"Wilayah, kawasan dan bandar yang termaktub di paparan skrin sekarang akan di kuarantinkan kerana penaikan kes serangan rasaksa mutasi. Hal ini dilakukan untuk mengawal serangan dan juga apa-apa jenis penyebaran sel yang dipercayai punca mutasi...""Nampaknya kerajaan dah tahu punca mutasi ialah Mutant Cell atau apa benda tah si alien tu panggil haritu..." kata Rose, dia dan Shaurya sedang menonton televisyen yang berada di balai polis mereka."Kerajaan nak kurung kami dengan orang-orang yang berpotensi bila-bila masa akan bunuh kami? Gila ke?""Ingat polis dah boleh kawal situasi ni tapi kenapa menaik semula kes? Selamat ke kami ni sekarang?""Rasa macam hidup dalam penjara...Terkurung tapi takut nak keluar, tengok video yang ada kat media sosial sekarang? Benda apa tu?!"Panik disusuli selepas pengumuman kuarantin itu. Tak mengejutkan, siapa saja boleh tidur tenang bila fikir di luar sana ada rasaksa yang bila-bila saja boleh datang dan bunuh kau."Tembak!" Sekumpulan polis berperisai sedang menembak ke arah seekor Strays, namun rasaksa itu terus bergerak kemudian menghayun tangannya yang berduri besar dan panjang, beberapa orang polis terkena serangan itu dan tertusuk dengan duri-durinya.Rose salah seorang dari pihak polis yang berada di situ, dia sempat mengelak. Dengan pantasnya dia bertindak dengan meluncur di bawah rasaksa itu dan meletakkan bom grenade di bawah rasaksa itu.Bom itu meletup menyebabkan bawah badan Strays itu hancur dan usus-ususnya terkeluar, tidak lama kemudian seluruh badannya jatuh ke lantai jalan. Rose tercungap-cungap kemudian menoleh kehadapan."Segera! Dapatkan yang tercedera!" Kedengaran seorang lelaki sedang mengarah, anggota medik polis mendekati kawasan itu. Rose masih terduduk, dia bernasib baik dia sempat melarikan dirinya sebelum bom tadi meletup."Kau dah gila jugak ke, Rose?" tegur seseorang, Rose menoleh ke arahnya, lelaki berambut serabai, berjanggut halus, irisnya hitam kosong dan bawah matanya sedikit lebam."Aku terdesak..." keluh Rose."Faham, tapi fikirkan pasal apa kau buat lain kali. Tak boleh hilang lagi anggota kita, lagi-lagi orang berpangkat macam kau." pesan lelaki itu kemudian berjalan pergi dari Rose."Akak Rose!" Shaurya pula yang memeriksa keadaan Rose tetapi Rose sedang fokus memandang polis yang menegurnya tadi."Akak okay tak?" soal Shaurya, dia membuka helmetnya, kelihatan riak wajah yang yang kerisauan. Rose menoleh ke arahnya kemudian mengangguk perlahan."Aku okay." balas Rose, Shaurya melutut di tepi Rose."Baguslah." kata dia dengan senyuman kecil, Rose menepuk bahu Shaurya kemudian menggunakannya sebagai tongkat untuk berdiri."Tapi mari jelah jumpa medik. Kita tak tahu kadang-kadang ada kecederaan tanpa kita sedar." kata Rose, Shaurya mengekorinya saja.Stray yang dibunuh Rose tadi didekati beberapa anggota polis lain, polis yang menegur Rose tadi juga berada di situ.Berapa ramai lagi anggota polis akan tercedera? Setiap hari berlawan dengan musuh yang luar dari kemampuan manusia, setiap hari akan ada rakan yang kami perlu letak atas katil atau dalam plastik hitam.Kalaulah aku ada juga kekuatan untuk bunuh rasaksa-rasaksa ini juga. Demi anggota aku, demi keluarga aku...Aura hitam berpusing pantas mengelilingi tangan polis bermata lebam itu sebelum menghilang. Dia menjeling saja badan Stray yang terbunuh itu sedang ia disimpan ke dalam plastik hitam.Pada masa yang sama,Khalid sedang berada di tempat parkir sebuah surau, dia sedang tersandar pada keretanya sambil menyilang tangan. Kelihatan van