Khairul ditikam beberapa duri dari tembok hitam dan ditolak sehingga ke dinding tembok itu. Dia ditikam lagi dari belakang pada kedua-dua peha dan lututnya."Arrghh!" Khairul meraung kesakitan sedang darah mengalir dari luka tikamnya. Mikael mencipta kapak dan berjalan ke arah Khairul dengan wajah yang kosong."Aku akan bunuh satu demi satu orang macam kau di sini. Aku nampak kemampuan korang, bila berkumpulan korang berbahaya." kata Mikael, Khairul menjelingnya dan cuba menahan kesakitan."Anak kau...dah takde!" jerit Khairul, riak wajah Mikael berubah bengang dan dia terus melompat ke arah Khairul sambil mengangkat kapaknya.Di luar tembok, Khalid melepaskan juga serangan meriamnya dan Kyoko menyambar dengan kuasa kilatnya namun kuasa mereka berdua tidak dapat menembusi tembok itu."Langsung tak jadi apa-apa?" keluh Khalid."Kuasa aku pun...tak lepas tembok tu." kata Mei yang cuba menggunakan kuasa Telepathynya namun tidak dapat memasuki minda sesiapa di sebalik tembok itu.Anggota polis lain cuba memecahkan tembok itu dengan ram yang dibawa mereka namun langsung tidak ada kesan juga."Kita cuba guna C4 pula." cadang Rose."Baik, puan!" balas seorang anggota polis yang bergegas ke arah kereta polis mereka bersama dua anggota lain.Kembali ke dalam situasi di dalam tembok itu, Mikael mendekati Khairul dengan kapaknya menghampiri tengkuk Khairul. Tiba-tiba dari belakang, Mikael dilibas oleh Stray Farah menyebabkan dia terhentak pada dinding tembok hitam."Sakit! Sakit! Sakit! Bunuh semua!" Stray Farah terjaga semula, mata manusianya sudah tiada, kedua-duanya telah berubah menjadi seperti binatang reptilia. Khairul memaksa dirinya keluar dari duri yang menikamnya, Stray Farah menghayun tangannya, Khairul bergolek ke tepi untuk mengelak serangan itu."Farah! Kamu selamat sekarang, Papa ada kat sini!" panggil Mikael namun Stray Farah terus menyerangnya, dia menumbuk Mikael sehingga dia berlanggar lagi dengan dinding kemudian menahan Mikael dengan kuatnya."F-Farah..." Mikael cuba tersenyum memandang Stray Farah. Khairul melompat dan memusingkan badannya, dia membelah tangan kiri Stray Farah yang menahan Mikael pada dinding."Aku dah cakap! Dia dah takde!" kata Khairul, Mikael mengetap giginya, dia menolak Khairul jauh daripadanya menggunakan cecair hitam."Jangan sentuh anak aku!" jerit Mikael."Kuaaargghhh!" Stray Farah melepaskan serangan gelombang bunyi ke arah mereka berdua, Khairul terheret di lantai dan menutup kedua-dua telinganya, Mikael juga sama namun dia menguatkan langkahnya untuk bergerak ke arah Stray Farah."Farah..." Mikael melangkah satu demi satu.Orang tua ni. Dia takkan dengar aku...Ah sial. Apa aku kena buat sekarang?Serangan gelombang bunyi itu terhenti, Khairul mengeluarkan semula bilah pedangnya. Mikael sedang berjalan ke arah Stray Farah sambil membuka tangannya, makhluk itu terhenti bergerak, ia memandang saja Mikael."Pa...pa...""Ya...Ini Papa. Farah nak balikkan? Jomlah balik, anak Papa..." kata Mikael, Khairul terkaku mendengar Stray Farah memanggil Mikael.Kedua-dua tangan Stray Farah mendekati Mikael.Mungkin ke? Dia masih-Stray Farah menghentak Mikael ke lantai jalan dengan kuat menyebabkan gegaran yang kuat, mata Khairul terus terbuka luas.Bodoh!Khairul berlari pantas ke arah Stray Farah, makhluk itu mengangkat tangannya, kelihatan Mikael yang berada di dalam kawah yang kecil, kepalanya berdarah dan kelihatan tangan kanannya patah.Stray Farah menfokuskan serangannya ke arah Khairul pula namun dia dapat