"Apa yang terjadi pada budak ni, ianya memang mutasi tapi aku tak pernah nampak sel-sel sebegini. Ini penemuan baru, pertama kali dalam sejarah manusia. Mutasi yang merubah keseluruhan sistem mikroorganisma manusia!" seorang wanita berkaca mata dan bergincu hijau sedang melihat mikroskop, dia memakai kot putih. Dia teruja melihat sel-sel yang berada di mikroskopnya.Sel-sel yang terbentuk seperi bebola dengan banyak duri dan berubah warna berkali-kali berada di sampel darah mikroskop itu. Ia berkembang berkali-kali, mengganti sel darah dan sel-sel lain.Khairul masih terbaring diatas katilnya manakala Nasuha duduk di kerusi rodanya. Rose, Shaurya dan Ehsan juga berada di situ, wanita berkaca mata itu memusingkan kerusinya ke arah mereka."Aku masih tak tahu apa benda yang terjadi sebenarnya tapi aku boleh kajinya. Ianya menarik sangat, aku tak sabar nak tahu lebih lagi." kata wanita itu, wajahnya kemerahan sedikit."Bertenang, saintis gila...Aku nak kau kaji Khairul dan Nasuha tapi sakiti mereka untuk eksperimen atau kajian, tak dibenarkan." tegur Rose."Aku taklah gila macam tu tapi sedikit cebisan daging takkan sakiti korang sangatkan?" Wanita itu menggerakkan matanya ke arah Khairul dan Nasuha, riak wajah mereka berdua berubah gerun."Dah cakap, jangan sakiti diorang dan itu muktamad.""Kau sensitif sangat Rose. Macam mana aku nak kaji mereka kalau aku ada banyak sangat limitasi?" soal wanita itu."Daripada cerita mereka berdua, kita tahu kuasa mereka aktif dalam keadaan tekanan dan emosi yang tak terkawal. Kita kena buat cara seselamat mungkin untuk pastikan mereka tak terlalu tertekan...Kita tak pasti mereka berdua boleh kawal sepenuhnya kuasa mereka." terang Rose, dia menyilang tangannya."Haih...yelah faham. Tapi kita dah langgar banyak undang-undang dah ni. Rasanya kau lagi gila dari aku sekarang ni, Rose, untuk seorang polis dan kau pun Shaurya, ikut je dia, memang anjing yang setia..." balas wanita itu, dia menoleh pula ke arah Shaurya."Saya percaya pada, Akak Rose...Itu saja sebab saya.""Cinta tu memang buta, hah..." kata wanita itu kemudian memusingkan kerusinya ke arah mejanya semula."Kau seorang je yang aku boleh percaya, Bella. Jangan khianati aku..." pesan Rose, Bella tersenyum kecil."Jangan risau pasal tu. Aku dah cakap, aku tak gila sangat. Aku takkan khianat kawan aku..." balas Bella.Beberapa hari dah berlalu sejak kejadian di Hospital Ipoh, Akak Rose dan Shaurya menggerakkan aku dan Nasuha kembali ke Selangor. Rupanya mereka tinggal disini juga, tambahan pula, di Putrajaya, ada kawan mereka yang akan kaji aku dan Nasuha untuk tahu apa yang terjadi pada kami.Kecederaan aku dan Nasuha pulih dengan pantas, kata si Akak Bella, ianya kerana mutasi kami. Sel-sel kami pulih dan berubah lebih pantas dari manusia, ada sejenis sel baru yang berada dalam badan kami, menambah-baikkan dan mencipta sesuatu baru dalam badan kami.Aku tak faham langsung apa yang dia terangkan..."Nasuha, kamu kena kembali ke sekolah..." kata Ehsan, dia duduk di hadapan Nasuha, Khairul perhatikan saja mereka dari katilnya."Hah?" Nasuha keliru."Ayah dah bercakap dengan sekolah, mereka pun dah tahu apa yang terjadi sebenarnya. Budak-budak yang buli kamu takkan kacau kamu lagi. Nasuha, kamu kena sekolah. Ayah akan bincang hal ni dengan Rose juga..." terang Ehsan."Saya tak percaya apa yang ayah cakapkan sekarang ni." keluh Nasuha."Masa depan kamu, Nasuha. Itu penting bagi ayah! Kamu bukannya rasaksa, dah beberapa hari berlalu dan kamu dapat kawal kuasa kamu. Ayah tak nak kamu tersangkut pelajaran." balas Ehsan, Nasuha menggenggam tangannya."Ayah memang langsung tak faham apa-apa...Saya tak nak pergi sekolah tu sudah." kata Nasuha, Ehsan terdiam seketika."Kau dengar dia...orang tua." tegur Khairul