"Papa...Farah tak tahu nak pilih apa. Mama tak habis bising-bising pasal masa depan bagai.""Farah tu masih lagi nak hidup bawah ketiak kita lagi ke?""Papa...""Abang!""Kenapa selalu takde kat rumah?"Mikael terjaga dari tidurnya, dia termimpikan arwah isteri dan anak perempuannya. Dia tertidur di dalam pejabatnya, Mikael mengangkat badan, gambar dia bersama keluarganya berada di atas meja. Gambar semasa dia dan isterinya sedikit muda dan Farah masih lagi kanak-kanak.Rasaksa-rasaksa mutasi kalau mereka tak wujud. Aku ada banyak lagi masa untuk habiskan dengan keluarga aku. Sekarang satu apa pun aku dah takde.Gaji tinggi, pangkat tinggi ni. Semuanya takde makna. Aku sepatutnya...Tak. Belum lagi...Pilihan apa lagi aku ada? Aku akan musnahkan rasaksa yang bunuh keluarga aku...Dan musnahkan sebanyak mungkin yang aku perlu..."Semalam banyak badan rasaksa mutasi dijumpai sudah terbunuh, dipercayai semua rasaksa ni dibunuh oleh sekumpulan orang yang sama, ada juga beberapa rakaman CCTV menunjukkan..." Seorang polis sedang menunjukkan analisis dan siasatannya, Rose kelihatan terganggu, Mikael dan Shaurya juga berada di dalam perbincangan itu."Aku dah cakap...jangan masuk campur dan hati-hati sikit." keluh Rose sendirian, gambar-gambar badan Strays yang sudah ditikam, terbelah dan dipancung. Ada juga rakaman CCTV menunjukkan kereta Furioswheels, Nasuha yang terbang di udara dan Khalid di dalam perisai Beast Tigernya."Individu yang kita dapat dari rakaman CCTV ini. Dipercayai mereka manusia yang mempunyai kemampuan seperti rasaksa-rasaksa mutasi. Cumanya, mereka masih nampak macam manusia dan mereka bunuh rasaksa mutasi saja..." Rakaman CCTV menunjukkan Kyoko yang melepaskan serangan kilat dan Khairul yang membelah Stray juga muncul pula, rakaman itu tidak terlalu jelas dan apa yang terjadi tidak terlalu kelihatan.Ramai anggota polis mula bercakap dengan sesama sendiri, masing-masing tertanya siapakah individu-individu yang mempunyai kuasa itu, kenapa mereka menyerang rasaksa mutasi dan apa motif mereka serta sama ada mereka pihak atau lawan."Bertenang semua!" Rose menaikkan suaranya, semua di dalam bilik itu terdiam, Rose berdiri kemudian menghentak meja perlahan."Kita akan siasat dan cari mereka ni. Sesiapa pun mereka,kita kena hati-hati. Kalau mereka boleh bunuh rasaksa Mutasi dengan pantas, apatah lagi kita? Buat masa ni fokus saja pada kerja utama kita." arah Rose."Semua kes kau nak siasat...Apa hal pula dengan kes keluarga aku, takde apa-apa benda baru ke?" keluh Mikael."Kami...ada jalankan beberapa autopsi pada badan-badan rasaksa mutasi yang kita dapatkan semalam tetapi tiada yang menunjukkan mereka ada kena mengena dengan kes itu dan kami juga ada hantar kumpulan untuk soal siasat orang-orang di kawasan perumahan tuan tetapi mereka pun tak beri kita jawapan yang berguna." balas seorang anggota polis, Mikael terus berdiri, wajahnya kelihatan kosong saja."Tak guna langsung korang semua ni..." kata dia sebelum keluar dari bilik itu. Rose melihat saja dia pergi, Shaurya berdiri pula, dia memandang Rose kemudian menurunkan sedikit bahunya. Rose faham signal yang diberikan Shaurya itu kemudian mengangguk perlahan.Mikael menghembuskan asap rokok, dia berada di belakang balai polis bersendirian. Wajahnya pucat dan matanya makin lebam menunjukkan dirinya yang tidak stabil. Kedengaran tapak