mengelak semua serangan makhluk itu kemudian melompat sehingga dapat menikam mata kiri Stray Farah."Kuuuaaaarrghhh!" Stray Farah meraung dan bergelut, Khairul menikam pula tepi wajah Stray Farah untuk terus berpaut padanya.Ada idea untuk bunuh dia, bahagian bersisik keras sangat tapi ada kawasan yang masih tak bersisik. Aku butakan dia dulu...supaya senang sikit lawan dia kemud-Belum habis Khairul memikirkan strateginya, gelung hitam menghentaknya jatuh dari wajah Farah kemudian menolaknya sehingga dia berlanggar dengan bumbung tembok itu."Kau!" keluh Khairul, Mikael menahannya di situ, dia menutup kedua-dua tangan Khairul dengan cecair hitam."Ja-Jangan...sakiti dia lagi..." kata Mikael."Kau tak sedar lagi ke? Dia dah takde! Farah...dah takde! Dia dah takde, orang tua! Kau akan bunuh kita berdua!" jerit Khairul, Stray Farah masih meraung dan berbolak balik, kecederaan yang diterimanya oleh Khairul tidak pulih dengan segera."Aku-Aku takkan mengalah...untuk dia." Mikael perlahan-lahan cuba berdiri walaupun kakinya lemah dan menggeletar."Lepaskan dia, orang tua! Itu cara nak selamatkan dia! Lepaskan dia sekarang hanya akan buat dia sakiti lebih ramai orang lagi...Itu ke apa yang anak kau nak? Terus jadi rasaksa?!""Tolonglah...jangan...ambik...apa-apa dari aku lagi...Tolonglah..." Mikael menangis, tangannya menggigil, luka di wajah Stray Farah sedang memulih."Kau tak boleh ubah balik masa, harap kau boleh buat sesuatu...Kena terimanya, tak kisahlah sama ada kau salah atau tak salah. Orang tua, kalau kau sayangkan dia, lepaskan anak kau. Tindakan kau sekarang, masa sekarang ni! Itu yang bermakna!" balas Khairul, Mikael akhirnya melepaskan Khairul, cecair hitam yang menutup seluruh badannya terserap masuk ke dalam gelung hitam yang mengecil, Khairul mendarat di lantai jalan dan terus menyediakan dirinya untuk menyerang Stray Farah.Mikael berpaut pada gelung hitam yang diciptanya. Bayangan kehidupan bersama keluarganya sebelum ini bermain di dalam minda, semasa dia bertemu dengan Syakila semasa mereka muda, semasa dia berkahwin, semasa dia dapat tahu Syakila mengandung, semasa Farah dilahirkan, semasa tangan kecil Farah menyentuh jari telunjuknya.Maafkan Papa...Sabit tercipta dari gelung hitam Mikael, dia menghayunnya dengan pantas ke arah tengkuk Stray Farah, makhluk itu memandangnya tepat ke arah matanya.Kalaulah kita ada sedikit masa lagi...Papa sepatutnya cuba lebih baik lagi.Tembok hitam yang menutup Khairul dan Mikael runtuh, anggota polis yang baru saja mengeluarkan bom C4 terhenti di langkah mereka. Khalid dan Kyoko terus ke hadapan untuk mendapatkan Khairul."Orang tua..." Khairul hilang kata-kata. Mikael memeluk kepala Stray Farah, darah berlumuran di perisai dan wajahnya."Tolonglah bagi aku tanam anak aku...Tempat yang orang takkan jumpa badan dia. Jangan jadikan badan dia bahan eksperimen." pinta Mikael, Khalid dan Kyoko tiba dan terdengar permintaannya itu."Kami boleh tolong." kata Khalid.Rose dan Shaurya pula mendekati mereka, Khairul menoleh ke arah mereka. Rose menghembuskan nafas yang panjang."Cepat pergi daripada sini, bawa Mikael bersama korang." arah Rose."Ya, itulah idea kami sekarang." balas Khalid."Aku akan bising dengan korang nanti, jadi siap sedia." Kepala Rose berkerut, Khairul tersenyum pahit saja kemudian ahli HOPE yang lain semuanya terus bergerak, Chyou mengambil badan Stray Farah dan meneleport pergi."Apa yang kita nak cakap untuk cover benda macam ni pula, Akak Rose?" soal