Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 18 - BAB 16 : HOPE

Chapter 18 - BAB 16 : HOPE

"Tiada apa-apa pelik yang kita dapat dari CCTV hadapan rumah Tuan Mikael, isteri dia balik pada jam dua tengah hari dan anak dia pulang ke rumah petang tu. Takde apa tak kena. Tiada sesiapa yang masuk." Ramai anggota polis sedang menganalisis rakaman CCTV rumah Mikael, Rose dan Shaurya juga berada di situ, riak wajah Rose kelihatan terganggu manakala Shaurya kelihatan ragu-ragu."Rasaksa...itu saja jawapannya. Ada rasaksa yang bunuh isteri aku." kata Mikael, dia memasuki bilik itu, matanya kelihatan sembam."Mikael...Kenapa kau datang?" soal Rose."Pengebumian isteri aku semuanya berjalan lancar. Takde masa nak buang, kita kena cari rasaksa tu. Dapatkan keadilan untuk keluarga aku...Anak aku pun tak tahu ke mana." Mikael bercakap dengan pantas, dia berjalan ke arah anggota polis yang lain sambil terumbang-ambing."Kau kena berehat. Itu apa yang kau perlukan." Rose berdiri di hadapan Mikael."Diamlah!" Mikael terus menarik baju Rose dan menolak dia ke belakang. Shaurya terus menggenggam tangan Mikael yang menarik baju Rose dan anggota polis yang lain mengelilinginya."Mikael...Bertenang..." kata Rose perlahan, Mikael masih memandangnya bengis namun dia kemudiannya melepaskan baju Rose dan menarik tangannya dari genggaman Shaurya."Tuan Mikael, apa yang Akak Rose katakan betul. Tuan perlukan masa, proses semua yang terjadi." pesan Shaurya pula."Diamlah, anjing. Jangan ulang apa yang tuan kau cakap dekat aku. Aku ada hak untuk sertai siasatan ni...Aku akan cari rasaksa tu sendiri dan bunuh benda tu, tak kisahlah siapa atau apapun dia." Mikael menjeling tajam Rose dan Shaurya."Ikut kau. Aku dah cuba tolong." keluh Rose.***

"Identiti kita perlu disorokkan tapi pada masa sama kita perlu orang ramai tahu di luar sana ada orang-orang berkuasa yang sedang pertahankan mereka. Jadi ada satu jawapan saja, kita kena pakai kostum." cadang Khalid, dia mengangkat jari telunjuknya sambil tersenyum, Khairul memandangnya pelik tetapi Nasuha kelihatan teruja.

"Tada..." Kyoko tiba-tiba muncul, menunjukkan kostumnya. Jaket unggu dan helmet yang telah diubah suai dan dihias."Wah. Gempak kostum Akak Kyoko." puji Nasuha."Haha, terima kasih." Kyoko membuka cermin helmetnya dan tersenyum kecil."Kuasa Mutant aku bagi aku perisai yang tutup seluruh badan aku jadi itu dah dikira kostum aku. Korang berdua punya, kami dah siapkan, Kyoko dan Mei yang buatkan untuk korang..." kata Khalid, tiba-tiba dua beg plastik jatuh dan mendarat di atas kepala Khairul dan bahu Nasuha."Cubalah pakai." tegur pula Mei yang turun dari tangga, dia memakai pakaian hitam dengan seluar yang lebar, terdapat topeng yang menutup bahagian bawah wajahnya dan dia memakai gogel yang mengeluarkan cahaya merah."Baik!" Nasuha terus memasuki salah satu bilik di rumah Mei, Khairul melihat saja dia pergi kemudian mengeluarkan pakaian kostumnya dahulu dari plastik itu."Kostum macam Mantis, huh?" kata Khairul apabila dia melihat jaket coklat yang berada di dalam beg plastik itu."Ini kostum Ms.Star dari Season 1. Rasa nostalgia pulak pakai." Nasuha menyukai kostumnya sedang Khairul kelihatan kurang selesa."Aku tak biasa langsung dengan benda-benda macam ni." keluh Khairul, dia memakai pula topeng yang datang bersama kostum itu, topeng berwarna hitam dengan tanduk dibelakangnya dan bahagian mata ditutupi kaca merah, Nasuha pula melihat saja topeng mascarade berwarna kuning."Ini...sorokkan identiti aku ke?" soal Nasuha, dia tersenyum pahit menunjukkan topeng mascaradenya."Khalid yang cakap dengan kami yang dia nak buat kostum korang sama tepat macam Ms.Star punya