Masa pertama kali kuasa Mutant aku aktif...tanpa sengaja aku terperangkapkan diri sendiri dan Chyou di Dimensi Minda kami yang bercantum.Rasanya berbulan-bulan kami dalam Dimensi Minda, perlahan-lahan melawan rasaksa yang wujud dalam minda kami. Aku berjaya mengawal kuasa aku sedang kuasa Mutant Chyou teraktif hasil tekanan teruk yang kami hadap.Ianya bukan proses senang, aku dapat rasakan badan fizikal aku seumpama terbakar, aku panas...Mungkin disebabkan aku perlu guna tenaga otak yang tinggi, badan manusia aku tak dapat tahan penggunaan kuasa yang lama.Apabila kami dapat keluar dari Dimensi Minda selepas dua hari terperangkap di dalamnya. Aku terus demam teruk, nasiblah Chyou ada, tengokkan aku...Kuasa aku benarkan aku menggunakan Telepathy dan dengan mata khas aku, aku dapat lihat manusia-manusia dengan Mutant Cell yang tinggi, ada aura yang mengelilingi merekaTetapi kuasa aku juga menarik Strays. Mereka tertarik kepada Mutant dan Strays lain, nampaknya mereka boleh kesan dan hidu bau yang lain dalam satu kawasan yang agak luas. Hasilnya, aku bertembung dengan Stray buat pertama kalinya lepas keluar dari Dimensi Minda.Dia berubah manusia tetapi telah bergabung dengan pelbagai jenis burung.Apabila aku masuk ke dalam mindanya, diri manusia dia telah dimakan oleh Mutant Cell sepenuhnya. Dia bukan lagi manusia, cara terbaik untuk selamatkan dia ialah bunuh dia dan biarkan roh dia bebas...Sedang badan Strays yang telah aku bunuh sedang berada di lantai jalan dengan darah mengalir keluar mata dan telinganya, aku tekad untuk bantu lagi ramai orang. Aku kenal seorang lelaki dengan rasa keadilan kuat yang sama.Aku tahu aku tak mampu ketuai sesuatu kumpulan, tetapi dia boleh. Selamatkan Strays dari diri mereka dan Mutants lain daripada hilang minda mereka, itu saja kemahuan aku...Tak nak lihat Dimensi Minda yang menyedihkan tu lagi...Manusia tanpa kepala.Nasuha melepaskan pancaran Star Beam ke arah Kyoko namun dia lebih pantas dari pancaran tenaga cahaya itu menyebabkan dia mengelak dengan mudahnya. Beberapa bebola pancaran cahaya dilepaskan oleh Nasuha sambil bergerak di udara, Kyoko mengelak semuanya lagi kemudian muncul di atas Nasuha."Dia laju gila!" monolog Nasuha sebelum dia disambar kilat Kyoko menyebabkan dia terjatuh ke lantai tanah.Pada masa sama, Khairul sedang terduduk lemah di hadapan Khalid, wajahnya kelihatan geram, Khalid meletakkan pedangnya di bahu kemudian tergelak kecil."Nak cuba lagi, Khairul?" soal Khalid."Kali n, aku memang akan lepasi kau punya perisai tu!" Khairul mengeluarkan pedang di lengannya, Khalid mengangkat pedangnya semula kemudian berada di posisi sedia menyerang."Cubalah." cabar dia. Khairul melompat ke arah Khalid untuk menerkamnya."Walaupun kau dapat kawal kuasa Mutant, kemahiran masih perlu diasah. Itulah apa yang kami pelajari, latihan untuk mahir gunakan kuasa, untuk melawan Mutant lain dan Strays." kata Mei sedang dia dan Rose memerhati pertarungan di Dimensi Minda milik Khairul dan Nasuha yang telah bercantum."Kalau ada Mutant lain, yang salah gunakan kuasa mereka,macam mana pihak berkuasa nak lawan mereka?" keluh Rose."Itulah sebab kami buat kumpulan ni. Untuk