Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 14 - BAB 12 : DIMENSI MINDA

Chapter 14 - BAB 12 : DIMENSI MINDA

"Aku dengan adik aku, kami ada kuasa." kata Mei secara tiba-tiba, dia sedang bersama dengan Khalid di sebuah kafeteria, Khalid menoleh ke arahnya dengan kedua-dua matanya terbuka luas, sayur dari sandwich yang di makannya terjatuh ke bawah."Huh? Apa?" soal Khalid, dia keliru."Kau dengar aku.""Ya aku dengar...cumanya aku tak faham. Kau dengan adik kau ada kuasa?" keluh Khalid, Mei menghembuskan nafasnya, dia menutup matanya kemudian membukanya dengan segera, irisnya berubah merah dan terbentuk pelik.Menggunakan kuasanya, Mei tiba-tiba memasuki Dimensi Minda Khalid. Mereka berdua terapung di dalam dunia lain di mana bintang-bintang mengelilingi mereka. Khalid tertarik oleh lohong hitam dan mereka kembali ke dunia sebenar semula."Ah!" Khalid hampir terjatuh dari tempat duduknya, dia berpaut pada meja, mata Mei kembali normal dan dia tersenyum kecil melihat reaksi Khalid."Okay-okay, aku faham. Apa kebendanya?" Khalid memegang kepalanya, dia memegang kepalanya yang mula terasa sedikit pening."Di luar sana, sekarang ni, ada banyak orang punyai kuasa yang sama tapi mereka hilang kawalan dan berubah jadi rasaksa. Tak banyak orang boleh kawal kuasa ni." kata Mei, Khalid kembali memandangnya."Kalau kau bagitau semua ni dekat aku pun, apa aku boleh buat? Aku takde kuasa..." keluh Khalid."Aku boleh tolong kau aktifkan kuasa kau, impian kau nak jadi hero, sekarang kau boleh capainya." balas Mei, Khalid tersenyum pahit, dia teringat akan semasa dia dan Mei masih kecil, mereka berdua menonton cerita wira bertopeng dan bermain bersama."Mei, itu impian kita masa kecil. Kita berdua dah dewasa sekarang...""Tapi sekarang ni kita boleh capainya. Aku dah tunjukkan kau kemampuan aku. Sekarang ni dunia perlukan manusia macam aku, yang boleh kawal kuasa ni. Aku dapat lihatnya sendiri, kemampuan dan kerosakan mereka yang tak mampu kawalnya." terang Mei, Khalid mengetuk meja beberapa kali dengan jari telunjuknya."Kalau sesuatu boleh ubah kehidupan aku yang bosan ni sekarang jadi lebih bermakna...Apa salahnya untuk mencuba betul tak?" Khalid memandang Mei semula, kali ini dia kelihatan lebih yakin.Impian...Dibunuh oleh realiti kehidupan.Aku ada impian, panggillah ia naif ataupun pelik atau kebudak-budakan. Aku nak jadi seseorang wira, seperti dalam lagenda, seperti dalam televisyen...Semestinya manusia dengan kekuatan luar biasa atau kuasa yang hebat tak wujud di dunia ni, tetapi aku hidup dengan moral dan pengajaran yang cerita-cerita itu berikan pada aku.Dapat beli kostum mereka dan terasa seketika kau seumpama penting di dunia ini pun sudah cukup bagi aku sebelum ini. Tetapi sekarang ada kejahatan di luar sana yang mengancam orang ramai dan aku punyai kuasa untuk hentikan mereka.Impian hidup balik bila seseorang mula berharap semula.Khairul, Nasuha dan Rose berhenti di hadapan sebuah rumah, mereka sedang menunggu. Pagar automatik terbuka, kelihatan Khalid, Mei dan Kyoko sedang menunggu mereka."Marilah masuk." ajak Mei.Mereka semua memasuki rumahnya yang besar itu, semua mengekori Mei sehingga masuk pula ke dalam sebuah bilik, ianya kosong saja dan telah di tutup dengan beberapa foam anti-bunyi."Kuasa Telepathy milik Mei benarkan dia memasuki minda orang, memanipulasi dan membacanya. Dengan kuasa dia, kita boleh masuk ke dimensi minda, di situ kita boleh berlatih tanpa makan masa yang lama. Kuasa Mei benarkan kami belajar pasal kuasa kami dengan pantas." terang Khalid, dia meletakkan jari telunjuknya