kartun." keluh Kyoko."Kita kena hayati hero yang kita hidupkan. Tambahan pula, bila kuasa Nasuha aktif, dia akan tumbuh rambut yang bercahaya tu. Kalau orang rakam dia, mesti akan terang sangat sampai muka Nasuha tersorok." terang Khalid."Apa-apa jelah." Kyoko mengalah namun Nasuha tergelak saja dan memakai topeng mascarade itu, dia menoleh ke arah Khairul."Kostum kau...nampak badass.""Badass? Aku tak faham. Tak pandai english sangat." keluh Khairul."Maksudnya macam gempaklah. Kalau aku pula? Okay tak aku dalam kostum ni?" soal Nasuha sambil menunjukkan kostumnya ke arah Khairul."Nampak sesuai dengan kau. Itu pastinya." Khairul tersenyum pelik."Eh? Apa maksud kau?" Nasuha tertanya-tanya."Baiklah semua. Aku bahagikan kumpulan rondaan kita kepada dua. Kumpulan pertama, aku, Mei dan Kyoko.Kumpulan kedua, Khairul, Nasuha dan Chyou." Khalid mengangkat dua jarinya,tiba-tiba Chyou muncul di belakangnya."Hah? Kenapa aku kumpulan dengan diorang pulak?" bisik dia."Ch-you...Terkejut aku..." Khalid terperanjat, dia terus melangkah ke belakang. Rambut Chyou terselak sedikit menampakkan mata kanannya."Jawablah.""Chyou, aku letak kau kumpulan sama dengan Khairul dan Nasuha sebab aku nak kau belajar berkawan, diorang berdua berada dalam lingkungan umur kau. Cubalah, lagipun kau dah selalu ikut aku dan Mei buat rondaan. Kau boleh ajar diorang." pujuk Khalid, Chyou menghembus nafas panjang kemudian dia menghilang dan muncul pula di belakang Khairul dan Nasuha, membuat mereka juga terkejut seketika."Apa-apa jelah..." kata Chyou perlahan."Taktik dua kumpulan ni simple saja. Aku dan Khairul ialah frontliner, kami akan lawan secara berhadapan, Mei dan Nasuha backup kami dari belakang, Kyoko dan Chyou pula boleh tolong kita ubah posisi jika kita dalam masalah." terang Khalid, semua yang berada di situ mengangguk faham saja."Nasuha, aku dah bagi korang location untuk korang ronda dalam telefon kau. Kita akan berada di satu kawasan sekurang-kurangnya 30 minit, rondaan kita tamat jam 9 malam, kita berkumpul semula di sini pukul 10. Jika ada kecemasan dan perlukan bantuan kami, pecahkan benda ini." Mei menyerahkan Nasuha sejenis bebola dengan lukisan mata merah, aura merah keluar dari bebola itu."Aku cipta benda tu dengan kuasa aku, kalau korang dalam bahaya, pecahkannya. Kalau kumpulan aku dalam bahaya, ia akan pecah. Ianya sejenis sistem fail-safe." pesan Mei."Baik Akak Mei, faham." balas Nasuha."Vehicle Change! Furioswheels!" Menggunakan kuasanya, Khalid mengubah kereta menjadi kereta berperisai dan kebal dengan bentuk harimau di sekelilingnya."Semoga berjaya korang. Mari basmi Strays." Khalid sudah dalam bentuk Beast Tigernya, dia meletakkan tangannya kehadapan, Mei dan Kyoko meletakkan tangan mereka di atas tangannya, diikuti tangan Nasuha dan Khairul."Chyou?" Khalid menoleh kearah Chyou."Hah..." Chyou meletakkan tangannya di atas tangan Khairul."Kau tahu, aku tak terfikirkan lagi nama kumpulan kita..." kata Khalid."Maaflah...Aku tak nerd sangat jadi aku pun takde idea." balas Kyoko pula."Aku terlupa." keluh Nasuha."Apa-apa jelah. Boleh fikir nanti." kata Khairul."Kita kena jadi harapan. Kuasa kita ni, bukannya sumpahan. Kita gunakannya untuk lakukan benda yang benar. Kita HOPE." Mei memandang semua ahli kumpulannya dengan senyuman kecil."HOPE." Nasuha juga tersenyum."Itu je yang terbaik aku boleh fikirkan." kata Mei, dia tertunduk sedikit."Aku sukakannya. Simple dan beritahu mesej yang kita nak sampaikan. Jangan berhenti berharap." puji Khalid."Samalah. Aku setuju je dengan mana-mana." Kyoko mengangkat ibu jari kirinya."Baiklah ahli HOPE semua. Mari buat yang terbaik!" Mereka semua mengangkat tangan