pula, Ehsan terus menjelingnya."Diam! Jangan masuk campur." kata Ehsan."Kau bukannya sesiapa pun bagi aku...Kau ada ke masa anak kau nak terjun dari jambatan? Bawah hujan lebat? Kalau kau nampak apa aku nampak haritu, kau takkan bagi Nasuha balik ke sekolah tak guna tu lagi." kata Khairul, Ehsan terus berdiri dan mendekati Khairul."Kau! Patutlah ayah kau cuba bunuh kau, anak takde adab! Kau tak faham langsung apa maknanya jadi mak ayah! Kehidupan Nasuha jadi tunggang-langgang macam ni sebab kau!" marah Ehsan, dia menarik baju Khairul.Khairul tersenyum saja."Salahkanlah aku kalau itu buat kau rasa lagi elok pasal diri kau. Tak boleh terima betul tak, orang tua? Yang kau pun sama tak bertanggungjawab sebab tulah kau letakkan salah pada aku. Aku tak bodoh, banyak kali dalam situasi macam ni..." balas Khairul, Ehsan kelihatan bertambah geram."Cukup, korang berdua!" jerit Nasuha. Ehsan dan Khairul terus terdiam, Nasuha menjeling mereka berdua kemudian menghembus nafas panjang."Saya takkan pergi sekolah tu dah, muktamad! Dan Khai, kalau kau takde benda baik nak cakap, tak perlu cakapnya. Dia masih ayah aku, hormat dia sikit...walaupun dia salah." tegur Nasuha, Ehsan melepaskan baju Khairul manakala Khairul mengalihkan pandangannya, riak wajah mereka berdua tidak berpuas hati."Sudah tu...Jangan gaduh-jangan gaduh...Apalah kau, Khairul, janganlah buat bakal ayah mertua kau benci kau." tegur Rose, dia memasuki bilik mereka sambil menepuk tangannya beberapa kali."Akak Rose...""Jangan harap...aku bagi anak aku dekat budak tak guna ni..."Khairul terdiam saja, Rose berhenti di hadapan mereka bertiga kemudian meletakkan tangannya di pinggang."Encik Ehsan, saya faham apa yang encik rasakan. Tapi Nasuha perlukan masa lagi untuk adjust kehidupan dia sekarang. Di luar sana pun, ada banyak bahaya yang kita tak ketahui dengan kehadiran mutasi dan rasaksa. Nasuha baru 16 tahun, dia ada masa yang banyak untuk kejar semula pelajaran dia bila tiba masanya." pesan Rose, Ehsan mengangguk faham, senyuman terukir di wajah Rose pula."Sekarang aku akan bercanggah dengan apa yang aku cakap tadi. Hari ni, korang berdua, Khairul dan Nasuha...Mari keluar jalan-jalan!" Rose menunding jarinya ke arah mereka."Huh?""Hm?"Khairul dan Nasuha hampir buat wajah keliru yang sama."Kamu berdua dah lama sangat terkurung. Luka korang pulih dengan cepat, tak sakit mana dah, kan? Mengada je duduk atas katil dan kerusi roda tu." Kata-kata Rose itu seperti menusuk mereka berdua dengan anak panah."Korang berdua dah hadapi macam-macam, masa untuk reward diri korang dengan jalan-jalan ke apa. Pergi hilangkan stress, semestinya, aku dan Shaurya akan perhati korang dekat-dekat untuk pastikan takde apa yang tak sepatutnya terjadi. Jadi mana korang berdua nak pergi?" tawar Rose.Nasuha berfikir seketika namun Khairul menjawab dengan pantas tanpa berfikir panjang."Kedai burger...tempat saya kerja dulu, saya nak pergi situ.""Baik...Shaurya boleh bawakkan kau, Nasuha pula?" Rose menoleh kearah Nasuha pula."Saya tak tahu sebenarnya tapi kalau dapat balik rumah dan ambik barang-barang dekat bilik pun okay jugak. Nak ambil telefon dengan barang saya." balas Nasuha pula."Damn..." Rose tidak tahu bagaimana untuk bereaksi atas permintaan mereka.Budak-budak ni...Biasanya orang lain yang sama umur macam mereka akan ambil kesempatan ni untuk betul-betul lepaskan stress, pergi mall cuci mata ke atau pergi taman mana-mana yang best untuk tangkap-tangkap gambar ke apa...Ataupun mana-mana tempat yang boleh berseronok. Macam fun-fair ke, atau taman tema...Seorang nak pergi kedai burger...seorang lagi nak balik rumah je. Apa yang sakitkan korang?"Khai?" Hazim kelihatan terkejut melihat Khairul, dia memakai apron dan sedang menyusun meja berdekatan