ke kepalanya."Kau cakap banyak benda yang kami tak faham..." keluh Khairul."Masa tidak berjalan sama dalam dimensi minda dengan dunia sebenar. Sehari dalam Dimensi Minda bersamaan dengan 45 minit di dunia sebenar." kata Mei pula."Aku ambil masa rasanya dalam tiga minggu dalam dimensi minda untuk mahirkan kuasa aku dalam dunia betul, ianya hanya dalam masa 15 jam." kata Kyoko pula."Baiklah faham, sama macam dalam Ms.Star...masa dia masuk dalam Time World." Nasuha mengetuk tangannya."Ah, masa season 3, kan?" kata Khalid dengan senyuman."Kau tengok Ms.Star?" Nasuha memandang Khalid dengan wajah separa teruja apabila sedar mereka mempunyai minat yang sama."Ya aku tengok." Khalid mengangguk perlahan.Khairul memerhati saja Nasuha dan Khalid bersembang, dia mengalihkan pandangannya kemudian menghembuskan nafas panjang."Aku boleh kawal Dimensi Minda sepenuhnya jadi jangan takut sangat." pujuk Mei."Aku boleh masuk juga betul tak? Untuk lihat apa terjadi." tanya Rose."Semestinya tapi aku bagi amaran. Potensi untuk kau aktifkan Mutant Cell dalam dimensi minda amat tinggi. Macam kau tahu, Mutant Cell aktif bila minda kau tertekan, untuk masuk dalam Dimensi Minda, aku terpaksa masuk ke dalam minda korang, lihat segala memori, yang buruk dan baik. Korang bakal tengok benda yang sakitkan korang." terang Mei, Rose tersenyum pahit."Sekarang ni aku rasa bagus juga kalau aku ada kuasa. Alang-alang." kata Rose dengan nada memerli."Berhati-hati dengan apa yang kau mahukan, Akak Rose." pesan Mei, riak wajahnya serius."Baiklah...Aku main-main je." Rose mengangkat kedua-dua tangannya.Selepas bersedia, mereka semua duduk mengelilingi sesama sendiri dan berpegangan tangan. Mata Mei berubah merah dan irisnya juga berubah bentuk, aura merah mengelilingi mereka semua."Bersedia. Kita masuk sekarang."Khairul membuka matanya, dia sedang bersama dengan Khalid di dalam rumah lamanya. Khairul melihat sekeliling dalam keadaan keliru."Ini...sekolah aku?" Nasuha pula sedang berada di sekolahnya, dia bersama dengan Kyoko pula."Inilah Dimensi Minda." Mei dan Rose pula sedang memerhati mereka melalui dua bola yang kecil, kedua-dua tangan Mei mengeluarkan pancaran merah yang mengelilingi dua dimensi bola di mana mereka sedang berada."Kenapa aku ada kat sini dengan kau?" soal Rose."Kau tak nak jadi Mutant betul tak, Rose? Dah cakapkan? Aku boleh baca minda korang dan tahu kemahuan sebenar korang." balas Mei, Rose kelihatan terganggu."Kau takut...Korang semua takut, kunci pertama kawal kuasa Mutant ialah hadap apa yang takutkan korang." kata Mei."Kau takutkan rumah kau, Khairul? Kenapa?" tanya Khalid, Khairul menggenggam tangannya kemudian menjeling Khalid."Jangan tanya aku." balas Khairul."Benda penting dalam kumpulan ialah kepercayaan, kenal seseorang penting untuk dapatkan kepercayaan." kata Khalid, Khairul mengadapnya."Cuba keluarkan kuasa kau sendiri, tanpa perlukan apa-apa tekanan untuk keluarkannya." arah Khalid, Khairul melihat lengan kanannya seketika."Aku tak tahu macam mana." keluh Khairul."Cuba lakukannya." Tiba-tiba sejenis tali pinggang tercipta di pinggang Khalid, dia mengeluarkan dua kad daripada salah satu kantung yang berada di tali pinggang itu. Terdapat sejenis simbol dan dua slot untuk meletakkan kad, di tangan Khalid, terdapat kad dengan logo harimau dan simbol pedang."Transform! Wild Card, Beast Tiger! Weapon, Claw Sword!" Khalid memasukkan kedua-dua kad itu ke dalam slot di tali pinggangnya. Seluruh badannya kemudian bercahaya, perisai tercipta dan menutup seluruh badannya, helmet terbentuk seperti kepala