Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 13 - BAB 11 : ZOTURA

Chapter 13 - BAB 11 : ZOTURA

Beberapa hari ini, selepas pengumuman Perdana Menteri tentang kewujudan sel mutasi dan rasaksa, semua rakyat menjadi panik. Ramai yang takut, di mana-mana saja, sesiapa saja boleh berubah menjadi rasaksa dan bunuh ramai orang dan tiada sesiapa dapat berlawan dengannya.Tetapi kali ini, PDRM dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia lebih bersedia. Unit-unit khas didirikan, kami diberikan senjata dan barangan untuk bertarung dengan ancaman rasaksa mutasi, unit di bawah aku antara unit terpilih untuk menghadapi hal sekarang ini...Hanya dalam masa beberapa hari, setiap kali ada penampakan atau kes rasaksa mutasi, situasi dapat diuruskan dengan pantas dan selamat. Kepercayaan rakyat kembali sedikit tetapi semestinya ramai yang masih ragu-ragu.Peningkatan kes rasaksa mutasi juga berpunca dari panik yang sedang berlaku sekarang. Kalau seperti yang ramai percaya, sel-sel mutasi aktif apabila dalam tekanan teruk, kejadian ini tak mengejutkan...Tapi aku terfikir kami sudah selamat sedikit, sekarang pun, Khairul dan Nasuha, dua manusia yang boleh kawal diri mereka walaupun sel mutasi sudah aktif berada di bawah penjagaan aku.Kami jatuh dalam situasi sekarang ni kerana kenaifan aku. Aku fikir yang kami selamat, kalau Khairul dan Nasuha dua orang yang boleh kawal sel mutasi mereka, siapa kata di luar sana tiada yang sama macam mereka?"Di mana seorang lagi Mutant yang kau cakapkan?" tanya Khalid, mereka semua sedang berada di sebuah taman. Rose melihat telefonnya, lokasi Shaurya berada di skrinnya, dia sedang mendekati mereka."Dia dah dekat." balas Rose. Nasuha memeluk anak patung Ms.Star yang Rose menangkan untuknya di arked tadi. Tidak lama kemudian, kereta Shaurya berhenti berdekatan dengan taman mereka, Khairul dan Shaurya segera keluar dan bergegas ke arah Rose, Nasuha dan Ehsan."Nasuha." panggil Khairul, Nasuha menoleh ke arahnya dengan wajah lega."Khai...""Dia memang Mutant juga, Khalid." kata perempuan dengan mata merah, Khalid mengangguk faham."Nampaknya kita semua dah ada kat sini. Ikut kami untuk berjumpa dengan 'dia'." arah Khalid."Siapa kau?" tanya Khairul."Orang yang bermutasi dan boleh kawal kuasa mereka, sama macam kau. Kalau kau ada soalan lagi, simpannya." balas Khalid, Khairul menggenggam tangannya, masih tidak mempercayai Khalid."Kita ikut saja mereka, Khai. Ini peluang untuk tahu lebih lagi pasal apa yang terjadi?" pujuk Nasuha, Khairul menghembuskan nafas panjang, dia menurunkan tangannya."Chyou,bawa kami ke sana." pinta Khalid, lelaki dengan rambut yang menutup kedua-dua matanya bergerak ke hadapan."Pegang mana-mana bahagian badan dia." kata Khalid."Huh?" Khairul keliru."Janganlah pegang tempat tak sepatutnya."Semua yang berada di situ meletakkan tangan mereka pada badan Chyou, tiba-tiba mereka semua bergerak dengan pantasnya melalui alam lain dan berada di dalam sebuah hutan. Kumpulan Khalid kelihatan tidak ada masalah dengan apa yang terjadi tetapi kumpulan Nasuha keliru dan pelik."Apa jadi?" soal Rose."Tadi tu kuasa Chyou, Teleport, di