan buat bodoh. Bagitau aku! Apa sebenarnya korang ni?!" jerit Rose, dia berubah cemas dengan jarinya berada di picu pistolnya."Ka-Kami tak tahu! Sumpah!" jerit Khairul dari jauh, dengan kekuatan yang tersisa, tangan Rose mula menggeletar, dia memandang Khairul kemudian memandang Nasuha, mereka hanyalah budak sahaja di pandangannya."Sial..." Rose menurunkan pistolnya, Ehsan terus bergerak ke arah Nasuha untuk melihat keadaannya, dia mengambil tangan Nasuha."Tangan kamu terbakar..." tegur Ehsan."Tak sakit...mana pun." balas Nasuha sambil menarik tangannya dari genggaman Ehsan, Nasuha kelihatan terganggu disentuh oleh ayahnya sendiri, Ehsan mengalihkan pandangannya dengan riak wajah sayu."Ergh..." Khairul terasa sakit dan pedih yang amat daripada luka-luka di badannya, dia tiada kekuatan untuk berdiri lagi dan bilah pedang di tangan kanannya masuk semula ke dalam. Rose menyimpan kedua-dua pistol tangannya kemudian berjalan keluar dari bangunan hospital melalui tingkap yang pecah dan bergerak ke arah Khairul."Boleh bangun tak?" Dia menyerahkan tangannya, Khairul tertunduk lemah saja, Rose sudah kelihatan tenang."Dengar ni budak, aku tak tahu apa tengah terjadi ni tapi kau dan Nasuha, dua-dua budak je. Tanggungjawab orang dewasa untuk pertahankan korang." pujuk Rose, Khairul akhirnya mencapai tangannya, Rose membantu Khairul berjalan dengan menongkatkannya."Terima...kasih..." keluh Khairul sedang pandangannya makin kabur, dia kehilangan banyak darah, tidak lama kemudian dia pengsan tidak sedarkan diri, pandangannya gelap saja."Tak! Jangan! Khairul!"Aku hampir lihat Khairul mati. Pada masa itu, aku terasa lemah sangat, takde apa aku dapat lakukan. Satu badan Khairul berlemuran dengan darah, luka berada di setiap pelusuk badannya, dia nampak penat. Rasaksa tu makin mendekatinya, Khairul tersenyum saja."Tan-Tanpa...kau, cahaya harapan... masa dep-pan akan pudar.... Sekurang-kurangnya, aku dapat...mati sebagai seseorang ya-yang...baik. Aku buktikan mereka salah!" jerit Khairul, ianya kata-kata Mantis sebelum dia mati. Aku ingatnya, masa-masa kami bersama.Tiba-tiba badan aku bergerak dengan sendirinya, aku dapat rasakan sesuatu berubah tapi aku tidak dapat terangkannya. Tenaga yang kuat terhasil dari badan aku, seumpama aku lahir dengannya.Yang aku fikirkan hanyalah kalau Khairul Mantis aku jadi aku akan jadi Ms.Star untuk dia dan aku lepaskannya."Star Beam!"Kesan terbakar masih berada di tapak tangan Nasuha, dia sedang duduk di kerusi roda bertepikan katil Khairul, seluruh badannya berbalut. Dia memandang saja wajah Khairul, darah dimasukkan dan dia memerlukan mesin untuk membantunya bernafas."Khai...Apa tengah jadi dengan kita sebenarnya? Dari mana datangnya kuasa ni? Aku tak faham apa-apa langsung. Ini semua mimpi buruk ke?" Nasuha menyoal-nyoal dirinya sendiri, matanya berkaca namun dia segera mengelap air mata, tidak mahunya mengalir.Pintu bilik di mana mereka berada terbuka, Rose dan Shaurya masuk bersama. Mereka berdua mendekati Nasuha dan Khairul."Dia takkan bangun dalam masa terdekat ni. Makan dulu, Nasuha." pesan Rose sambil menyerahkan bungkusan makanan kepada Nasuha."Kenapa