kaki mendekatinya, Mikael menoleh ke arah bunyi itu.Shaurya mendekati Mikael sambil menundingkan jari ke arah papan tanda 'Larangan Merokok' dengan senyuman kecil. Mikael membaling putung rokok yang diisapnya tadi dan terus memijaknya."Kalau kau tak nak kena tumbuk, baik kau bina ayat kau elok-elok." pesan Mikael, Shaurya berdiri di tepi Mikael kemudian menghembuskan nafas panjang."Saya tahu tuan dah beribu kali dengar orang pesan, minta tuan berehat, ambil masa semua tu. Semua tu mesti memenatkan untuk didengari tapi...ianya betul. Tuan, mutasi yang mengubah manusia jadi rasaksa, ianya kerana tekanan, stress dan mental tak stabil. Kalau tuan terus begini, siapa tahu apa boleh jadi?" terang Shaurya, Mikael tersenyum kemudian tergelak kecil."Siapa kisah kalau aku jadi rasaksa pun? Sekarang ni jadi rasaksa rasa lagi bagus dari diri aku yang sekarang ni. Aku takde apa dah, Shaurya." balas Mikael, Shaurya kelihatan terganggu, Mikael menggenggam tangannya erat."Aku rasa aku memang dah jadi sedikit macam rasaksa-rasaksa tu. Apa yang aku fikirkan hanyalah untuk bunuh je rasaksa-rasaksa yang ada di luar sana. Aku nak jumpa kumpulan yang ada kuasa tu, minta mereka jadikan aku macam mereka..." Mikael makin kelihatan tidak stabil."Tuan!" Shaurya menaikkan suaranya, membuat Mikael tersedar semula."Kalau kita ada kuasa, macam rasaksa-rasaksa tu. Kita takkan hilang banyak anggota kita, kehidupan kita akan jadi lebih aman kalau ada orang yang punyai kuasa dan gunakannya untuk pertahankan orang ramai. Realitinya, makin banyak manusia akan jadi rasaksa dan makin kurang manusia yang boleh lawan mereka. Kita akan pupus...Tengoklah sendiri kes di luar sana, ada manusia berubah jadi naga di Jepun dan hancurkan separuh bandar. Di Amerika, rasaksa-rasaksa mereka dah berevolusi sehingga boleh bekerjasama dan kawal banyak kawasan." Mikael terfikirkan kes-kes rasaksa mutasi yang berlaku di luar negara, kemudian dia teringat pula akan rsaksa mutasi yang ditemui pihak polis, masing-masing mempunyai kemampuan berbeza, semakin berbahaya dan kuat."Malaysia tak jauh daripada hadap rasaksa-rasaksa sebegitu. Kalau satu dunia tak jumpa jalan untuk lawan semula rasaksa-rasaksa dan sel mutasi...Manusia secara keseluruhannya akan pupus. Takde masa depan indah untuk kita Shaurya, perlawanan kita sia-sia. Sebab itulah, sebelum aku mati, aku akan bunuh rasaksa yang bunuh keluarga aku, itu saja yang beri aku makna sekarang." Mikael pergi meninggalkan Shaurya sendirian, kata-kata Mikael itu membuat Shaurya terdiam saja dan memikirkannya."Kalau diluar sana, lebih ramai lagi Mutant seperti HOPE, kita ada peluang. Untuk lawan balik, pertahankan ramai orang. Aku letak harapan aku pada mereka...Itu saja yang kita boleh lakukan sekarang ni, kecuali kalau kita boleh jadi Mutant seperti mereka juga..."Persembangan dia bersama Rose bermain di kepalanya semula. Shaurya terduduk, dia memandang langit kemudian menepuk wajahnya."Aku akan terus percaya pada kau, Akak Rose. Itu je yang aku boleh lakukan sekarang." kata Shaurya sendirian.