boleh bawa kita ke satu lokasi sekelip mata saja." balas Khalid, Chyou menyorok di belakang perempuan bermata merah semula.Di hadapan mereka terdapat sebuah rumah yang terbiar dan usang, Rose melihat hutan yang mengelilingi mereka kemudian perasan akan sesuatu."Hutan ni...tak jauh dengan taman tadi." kata Rose."Chyou tak boleh teleport terlalu jauh. Semua kuasa Mutant ada hadnya." kata Khalid."Kau tahu banyak benda pasal kuasa ni. Siapa sebenarnya kau?" Khairul kembali ragu-ragu akan Khalid."Aku hanya ambil tahu tentang apa yang tengah sebenarnya terjadi." Khalid dan kumpulannya berjalan ke arah rumah usang itu, pintu dibuka.Di bawah cahaya matahari yang menembusi lubang di bumbung bangunan itu, terdapat sejenis kapal angkasa yang terbentuk bulat dan seorang lelaki berambut perang sedang duduk di sofa yang sudah koyak dan kotor. Dia menoleh ke arah tetamunya dengan senyuman."Oh? Bawa kawan-kawan baru hari ni, Khalid?" tanya lelaki itu."Sui'ra, aku bawa dua manusia lagi yang boleh kawal mutasi mereka. Terangkan apa tengah terjadi pada mereka." balas Khalid, Sui'ra menongkat kepalanya dan memerhati Khairul serta Nasuha, matanya terbuka luas seketika."Aku ingat korang berdua. Kau budak lelaki haritu, ingat tak kejadian di lebuh raya Ipoh seminggu lepas? Aku ada kat situ, aku lihat mutasi kau aktif. " kata Sui'ra sambil menunding jarinya ke arah Khairul."Hah? Kau ada kat situ?" soal Khairul."Ya...Aku dapat lihat semua aktiviti mutasi yang tengah berlaku di sekeliling dunia. Jangan tanya aku macam mana, itu rahsia aku. Hum? Oh dan dua polis? Korang bukannya Mutant." Sui'ra mengecam pula Rose dan Shaurya, reaksi mereka berdua terus berubah tegang, tangan sedia berada di pistol tangan mereka."Apa bendanya kau?" soal Rose."Woah-woah, saya tak berniat nak buat siapa-siapa marah. Baiklah, korang datang sini sebab nak penerangan dan aku akan berikannya. Sebab aku baik, tak macam kawan-kawan aku yang lain. Diorang...hum...kurang baik daripada aku." pujuk Sui'ra, dia mengangkat kedua-dua tangannya."Bagitahu kami apa tengah terjadi sekarang ni sebenarnya? Kenapa ada sel mutasi yang boleh bagi kuasa dan jadikan manusia rasaksa?" tanya Nasuha, dia bergerak ke hadapan dengan riak wajah yang tekad."Apa yang sedang terjadi di Bumi sekarang, sudah berlaku di banyak planet lain sebelumnya. Walaupun aku nampak macam manusia sekarang, ini bukan bentuk sebenar aku. Nama aku Sui'ra dan aku dari Planet Zotura." terang Sui'ra, penerangan itu hanya membuat kumpulan Nasuha hanya semakin keliru."Bangsa aku, Zoturian. Teknologi kami ke hadapan berjuta-juta tahun daripada mana-mana planet lain. Ciptaan terhebat kami, Uhuj' Far-ghi ataupun apa yang bangsa manusia gelar 'Mutant Cell', misi aku dan kawan-kawan aku ialah sebarkannya di bumi untuk mencipta penduduk baru Zotura. Makhluk terkuat di seluruh galaksi..." sambung Sui'ra lagi."Cipta makhluk terkuat di seluruh galaksi?" Nasuha memandang Sui'ra hanya dengan wajah bertambah bingung dan bingung mendengar penerangannya."Ya...Bangsa manusia ialah antara kes istimewa, korang tak tahu pasal kewujudan makhluk lain di luar angkasa tapi aku tak