Shaurya."Memandai jelah aku goreng nanti." keluh Rose sambil memandang ke belakang, anggota-anggota polis yang bersama mereka sedang mendekati.Sehari kemudian..."Memang sial!" Mikael menjerit dan melepaskan cecair hitam yang banyak ke arah Sui'ra, senyuman kecil melekat saja pada wajah Sui'ra, seumpama seronok melihat reaksi Mikael itu."Nyawa anak aku! Isteri aku! Bukannya untuk eksperimen alien kau!" Dia mencipta kapak pula kemudian cuba memancung kepala Sui'ra namun bilah kapaknya tidak menembusi pun tengkuk Sui'ra."Sudah tu, Mikael. Kami pun dah cuba bunuh dia tapi takde gunanya..." tegur Kyoko, Mikael mengetap giginya dan perlahan-lahan melangkah ke belakang."Baiklah...Aku dah beritahu semua yang kau perlu tahu pasal Mutant Cell dan Zoturia. Kau boleh je datang bila-bila masa untuk cuba bunuh aku, kalau kau rasa kau dah cukup kuatlah. Jangan bosankan aku." Sui'ra melambai tangannya sambil tersenyum dan menutup kedua-dua matanya.Mikael, Kyoko dan Khalid akhirnya pergi dari rumah usang dimana Sui'ra berada. Sedang mereka berjalan melalui hutan itu, Mikael terhenti seketika di sebuah kubur yang berada di situ, batu nisannya hitam tercipta dari kuasa Mikael."Kau pasti...tiada sesiapa akan jumpa dia disini?" soal Mikael."Takde orang tahu tempat ni kecuali kita saja. Ianya tersorok jadi ya, takkan ada orang jumpa." balas Khalid, Mikael menurunkan badannya kemudian membelai batu nisan itu dengan senyuman kecil."Papa akan datang jenguk Farah ya...Papa pergi dulu." kata Mikael perlahan, Khalid dan Kyoko memandangnya saja."Maaflah...Aku tak berguna sangat semalam." keluh Nasuha yang sedang berada di katil, Khairul tersenyum kecil. Mereka berdua sedang berada di dalam bilik rawatan di mana mereka berada sebelum ini di rumah Rose."Kau dah buat terbaik. Itu dah memadai." kata Khairul."Tak, aku tak cukup buat sesuatu. Kalau aku lebih hati-hati, aku takkan terperangkap macam tu. Khairul, kau yang paling banyak bertarung. Luka kau lagi teruk dari aku sebenarnya...Kau hadap benda lagi susah dari aku." Nasuha memegang tangan Khairul dengan erat, senyuman di wajah Khairul hilang dan dia menghembuskan nafas panjang."Semua usaha kita dan kita masih gagal selamatkan dia. Rasa agak tahi juga, tengoklah Mei, dia langsung tak bercakap dengan sesiapa dari semalam. Dia lagilah berusaha keras untuk selamatkan Farah." balas Khairul."Nasuha." Pintu bilik itu terbuka, Nasuha terus melepaskan tangan Khairul, mereka berdua menoleh ke arah pintu itu. Kelihatan Ehsan yang kerisauan memasuki bilik rawatan itu, dia terus bergerak ke arah anak perempuannya."Tak sangka, kau berani sorokkan semua ni daripada PDRM selama ni...Tak tahulah sama ada kau ni berani atau bodoh sebenarnya, Rose." kata Mikael, Rose memandangnya dengan senyuman pahit."Well sekarang kau pun sama, kau kena menyorok dan jadi rahsia aku jugak.""Ada dua je pilihan sekarang ni, jadi bahan eksperimen kerajaan atau sertai kumpulan superhero ni." keluh Mikael."Kau boleh percaya kami. Aku berikan kau kepercayaan aku sepenuhnya." kata Khalid pula, mereka bertiga sedang berada di ruang tamu rumah Rose."Aku nak hormati keluarga aku. Kuasa ni, demi elak tragedi sama terjadi lagi. Aku akan basmi seberapa banyak Strays. Selamatkan mereka dan cuba akhiri kitaran buruk ni." Mikael melihat tapak tangannya."Kami akan berikan latihan supaya kau boleh mahir sepenuhnya guna kuasa Mutant kau." tawar Khalid."Ya...dan aku minta maaf. Aku sakitkan korang, terutamanya budak Khairul tu. Hampir bunuh dia." kata