pertahankan manusia lain yang bukan Mutants, yang tak boleh pertahankan diri sendiri.""Kau tak fahamnya. Korang tak boleh berada di semua tempat setiap masa, satu masa nanti,kerajaan tahu pasal kewujudan Mutant, mereka akan cari jalan untuk senjatakan Mutant. Kuasa korang terlalu kuat untuk dibiarkan tidak terkawal. Aku kenal sangat perangai kerajaan bila terdesak, mereka boleh jadi kejam demi kemenangan." bantah Rose."Itulah sebab kami perlukan kau, Akak Rose. Kau ialah kunci untuk identiti kami terus tersorok. Aku sedar juga, bahaya kuasa kami ni. Di luar sana, pasti ramai lagi sebenarnya Mutanst, kami nak capai seberapa banyak lagi Mutants lain." balas Mei. Rose menghembuskan nafas panjang kemudian menoleh semula melihat Dimensi Minda.Latihan pertarungan dengan Mutants.Aku dan Khairul gagal banyak kali cuba bertarung dengan Khalid dan Kyoko. Nampak sangat mereka lebih mahir guna kuasa Mutant mereka, serangan aku langsung tak dapat sentuh Kyoko dan perisai Khalid terlalu kuat untuk Star Beam aku tembusi.Latihan pertarungan dengan Strays.Aku dan Khairul tak dapat bekerjasama, dia terkena serangan Star Beam aku semasa aku cuba nak serang Strays yang dekati aku. Kami nak jaga sesama sendiri tapi tak dapat sinergikan serangan dan pertahanan kami, menyebabkan kami terbunuh beberapa kali.Setiap kali terbunuh, aku dan Khairul terjaga semula.Dan ulang lagi dan lagi...dan lagi....Walaupun ada penambahbaikan...kami masih jauh lagi nak sampai tahap kemampuan Khalid dan Kyoko."Aku rasa korang sedar apa yang buatkan korang gagal berkali-kali. Kekurangan kerjasama, kefahaman cetek pasal kuasa Mutant korang, gagal kawal emosi semasa perlawanan." pesan Khalid sedang Khairul terduduk dan bersandarkan dinding sebuah bangunan dan Nasuha terbaring di dalam sebuah kawah."Khairul, aku faham bila kau bergaduh, kemarahan kaulah yang buatkan kau kuat tapi seseorang yang lebih kuat dari kau, boleh gunakan kemarahan tu balik pada kau. Nasuha pula, bila kau terdesak, kau buat serangan yang senang nak dibaca..." terang Khalid sedang Kyoko mendarat di belakangnya."Aku bukannya pandai sangat, kau tahu? Terang banyak kali pun, aku takkan faham." Khairul menjeling Khalid tajam."Korang berdua kena tutup kelemahan masing-masing. Fikirkannya, Nasuha tak boleh hilang fokus, Khairul senang marah. Seorang ada serangan jarak jauh, seorang lagi serangan jarak dekat...Cari jalan selesaikan masalah bersama." Khalid mengetuk helmetnya dengan ibu jari beberapa kali, tiba-tiba mereka berada di Dimensi Minda baru, ianya sebuah hutan."Selamat berjaya, latihan lawan Strays pula." kata Khalid sebelum dia dan Kyoko hilang dari pandangan. Kecederaan yang tadinya ada pada badan Khairul dan Nasuha kembali pulih dan mereka berdiri menghadap belakang masing-masing."Aku takkan biasa dengan benda ni." keluh Nasuha, Khairul mengeluarkan pedangnya kemudian menghembus nafas panjang."Senanglah Khalid cakap. Kuasa dia lebih hebat dari aku. Dia ada banyak senjata, pelbagai perisai. Aku ada dua pedang ni je." Khairul melihat senjatanya kemudian teringat akan segala jenis perisai dan senjata yang Khalid punyai."Aku perlahan sangat keluarkan kuasa aku, Kyoko laju