Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 15 - BAB 13 : BINTANG HARAPAN

Chapter 15 - BAB 13 : BINTANG HARAPAN

"Elak!" arah Kyoko, dia dan Nasuha sedang melarikan diri mereka. Nasuha memandang ke belakang dengan matanya terbuka luas, rasaksa berbadan buaya dengan dua kepala sedang mengejar mereka, ekor buaya itu terhayun ke arah Nasuha.Kilat unggu mengelilingu Kyoko, dengan pantasnya dia menangkap Nasuha dan mengelak hayunan ekor buaya itu. Mereka berdua terheret ke tepi, Nasuha kelihatan gerun dan memandang lantai saja sedang Kyoko menoleh rasaksa yang dihadapi mereka."Rasanya aku faham masalah kau ni." keluh Kyoko.Dua kepala buaya itu menoleh ke arah mereka, kedua-dua kepala itu mempunyai leher yang panjang seperti ular, wajah mereka pula ialah wajah Syauqi dan Hanna yang menyerupai ular."Penipu! Penipu! Penipu!" Di ekor rasaksa itu pula ialah kepala Syahir, rasaksa itu menuju lagi ke arah Kyoko dan Nasuha, mereka menghayun ekor dengan kuatnya. Kyoko mengambil Nasuha dan mengelak lagi, serangan itu menghancurkan beberapa bilik di tingkat bawah sekolah itu."Tak boleh. Perut aku...rasa berat..." Nasuha menggeletar, Kyoko melihat keadaannya kemudian menghembus nafas panjang. Rasaksa itu mengalihkan kedua-dua kepalanya ke arah mereka, senyuman sinis terukir di wajah makhluk itu."Siapa mereka ni?" soal Kyoko."Diorang...buli aku....Buatkan hidup aku macam neraka kat sekolah. Rosakkan hubungan aku dengan ayah..." Nasuha memegang kedua-dua kepalanya, Kyoko berdiri di hadapannya kemudian menghala tangan kanannya kehadapan."Kau takutkan mereka sehingga mereka ada bentuk rasaksa dalam minda kau. Nasuha, kau kena lawan mereka, itu kunci untuk kau kawal kuasa aku." Suara Mei kedengaran. Kilat Kyoko membentuk seperti busur, dia menarik tali busur itu kemudian anak panas pula tercipta dari kuasa kilatnya."Mei, tak rasa dia dengar sekarang ni!" kata Kyoko sedang rasaksa itu membuka mulutnya luas dan mahu menerkam mereka. Nasuha masih terkaku, hanya tertunduk dan memegang kepalanya saja. Kyoko melepaskan anak panah kilatnya, ia tepat mengena rasaksa itu dan menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik yang tinggi."Itu patut hentikan dia bergerak sekejap. Fuh." keluh Kyoko, kelihatan jarinya yang melepaskan anak panah tadi berasap. Kedua-dua kepala dan ekor rasaksa itu terjatuh, mereka tidak sedarkan diri."Nasuha, takde banyak masa, aku tak boleh bunuh benda tu dengan kuasa aku. Lagipun kau yang kena lawan benda tu supaya kau boleh kawal kuasa kau." tegur Kyoko."Khai...Tolong..." pinta Nasuha. Kepala Kyoko berkerut."Oi! Budak tu takde kat sini sekarang. Tak boleh harapkan orang lain selamatkan kita setiap masa. Di luar sana sekarang, ada banyak lagi orang teruk bakal sakitkan kau, rasaksa yang bakal bunuh kau! Kalau kau nak selamatkan orang lain, belajar selamatkan diri sendiri." Kyoko menarik baju Nasuha perlahan dan memandangnya dengan riak wajah tegas."Apa kau tahu? Kau tak tahu apa aku hadap." balas Nasuha."Memang pun. Aku tak tahu apa-apa, sebab tulah aku boleh jadi orang yang boleh cakap macam ni pada kau. Jangan jadi pengecut!" kata Kyoko, Nasuha terdiam seketika."Shhhhh! Nak lari mana? Nashuuuuuhaaaa!""Takde orangggg akaaannn berpihak pada khauuuu!"Rasaksa itu terjaga semula, nada suara Syauqi dan Hanna kedengaran sinis dan garau. Nasuha akhirnya berdiri, dia menggenggam tangannya kemudian memandang rasaksa itu."Kalau kau benci mereka,tembak mereka. Kau marah betul