Mikael."Khairul tu lembut hati sebenarnya, cakaplah dengan dia elok-elok dan dia akan maafkan kau. Kami semua faham situasi kau...Kami takkan hukum kau, Mikael." balas Khalid, Mikael mengangguk faham saja.Kau takkan dapat ulang balik masa.Namun masa sekarang ni ialah peluang kedua untuk lakukan sesuatu yang tepat, sesuatu yang bermakna."Kakak..." Chyou memanggil Mei yang kelihatan murung di meja makan, Mei menoleh ke arah adiknya itu dengan perlahan.Chyou tersenyum sambil menunjukkan minuman dan snek yang dibawanya, Mei mengangkat sedikit wajahnya dan tersenyum sedikit juga.Itulah apa yang aku belajar dalam masa berbulan ni.Kuasa yang aku terima ini, ianya sumpahan, sumpahan aku. Kalau aku gagal kawalnya, ia akan kawal aku.Ehsan sedang bercakap dengan Nasuha, dia kelihatan cemas dan risau. Nasuha pula kelihatan terganggu mendengar apa yang dikatakannya. Khairul memerhati mereka melalui cermin yang berada di pintu bilik rawatan itu namun tidak dapat mendengari apa yang dikatakan mereka.Di luar sana, ada sesuatu lebih besar sedang terjadi. Rasanya nak dibandingkan apa yang kami sedang hadapi dan apa yang berlaku di luar sana, ianya kelihatan kecil saja walaupun terasa besar bagi kami.Tetapi itu semua tak bermakna sekarang...Aku hanya boleh capai sesuatu yang boleh aku capai."Ah?""Oh?"Khairul terserempak dengan Mikael di belakang rumah Rose, dia sedang merokok dan asap rokok terkeluar dari hidung serta mulutnya."Uhm, hei." tegur Khairul."Ah...ya..." Mikael menjatuhkan putung rokok dan terus memijaknya. Khairul meneruskan langkahnya, dia sedang membawa bakul.Khairul mengangkat pakaiannya yang berada di ampaian belakang rumah Rose. Mikael memerhati saja kemudian mengeluarkan lagi satu putung rokok."Kau...dan hampir semua ahli kumpulan HOPE, korang semua budak je. Dan aku sakiti korang, cuba bunuh korang. Aku minta maaf." kata Mikael sambil membakar rokoknya, Khairul menoleh ke arahnya semula."Kau tak salah, orang tua. Aku faham kau.""Hah...Korang semua memang terlalu baik dan memahami." keluh Mikael."Panggillah aku, Mikael...Bukannya orang tua, tak tua sangat pun.""Kau orang paling tua sini, aku panggil kau 'orang tua' ialah bayaran lepas berapa kali entah kau tikam aku. Nasiblah kita Mutant dan kecederaan kita pulih dengan cepat, rasanya kalau aku sakit lama lagi, takdenya aku maafkan kau dengan cepat." perli Khairul, Mikael tergelak kecil pula kemudian melihat tangan kanannya yang sebelum ini patah."Itulah, ianya agak menakjubkan betapa laju badan kita pulih."Khairul duduk di tepi Mikael, mereka berdua memandang langit yang sudah berubah jingga. Tiba-tiba mata Mikael berkaca dan setitis air mata mengalir."Aku...buat benda yang betul, kan? Bunuh anak aku sendiri.""Kau tak bunuh dia, kau selamatkan dia, orang tua.""Aku tahu tu tapi aku masih tak boleh maafkan diri aku." Suara Mikael bertambah serak. Khairul teringat akan ibunya kemudian ayahnya pula, dia menutup matanya."Aku pun masih tak maafkan diri aku lagi...""Huh?" Mikael menoleh kearah Khairul."Tapi aku nak cuba...ataupun nanti ada seseorang akan sedih." kata Khairul dengan senyuman.Ehsan sedang membantu Nasuha berjalan perlahan-lahan ke arah meja makan, kelihatan Rose, Shaurya dan Khalid sedang berada disitu."Mari lakukan peluang kedua kita dengan lebih baik, orang tua."Makanan sudah terhidang oleh Shaurya, Khairul dan Mikael pula muncul, mereka berdua duduk bersama."Tch...Aku ni dewasa menyedihkan, menangis macam ni depan budak macam kau."VOLUME 2 TAMAT