sangat, aku jadi kelam-kabut." Nasuha menggenggam tangannya erat dengan wajah kecewa."Jangan pandang rendah diri kau macam tu..." tegur suara Mei,Khairul dan Nasuha melihat sekeliling, bunyi daun-daun dipijak dan tapak kaki kedengaran."Ingat apa yang Khalid pesan, kami berlatih berkali-kali dalam Dimensi Minda dan gagal banyak kali juga. Korang sebenarnya tengah belajar lagi laju dari kami. Khairul, kau mungkin tak perasan tapi kekuatan fizikal dan kelajuan kau lebih berkuasa dari kami semua, itu mungkin salah satu kemampuan Mutant kau tetapi pergerakan kau senang nak diteka. terang Mei, mereka berdua terus diserang oleh Strays, ianya manusia dengan empat tangan dan sifatnya bercampur dengan alat-alat memotong seperti gergaji dan parang."Kemarahan ialah double-edge sword, kalau kau tak betul-betul kawalnya, kau akan buta."Gergaji Strays itu menolak Khairul ke belakang, bilah pedangnya tercalar hasil terkena serangan itu tadi. Dia memandang Strays dengan wajah yang bengis, dia kemudiannya mengambil nafas panjang dan cuba bertenang."Nasuha, masih ada sebahagian diri kau yang tak yakin tapi lihatlah kau sendiri, kau boleh terbang dan tembak serangan berkuasa. Kau tak lemah lagi dah, perlukan keyakinan saja."Strays itu berjaya melepasi Khairul dan menuju ke arah Nasuha pula, pancaran cahaya yang kecil dari tapak tangan kanan Nasuha berjaya membuat Strays itu jatuh ke lantai semula. Khairul segera menerkam makhluk itu dengan pantasnya, dia menikam bahu Strays itu menyebabkan ia kelam kabut cuba menjatuhkan Khairul."Itu dia! Korang dah faham betul tak?"Khairul dan Nasuha berada di dalam sebuah dewan pula dan menghadap Strays berubah kotak yang tinggi dengan bahagian-bahagian serta wajah manusia berada di sisi-sisi kotak itu. Satu wajah menembak gelombang bunyi, satu wajah menembak laser mata dan satu lagi wajah meludah asid.Wajah dengan mata laser melepaskan serangannya ke arah Nasuha, dia terbang mengelak serangan itu sementara Khairul cuba mendekatkan dirinya dengan Stray pelbagai wajah itu namun serangan gelombang bunyi dan ludah asid mengganggu pergerakannya.Nasuha meletakkan tenaga kuasanya pada satu tapak tangannya dan membentuk perisai menyebabkan laser menuju semula ke arah wajah yang menembaknya."Aaaarrrghhh!" jerit wajah itu dalam kesakitan, dua wajah yang lain juga berhenti menyerang, Khairul melompat dan membelah satu lagi wajah.Selepas ikut pesanan Khalid dan Mei, kami dapat menang berlawan dengan Strays. Akhirnya kami tiba ke tahap akhir latihan ini lagi...Sekarang Khairul dan Nasuha berada di Dimensi Minda baru, ianya sebuah kawasan bandar yang sudah runtuh."Transform! Wild Card, Beast Tiger! Weapon, Claw Sword!" Khalid berubah menjadi Beast Tiger dihadapan mereka berdua, Khairul dan Nasuha terus mengaktifkan kuasa mereka dan berada di posisi sedia bertarung."Korang tunjukkan penambah-baikan yang laju. Mari lihat, boleh ke korang menang kali ni?" cabar Khalid."Aku buat kau cium lantai pulak kali ni." kata Khairul dengan senyuman, tiba-tiba Kyoko muncul dari belakang Khalid dan menyambar Khairul dengan serangan kilat, Khairul terpelanting ke sebuah bangunan hasil serangan itu."Khai!" Nasuha