mereka ke udara.Khalid dan Mei bergerak di dalam keretanya dengan pantas, Kyoko mengekori mereka di udara dengan sepantas kilat. Nasuha melihat saja mereka pergi, Khairul mengeluarkan dua bilah pedangnya, dia melihatnya saja kemudian menyimpannya semula selepas seketika."Jadi? Kita ikutlah jalan yang diorang bagi tadi, kan?" tanya Khairul, Nasuha mengeluarkan telefonnya."Kita cover dari Klang sehingga Ampang Jaya. Besar jugak, diorang dari sini sehingga Batu Caves..." Nasuha mengeluarkan telefonnya dan melihat lokasi yang diberikan Mei, Khairul berada di tepinya dan Chyou memandang mereka dari jauh.Telefon Nasuha berdering, terpapar nama 'Ayah'."Jawab kejap ya." kata Nasuha, dia bergerak pergi dari Khairul."Ya ayah?" Nasuha menjawab panggilan Ehsan itu."Hei, Nasuha, Ayah kat tempat kerja. Kamu tengah buat...'rondaan' kamu ke sekarang?" soal Ehsan."Ya, baru nak mula.""Nasuha. Jaga diri kamu dan ayah...Uhmm, ayah sayangkan kamu. Tolong lari kalau kamu tak boleh hadap rasaksa-rasaksa tu." pesan Ehsan, Nasuha teringat akan semasa dia memberitahu akan tugasnya kepada ayahnya dan Rose."Jangan harap ayah lepaskan kamu! Bahaya tahu tak? Tak kisahlah sama ada kamu ada kuasa atau tak...Rasaksa-rasaksa di luar sana tu, mereka berbahaya!" marah ayah, aku dah terlalu penat dengar cakap dia dan marah dia semula. Ayah langsung tak membalas dan mengalah saja.Kuasa ini ianya tanggungjawab.Aku kena gunakannya untuk kebaikan, kalau tak, aku sama saja macam rasaksa tu. Macam orang-orang tu...Nasuha terbang ke udara, dia meletakkan Khairul dan Chyou di dalam sejenis bebola cahaya. Dengan pantasnya, Nasuha terbang sambil membawa mereka berdua, senyuman terukir di wajahnya."Wuuuuhuuuu!" jerit Nasuha."N-Nasuha! Per-lahan sikit!" pinta Khairul yang tidak biasa dengan bebola cahayanya dan terasa seperti dia akan terjatuh bila-bila masa saja. Chyou pula hanya terbaring saja di dalam bola cahayanya sambil membaca buku kecil."Kita serius akan biarkan diorang tanpa salah seorang daripada kita?" soal Kyoko, dia berkomunikasi dengan Khalid dan Mei melalui telepathy. Kyoko sedang mengekori Khalid dan Mei yang berada di dalam kereta Furioswheels itu dengan terbang pendek dan meloncat dari bangunan ke bangunan lain dengan kuasa kilatnya."Mereka akan okay...Aku tahu ini agak cliche tapi kita kena letak kepercayaan kepada mereka." balas Khalid."Lagipun aku nak Chyou mula berkawan dengan orang sama umur dengan dia. Nasuha dan Khairul, mereka berdua sama macam Chyou. Dipinggir dan dibuliChyou perlukan orang macam mereka sebagai kawan, orang-orang yang memahami keperitan itu." terang Mei pula, Kyoko menghembus nafas panjang."Baiklah, aku faham."Kumpulan kedua HOPE sedang berada di atas bumbung sebuah bangunan pencakar langit, Khairul menggunakan deria yang meningkat dapat mendengar pelbagai bunyi dari jauh apabila dia fokus, melihatnya saja, tidak mahu mengganggu fokusnya."Semua benda nampak kecil dari sini, hah, Chyou?" Nasuha cuba bercakap dengan Chyou namun dia hanya dipandang Chyou dengan pandangan yang kosong kemudian Chyou mengeluh."Ya..."Wah...Aku tak tahu nak cakap apa dengan dia."Tangan kau...Kau pernah cuba kelar?" tegur Chyou melihat parut yang berada di pergelangan tangan Nasuha."Huh?" Nasuha segera menyorokkan tangannya, Chyou mengalihkan pandangan."Aku perasan je. Aku tak kisah pun apa jadi dengan kau sebelum ni." balas Chyou sambil berdiri dengan perlahan."Ah..." Nasuha terasa kurang selesa, Chyou menutup bukunya dan menyimpannya ke dalam poket seluar."Kau tak sepatutnya tegur benda macam tu kalau kau tak nak kisah." tegur Khairul pada Chyou, dia berdiri menghadap Chyou terus selepas mendengar apa yang