"Ada rasaksa mutasi yang sedang bertarung dengan rasaksa lain, mereka dah hancurkan beberapa bangunan! Hantar pasukan extermination sekarang!" Arahan diberikan oleh seorang anggota polis bermisai. Rose dan Shaurya bersama ahli kumpulan mereka segera mengambil peralatan, perisai dan senjata mereka untuk bersiap.Kumpulan Mikael juga dengan pantas bergerak bersama kapten mereka, Mikael kelihatan tegassedang dia berlari ke arah kereta polisnya.Pada masa yang sama...Kyoko melepaskan anak panah kilat gergasi ke arah Stray itu, Nasuha memerhati dari jauh saja sedang Khairul yang masih tidak sedarkan diri masih berada di pelukannya. Anak panah itu menuju pantas ke arah Stray itu namun ia sempat menangkap anak panah itu."Takde guna kalau kau dapat tangkap pun!" kata Kyoko sebelum anak panah kilat itu melepaskan letusan dan menyambar Stray itu berkali-kali.Namun Stray itu masih bergerak walaupun menerima serangan yang kuat oleh Kyoko, ia mula menghayun-hayunkan kedua-dua tangannya, Kyoko segera mengelak. Beberapa cebisan batu bata bangunan juga dibaling ke arah Kyoko."Tch! Tak cukup untuk bunuh dia ke?" keluh Kyoko, dia mendarat di atas bumbung sebuah bangunan yang sedikit jauh dari Stray itu."Ergh..." Khairul terjaga semula."Khai? Kau okay?" tanya Nasuha, dia terus kelihatan risau. Khairul melihat sekeliling sebelum kembali memandang Stray yang berpaut pada dua bangunan."Aku okay. Apa terjadi?" balas Khairul."Akak Kyoko serang dia tapi kuasa elektrik tak dapat bunuh Stray tu. Tapi nampaknya dia berhenti menyerang sekarang ni." terang Nasuha, Stray itu diam dan tidak bergerak pun, Khairul mengeluarkan dua bilah pedangnya."Kita kena bunuh dia cepat. Mesti ada orang nampak kita berlawan sekarang dan buat laporan pada pihak polis. Tak lama lagi mereka akan datang." kata Khairul."Tapi serangan kita tak efektif langsung pada dia dari tadi. Stray ni lagi kuat dari Strays lain yang kita pernah hadap." keluh Nasuha, Khairul tersenyum pahit."Ini baru hari kedua kita buat rondaan kita. Kalau ada Stray macam ni, kat luar sana, mesti ada yang lagi kuat lagi daripada dia ni. Lakukan semua benda yang kita boleh untuk basmi dia segera." Nasuha terbang ke arah Stray itu sambil membaling Khairul dengan kuat. Khairul menuju laju ke arah Stray itu, mata makhluk itu memandangnya dan terus menghalakan kedua-dua tangannya ke arah Khairul."Semua ni...Menyakitkan!""Bunuh jelah aku...""Aku bunuh kau!" Suara Stray itu berubah dari suara budak perempuan dan suara lelaki yang garau. Khairul menepis satu tangan yang terhayun padanya kemudian mendekatkan dirinya dengan kepala Stray itu, dia cuba menikam kepala Stray itu namun pedangnya tidak dapat menembusi sisik keras yang berada pada badan Stray itu."Apa benda!" Khairul terkejut, dia ditumbuk ke tepi oleh tangan kiri Stray itu kemudian ditamparpula ke bawah oleh tangan kanannya."Apa jadi?" Nasuha menangkap Khairul kemudian terbang pergi lagi."Aku tak dapat tembus sisik dia...Dari mana datang pun sisik tu...Takde tadi." keluh Khairul dalam kesakitan, Nasuha memerhati Stray itu."Bila fikir balik, dia lagi besar dari tadi." kata Nasuha."Apa yang kita boleh buat