***"Rondaan kita semua berjalan lancar semalam, semuanya hasil usaha semua. Tapi tiada masa untuk kita berehat lagi. Kita akan teruskan operasi kita hari ni juga." Khalid menggenggam tangannya erat, semua ahli kumpulan HOPE sedang berada di hadapannya."Dengar banyak pasal kes Strays di luar sana, tak sangka memang hampir semua bandar akan ada satu dua Strays juga. Aku sangka mereka ada banyak tapi sangkaan aku tak macam tu." kata Khairul."Akak Rose ada tegur juga yang kita 'kurang berhati-hati', ada beberapa rakaman orang dan rakaman CCTV yang dapat gambar dan video kita katanya. Jadi Akak Rose minta kita low profile sikit, pihak polis dah tahu pasal kewujudan kita..." pesan Nasuha pula, Khalid tersenyum."Itu memang apa yang aku nak. Orang ramai tahu pasal kewujudan kita bagus...Macam aku cakap, kita nak orang ramai tahu, di luar sana ada orang yang mempertahankan mereka dan kalau ada Mutant lain di luar sana, kita ialah wake up call mereka untuk gunakan kuasa mereka untuk sesuatu yang bermakna." terang Khalid, Khairul dan Nasuha memandangnya dengan riak wajah risau.Mereka berdua teringat akan tengkingan yang mereka terima oleh Rose sebelum mereka berjumpa dengan HOPE sekarang."Ikutlah..." Khairul mengalah, Nasuha juga diam dan tersenyum saja."Oh ya lagi satu, Akak Rose minta bantuan kita untuk siasat satu kes, berkemungkinan besar ada kena mengena dengan Stray. Dia beri kita fail ini untuk bantu siasatan kita." Nasuha mengeluarkan fail yang dibawanya, Mei yang berada berdekatannya mengambil fail itu perlahan dari tangan Nasuha dan membukanya.Semua ahli HOPE mengelilingi Mei dan sama-sama melihat isi fail itu, riak wajah masing-masing berbeza. Nasuha kelihatan terganggu, Khalid dan Mei kelihatan fokus, Kyoko mempunyai riak wajah pelik, riak wajah Khairul berubah sayu seketika melihat gambar mayat wanita yang tidak berkepala, gambar wajah wanita itu diselit bersama. Ianya gambar isteri Mikael dan tempat kejadian di mana dia terbunuh. Wajah Chyou kosong saja, tiada emosi."Berat juga kes ni..." Mei menyimpan semula isi-isi fail itu. Khalid meletakkan tangannya di dagu dan berfikir."Kita akan tukar kumpulan hari ni. Aku, Mei dan Chyou akan bantu dalam siasatan pihak polis ni. Khairul, Nasuha dan Kyoko...Korang akan buat rondaan sementara tu, cover juga tempat kami, dengan Kyoko bersama korang, laju sikit korang boleh buat rondaan." cadang Khalid, kelihatan semua ahli HOPE setuju dengan perancangannya."Kami akan segera update kumpulan kedua jika kami dapat apa-apa. Korang bertiga hati-hati, mari segera bergerak!" arah Khalid pula.Kumpulan pertama bergerak dahulu di dalam kereta Furioswheel milik Khalid dan kumpulan berdua terbang ke udara, Kyoko membantu Nasuha dan Khairul bergerak dengan pantas menggunakan kuasa kilatnya."Nampaknya pihak polis masih sedang lakukan siasatan mereka di rumah tu." Khalid, Mei dan Chyou sedang memerhati rumah Mikael dari jauh, mereka bertiga berada di bumbung sebuah bangunan rumah yang tinggi."Aku dengan Chyou pergi tengok dulu, kau backup kalau apa-apa tak kena jadi." kata Mei."Aye, aye...Hati-hati." pesan Khalid sebelum Mei dan Chyou menghilang. Chyou meneleport dirinya dan Mei ke hadapan rumah Khalid, terdapat anggota polis berada di situ, mereka sedang bersembang.Mei dan Chyou memasuki rumah itu secara senyap-senyap, Chyou memberhentikan kuasanya dan Mei terus melihat sekeliling. Dia meletakkan tangannya pada dinding ruang tamu rumah Mikael itu, matanya mula bercahaya merah."Ma-Mama!""Kena-""Ahhhh-!""Fara-"Suara wanita yang ketakutan, bunyi tulang diretak dan dihancurkan. Darah terpercik ke merata tempat. Stray berbentuk manusia dengan