jenazah bergerak masuk ke dalam tempat parkir surau itu, beberapa orang mula mendekatinya termasuklah Khalid."Kami just keluar sama-sama je...Dalam perjalanan nak buat kerja, sedar-sedar je, kami kena serang dan dia...Dia pertahankan kami..." Seorang perempuan bertudung hitam menangis teresak-esak."Alhamdulillah kamu berdua selamat. Itu pasti apa yang Faiz mahukan...Doakan dia ya." Wanita yang lebih tua memeluknya dengan erat, dia juga kelihatan sayu.Khalid memerhati dari jauh, dia mahu datang menegur namun langkahnya terhenti. Dia menghembus nafas penat kemudian berjalan pergi. Dia kembali ke tempat parkir surau itu, beberapa orang bergerak keluar pula sambil membawa keranda, Khalid datang membantu dan memasukkan keranda itu ke dalam van jenazah semula."Kamu kawan sekelas Faiz, kan?" tegur seorang lelaki tua berjanggut, Khalid menoleh kearahnya."Ya, saya Khalid.""Ah, pakcik cam muka kamu..." kata lelaki tua itu, Khalid sedar siapa dia sebenarnya."Pakcik, saya ucap takziah sangat-sangat." balas Khalid, lelaki tua itu tersenyum saja."Faiz pergi dalam keadaan syahid, pakcik percaya. Dia pertahankan orang lain, meninggalnya cara orang baik. Jadi pakcik tak sedih sangat, sebab dia pasti dikurniakan nikmat syurga." Pakcik itu menepuk bahu Khalid."Amin." kata Khalid, dia juga tersenyum pahit.Sedang dia berjalan ke arah keretanya, dia perasan akan Mei yang sedang menunggunya. Mei terus menegakkan badannya sejurus melihat Khalid."Semua okay?" soal Mei."Okay je, diorang nak pergi tapak perkuburan pula...Marilah." ajak Khalid dan mereka berdua terus memasuki kereta. Khalid mengekori van jenazah itu ke arah tapak perkuburan. Di situ, jenazah ditanamkan dan orang-orang berdoa, mata Khalid memandang saja kubur yang baru tertanam di hadapannya dengan pandangan sayu."Baru je jumpa Faiz beberapa hari lepas, kami sama kumpulan untuk project assignment. Stray berada di merata tempat sekarang, dia terbunuh pertahankan orang lain, baik orangnya." keluh Khalid sedang dia memandu pulang, Mei menoleh ke arahnya."Kita ada sekarang. Khalid, kita akan pastikan tragedi macam ni takkan berlaku lagi." balas Mei, Khalid menggenggam stering."Kita perlu cari lebih ramai Mutant lagi, kembangkan kumpulan kita dan basmi banyak Strays, hentikan mereka dari bunuh ramai orang lagi." kata Khalid. Mei memandang kehadapan, dia menyandarkan kepalanya pada tingkap kereta.Tiba-tiba irisnya berubah bentuk dan matanya berubah merah."Khalid. Ada sesuatu dekat, tak pasti Mutant atau Strays..." tegur Mei, Khalid terus menoleh ke arahnya."Di mana?" soal Khalid. Pada pandangan Mei, terdapat jejak aura, dia menundingkan jarinya mengikuti jejak itu."Ikut jalan ni." arah dia.Khalid memandu sehingga mereka tiba di sebuah bangunan kilang yang terbiar, Mei keluar dari kereta, aura yang dilihatnya kelihatan lebih terang dan besar di dalam kilang itu."Ada sesuatu dalam kilang tu..." kata Mei, Khalid terus mengaktifkan kuasanya, tali pinggang Armored Hero berada di pinggangnya, dua kad dikeluarkan dan sedia untuk dimasukkan, dia dan Mei berjalan masuk ke dalam bangunan kilang itu."Nampaknya kilang ni dah lama kena tinggal." kata Khalid, Mei menoleh ke arah siling, seekor Stray berupa cicak dengan gigi tajam sedang memandangnya. Sebelum makhluk itu menyerang, Mei menggunakan kuasanya untuk membuat makhluk itu tidak bergerak."Stray. Nampaknya mutasi dia dah berlaku lama, tiada lagi sisa minda manusia dalam dia lagi." keluh Mei, Khalid hanya memasukkan satu kad saja ke dalam slot tali pinggangnya."Weapon! Wrath