puan tolong kami? Kenapa sorok saya dan Khairul disini?" soal Nasuha, riak wajahnya berubah serius."Untuk pertahankan korang berdua, itu saja sebabnya. Aku tengah langgar undang-undang sekarang ni. " balas Rose."Tapi...kenapa?." soal Nasuha."Korang kunci untuk faham apa yang terjadi. Kalau kerajaan yang dapatkan tangan diorang dekat korang dulu. Diorang takkan terlalu baik macam aku." kata Rose, Nasuha akhirnya mengambil bungkusan makanan daripada Rose."Kewujudan rasaksa tak dapat disorokkan lagi, apa yang terjadi di hospital tengah viral sekarang tetapi nasib baiknya, pertarungan Khairul dengan ayah dia bergerak pantas dan tiada siapa dapat cam muka Khairul dan tiada siapa dapat rakaman kau gunakan kuasa kau jugak." Rose duduk di tepi Nasuha bersama Shaurya."Kami terhutang budi pada Khairul. Kalau tak disebabkan dia, rasanya saya dan Akak Rose dah lama mati. Itu juga sebab kenapa kami menolong, Akak Rose memang nampak garang macam ni tapi dia niat baik sebenarnya." pujuk pula Shaurya dengan senyuman, Rose mengendahkan saja kata-kata dia dengan riak wajah malas."Buat masa ni, aku dan Shaurya akan teruskan siasatan. Pada masa sama, pastikan korang berdua bawah pantauan yang ketat. Maaflah, tak boleh ambil risiko korang berdua jadi macam rasaksa lain. Liar, kuat dan berbahaya." Rose berdiri dari kerusi."Kami takkan..." balas Nasuha."Apa yang buatkan kau pasti?""Saya boleh janji je, saya dan Khairul takkan jadi macam tu. Apa-apa jadi, saya ambil tanggungjawab.""Baiklah." Rose berjalan keluar dari bilik itu diikuti Shaurya. Nasuha memerhati saja mereka sehingga pintu tertutup, di sebalik pintu itu pula, Rose dan Shaurya terus bertembung dengan Ehsan."Sampai bila Nasuha akan kena kurung?" soal Ehsan."Tak pasti lagi, Encik Ehsan." balas Shaurya, Ehsan terus kelihatan marah."Anak aku ada sekolah.""Kami faham tapi encik pun faham sendiri. Ada sesuatu besar sedang berlaku sekarang, makhluk-makhluk berbahaya boleh bunuh kita sekelip mata saja. Sebelum ni, mereka hanya muncul di luar negara, kebanyakannya di Amerika,Jepun dan China tetapi sekarang mereka muncul pula di Malaysia." terang Rose, Ehsan menggenggam tangannya."Anak aku bukan rasaksa.""Kami harapkan yang sama juga." balas Rose."Apa yang kau tahu pasal rasaksa-rasaksa ni?" soal Ehsan, kali ini, kelihatan tertanya."Tak banyak benda, masing-masing rasaksa yang muncul berbeza semuanya. Kerajaan sudah lama tahu pasal kejadian dan kewujudan mereka, dipercayai hujan partikel beberapa hari lepas punca rasaksa-rasaksa ni muncul. Ianya satu mutasi. Ada sesuatu jenis mutasi yang merubah manusia menjadi rasaksa." Panjang-lebar penerangan Rose, Ehsan menepuk wajahnya dan menghembuskan nafas panjang."Kes Nasuha dan Khairul ni saja yang baru, manusia yang bermutasi tetapi tak berubah sepenuhnya menjadi rasaksa." tambah Rose lagi."Bukan ke bermaksud mereka penting? Kerajaan bukan perlu tahu ke ada manusia yang tak berubah jadi rasaksa walaupun lepas mutasi?" tanya Ehsan."Encik...kalau encik rasa nak tengok lagi anak encik dalam satu bahagian, encik kena biarkan dia tersorok macam sekarang. Kalau kerajaan...tak, kalau dunia tahu tentang