dikatanya."Maaflah aku...tak tahu...macam mana nak bercakap dengan...orang." keluh Chyou, dia mengalihkan pandangannya dari mereka berdua, Khairul memandangnya pelik saja."Takde apa yang tak kena berdekatan sini. Aku boleh dengar banyak benda, tapi tak terlalu jauh. Kita kena cuba tempat lain pula." kata Khairul, dia endahkan saja Chyou dan bergerak ke arah Nasuha."Baiklah mari sambung meronda!"Mereka sambung terbang di udara, Khairul menjeling Chyou beberapa kali namun Chyou hanya terus membaca buku saja."Korang, tengok tu." kata Nasuha. Dari jauh, kelihatan sekumpulan anggota polis yang sedang bertarung dengan seekor Stray, makhluk itu berupa manusia dengan banyak tangan yang mempunyai pancang yang tumbuh dari tapak tangannya."Akak Rose kata...jangan masuk campur kalau polis sedang lawan Strays tapi tengoklah. Ramai yang sedang cedera tu, mereka tak boleh dekat. Makhluk tu tak tumbang walaupun kena tembak banyak kali." keluh Nasuha."Polis tak dapat bezakan Mutant dan Strays. Tak berbaloi cuba ambik risiko ni." pesan Khairul."Kita boleh tolong..." kata Chyou."Macam mana?" soal Nasuha."Korang tak ingat kuasa aku ke?" soal Chyou semula."Ke belakang!" Arah seorang anggota polis bermisai kepada ahli pasukannya, mereka sedang melepaskan tembakan bertubi-tubi namun Stray itu tetap berdiri. Kebanyakkan peluru mereka tidak menembusi pun badan Stray itu."BEBEBEBEBAYAAAAR HUTANGGG! (Bayar hutang!)" jerit Stray itu. Pihak polis berhenti menembak dan mereka menjaga jarak."Macam mana dia ni jadi rasaksa?" keluh seorang polis."Tak obvious lagi ke? Dia naik gila jadi rasaksa sebab ada orang tak bayar hutang dia. Dia bunuh kawan dia yang berhutang dengan dia lepas dia jadi rasaksa tu." balas seorang lagi anggota polis, Stray itu mendekati mereka dengan wajah yang bengis.Khairul sedang terjun ke bawah bersama Chyou yang memegang belakang bajunya, Khairul kelihatan ragu-ragu dan ketakutan, dia tidak yakin dengan kemampuan Chyou. Dengan kuasanya, Chyou membuat mereka berdua tidak kelihatan, Nasuha memerhati saja dari jauh, sediakan tangannya untuk melepaskan Star Beam jika sesuatu tidak kena berlaku.Teleport.Chyou dan Khairul memasuki alam lain yang membuat mereka berdua pantas bergerak, sedar-sedar saja mereka sudah berada di hadapan Stray itu. Khairul masih bingung namun dia segera mengeluarkan bilah pedangnya.Dari pandangan orang lain, mereka tidak kelihatan. Khairul terus memancung kepala Stray itu. Pihak polis yang berada di situ terkejut melihat apa yang terjadi. Chyou terus menggunakan kuasanya lagi dan sekarang mereka kembali ke udara namun sekarang mereka sudah kelihatan semula."Dapat korang." Nasuha menangkap mereka berdua dengan kuasanya."Selesai..." kata Chyou. Kelihatan pihak polis mendekati badan Stray itu untuk memeriksanya, kelihatan juga mereka lega."Good job korang." puji Nasuha."Aku rasa nak muntah..." Khairul menutup mulutnya, dia kelihatan mual."Kau...kena biasakan diri...dengan kuasa aku..." balas Chyou. Dia memandang pula parut-parut yang berada di wajah dan tengkuk Khairul."Aku dengar...korang sama macam aku...Kena buli...Aku pun ada parut." kata Chyou, dia menyelak rambutnya. Kelihatan mata kirinya berparut dan hampir buta, Nasuha dan Khairul memandangnya saja."Benda aku cakap tadi...Aku tak bermaksud nak buat korang...marah. Maaflah...aku perasan saja. Korang berparut macam aku..." Chyou mengalihkan kepalanya ke tepi."Baiklah takpe, kami faham. Kan, Khai?" Nasuha tersenyum kemudian memandang Khairul semula."Ah ya...Apa-apa jelah." balas Khairul. Mereka bertiga terdiam agak lama lagi kemudian di dalam hati mereka, dengan serentaknya berkata..."Awkwardnya...""Janggal gila.""Awk...ward..."