dengan gerai burgernya."Hei..." Khairul tersenyum pahit dan mengangkat tangannya, Hazim terus kelihatan marah dan bergerak ke arah Khairul."Aku tahu kau marah. Akupergi buat benda bodoh, tak dengar cakap kau, berapa hari hilang tak masuk kerja, tak contact kau semua...Kau mesti akan pecat aku. Aku faham dan aku layak kena pecat...Aku minta maaf susahkan kau, Hazim. Aku tak boleh balas-" Kata-kata Khairul yang panjang lebar terhenti apabila Hazim memeluknya."Aku risau kau tahu tak, bodoh? Apa kau buat pulak kali ni?" Hazim melepaskan pelukannya, dia memegang kedua-dua bahu Khairul, dia memang kelihatan sangat risau."Panjang ceritanya tapi aku memang tak dapat kerja balik dalam masa terdekat ni. Ada hal penting, ada kena mengena dengan polis...Tak boleh bagitau semua, tapi Hazim, ayah aku dah takde...Dia mungkin dah mati." balas Khairul, dia teringat akan semasa Nasuha menembak Zaki dengan pancaran Star Beam yang menerbangkannya ke udara. Nasib Zaki masih misteri bagi dia tetapi kemungkinan Zaki sudah mati sangat tinggi."Baguslah...Kau takkan sakit lagi." Hazim tersenyum, Khairul mengangguk saja."Ada apa-apa bagitau aku. Call aku. Aku akan terus tolong, kalau takde tempat nak balik ke apa, baliklah rumah aku. Kau kena sabar dengan perangai adik aku sikit jelah, dia tu bising." pesan Hazim, Khairul tersenyum kecil juga."Ya, aku akan call kau...bila hal aku selesai." kata Khairul, Hazim mengalihkan pandangannya ke arah belakang Khairul, terdapat sebuah kereta hitam, Shaurya sedang di dalam, memerhati mereka."Polis ke tu?" tanya Hazim."Ya...Jangan risau, dia nak pastikan aku selamat je." balas Hazim."Khai...Kau tak berseorangan, aku ada.""Aku tahu...Sekarang pun aku dah ada kawan lain juga.""Si budak perempuan haritu ke?" soal Hazim."Hum." Khairul mengangguk dengan senyuman.***Nasuha keluar dari rumahnya dengan beg bagasi berisi barangannya berada di dalam. Dia memasuki kereta merah milik Rose, dia dan Ehsan berada di dalamnya menunggu Nasuha tadi."Itu je rasanya..." kata Nasuha."Baiklah." Rose menghidupkan enjin kereta, Nasuha menyandarkan kepalanya pada tingkap kereta dan melihat saja rumahnya, dia menarik nafas dan mengalihkan pandangannya ke hadapan pula. Ehsan diam saja, tapi sangat terang, dia kelihatan terganggu. Rose memerhati saja mereka kemudian menghembus nafas panjang."Korang berdua ni perlukan terapi keluarga. Ikut aku nak pergi mana pulak, masa untuk rapatkan hubungan korang anak beranak." tegur Rose, Ehsan dan Nasuha menoleh ke arahnya dengan wajah keliru."Kau...memang polis paling pelik." keluh Ehsan.Rose membawa mereka berdua ke arked di dalam sebuah pusat beli belah, Nasuha dan Ehsan berdiri saja dihadapan arked itu, masih keliru. Rose berjalan ke arah mereka kemudian menunjukkan kad point untuk bermain di arked itu kepada mereka berdua."Dalam kad ni ada 50 point, kita kena main semua sampai lebam." kata Rose."Maaf, Akak Rose. Saya langsung tak faham apa terjadi sekarang ni..." tegur Nasuha, Rose mengeluh."Ikut je aku main...""Aku dah tua sangat untuk semua benda ni." kata Ehsan pula."Saya lagi tua dari encik, kalau nak tahulah." balas Rose, Ehsan menoleh ke arahnya kemudian menghembus nafas panjang.Mereka bermain air hockey, Rose dan Ehsan bertanding dahulu, Nasuha berdiri saja di tepi dan melihat mereka."Bersedia?""Apa-apa jelah."Rose dengan kuatnya berkali-kali memukul puck membuatkan dia dapat skor dengan banyak. Pada awalnya, Ehsan buat tidak tahu saja tetapi makin banyak kali Rose skor, dia semakin serius bermain, sedar-sedar saja...Player 1 - 23 Score!Player 2 - 10 Score!"Noobnya..." perli Rose."Noob? Apa kebendanya tu? " Ehsan pelik."Maksudnya seseorang yang tak bagus dalam sesuatu permainan." balas Nasuha, tiba-tiba mencelah, Ehsan tidak menyangka