harimau. Khalid menghalakan tangannya ke hadapan, cahaya yang sama membentuk pula pedang dengan tiga bilah."Beast Tiger!" Khalid berubah menjadi Beast Tiger."Apa benda?" Khairul memandangnya pelik."Inilah kuasa Mutant aku, Armored Hero. Kemahuan aku dari kecil, ialah tiru wira dalam cerita Armored Hero. Cerita di mana seorang lelaki punyai pelbagai jenis perisai dan senjata yang tersimpan dalam kad-kad Heronya. Aku nak selamatkan ramai orang daripada Strays, inilah pilihan aku...Jadi seorang superhero." terang Khalid, Khairul mengalihkan pandangannya."Kuasa aku tak hebat macam kau. Ianya pedih untuk digunakan, nampak hodoh. Ianya kuasa seseorang yang sesat jalan dan bukannya orang baik." balas Khairul."Kuasa Mutant kita ialah refleksi diri kita sendiri. Kenapa kau rasa kuasa kau sakitkan diri kau sendiri?" tanya Khalid."Sebab...""Sebab kau dibenci!" Zaki muncul dari tepi dan tiba-tiba menumbuk wajah Khairul, dia terduduk di lantai."Apa?" Khairul menoleh ketepi dengan wajah gerun, Zaki dalam bentuk manusianya, dia kelihatan bengis."Begitu, aku fahamnya, Khairul. Kau didera...betul tak?" soal Khalid."Apa kau cakap- Urgh!" Khairul berubah menjadi lebih muda, dia dipijak pula oleh ayahnya. Kedua-dua tangan Zaki mencekik pula Khairul. Khalid melihat saja dia, tidak melakukan apa-apa."Kenapa kau hidup dan dia mati?! Mati! Mati! Mati!" jerit Zaki, Khairul cuba melepaskan dirinya namun dia tidak cukup kuat."Khairul. Kau kena lawan balik..." Suara Mei pula kedengaran."T-Tak boleh!""Kau boleh. Kau yang pilih kau tak nak lawan balik. Kau lebih kuat daripada remaja lain yang sama umur atau lebih tua dari kau dan kau tahu tu."Khairul kembali ke bentuk asalnya, Zaki pula berubah menjadi bentuk rasaksanya dan masih mencekik Khairul. Wajahnya membuat Khairul bertambah lemah, dia mula berhenti melawan semula."Lawan balik, Khairul!" arah Khalid."Diamlah! Kau tak tahu...Semuanya salah aku.""Kemalangan yang bunuh ibu kau bukannya salah kau, Khairul." kata Mei."Kemalangan tu terjadi sebab aku!"Khairul menangis sedang dia masih dicekik, di sebalik topeng Khalid, matanya memandang Khairul dengan mata yang sayu. Setitis air mata juga tertumpah dari pipi Mei sedang dia mengawal Dimensi Minda Khairul."Khairul...Kau budak je masa tu." keluh Mei."Kau tak fahamnya, kalau aku tak mengada masa tu, Ibu tak perlu bawak aku pergi keluar. Kami takkan kemalangan malam tu, kalau aku tak mintak keluar malam tu."Memori semasa malam Khairul dan ibunya kemalangan bermain...Badan aku terasa panas dan aku pening kepala, tak larat langsung nak bangun dari katil. Ibu duduk di tepi katil aku dan dia memeriksa keadaan aku dengan wajah yang risau."Abang...Khai demam." kata ibu pada ayah yang lalu di hadapan bilik aku, pintu sedang terbuka."Huh?" Ayah berhenti di hadapan pintu aku dengan wajah tertanya."Khai demam. Panas sangat badan dia, sayang risaulah...Jom bawa dia ke klinik." cadang ibu, ayah menghembuskan nafas panjang dengan wajah penat."Malam ni jugak? Esoklah pergi. Mana tahu dah lega sikit demamnya esok?" balas ayah, aku memerhati mereka dari jauh. Aku nak pergi ke klinik, terasa macam pening kepala ni akan bunuh aku masa tu."Ibu,saya nak pergi klinik...Pening sangat." keluh aku dengan suara lemah, ibu menoleh ke arah aku dengan riak wajah sayu."Sayang bawa je dia pergi klinik." kata ibu."Dah malam ni...Aish, ikut awaklah." Ayah mengalah untuk memujuk ibu kemudian berjalan pergi, dia menjeling aku seketika sebelum hilang dari pandangan."Sini, ibu tolong Khai jalan, okay? Kesian anak ibu seorang ni." Ibu mengiring aku ke kereta, senyuman