terkejut. Teknologi manusia memang yang terpaling lemah dan di belakang berjuta-juta tahun berbanding planet lain." balas Sui'ra."Jadi apa? Ramai manusia mati di sebabkan Mutant Cell. Kau hancurkan banyak benda dan kau kata kau ada kawan-kawan? Mana mereka?!" marah Rose."Ada lima Zoturian di Bumi sekarang, masing-masing dengan rupa manusia tersendiri...Kami tak nak takutkan manusia dengan bentuk sebenar kami.""Kau endahkan soalan yang penting." Rose menjelingnya makin tajam."Kami tahu ramai manusia akan mati. Kemungkinan bangsa manusia akan pupus dalam masa lagi empat ke lima tahun kalau bangsa manusia tak jumpa cara untuk kawal Mutant Cell..." Sui'ra meletakkan tangannya di dagu."Kami bukan bahan eksperimen kau!" jerit Khairul pula, dia juga kelihatan geram."Haha. Kau ada reaksi yang hampir sama dengan Khalid masa pertama kali aku terangkan ini juga pada dia." Sui'ra tergelak, Khairul menggenggam tangannya. Tiba-tiba Rose terus menembak Sui'ra."Aku bangsa Zotura. Kami makhluk terkuat di satu galaksi ini...Peluru pistol manusia takkan sakiti kami." Sui'ra mengelap dahinya yang terkena tembakan Rose tadi, asap kecil terhasil dari peluru terkena pada dahinya namun dia tidak tersakiti sikit pun."Sudah tu. Kami dah cuba lawan dia, dengan kuasa Mutant kami pun, kami kalah. Jangan cubanya..." tegur perempuan berambut unggu, Rose hanya menurunkan pistolnya ke bawah dengan wajah kecewa."Sial...""Aku sambung penerangan aku...Kuasa yang Mutant Cell berikan ialah kuasa dan kemampuan yang dimahukan oleh manusia yang mengaktifkannya. Mutant Cell yang masuk ke dalam badan manusia, belajar semua benda pasal diri manusia yang mereka masuki, seumpama melihat terus ke dalam roh manusia...""Kuasa yang kami mahukan? Sejak bila aku mintak ada pedang boleh keluar dari lengan aku?!" soal Khairul sambil mengangkat lengan kanannya."Kau mungkin tak sedarnya. Itulah diri sebenar kau. Pedang di lengan kau tu, beritahu sesuatu pasal kemahuan sebenar hati kau." kata Sui'ra, dia tersenyum sinis memandang Khairul."Kalau semua manusia ada Mutant Cell, kenapa bukan semua manusia jadi Mutant atau rasaksa mutasi sekarang?" soal Shaurya pula, akhirnya bersuara."Bukan semua manusia boleh aktifkannya, Mutant Cell yang kami sebarkan di seluruh Bumi, kami ciptanya khas hanya untuk manusia maka makhluk lain seperti binatang di Bumi tak boleh aktifkannya. Mutant Cell pilih manusia apa yang mereka akan berikan kuasa...Mereka ada sifat tersendiri.""Daripada semua yang kau cakap ni. Pengakhirannya, ramai manusia akan mati disebabkan kemahuan bangsa kau." keluh Rose."Kami hanya sebarkan saja Mutant Cell, apa yang terjadi selepas ini, semuanya ialah atas tangan bangsa manusia. Aku dan kawan-kawan aku hanya akan perhati saja, seperi kau cakap, ini memang sebuah eksperimen. Apa akan jadi pada manusia apabila mereka diberikan kuasa yang luar biasa? Itulah soalan hipotesis kami." Sui'ra kembali duduk semula di sofanya dan memandang mereka semua dengan senyuman sinis."Kumpulan aku wujud untuk pastikan keselamatan orang ramai, kami Mutant dengan kemampuan untuk kawal diri kami. Sertai kami, Nasuha...Khai. Kita akan