untuk bunuh dia?." soal Khairul, Nasuha mendarat pada bangunan sama di mana Kyoko sedangberada."Serangan kita bertiga macam langsung tak sakitkan sangat Stray tu, apa nak buat sekarang?"soal Kyoko pada Khairul dan Nasuha pula."Patut ke kita minta bantuan kumpulan satu?" Nasuha mengeluarkan biji mata yang diberikan oleh Mei jika kecemasan terjadi."Kuuuaaaarghhh!" Stray itu tiba-tiba menjerit dan melancarkan gelombang bunyi yang kuat menyebabkan semua yang berada di situ bergegar, tingkap pecah dan telinga Khairul, Nasuha serta Kyoko berdesing. Biji mata di tangan Nasuha terlepas sedang dia cuba menutup telinga yang kesakitan.Khairul menangkap biji mata itu, mata kirinya yang tidak tertutup mula mengalir dengan darah. Khairul menggenggam biji mata itu erat, dia menoleh ke arah Kyoko dan Nasuha yang tidak dapat bergerak serta dalam kesakitan.Kami...perlukan bantuan!Maaflah kacau korang punya siasatan...Tolong kami!Khairul memecahkan biji mata itu, serangan gelombang bunyi Stray itu berhenti. Khairul terus terbaring lemah dengan darah masih mengalir dari telinga kirinya, Nasuha dan Kyoko perlahan-lahan cuba berdiri semula."Serangan apa tu?" keluh Kyoko."Khai...Telinga kau..." Nasuha kelihatan kesal. Khairul membuka tangan kirinya menunjukkan biji mata yang telah dihancurkannya. Riak wajah Nasuha berubah dari kesal kepada bengang, dia terbang ke arah Stray itu."Tak kisahlah, apa masalah kau...Kau sakitkan Khairul! Itu je sebab aku perlukan untuk musnahkan kau!" Nasuha meletakkan kedua-dua tangannya kehadapan."Star Beam, Maximum Output!" Dia melepaskan Star Beam dengan tenaga yang banyak, pancaran cahaya itu terkena pada badan Stray itu dan menolaknya sehingga dia terpelanting, Stray itu cuba berpaut pada bangunan lain namun tolakan Star Beam itu terlalu kuat menyebabkan genggamannya terlepas.Semalam...Aku terasa susah nak bunuh Stray. Berbeza seperti semasa di Dimensi Minda, Di situ aku tahu kami hanya berada di dalam minda kami saja jadi bunuh Strays, lawan Khalid dan Akak Kyoko tak terasa berat untuk dilakukan.Bila di dunia betul, aku terasa susah nak bunuh Strays pada akhirnya, hanya bilah pedang Khairul dan tangan Chyou yang kotor dengan darah. Sebab aku ragu-ragu...Tapi! Stray ni, dia sakiti Khairul...Buat dia berdarah...Kau dah janji pada diri kau betul tak, Nasuha? Kau takkan biar Khairul tersakiti sendirian Lagi. Tak terbeban sendiri lagi...Jadi Ms. Star untuk dia...Cahaya aku ni terang untuk kau, Khai!Bayangan semasa wajah Khairul dipenuhi lebam, parut, luka dan berplaster bermain pada minda Nasuha. Sedang Stray itu berada di udara, Nasuha muncul diatasnya kemudian mengangkat tangan kanannya, tenaga cahaya berkumpul dan membentuk bintang dengan banyak cabang seumpama bilah pedang yang besar."Star Slash!" Nasuha menghayun serangannya itu dan dapat melukakan belakang badan Stray itu dan menyebabkan ia jatuh ke tanah bumi, berlanggar dengan sebuah jambatan dan terheret di jalan raya yang kosong."Nasuha...Apa kau buat?" keluh Kyoko yang memandang dari jauh, Khairul juga melihat apa yang terjadi dengan riak wajah risau.Dari debu dan asap yang tebal di mana Stray itu dijatuhkan, keluarnya dua tangan yang memegang dan menutup seluruh badan Nasuha, menyebabkan dia tidak dapat bergerak."Ah!" Nasuha ditarik ke arah Stray itu."Nasuha!" jerit Kyoko dan Khairul, dengan pantasnya, Kyoko menarik Khairul bersamanya dan terbang dengan sepantas kilat ke arah Nasuha dan Stray itu."Aku bunuh kau!""Tak boleh kawalnya!""Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh kau!"Stray itu menfgenggam Nasuha dengan kuat, menyebabkan dia tak boleh bernafas. Nasuha cuba melepaskan dirinya namun dia tidak dapat mengeluarkan kuasanya dan tidak cukup kuat."Erm! Huah...Fuh!" Nasuha semakin hilang oksigen, Kyoko dan Khairul mendarat di tangan Stray itu, mereka berdua cuba menggerakkan tangan Stray itu namun mereka juga tidak cukup kuat. Stray itu mengendahkan saja mereka sedang dia menjadi semakin besar, mulutnya dan rambutnya semakin panjang, makin banyak sisik tumbuh disekeliling badannya."Na-Nasuha!" jerit Khairul, dia berkali-kali cuba membelah jari jemari Stray itu namun dia hanya dapat melukakannya sedikit saja."K-Kha-Khai..." Nasuha memandang saja Khairul, pandangannya semakin kabur."Tak! Bukan macam ni! Arrrghhh!" Khairul semakin terdesak, Kyoko juga sama, dia mencipta dua pisau dari kuasa kilatnya untuk membelah jari Stray itu namun tidak cukup kuat juga."Ma-Maafkan...aku..." kata Nasuha sebelum dia tidak sedarkan diri, Khairul mengetap giginya dan air mata mula mengalir, dia memandang pula Stray itu dengan wajah yang bengis.Mata kanan Stray itu mengalirkan air mata dan kelihatan sayu, sedang mata kiri Stray itu kelihatan marah."Bunuh kau...""Minta maaf...Minta maaf...""Arrrggghhhh!" Khairul melompat dengan tinggi ke arah wajah Stray itu, lompatannya itu menghasilkan angin yang kuat, duri mula tumbuh dari belakang badannya dan bilah pedangnya berubah bentuk lebih membengkok ke bawah. Dua bilah pisau keluar dari tepi mulut Khairul, berupagigi seekor mentadak.Khairul dapat membelah sebahagian wajah Stray itu, menembusi kulit dan sisik keras makhluk itu."Aku bunuh kau!" jerit Khairul sedang dia berkali-kali membelah bahagian wajah Stray itu."Kuaaaaarrrrghhhh!" Stray itu menjerit lagi dan melepaskan gelombang bunyi, Kyoko menutup telinganya, Khairul masih terus menyerang lagi walaupun kedua-dua gelendang telinganya pecah dan berdarah.Berhenti!Stray itu dan Khairul berhenti bergerak.Lepaskan!Tangan Stray itu melepaskan Nasuha. Kumpulan Khalid sudah tiba akhirnya, Khalid segera keluar dari kereta Furioswheels bersama Mei, Chyou pula menggunakan kuasanya untuk mendapatkanNasuha kemudian teleport semula pada kereta mereka, dia meletakkan Nasuha ke dalam kereta itu dengan perlahan."Datang pun korang. " Kyoko turun dari Stray itu kemudian mendarat di tepi Khalid dan Mei."Khairul...Kembali ke sini. Bertenang. " pinta Mei, dia meletakkan tangan kanannya di kepala.Dia sedang menggunakan kuasanya untuk mengawal Khairul dan Stray itu."Dia...bunuh Nasuha...Aku akan bunuh...Stray ni..." kata Khairul."Nasuha hidup lagi, dia masih bernafas. Tengokkan dia, Khai. Biar kami yang handle situasi ni..." arah Mei, Khairul tersedar semula, bilah-bilah pisau yang tumbuh pada badannya