melekat saja pada wajahnya.Ibu memandu melalui jalan menuju ke jambatan yang agak gelap kerana lampu jalan yang rosak pada malam itu. Aku memeluk saja tangan kiri ibu sedang tangan kanannya berada di stering kereta.Aku manja, aku sendiri sedar. Ibu selalu dengar saja permintaan aku. Dulu, cara aku kenakan balik ayah aku ialah dengan buatkan ibu dengar permintaan aku.Aku bodoh...aku tamak..."Allah!" Lori yang laju tergelincir dan menuju laju kevarah kereta kami, ibu cuba mengelak namun kami tetap berlanggar.Apa yang terjadi, ianya malang yang buruk.Aku boleh je tunggu esok hari...Tidurkan pening aku...Tapi aku tamak..."Apa yang terjadi masa dulu, kau tak boleh buat apa-apa dah Khairul. Kau ada sebab baru sekarang, jangan mati, kau nak pertahankan Nasuha betul tak?" panggil Khalid, Khairul membuka matanya semula, dia mula menangis dan mengetap giginya. Dia memegang kedua-dua tangan Zaki yang masih mencekiknya."Tak boleh...Tak boleh rapat sangat dengan Nasuha. Aku akan sakitkan dia. Sama macam mana aku sakitkan ibu aku." keluh Khairul."Kalau kau rasa bertanggungjawab atas kematian ibu kau. Lagi banyak sebab untuk tak ulang benda sama, kalau kau tak nak lawan untuk diri sendiri. Lawan untuk Nasuha, untuk orang lain, ada yang nakkan kau hidup...Nasuha nak kau hidup, sebab tulah Mutant Cell dia aktif, supaya kau hidup." pujuk Mei pula, Khairul teringat akan semasa Nasuha menggunakan Star Beam untuk lancarkan Zaki ke udara."Nampak tak? Aku buat silap sama...hanya sebab aku wujud!" balas Khairul lagi, dia melepaskan tangan Zaki, membiarkan dia terus mencekik Khairul."Janganlah mati, Khai.""Ingat tu, Khairul! Nasuha sayangkan kau, kalau kau sayangkan dia, keluarkan bilah pedang kau!" Mei menaikkan suaranya, Khairul membuka matanya semula, wajah Nasuha terpapar di mindanya lagi."Aaaarghhhh!" Dia mula melawan Zaki semula, dia menarik tangan Zaki dari tengkuknya, bilah pedang keluar dari kedua-dua belah lengan Khairul, dagingnya terkoyak dan darah mengalir keluar.Khairul menyepak Zaki jauh, dia terpelanting sehingga hilang ke dalam kegelapan."Hah...Hah...Huh?" Khairul tercungap-cungap, dia memandang pula bilah pedang yang keluar dari kedua-dua lengannya."Dua? Sebelum ni satu je..." Dia keliru."Kuasa Mutant kau berevolusi. Itu biasa, bila kau terima kuasa kau, potensi sebenarnya aku terbuka untuk kau." terang Khalid, Khairul menyimpan semula kedua-dua bilah pedangnya."Korang betul. Tak boleh mati lagi, Nasuha mintak supaya aku tak mati lagi...Itu sebab aku hidup sekarang." kata Khairul, dia menjeling Khalid."Kau nampak tak puas hati." Khalid tersenyum kecil."Aku tak sukanya...Kau tengok memori aku." tegur Khairul."Maaflah tapi terpaksa supaya kau boleh faham kuasa Mutant kau. Kau dapat rasakannya betul tak? Seumpama kau lahir dengan kuasa tu." balas Khalid, Khairul menggenggam kedua-dua tangannya dan mengeluarkan lagi bilah pedangnya."Ya...""Mutant Cell pilih manusia apa yang mereka akan berikan kuasa...Mereka ada sifat sendiri."

Hanya dengan menerima keinginan kau, barulah kau boleh kawalnya. Jangan biarkan diri kau tenggelam dalam hati, jangan juga abaikan keinginan itu.

"Kau sayangkan dia betul tak, si Nasuha?" tanya Khalid, Khairul mengalihkan pandangannya kemudian menurunkan kedua-dua tangannya, beberapa titisan darah tertumpah dari kedua-dua bilah pedang di lengannya."Mungkin." balas Khairul. Khalid tersenyum pahit.Kuasa Mutant yang aktif untuk pertahankan seseorang, bukannya kerana kehendak sendiri. Sebab itulah kau tak hilang minda kau, Khairul, kau mungkin sedikit gila tapi...itu memang diri kau.