tangan dan kaki yang panjang, mulutnya berlumuran dengan darah. Jeritan, kesakitan, penyesalan, ketakutan, kekeliruan."Hah!" Mei hampir terjatuh namun Chyou segera menangkapnya."Kakak?" Chyou kelihatan risau, Mei mengurut kepalanya sendiri, dia berpeluh dan riak wajahnya berubah gerun."Ianya memang serangan Stray, tapi aku tak pasti apa yang terjadi...Tak dapat banyak peninggalan memori di situ lagi, kita lambat beberapa hari." keluh Mei, dia terus terduduk di hadapan Khalid sejurus mereka bertemu semula."Takpe. Sekurang-kurangnya kita pasti ianya serangan Stray." balas Khalid."Aku dapat rasakan, banyak emosi...Semuanya menyakitkan." Mei menarik sedikit bajunya di bahagian dada. Khalid menurunkan sedikit badannya di hadapan Mei."Ambil masa, proses semua tu." pujuk Khalid, Mei hanya mengangguk saja, dia mengambil nafas panjang dan menghembuskannya"Aku dapat lihat bentuk Stray tu...tapi tak semualah." Mei mencapai tangan Khalid dan Chyou, dia memberikan memori bentuk Straytadi kepada mereka berdua."Baiklah, mari cari dia." kata Khalid terus selepas dapat melihat bentuk Stray itu.Khalid memandu keretanya dengan pantas, hasil kuasa Chyou, dia dapat menyorokkan kenderaannya dan kerana kuarantin, tidak terlalu banyak kereta berada di tengah jalan. Mei menggunakan kuasanya secara meluas, dia dapat melihat pelbagai aura manusia dan makhluk lain di kawasan namun badannya panas dengan cepat."Ah...Hah..." Mei memberhentikan seketika kuasanya untuk berehat, Chyou menyerahkannya botol air. Mei segera meminumnya kemudian meletakkan botol air yang sejuk itu pada tengkuknya."Takde kat sini. Banyak sangat tenaga digunakan, makan cepat tenaga otak aku. Literally buat aku overheating." keluh Mei."Apa kata...kita letak ais sekeliling kau, mungkin membantu?" soal Khalid."Boleh cuba.""Seriuslah? Aku sejujurnya tak sangka kau ambil idea tu serius.""Cepat jelah beli ais."Mei dikelilingi banyak plastik berisi ais dan dia sambung menggunakan kuasanya kembali. Mereka melalui kawasan tengah bandar, tidak terlalu ramai manusia, terdapat beberapa ekor kucing, anjing liar dan..."Stray! Tak tahu sama ada dia Stray yang kita cari." Mei membuka matanya semula, dia meletakkan pula tangannya pada bahu Khalid untuk membuat Khalid melihat apa yang dilihatnya, Mei menfokuskan pada aura merah yang menjejaki tempat Stray yang dikesannya itu.Setibanya mereka di kawasan itu..."Bukan Stray yang kita cari." kata Chyou, Stray berbentuk manusia dengan tanduk dan bermata tiga telah mati dengan tengkuknya dipatahkan."Chyou...Aku sendiri pun tak sedar kau keluar." keluh Khalid yang masih berada di posisi berlawan dengan pedang dihala kehadapan."Takde masa nak buang betul tak? Dan aku bunuh dia dengan cepat, tak buat dia sengsara macam apa kau nak. Tak nak susahkan kakak lama-lama lagi." balas Chyou sambil berjalan pergi, Khalid menarik kad pedangnya kemudian mengekori Chyou dari belakang sambil pedangnya menghilang."Baiklah..." kata Khalid sambil melajukan langkahnya.Perspektif kumpulan kedua pula,"Daripada cerita Akak Rose, kebanyakkan manusia yang berubah jadi Strays, mereka dari keluarga-keluarga yang susah, gelandangan dan saintis yang kaji kami, Akak Bella percaya, Mutant Cell akan lebih aktif bagi manusia yang terima banyak sel-sel itu masa ia hujan di Malaysia beberapa minggu lepas." terang Nasuha, kelihatan dia, Khairul