kembali masuk dan bilah pedangnya kembali pada bentuk asal.Khairul segera melompat dari Stray itu, dia mendarat di kereta Khalid dan terus melihat keadaan Nasuha. Dia meletakkan tangannya di hidung Nasuha, Nasuhamasih bernafas, Khairul terus memeluknya, kelihatan mata Khairul yang berkaca."Nasuha...""Khalid...Ada sesuatu tak kena." kata Mei.Di dalam dunia minda Stray itu, kelihatan terdapat budak perempuan dengan separuh wajah kirinya ditutupi kegelapan, seluruh badannya pula diikat oleh ular-ular yang banyak.Tolong...Bunuh aku...Budak perempuan di dalam dunia minda itu ialah Farah. Anak perempuan Mikael yang hilang dan juga berada di dalam fail yang dibaca mereka sebelum melakukan rondaan dan misi mereka sebelum ini."Dia nilah Stray yang kita cari." keluh Mei."Seriuslah?" soal Khalid, Kyoko juga memandang Mei dengan wajah tertanya."Bukan itu saja...Stray ni, dialah anak perempuan anggota polis yang hilang tu. Dia jadi Stray masa bergaduh dengan ibu dia..." Mei melihat semua memori Farah, dia dapat melihat Farah yang sedang menjerit pada ibunya."Dia yang bunuh ibu dia sendiri." Suara Mei berubah sayu apabila dia melihat Farah yang berubah menjadi Stray dan memakan seluruh kepala ibunya sendiri."Kita akan lepaskan dia dari sengsara dia sekarang!" Khalid melangkah kehadapan namun Mei cuba menghalangnya."Mei?""Sabar, Khalid! Dia...Dia bukan macam Stray lain...Dia masih ada kesedaran lagi, masih ada Farah lagi dalam Stray tu." kata Mei.Stray Farah kembali menyerang, dia menghayun tangan dan membaling cebisan batu jalan tar ke arah mereka, Khalid menepis semua serangan yang dituju ke arahnya, Kyoko mengelak dan Chyou meneleportkan Mei dari situ.Semua orang! Aku bunuh mereka!Jangan tinggalkan aku! Sorry! Sorry! Sorry!"Mei, Apa pilihan yang kita ada?" keluh Khalid."Khalid...Pertama kali ada Stray yang masih ada minda manusianya. Ini peluang kita untuk cuba bawa dia kembali jadi manusia, kemungkinan dia akan jadi Mutant. Kita kena tolong dia.""Tolong dia? Dia hampir bunuh Nasuha, kau tahu tak!" marah Khairul."Aku faham apa kau nak Mei tapi Stray ni bahaya...Nasuha dengan Khairul serius hampir mati tadi." tegur Kyoko pula."Tolonglah korang.Dia budak je...Kita boleh tolong dia, kita je boleh. Aku boleh. Aku akan cari jalan untuk kembalikan minda manusia dia sepenuhnya, korang hentikan dia dari sakiti sesiapa lagi...Itu saja, tolong jangan bunuh dia. Bagi dia peluang, bagi aku peluang!" pinta Mei, dia tertunduk di hadapan mereka. Khalid menghembuskan nafas panjang."Baiklah...Kita akan cuba." kata Khalid."Haih...Dengar ni, kalau situasi jadi lagi teruk, kita kena bunuh dia." balas Kyoko."Faham." kata Mei kemudian menggunakan kuasanya pada Stray Farah, memasuki Dimensi Mindanya, untuk seketika di dunia sebenar, Stray Farah berhenti bergerak seketika namun ia kembali menyerang, Khalid dan Kyoko kehadapan untuk menghentikannya.Khairul masih berada di sisi Nasuha, enggan menolong Stray Farah. Chyou menggunakan kuasanya untuk membantu Khalid dan Kyoko mengubah posisi ke tempat yang selamat setiap kali mereka di posisi berbahaya dan hampir terkena serangan Stray Farah.Siren polis kedengaran