Khairul dan Nasuha, mereka akan dikaji, dibuka bahagian ke bahagian lain." kata Rose dengan riak wajah terganggu, Ehsan menelan air liur."Saya percaya ada di luar sana yang sama seperti Khairul dan Nasuha, kalau mereka dijumpai pihak berkuasa lain, itu nasib buruk mereka tapi saya takkan benarkan budak-budak ambil tanggungjawab kita. Itu janji saya, panggil-lah saya naif atau bodoh...Saya tak boleh benarkannya." Rose dan Ehsan memandang sesama sendiri agak lama, riak wajah Rose yang serius itu melegakan Ehsan sedikit."Ya...Aku faham. Aku akan bagi kerjasama, untuk Nasuha dan tolonglah bagitau kau ada plan." balas Ehsan. Riak wajah Rose dan Shaurya terus berubah pelik."Okay...kami berdua masih tengah kerjakan plan tu lagi..." Rose dan Shaurya memandang sesama sendiri dengan riak wajah janggal dan serba-salah."Seriuslah...Polis jenis apa korang ni?" Ehsan kelihatan kecewa.

***

"Serangan di Hospital Ipoh! Penampakan dua rasaksa misteri. 24 mangsa terbunuh, 10 tercedera."Surat khabar dengan berita hangat tentang apa yang terjadi di Hospital Ipoh berada di tangan hampir semua orang di seluruh negara. Artikel, video, gambar dan siaran sosial media tentang kes itu juga tular di merata lama web.Kewujudan rasaksa bukan lagi rahsia bagi orang ramai."Apa yang sebenarnya terjadi di Hospital Ipoh? Tiada siapa ada jawapan, malah pihak berkuasa dan Kerajaan pun masih tak berikan apa-apa kepastian bagi kita. Ini sama dengan kes yang berlaku di highway tempoh hari...""Tak dapat dinafikan lagi, pihak berkuasa sorokkan sesuatu dari kita.""Jangan tipu kami! Rakyat Malaysia tak bodoh!""Assalammualaikummusalam, saya Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Faritt. Saya pasti ramai rakyat sedang berada dalam ketakutan dan kerisauan tentang apa yang baru terjadi di Hospital Ipoh tetapi saya mahu berkata, pihak berkuasa sedang cuba terbaik."Hazim sedang menonton televisyen, terdapat siaran perdana khas, Perdana Menteri Malaysia akhirnya membuat kenyataan tentang apa yang terjadi pada khalayak ramai. Dia menonton dengan fokusnya, begitu juga, rakyat-rakyat Malaysia yang lain."Dipercayai rasaksa-rasaksa yang muncul ini ialah hasil mutasi dari partikel-partikel berwarna warni yang turun tempoh hari, siasatan dan kajian masih sedang dilakukan untuk memastikan kesahihannya. Buat masa ini, saya sebagai pihak kerajaan memohon agar rakyat bertenang..."Macam mana nak tenang, gila...Hazim menghembuskan nafas panjang dan memandang saja skrin televisyen dengan wajah terganggu."Ah! Saya terlepas..." Adik Hazim berjalan masuk ke ruang tamu, dia terlepas siaran perdana itu kemudian duduk di sofa dengan riak wajah kecewa."Tengoklah apa kau nak tengok, Nur." Hazim menyerahkan remote televisyen kepada Nur."Apa yang Perdana Menteri cakap, abang?" tanya Nur."Rasaksa datang dari manusia yang bermutasi. Ada rasaksa mungkin kat mana-mana sekarang. Bila-bila masa kita boleh mati...dan dia suruh kita bertenang." Hazim bercakap pantas."Wah...Keluarlah perangai pelik dia..." tegur Nur."Haih...Apa jadi dengan dunia kita sekarang ni?" keluh Hazim."Kita rakyat je bang, kenalah letak nasib kita pada kerajaan.Malang