dan Kyoko sedang bersembang di atas bumbung sebuah bangunan. Terdapat snek dan minuman di hadapan mereka."Rasa kurang senang pula bila fikirkan yang kita bunuh orang-orang susah. Tapi nak buat macam mana, mereka akan sakiti ramai orang. Bila manusia berubah jadi Strays, kita tak boleh selamatkan mereka lagi dah." keluh Kyoko, Khairul mengambil botol minumannya kemudian dia terfikirkan Strays yang dibunuhnya dan juga ayahnya yang berubah menjadi Stray."Harap, kita ada cara nak selamatkan mereka yang jadi Strays." pinta Nasuha, dia juga kelihatan sedikit sedih memikirkan nasib mereka yang menjadi Strays."Kalau Strays tu bunuh orang, kemungkinan orang yang dia sayang. Kalau dia berubah jadi manusia balik, boleh ke dia maafkan diri dia?" soal Khairul, Nasuha dan Kyoko terdiam lama mendengar persoalan Khairul itu. Khairul perasan akan reaksi janggal mereka berdua itu."Aku...tak bermaksud yang kita tak sepatutnya berusaha cari jalan bantu mereka selain dari bunuh mereka aku cuma...terfikir je." tegur Khairul."Tak-tak...Aku just terkejut je. Untuk seorang budak, kau cakap benda yang agak mendalam." kata Kyoko dalam nada memerli. Khairul hanya membuat wajah tidak puas hati saja."Kita hulurkan tangan kita pada mereka sama macam mana kau pernah selamatkan aku. Jadi orang yang boleh terus pegang tangan seseorang supaya dia tak terus mengalah macam kau, itu apa aku nak jadi sekarang." Nasuha tersenyum memandang Khairul, mereka memandang saja sesama sendiri, telinga Khairul sedikit kemerahan."Haih..." Dia mengeluh dan menggaru rambutnya yang tidak gatal."Fufu~ Comel betul budak-budak bila bercinta." perli Kyoko lagi."Ah...B-Bukan macam tu...Maksud aku, aku hargai Khairul dan aku sayangkan dia cumanya bukan macam tu...lagi...""Belum lagilah ya? Haha.""Akak Kyoko...""Sudahlah tu." pinta Khairul, dia berdiri dan terus mengalihkan pandangannya dari mereka berdua. Nasuha tertunduk malu saja sedang Kyoko memandang mereka berdua dengan senyuman sinis.Khairul berjalan ke hujung bumbung itu, matanya menangkap kelibat sesuatu yang bergerak dengan pantas di sebalik beberapa bangunan. Dia menfokuskan matanya, seumpama zoom sebuah kamera, Khairul dapat melihat seekor Strays, ianya manusia dengan tangan dan kaki yang panjang, membuatkan ia dapat menghayut pada bangunan ke bangunan."Korang...Aku nampak Stray." kata Khairul, Nasuha dan Kyoko segera mendekatinya. Khairul mengeluarkan kedua-dua bilah pedangnya dari lengan, Nasuha mengelilinginya pula dengan kuasa cahayanya, Kyoko pula menggunakan kuasa kilatnya menolak Khairul dengan pantasnya sehingga dia terbang menuju ke arah Strays itu.Sorry....Sorry...Sorry...Sorry!Stray itu menoleh ke arah Khairul, wajahnya seumpama binatang reptilia dengan mulutnya yang panjang, rambutnya ditiupi angin, menunjukkan kedua-dua matanya yang sedang menangis. Khairul terkaku menyebabkan Stray itu dapat menghentaknya jauh.Khairul terpelanting ke dalam bangunan, dia berlanggar dengan beberapa meja dan kerusi, kelihatan Khairul sedang berada di dalam sebuah pejabat."Ah...Kenapa dengan aku ni?" keluh Khairul sendirian, dia diserang pula oleh Stray itu yang menghayunkan kedua-dua tangannya dan membaling barang-barang yang berada di dalam pejabat itu ke arah Khairul."Aku sorry! Sorry! Sorry! Kenapa! Jadi macam ni! Kenapa! Sorry!" jerit Stray itu, Khairul tertolak sehingga