terkejut seketika, Khalid terus menuju ke arah Nasuha dengan hayunan pedangnya. Nasuha menoleh ke arahnya kemudian mencipta perisai, pedang Khalid ditepisnya namun Nasuha tetap tertolak ke belakang.Kyoko muncul pula dari belakang Nasuha, tangannya dipenuhi dengan tenaga kilat. Tiba-tiba serpihan batu yang besar menuju kearah Kyoko menyebabkan dia terpaksa mengelak. Khairul sedang berdiri dalam salah satu bilik pada bangunan di mana dia terpelanting tadi."Aku makin faham kuasa aku. Mantis ada kulit yang keras, otot-otot aku terasa lebih kuat, kuasa Mutant aku lebih dari dua pedang ni!" Khairul tersenyum sambil bercakap kuat.Dia melompat pula menuju ke arah Khalid, dia menerkam Khalid menyebabkan dia jauh dari Nasuha.Nasuha segera terbang sedang pedang Khairul dan Khalid bertembung berkali-kali, Kyoko mengacukan anak panah kilatnya ke arah Nasuha, dia melepaskan anak panah itu. Nasuha menutup sekelilingnya dengan perisai yang besar menyebabkan anak panah itu tidak terkena padanya."Hiyarrgh!" Khairul dapat memecahkan perisai bahu kanan Beast Tiger, Khalid segera menyepaknya jauh namun Khairul tidak berhenti menyerang, dia mencalarkan pula perisai perut Khalid."Kali ni kau memang nak bunuh aku, huh?" soal Khalid."Kau tak mati betul-betul pun kat dimensi ni betul tak?" balas Khairul."Hahaha! Okay. Aku serius jugak kali ni." Khalid mengeluarkan kad dengan simbol dua pistol, dia mengeluarkan kad pedang dan memasukkan kad pistol itu."Weapon Change! Wrath Blasters!" Dua pistol dengan wajah harimau di picu pistolnya tercipta dari pedangnya tadi, ada juga sejenis bilah pisau di bawah pistol itu.Sedang di udara, Kyoko sedang mengejar Nasuha sambil menyambarnya beberapa kali dengan kilat namun Nasuha dapat mengelak semua serangan itu, dia mengumpulkan tenaga kuasanya pada seluruh badan kemudian melancarkan dirinya sendiri ke arah Kyoko."Kau-!" Nasuha menolak Kyoko, badan Kyoko menghasilkan kilat namun tidak dapat menembusi tenaga cahaya yang telah berkumpul pada Nasuha. Dia membawa Kyoko sehingga melanggar sebuah bangunan."Terima kasih tolong aku sebelum ni, Kyoko. Aku hargainya tapi maaflah, aku tak boleh kalah dah." kata Nasuha, dia menghalakan tangannya ke hadapan, tenaga cahaya terkumpul di tapak tangannya, menerangi bangunan yang gelap tempat dia dan Kyoko berada.Cahaya yang terang itu menyebabkan Kyoko tertutup matanya."Star Beam!" Pancaran Star Beam menuju ke arah Kyoko enga."Okay...Kali ni kau dapat ak-" Serangan itu terkena pada Kyoko dan menghancurkan bahagian belakang bangunan di mana mereka berada."Kyoko dah kalah. Kau memang kuat dari sebelum ni, Khai. Tapi masih ada banyak kelemahan juga." kata Khalid, dia menoleh pula ke arah Khairul yang terduduk lemah, terdapat luka tembakan dan calar berdarah pada seluruh badannya.Khairul berdiri semula dengan perlahan dan mengangkat kedua-dua tangannya, dia masih tersenyum."Aku tahu aku takkan dapat lawan dengan kau. Memang plan kami, nak kalahkan Kyoko dulu. Dia laju dan menyusahkan tetapi kami belajar sesuatu baru lepas kalah banyak kali dengan kau, tanpa Kyoko, kau terbuka, kau susah nak elak serangan kami!" balas Khairul.Nasuha menembak Khalid dengan Star