hentikan plan makhluk asing ni." tawar Khalid pula, dia bergerak ke hadapan di antara Nasuha dan Khairul serta Sui'ra."Aku kenalkan lagi diri aku, nama aku Khalid. Kuasa aku ialah Armored Hero, ya, kita kena namakan kuasa sendiri. Perempuan dengan rambut unggu, nama dia Kyoko, dia boleh hasilkan dan kawal kilat dari badannya. Chyou, korang tahu kuasa Teleport dia, tetapi dia unik dengan dua kuasa iaitu Invinsibility, dia boleh buat dirinya tidak kelihatan seperti sesumpah. Terakhir sekali, kakak Chyou, Mei. Kuasa dia ialah Psychic dan Telepathy, dia boleh kawal objek dengan minda dan kawal minda orang lain." Khalid mengenalkan semua ahli kumpulan Mutantnya."Bersama, kita boleh pertahankan ramai orang. Kami boleh ajar korang kawal kuasa korang sepenuhnya. Dalam masa yang sekejap, kami dah mahir gunakan kuasa kami, terima kasih pada kuasa Mei, dia boleh berikan kita latihan melalui dimensi minda. " Khalid menghulur tangannya ke arah Nasuha dan Khairul."Oi, jangan lupa. Mereka berdua bawah penjagaan aku. Sebab kenapa PDRM tak serbu tempat ni sekarang ialah sebab aku. Apa manfaat yang kami akan dapat bila sertai korang?" soal Rose, dia ke hadapan pula."Pertama, kau dapat Mutant yang boleh lawan Strays tanpa korbankan pihak polis. Kedua, Khai dan Nasuha boleh belajar kawal kuasa mereka dengan lebih baik. Ketiga, kau boleh kaji kami dan cari jalan untuk lawan Mutant Cell." Kyoko mencelah, kumpulan Khalid dan kumpulan Nasuha memandang sesama sendiri."Kami tak nak jadi musuh kemanusiaan, kemahuan kami satu saja, untuk pertahankan orang yang kami sayang. Bukan ke itu sebab korang juga? Kuasa korang muncul disebabkan korang nak pertahankan seseorang juga betul tak?" tanya Khalid, Khairul memandang Nasuha seketika manakala Nasuha memandang Khairul dan Ehsan."Tolonglah" Mata Khalid berubah sayu."Aku setuju untuk sertai kumpulan kau, Khalid. Khai?" Nasuha tersenyum kemudian memandang pula Khairul."Aku...Aku ikut Nasuha." balas Khairul pula."Terima kasih, Nasuha...Khai." Khalid tersenyum lega, dia terus menyalam tangan Khairul."Kita tak rapat macam tu. Jangan panggil aku 'Khai' lagi." Khairul menarik tangannya dari salaman Khalid."Ah, baik, faham." Khalid menggaru pipinya dengan riak wajah janggal."Akak Rose." Shaurya menepuk bahu Rose perlahan, Rose menoleh ke arahnya, Shaurya mengangguk perlahan kemudian tersenyum kecil, menandakan Rose harus buat pilihan."Baiklah. Asalkan korang berikan informasi, tolong Khairul dan Nasuha kemudian serahkan sedikit kawalan pada aku. Aku setuju." kata Rose."Kami takde masalah untuk kompromi." Khalid menoleh ke arah Rose dan Shaurya kemudian mengangkat ibu jarinya, bersetuju dengan permintaan Rose."Jadi apa sekarang?." tanya Khairul. Semua yang berada di situ menoleh ke arahnya, Khalid tersenyum kemudian meletakkan tangannya di dada.Sui'ra memerhati saja mereka, dia kelihatan teruja melihat apa yang terjadi."Lawanlah, menderitalah, manusia. Beri aku lihat sesuatu yang menarik. Sejauh mana Uhuj' Far-ghi akan berevolusi bersama dengan bangsa manusia. Era baru bermula, tanpa korang sedar, evolusi seterusnya bagi manusia..."Khalid : Ini group