Blasters." Pistol tercipta di tangan Khalid dan dia mengacukan senjatanya ke arah makhluk itu. Tiba-tiba Stray itu menghayun ekornya dan menjatuhkan pistol Khalid, ia terus mengaum dan menghayun lagi ekornya menyebabkan tertolak Khalid dan Mei ke belakang."Dia terkeluar dari kawalan aku?" soal Mei sendirian."Kuaaarghhhh!" jerit Stray itu, dia menuju ke arah Mei. Khalid melepaskan beberapa tembakan dari pistol kirinya, Stray itu ke belakang semula, Mei menggunakan kuasanya, dia menggerakkan beberapa kontena dengan mindanya dan menghempap makhluk itu."Zaaaaarrrghhhh!" Stray itu cuba melepaskan dirinya, Khalid melepaskan tembakan yang tepat mengena pada kepala makhluk itu dan ia terus mati."Call polis, biar diorang ambil badan ni." pinta Khalid, Mei mengangguk dan terus mengeluarkan telefonnya, Khalid berjalan ke arah Stray itu, dia perasan akan air mata yang mengalir dari mata makhluk itu.Mereka manusia. Kadang-kadang aku lupa sebab mereka tak nampak macam manusia. Kalau nasib aku buruk masa latihan aku, aku jadi macam ni.Bunuh mereka ialah...belas kasihan."Maafkan aku." Khalid mengelap air mata makhluk itu dan menutup matanya."Mari pergi sebelum polis datang." cadang Mei, Khalid mengangguk dan dia terus berjalan pergi bersama Mei.Kes-kes kehilangan yang meningkat disusuli kes serangan dan penampakan Strays yang berleluasa, semuanya kena mengena. Mereka yang hilang selama beberapa minggu ni, pastinya mereka sudah jadi Strays.DnA kebanyakkan Strays sudah terlalu berubah, hampir mustahil untuk buat DnA test untuk kenal pasti siapa yang berubah menjadi Strays tersebut.Dan semakin kes begini menjadi-jadi, semakin orang ramai panik dan semuanya berulang seperti roda.Perlawanan ni tak rasanya akan tamat dalam masa terdekat."Macam mana dengan ujian kau, Bella? Ada apa-apa benda baru kau jumpa?" soal Rose, Bella memusingkan kerusinya menghadap Rose."Sejak diorang 'berlatih' hari tu, Mutant Cell dalam badan mereka bertambah dan berubah bentuk juga, nampaknya badan mereka beradaptasi sepenuhnya dengan kuasa mereka dan mikroorganisma mereka berbeza sangat. Itu jelah apa yang aku dapat, dengan informasi yang kau bagi, teknologi alien yang kita hadap sekarang ni memang sangat maju lagi,mungkin beratus tahun dari kita..." terang Bella, kelihatan di skrin komputer memaparkan hasil kajiannya, Rose menepuk wajahnya dan menurunkan tangannya sehingga menutup mulutnya."Aku sendiri tak tahu nak buat apa dengan benda aku dapat, aku tak faham langsung apa-apa. Sepandai mana pun seseorang, tetap ada benda mustahil kat dunia ni." sambung Bella lagi, dia kembali memandang Rose."Rose? Kau nampak macam mayat." tegur Bella, Rose tersedar dari mengelamun kemudian menoleh ke arah Bella."Beberapa kes makan mental aku. Bila kau tembak rasaksa yang berupa manusia, menjerit macam manusia...Kau rasa kau bunuh sesuatu yang kau tak sepatutnya bunuh.""Kau terlalu emosi, Rose. Strays, mereka dah bukan manusia...Itulah realitinya, hanyalah makhluk hilang akal yang berbahaya." balas Bella, Rose mengangguk faham."Aku tahu tu..." keluh Rose.Rose berjalan keluar dari bilik Bella, dia ke ruang tamu pula, kelihatan Khairul dan Nasuha sedang berada di situ, mereka berdua sedang menonton televisyen, Rose mendekati mereka dan duduk di sofa bertepikan Nasuha."Macam mana test kamu berdua dengan Bella tadi?" tegur Rose."Oh, Akak Rose? Semuanya okay saja." balas Nasuha."Hum..." Khairul pula mengangguk saja."Ada dengar apa-apa dari Khalid?" tanya Rose lagi."Dia ada kata dia bersama ahli kumpulan lain dan