tak? Jadi lemah selama ni, jadi pengecut selama ni. Kita semua takut, yang bezakan seseorang ialah antara mereka berani hadap ketakutan mereka atau terus jadi pengecut dan larikan diri mereka." pesan Kyoko, Nasuha menghala kedua-dua tangannya kehadapan, dia menutup matanya."Star Beam!"Tiada apa-apa yang keluar.Ekor rasaksa itu terhayun ke arah mereka lagi, Kyoko menolak Nasuha dan mereka berdua tertunduk mengelak ekor itu. Beberapa bilik dipecahkan lagi dan bangunan itu mula bergegar, hampir runtuh."Raaaarrrghhh!" Serangan bertubi-tubi hayunan ekor rasaksa itu menuju pada Kyoko dan Nasuha, mereka hanya mengelak saja sedang Kyoko menolak beberapa serangan menggunakan kuasa kilatnya."Tak jadi pun! Aku dah hadap dah mereka!" keluh Nasuha sedang dia mengelak dan berlari."Manalah aku tahu! Peraturan dimensi ni tak terang sangat! Ada sesuatu kita terlepas pandang!" balas Kyoko sebelum menangkap Nasuha untuk mengelak serangan pijakan oleh rasaksa itu."Mei, apa tak kena!? Kuasa dia tak keluar pun!" soal Kyoko."Aku harap aku tahu kenapa. Susah nak korek lagi minda Nasuha dengan lima lagi otak orang aku kena kawal." keluh Mei, di dunia sebenar, kelihatan dia berpeluh dan wajahnya kemerahan. Chyou duduk berdekatannya, dia mengelap peluh Mei kemudian meletakkan pad sejuk pada dahi Mei.Kembali ke Dimensi Minda,Rasaksa di dimensi Nasuha berhenti menyerang, Nasuha mengambil peluang untuk menghalakan kedua-dua tangannya kehadapan, ingin menggunakan Star Beam lagi namun tiada apa-apa yang keluar. Dia mengetap giginya, kemudian tertunduk mengalah."Aku tak fahamnya langsung...Kenapa aku tak berguna? Kuasa ni pun aku tak boleh keluar langsung. Aku fikir sesuatu akan berubah? Yang aku boleh jadi seseorang yang berguna? Aku bodoh! Aku tak guna langsung." Nasuha melihat tapak tangannya, mengenggamnya erat sehingga kukunya yang panjang menusuk tapak tangannya, menyebabkan darah mengalir keluar."Nasuha, jangan mengalah." pesan Mei."Sudah cukuplah. Aku tak nak buat benda ni lagi. Aku mengalah...Aku nak kurung je diri aku ni supaya aku tak susahkan dah sesiapa." Bayangan wajah Khairul dan Ehsan bermain di kepala Nasuha, rasaksa di hadapannya bergerak semula, kedua-dua kepalanya membelit sekeliling Nasuha, senyuman sinis terukir di wajah mereka."Beetulll...Perempuan...murahan macam kau...""Memang...tak layak apa-apa benda...baikkksss..." bisik kepala Syauqi dan Hanna dalam bentuk rasaksa itu, mata mereka memandang saja Nasuha, seumpama mereka seronok melihat keadaan Nasuha yang merana. Kyoko sedang memerhati dari jauh, dia menghembuskan nafas panjang."Keluarkan jelah dulu dia dari Dimensi Minda. Dia tak boleh lakukannya, Mei. Kalau dia tertekan sangat nanti, takut dia jadi Stray pulak." kata Kyoko, dia memandang keatas, di langit, kelihatan Mei dan Rose yang gergasi dari pandangan Kyoko."Khairul dah berjaya kawal kuasa dia. Dia terima kehendak, ingat apa yang Sui'ra cakap, Mutant Cell, ada sifat tersendiri, mereka mikroorganisma yang hidup juga. Respon kepada kehendak kau, Nasuha." arah Mei, Nasuha sedang terduduk lemah, kepala Syauqi dan Hanna serta Syahir membisikkan kata-kata kesat pada telinga Nasuha. Matanya kosong saja, tiada emosi...Sepatutnya aku terjun je haritu...Sepatutnya, aku tak jumpa pun dengan kau, Khai.Kenapa aku berharap sangat? Setiap masa aku fikir sesuatu dan berubah, aku selalu kena hentak dengan realiti.Aku ni tak guna langsung..."Apa yang terjadi masa dulu. Kau tak boleh buat apa-apa dah. Khairul, kau