WhatsApp untuk kita semua share informasi dan segala apa yang kena mengena dengan misi kita untuk banteras Strays dan cari jalan hentikan pelan Alien Zotura.Rose : Korang semua ni. Umur korang berapa sebenarnya?Rose : Seriously? Group WhatsApp?!Kyoko : Senang nak communicate guna WhatsApp, hampir semua orang ada telefon dan WhatsApp...Takkan nak kena guna burner phone bagai macam dalam movie?Kyoko : Maaf ya Akak Rose, kami masih manusia biasa dari segi kehidupan kami. Tak banyak duit nak cari jalan lain untuk komunikasi.Nasuha tergelak melihat telefonnya dan mesej yang dihantar ke dalam group WhatsApp yang dibuat oleh Khalid untuk mereka semua.Khalid : Since kita macam kumpulan superhero. Kita kena cari nama kumpulan.Khalid : Kalau satu masa nanti orang ramai tahu kewujudan kita, mereka perlukan nama yang akan berikan mereka harapan.Rose : Korang memang serius nak jadi superhero? Ikutlah, orang muda semua...Nasuha : Nama kumpulan ya? Takde idea langsung.Kyoko : Samalah.Mei : Khalid memang dah lama rancang nak namakan kumpulan kita.Khalid : Takpelah. Kita akan fikirkannya.Khalid : Yang pentingnya sekarang, Khairul dan Nasuha. Esok datang ke location yang aku hantar, kami akan bantu kau berlatih gunakan dan kawan kuasa korang.Nasuha : Baik bos!Nasuha terbaring di sofa sambil melihat telefonnya, dia teringat akan semua yang terjadi selama ini kemudian menghembus nafas panjang.Semuanya bermula apabila ada seorang budak lelaki tegur aku menangis di belakang sekolah dan sekarang, dalam masa yang sekejap saja kehidupan aku berubah sepenuhnya, luar dari anggapan aku.Semestinya, ada sesuatu yang lebih besar dari diri aku tengah terjadi. Buatkan masalah yang aku hadapi dulu kelihatan kecil tetapi beban yang aku rasakan bagi kedua-dua masalah itu masih terasa sama."Nasuha." panggil Khairul, Nasuha tersedar dari mengelamun."Ah? Khai...Ya?" Dia terus mengangkat badannya, Khairul terduduk di sofa bersama Nasuha, dia kelihatan terganggu."K-Kenapa ni?" Nasuha risau."Aku nak cakap. Kan aku buat kau marah, masa aku cakap biadap dengan ayah kau. Aku minta maaf." kata Khairul, Nasuha kelihatan lega, senyuman manis terukir di wajahnya."Ya-ya...Aku maafkan kau. Pergi minta maaf dekat ayah aku pulak, tak payahlah gaduh dengan dia.""Aku cuba. Dia mengingatkan aku dekat orang tua aku sikit. Itu saja sebabnya, aku tak suka dia sangat tapi dia tak teruk macam ayah aku. Aku akan cuba,tak biadap dengan dia." balas Khairul."Baik aku faham. Apapun, mari cuba terbaik bersama dalam jadi superhero ni." Nasuha menggenggam tangannya dan menghalanya ke arah Khairul."Jadi superhero, eh? Haih...Aku tak faham langsung apa tengah jadi ni tapi kalau kau nak kita gunakan kuasa kita untuk pertahankan orang lain. Aku ikut kau je, Nasuha. Kuasa aku ini, ianya untuk kau." Khairul melihat lengan kanannya dengan pandangan kosong."Jangan cakap macam tu, Khai..." Tangan Nasuha turun ke bawah, dia mencapai tangan Khairul."Mutant Cell kau aktif sebab kau nak pertahankan aku...Aku hargainya, yang kau fikirkan aku tapi kau pun diri kau sendiri, Khai. Buat pilihan kau sendiri juga." kata Nasuha."Aku akan cuba, Nasuha."