lakukan rondaan, kemungkinan akan mula esok. Jadi nampaknya kumpulan kami akan mula bertindak tak lama lagi." kata Nasuha."Baguslah tapi aku pesan awal-awal...Kalau polis sedang lawan Strays, jangan masuk campur kecuali kalau betul-betul perlu saja. Kalau diorang nampak korang, diorang takkan teragak-agak nak tembak." pesan Rose."Baik, saya ingat." Nasuha mengangguk faham."Luar sana dah berubah, nampak sama macam dunia kita yang dulu tetapi sesuatu memang tak kena...Basmi seberapa banyak Strays korang boleh." pinta Rose."Kami akan." Nasuha tersenyum.Letakkan harapan aku pada budak-budak. Pada akhirnya aku pun gunakan mereka juga. Aku benci bila fikirkannya tapi aku sedar kemampuan aku. Jangan haraplah aku dapat lawan rasaksa-rasaksa tu dalam masa yang lama lagi...Badan aku penat..."Akak Rose nampak penat sangat..." kata Nasuha, dia dan Khairul sedang berada di dapur, Khairul membawa pinggang kotor ke singki, Nasuha menyusun beberapa barang dapur."Aku perasan." balas Khairul."Dia ialah penyelamat kita, banyak dia tolong. Bagi kita duduk kat rumah dia, pantaukan kita...Aku harap ada sesuatu aku dapat tolong." keluh Nasuha, Khairul membasuh pinggan kotor."Macam apa yang dia cakap, basmi Strays sebanyak yang kita boleh. Kurangkan beban pihak polis, tangan mereka mesti penuh dengan seberapa banyak Strays yang muncul hampir setiap hari." terang Khairul, Nasuha berjalan ke arah Khairul."Kita memang macam superhero lepas ni. Ronda-ronda, aku terbang kat udara sana...Aku boleh bawak kau sekali." Nasuha mengangkat kedua-dua tangannya, dia mengeluarkan cahaya yang kecil."Aku rasa aku cukup laju untuk kejar kau." Khairul tersenyum.***"Oh? Nak gerak balik dah, Tuan Mikael?" tegur Shaurya, dia masih memakai perisai dan helmet berada di bawah ketiaknya, polis bermata lebam, Mikael sedang memakai seragam polisnya dengan topi kecil."Ya. Masih bertugas lagi ke?" soal Mikael."Baru lepas habis rondaan bersama kumpulan saya. Lepas ni baliklah." balas Shaurya, Mikael mengangguk faham."Hati-hati, Shaurya. Jumpa esok." kata Mikael sambil mengangkat tangannya, Shaurya memberi tanda hormat."Baik, tuan."Mikael segera masuk ke dalam keretanya dan memandu keluar dari perkarangan balai polis. Jalan raya kelihatan hampir kosong, hanya ada beberapa kenderaan saja berada di atas jalan. Bangunan-bangunan dengan kedai-kedai yang berada di tepi jalan juga kebanyakannya tidak beroperasi, jam menunjukkan pukul 7.34 malam, masih awal malam lagi.Kereta di parkir ke dalam pagar rumahnya, Mikael keluar dari kereta dan dia terus membuka topinya. Kelihatan rumahnya gelap, dia memandangnya pelik kemudian menutup pintu kereta dan menuju ke arah pintu rumahnya.Pintu tidak berkunci, Mikael memasuki rumahnya, dia meletakkan topinya di penggantung di belakang pintu kemudian membuka lampu rumahnya."Syakila! Farah!" Mikael memanggil isteri dan anak perempuannya, dia meneruskan langkahnya ke ruang tamu, matanya terus terbeliak, badan seorang wanita tidak berkepala dengan darah berlumuran di seluruh barangan ruang tamunya."Sya-!" Dengan cemasnya dia terus memeriksa badan yang berada di ruang tamunya, dia melihat pakaian wanita itu, ianya pakaian isterinya. Mikael menutup mulutnya namun dia terus bergerak ke dapur pula."Farah!" jerit Mikael, dia memasuki pula biliknya kemudian bilik anak perempuannya, tiada sesiapa, Mikael kembali ke ruang tamu. Matanya kembali memandang badan wanita itu, ianya badan isterinya sendiri yang sudah mati tidak berkepala.Mikael terus terduduk, wajahnya kelihatan kosong saja.