ada sebab baru sekarang, jangan mati, kau nak pertahankan Nasuha betul tak?""Hah?" Nasuha menoleh keatas, suara Khalid kedengaran, Dimensi Minda Khairul kelihatan di atas langit Dimensi Minda Nasuha."Korang betul. Tak boleh mati lagi, Nasuha mintak supaya aku tak mati lagi. Itu sebab aku hidup sekarang." Khairul seumpama sedang memandang Nasuha, mata mereka bertembung."Kau sayangkan dia betul tak, si Nasuha?""Mungkin.""Hah..haha..." Nasuha tersenyum kemudian tergelak kecil, air mata mengalir di wajahnya. Perlahan-lahan dia berdiri semula, Kyoko menyilang tangannya kemudian menghembus nafas panjang."Oh...untuk jadi muda dan jatuh cinta, itu je dah cukup, hah?" keluh Kyoko."Khau....fikir...kau ssshiapaaa...?""Penipu! Penipu! Penipu!"Lemahhh! Sheeemuaa ni salahhh khaauuu!"Bisikan-bisakan rasaksa itu masih tidak berhenti, Nasuha menutup telinga dan matanya, dia menarik nafas yang panjang. Tiba-tiba awan-awan yang menutupi Dimensi Minda Nasuha berterbangan pergi dan langitnya dihiasi bintang-bintang."Mak! Nak tengok Ms.Star!'Masa kecik dulu, aku suka sangat kartun tu. Ms.Star cantik, aku sukakannya, kuasa dia semuanya bercahaya. Masa kecik dulu, aku suka lihatnya.Aku nak jadi lebih kuat...Tak nak jadi pengecut lagi dah.Kau dah buat janji betul tak, Nasuha? Dia Mantis kau dan kau akan jadi Ms.Star bagi dia..."Lihatlah cahaya aku! Di bawah langit yang gelap, aku akan sinarinya dengan harapan! Tiada kejahatan akan aku lepas pandang, keadilan aku akan beri!" Nasuha terbang ke udara, cahaya-cahaya dari bintang menyuluh ke arahnya, seluruh pakaiannya menyinar. Rambutnya yang pendek dipanjangkan oleh rambut yang bercahaya di hujung.Apabila dia membuka mata, cahaya yang sama juga menyinar. Simbol bintang yang menyala muncul di dada Nasuha."Kuasa yang hampir sama macam Khalid, hah? Membawa fiksyen kepada realiti..." kata Kyoko.Rasaksa itu kembali bergerak dan terus menyerang Nasuha, kedua-dua kepalanya terhayun ke arahnya namun Nasuha memegang kedua-dua kepala itu dengan tapak tangan yang bercahaya hasil kuasanya."Aku benci muka kau, Syauqi! Sikit pun bukan type aku!" Nasuha mengangkat rasaksa itu, dia memusingkan mereka dan membaling mereka k earah bangunan sekolah mengakibatkan ia runtuh.Kedua-dua tangannya terhala pula ke arah rasaksa itu sedang mereka lemah di bawah runtuhan bangunan."Dan, Hanna...Aku tak batak sikit pun pasal pakwe kau!" jerit Nasuha, cahaya mengelilingi dan terkumpul di tapak tangannya."Star Beam!" Pancaran cahaya Star Beam akhirnya keluar dari tapak tangan Nasuha dan mengena tepat pada badan rasaksa itu, menolaknya ke dalam tanah kemudian mengheretnya pula sehingga rasaksa itu terpelanting jauh.Nasuha terbang di udara, rambutnya yang bercahaya ditiup angin serta pakaiannya. Dia kelihatan megah."Macam mana rasanya, Ms.Star?" soal Kyoko."Aku takde cara nak terangkannya. Tapi aku rasakan kuasa ni. Tenaga cahaya mengelilingi badan aku. Aku boleh gerakannya, kawalnya dan lepaskannya." balas Nasuha, dia menggerakkan tangannya, pancaran kecil terkeluar diikuti dengan bintang-bintang kecil."Itulah kuasa Mutant kau, bila kau gunakannya, kau jadi Ms.Star." kata Kyoko. Nasuha tersenyum kemudian memandang Kyoko."Terima kasih tolong aku.""Jangan cakap awal sangat. Ini baru fasa pertama dalam latihan, kau memang rasa kau boleh kawal kuasa kau tapi boleh kau gunakannya betul-betul dalam perlawanan dan bekerjasama dengan rakan lain?" soal Kyoko, Nasuha terdiam seketika, dia turun dengan