Beam dari belakang, pancaran cahaya itu tak dapat menembusi perisai Khalid namun ia menyebabkan Khalid tidak dapat bergerak. Khairul menuju ke arah Khalid dengan kedua-dua bilah pedangnya menuju kehadapan."Tak...semudah ni!" Khalid memaksa dirinya untuk bergerak dan mengangkat tangan kanannya, dia melepaskan tembakan, Khairul sempat menggerakkan kepalanya tetapi peluru masih menggores pipinya.Kau ajar kami macam-macam, Khalid.Khalid bergerak lagi, bilah pisau pada pistol kanannya mendekati tengkuk Khairul namun dia ditikam dulu dengan kedua-dua bilah pedang Khairul yang dapat menembusi perisainya.Bilah pisau itu tersangkut pada bahagian kiri tengkuk Khairul, darah mengalir perlahan, wajah Khairul dan Khalid menghadap sesama sendiri."Korang...buktikan korang sedia...tapi aku dan Kyoko, kami masih beri korang berdua peluang." kata Khalid."Huh?" Khairul pelik, sedar-sedar saja, Khalid mengacukan pistol kanan pada kepala Khairul dan pistol kiri pada Nasuha, dua das tembakan dilepaskan terus.***"Ah!""Argh!"Mereka semua terjaga dan kembali pada dunia sebenar, Khairul dan Nasuha memandang sesama sendiri kemudian melihat sekeliling pula. Mei membuka matanya, wajahnya kemerahan dan dia basah berpeluh."Dah tamat?" soal Nasuha."Ya...Korang berjaya lalui latihan." balas Khalid dengan senyuman."Kau...memang nak kena tembak kami masa akhir-akhir jugak ya?" keluh Khairul dengan riak wajah tidak puas hati."Dia memang petty macam tu kadang-kadang." tegur Kyoko pula. Rose berdiri dahulu kemudian membetulkan pakaiannya dan mengurut bahunya sendiri."Sakit badan aku duduk lama-lama macam tu. Korang muda takde masalah macam orang tua macam aku ni." kata Rose."Tahniah Khairul dan Nasuha, korang dah buat terbaik...Banggala-" Tiba-tiba Mei pengsan, Khalid segera menangkap kepalanya. Seluruh badan Mei panas, Khalid memandangnya dengan senyuman yang berubah pahit."Kau pun sama, Mei. Terima kasih." kata Khalid perlahan.Mei terbaring di atas katilnya dan ditutupi selimut, Chyou duduk ditepi kakaknya itu, melihat saja keadaannya. Khalid sedang mengiringi Khairul, Nasuha dan Rose berjalan keluar dari rumah Mei dan Chyou."Latihan korang berjalan dalam masa 12 jam je tapi Mei masukkan ramai orang dalam Dimensi Minda, dia gunakan kuasa dia secara berlebihan. Penggunaan kuasa dia dalam masa yang panjang makan banyak tenaga otak dan fizikal dia." terang Khalid."Buat masa ni, balik dulu dan rehat, mulai esok kita akan mulakan rondaan kita untuk cari Mutants lain dan tolong orang jika ada Strays yang muncul." kata Khalid, dia menyilang tangannya."Esok aku takde, tugas unit khas pihak polis pun bergerak semula...Hari ni saja, aku dapat mesej pasal dua serangan Strays, nasiblah dapat dibanteras segera." balas Rose."Terima kasih tolong kami, Khalid." Nasuha tertunduk sedikit."Takde masalah. Cakap pada Mei juga, dia yang sebenarnya paling banyak berusaha." balas Khalid sambil tersenyum."Aku masih tak puas hati." tegur Khairul pula."Haha...ikut kaulah, Khai." Khalid memerlinya, Khairul menjelingnya sedikit namun dia terus mengalihkan pandangannya.Latihan keras kami tamat, untuk sediakan diri kami menghadapi musuh di luar jangkaan manusia.