berlanggar dengan dinding kemudiannya beberapa meja dan kerusi juga terkena padanya."Ah!" Khairul akhirnya dapat melawan semula, dia menepis meja dan kerusi kemudiannya menuju laju ke arah Stray itu, namun dia disepak pula oleh kaki panjang makhluk itu menyebabkan dia terpelanting memasuki sebuah bilik mesyuarat dan terheret di atas sebuah meja bulat yang besar.Lajunya...Dia lagi laju dari aku. Kekuatan ni juga, kali terakhir ada Stray yang betul-betul sakiti aku, ianya ayah aku.Darah tumpah dari dagu Khairul, kelihatan darah sedang mengalir dari dahinya. Khairul mengangkat kedua-dua bilah pedangnya dan mengambil nafas yang panjang."Aku tak sengaja! Aku sorry! Aku tak boleh kawal! Berhenti! Berhentilah!" Stray itu menutup kepalanya dengan kedua-dua tangannya, dia masih menangis. Kelihatan dia cuba menahan dirinya dari bergerak."Kau..." Khairul perasan akan tindakan Stray itu."Bunuh aku..." pinta Stray itu sebelum kembali menyerang Khairul. Lidahnya memanjang bersama kedua-dua tangannya, Khairul hanya dapat mengelak dan menepis saja. Stray itu memegang Khairul dengan tangan kanannya, dia membaling Khairul ke lantai kemudian menghentak Khairul dengan kedua-dua tangan panjangnya.Dia...masih ada fikiran manusia ke? Dia cuba hentikan diri dia tadi. Minta aku bunuh dia...Arghh!Kenapa aku susah sangat nak lawan dia ni?"Star Beam!" Nasuha melepaskan serangannya dan menolak Stray itu sehingga merobohkan beberapa dinding menyebabkan ia terpelanting keluar dari bangunan itu dari bahagian sisi."Hah...Hah..." Khairul terduduk lemah sambil tercungap-cungap, Nasuha dan Kyoko segera terus melihat keadaannya."Khai, kau okay?" soal Nasuha."Aku okay...cumanya Stray tu dia-!" Sebelum sempat Khairul menghabiskan ayatnya, dia dapat mengesan sesuatu tidak kena, dia menolak Nasuha jauh daripadanya. Tiba-tiba dua tangan menghancurkan dinding di belakang Khairul dan menangkapnya."Khai!" jerit Nasuha.Stray itu menghayun dirinya ke bangunan lain sambil membawa Khairul yang ditangkapnya, kelihatan terdapat kesan terbakar dari tepi badannya hasil terkena Star Beam milik Nasuha tadi."Sakit tahu tak! Sakit! Aku sorry! Sorry! Tapi sakit!" jerit Stray itu sambil mendekatkan Khairul pada wajahnya, dia membuka mulutnya dan memasukkan kepala Khairul kedalam, Khairul tidak dapat melawan balik, genggaman Stray itu membuat dia tidak dapat menggerakkan tangannya.Anak panah kilat tepat mengena Stray itu menyebabkan dia di renjat elektrik namun Khairul juga sama, Stray itu berhenti bergerak dan Khairul terus tidak sedarkan diri."Maaflah, aku terpaksa." keluh Kyoko, kelihatan busur kilat sedang berada ditangannya, genggaman Stray itu terlepas dan Khairul hampir terjatuh tetapi Nasuha segera terbang dan menangkapnya."Aku ada, Khai." Dia memeluk Khairul erat sedang dia terbang jauh dari Stray itu."Korang semua...Sakitkan aku! Sakit! Aku...bunuh korang semua!" Stray itu tiba-tiba membesar dan kelihatan terdapat sisik mulai sedikit tumbuh pada badannya dan mata kirinya berubah menjadi mata haiwan reptilia."Tak! Aku sorry! Aku sorry." Keluar pula suara seorang perempuan dari mulut Stray itu namun ia segera bergerak untuk menyerang Kyoko."Aku minta maaf, Khai tapi untuk kau pulak, serangan lepas ni bunuh kau pulak." kata Kyoko sambil menarik tali busurnya dan menghasilkan anak panah kilat gergasi dan tenaga kilat yang banyak.