perlahan dari langit dan mendarat di lantai tanah.Cahaya diseluruh badannya hilang diikuti rambutnya yang panjang kembali menjadi pendek. Nasuha menggenggam tangannya kemudian tersenyum lagi."Fasa pertama latihan korang dah berjaya. Tahniah, Khairul dan Nasuha. Sekarang korang faham asas untuk kenal dan kawal kuasa korang, terasa macam korang lahir dengan kuasa tu betul tak? Tapi realitinya, korang tak..." kata Mei, dia mendekatkan Dimensi Minda Khairul dan Nasuha menyebabkan kedua-duanya bercampur menjadi satu dimensi.Sekarang Dimensi Minda itu menjadi sebuah lebuh raya dengan kereta-kereta yang tunggang langgang di merata tempat dan jalan yang rosak, Khairul dan Nasuha berdiri berdekatan manakala Khalid dan Kyoko berhadapan mereka berdua."Nasuha...Kau okay?" tanya Khairul."Aku okay." balas Nasuha sambil mengangguk perlahan. Khairul memandang pula ke arah Khalid dan Kyoko, Khalid sedang menongkatkan pedangnya sedang Kyoko pula mengumpulkan kilat di sekeliling tangannya."Untuk fasa kedua, latihan korang ialah untuk lawan guna kuasa korang. Inilah fasa yang lama. Mampu ke korang hadap dua Mutant yang boleh kawal kuasa mereka? Mampu ke korang bekerjasama untuk lawan Strays? Inilah cabaran sebenar korang, mampu ke korang kawal kehendak korang?" Mata Mei terbuka di dunia sebenar, Chyou menyuapkan air untuknya kemudian memeriksa suhu Mei. Ia telah mencecah 38 darjah celcius, Mei menghembuskan nafas panjang dan menutup matanya semula."Kitorang tak boleh bagi muka dah. Dalam perlawanan antara korang dan Strays, ianya perlawanan menang hidup dan kalah mati. Strays sudah hilang kemanusiaan mereka, Mutant Cell mereka dah kawal otak mereka sepenuhnya. Mereka takkan beri belas kasihan, jadi kami pun tak boleh tunjukkan korang sikit pun peluang." terang Khalid, dia menghala pedangnya ke arah Khairul dan Nasuha."Aku takde masalah. Boleh aku lepas geram aku lepas kau lihat benda yang kau tak sepatutnya lihat dalam otak aku." Khalid menggenggam kedua-dua tangannya, dua bilah pedang keluar dari lengannya, dia tersenyum kecil."Perlawanan ni tak personal ya, Nasuha. Anggapnya latihan, aku tak buli kau." kata Kyoko, kilat mengelilingi badan dan tangannya."Aku takkan tunjukkan kelemahan lagi juga." Mata Nasuha mengeluarkan cahaya, rambut bercahaya juga tumbuh dari belakang, dia perlahan-lahan terbang ke udara.Khalid menyerang dahulu, dia menuju ke arah Khairul dengan menghayun pedangnya. Khairul menepis, wajah mereka menghadap sesama sendiri. Ekspresi Khalid tersorok di sebalik topengnya sedang wajah bengis Khairul kelihatan terang.Serangan bertubi-tubi oleh Khalid dikenakan ke arah Khairul, walaupun memakai perisai yang berat, dia bergerak dengan pantas. Khairul menepis semuanya namun dia terkena satu serangan yang mencalarkan kakinya, pedang Khairul hanya dapat menggores saja perisai Khalid."Itu saja ke, Khairul!?" Hayunan pedang yang berat oleh Khalid menyebabkan Khairul terheret ke belakang."Kau menyorok di belakang perisai!" marah Khairul."Musuh di luar sana takkan terfikir pun untuk lawan perlawanan yang adil. Kau sendiri tahu tu, kau selalu gaduh dengan adil ataupun untuk menang!?" Khalid melompat, dia memaksa Khairul menepis serangannya dan menyekat dia dari bergerak dengan menekan pedangnya pada bilah pedang Khairul."Kau takkan mati betul-betul di Dimensi Minda. Aku akan bunuh kau sampai kau boleh bunuh aku." kata Khalid."Ada jugak sifat buruk rupanya kau ni, hero." perli Khairul dengan senyuman pahit.