sekali..." balas Nur."Aku tak percaya aku pilih dia masa pilihanraya. Harga barang tetap naik macam gila jugak masa dia PM. Okay, aku bukan nak mengutuk ke apa tapi haih...Malas fikir..." Hazim menenangkan dirinya."Sebenarnya baguslah kita ada dekat kampung sekarang, boleh tengokkan Mak dengan Abah. Kalau ada rasaksa serang kita ke apa, kita ada untuk diorang." kata Nur."Oi, mulut tu jangan main cakap lepas je! Haish kau ni..." marah Hazim."Betullah? Kenapa kau nak marah pulak?""Tutup jelah mulut kau..." Kepala Hazim berkerut, dia mengurut kepalanya sendiri.***Mata Khairul terbuka perlahan, pandangannya perlahan-lahan terang semula, apabila dia menoleh ke tepi, Nasuha sedang tertidur di kerusi rodanya."N-Na...suha..." Kata dia perlahan, seluruh badannya lemah namun dia tetap cuba bergerak untuk bangun dari katil, hasilnya dia terbunyikan katil. Nasuha terjaga dari tidurnya, mata terus terbuka luas melihat Khairul terjaga."Khairul!" Dia terus berdiri dan hampir terjatuh, lupa akan kakinya yang cedera. Nasuha terus menongkatkan diri pada penghadang pada katil Khairul, mereka memandang sesama sendiri."H-Hei..." Khairul tersenyum pahit, mata Nasuha terus mengalirkan air mata dan dia memeluk Khairul."Khai! Aku syukur...Syukur sangat kau bangun." kata Nasuha, Khairul tidak tahu apa yang ingin dilakukannya, tangannya tersangkut di udara."Peluk jelah aku balik, bodoh." pinta Nasuha, Khairul membalas pelukan Nasuha."Lagi sekali kau pertahankan aku dan hampir mati lagi. Khai, aku tak sanggup tengok kau macam ni lagi. Janganlah mati, Khai." Nasuha mengeratkan pelukannya, Khairul merehatkan dagunya pada bahu Nasuha."Ya...Maafkan aku..." balas Khairul. Perlahan-lahan, mereka melepaskan pelukan mereka kemudian memandang sesama sendiri namun tangan Nasuha masih berada diatas tangan Khairul."Mana kita sekarang?" soal Khairul."Panjang ceritanya...""Pendekkan.""Kita kena culik dengan dua polis perempuan dengan lelaki tu, Puan Rose dan Abang Shaurya.""Okay..."Mereka tergelak perlahan pula, Khairul menyandarkan kepalanya pada bantal semula dan Nasuha duduk semula pada kerusi rodanya."Aku lapar..." keluh Khairul.***

"Huh?" Mata Zaki terbuka, dia terlanjang dan sedang berada di tengah-tengah sebuah ladang, terbaring diatas rumput dengan kesan kolam darah yang sudah kering berada di belakangnya. Dia mengangkat badannya perlahan kemudian melihat tapak tangannya, dia menjadi manusia biasa semula.

Belakang badannya terdapat kesan bakar, Zaki berdiri dengan perlahan, angin bertiup perlahan dan dia menarik nafasnya.Bayangan dia membunuh ramai orang, polis dan hampir membunuh Khairul yang dalam keadaan parah bermain di kepalanya. Zaki terus tersenyum sinis."Ah...haha...Haha...Hahahaha!" Gelak dia dengan kuatnya."Aku nak lagi...Kekuatan tu! Kali ni aku boleh bunuh dia! Buat apa kisah lagi pasal orang lain! Pergi mampus dengan semuanya! Ahahahahahaha!" Zaki kelihatan teruja, tiba-tiba kukunya berubah panjang dan tajam, Zaki memandang semula tapak tangannya."Tak tahu apa bendanya kau tapi terima kasih. Aku akan bunuh Khairul, sesiapa yang halang aku, aku bunuh mereka semua sekali...Sesiapa pun!"