dari jauh."Memang terbaik..." keluh Khalid sambil mengelak beberapa serangan Stray Farah yang cuba menghentaknya.Sementara itu di dalam Dimensi Minda,"Bunuh aku..." pinta Farah, matanya kosong saja."Aku akan tolong kau.Jangan mengalah." Mei meletakkan tangannya pada kegelapan yang menutupi separuh wajah Farah."Tapi kenapa? Aku tak kisah dah...Tak nak hidup...""Farah, ayah kau perlukan kau. Dia tengah bersendirian sekarang, kembalilah pada dia.""Tapi...aku bunuh Mama.""Bukan salah kau. Salah sel jahat ni. Farah, kau kena lawannya. Gunakan kuasa kau ni untuk selamatkan orang, untuk tebus balik orang-orang yang kau dah sakiti..."Farah mula menangis."Tapi...aku tak boleh..."Dua kereta polis berhenti berdekatan Stray Farah dan kumpulan HOPE yang sedang bertarung dengannya. Rose keluar dari salah satu kereta berperisai itu, riak wajahnya terus berubah terganggu apabila sedar HOPE berada disitu."Takkanlah..." keluh dia, sedang ahli kumpulannya yang lain bergerak kehadapan sambil membawa senjata mereka.Mikael dan ahli kumpulannya keluar dari kereta polis yang lain. Mikael kelihatan bengis sedang dia berada di hadapan ahli kumpulannya yang lain."Tembak! Bunuh rasaksa-rasaksa tu!" jerit Mikael. Pihak polis mula melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Stray Farah dan kumpulan HOPE."S-Sabar korang! Ada sesuatu tak kena, berhenti!" arah Rose namun hanya beberapa anggota polis saja berhenti menembak, ahli kumpulan Mikael sedang masih kehadapan dan menembak.Peluru-peluru tembakan pihak polis beberapa kali terkena pada Khalid namun perisainya dapat mempertahankannya, Chyou membawa dia pergi dari situ."Ah! Polis tembak kita pulak!" keluh Kyoko, mereka menyorok di dalam dan di belakang kereta Furioswheels lagi.Pihak polis menfokuskan tembakan mereka kearah Stray Farah pula, beberapa peluru menembusi bahagian badan Stray Farah yang tidak bersisik."Sakit! Sakit! Sakit!" Semakin Farah sakit, semakin banyak kegelapan yang menutup wajahnya."Bertahan Farah!" pinta Mei yang cuba mengawal kegelapan dari memakan seluruh wajah Farah di dalam Dimensi Minda."Kuaaaaarrrrghhh!" Stray Farah melepaskan gelombang bunyi kearah pihak polis, ramai yang berhenti menembak dan segera menutup telinga mereka namun Mikael hanya terus kehadapan saja, helmetnya terpelanting hasil gelombang itu menunjukkan matanya bengis, darah juga mengalir dari hidung dan telinganya namun dia mengendahkan saja kesakitannya."Pa...pa?" Stray Farah menghentikan serangannya, Mikael juga sama, riak wajahnya berubahterkejut mendengar suara Stray itu, matanya terbuka luas."Pa...pa..." kata Stray Farah perlahan lagi."Jangan gunakan suara anak aku untuk mengejek aku...Rasaksa sialan!" Mikael hanya bertambah bengang saja."Jadi kaulah yang bunuh mereka! Rasaksa yang bunuh keluarga aku!?" Mikael menuju kearah Stray Farah, badannya tiba-tiba dikelilingi cecair hitam yang keluar dari bayangnya.Kewujudan aku sekarang hanyalah untuk balaskan dendam keluarga aku!Bunuh rasaksa ni...Itu saja makna aku untuk terus bergerak sekarang!Dari tapak kedua-dua tapak tangan Mikael, terbentuknya dua kapak dari cecair hitam. Kuasa Mutantnya teraktif.