Nasuha akan bercakap dengannya."Oh..ah...okay..." Ehsan mengangguk faham. Rose tersenyum, dia perasan akan Nasuha yang fokus melihat mereka main tadi."Nasuha, turn kau pulak.""O-Okay." Nasuha kelihatan teruja.Dia bertanding dengan ayahnya, Nasuha memukul puck lebih perlahan daripada Rose membuatkan Ehsan dapat membalas balik, kali ini, Ehsan yang dapat skor dahulu."Haha..." Ehsan sedikit bangga. Nasuha kelihatan terganggu, dia memukul puck dengan lebih kuat dan Ehsan juga membalas juga dengan pukulan yang lebih kuat. Mereka bermain dan tanpa sedar, mereka berseronok bersama.Satu demi satu permainan di arked mereka bermain bersama dengan Rose, Nasuha dan Ehsan mula bercakap dengan sesama sendiri semakin banyak permainan mereka bermain bersama sehinggalah mereka memasuki sebuah permainan di mana mereka berada di dalam kereta dan perlu menembak zombi."Nasuha...""Ya?""Dah lama kita tak keluar bercuti, kan? Bila Ayah fikir balik, sejak Mak kamu meninggal, kita dah lama tak luangkan masa bersama..""Saya sibuk dengan PT3 kan? Ayah pun sibuk kerja...Nak buat macam mana?""Ayah menyesal...apa yang terjadi pada kamu, Ayah tahu Ayah salah." Permainan yang mereka main tamat tepat sejurus kata-kata itu keluar dari mulut Ehsan, Nasuha terdiam."Ingat tak masa ayah tampar muka, Nasuha? Nasuha serius takut sangat, takut keadaan di rumah akan jadi sama macam kat sekolah. Nasuha takut." balas Nasuha, riak wajah Ehsan terus berubah gerun."Nasuha...Aya-Ayah..." Ehsan tidak tahu apa yang ingin dikatakan."Mari tengok game lain pulak..." ajak Nasuha namun Ehsan menangkap tangan anaknya itu, Nasuha terkaku seketika."Nasuha...Ayah minta maaf, apa yang Ayah buat, semua tu salah. Kamu tak pernah kecewakan ayah pun sebelum ni, ayah bodoh, sepatutnya Ayah percaya saja pada kamu. Ayah sepatutnya kenal kamu lagi..." pinta Ehsan, Nasuha terdiam dengan agak lamanya, dia menoleh ke arah ayahnya dengan riak wajah sayu."Nasuha tak rasa...Nasuha boleh maafkan ayah." kata Nasuha, Ehsan melepaskan tangan Nasuha, dia mengalihkan pandangannya, matanya berkaca."Tapi...Nasuha nak cuba. Bagi Nasuha masa." sambung Nasuha, Ehsan kembali memandang wajah anaknya."Ya...Baik..." Ehsan tersenyum pahit."Tengok apa aku menang..." Rose menunjukkan anak patung yang didapatkannya melalui permainan claw machine dengan pelbagai hadiah di dalamnya, ianya anak patung Ms.Star."Plushie Ms.Star." kata Nasuha."Ambiklah..." tawar Rose."Ah okay." Nasuha mengambil anak patung itu kemudian memandangnya saja, dia teringat akan semasa dia menggunakan Star Beam."Ironik rasanya bagi kau anak patung tu." kata Rose sambil meletakkan tangannya di bawah dagu."Aku tengok Ms.Star...Kuasa yang kau gunakan haritu ianya Star Beam macam Ms.Star gunakan, betul tak?" tanya Rose. Nasuha melihat tapak tangannya."Itulah...Setiap kali saya fikirkannya, saya tak faham langsung cumanya masa tu, apa yang saya fikirkan ialah ayat Mantis yang Khairul cakapkan dan dalam hati saya terus cakap. 'Kalau kau Mantis aku jadi aku akan jadi Ms.Star kau.'. Sedar-sedar saja...saya boleh tembak Star Beam." terang Nasuha, Rose mendengar dengan setia."Jangan bergerak." tegur seseorang, Rose dan Nasuha terus kelihatan cemas, seorang lelaki sedang berada di belakang Rose, seorang perempuan berambut unggu pendek pula berada di belakang Nasuha, tangannya berada di belakang badan Nasuha."S-Siapa?" soal Rose."Tu tak penting sekarang..." balas lelaki di belakang Rose, tangannya berada diatas pistol tangan Rose yang tersorok di sebalik pakaiannya."Mana seorang yang ada aura mutasi?" tanya lelaki itu pada perempuan dengan rambut yang menutup kirinya, mata kanan perempuan itu berwarna merah dan irisnya terbentuk pelik."Budak perempuan ni, dia Mutant." balas perempuan itu sambil memandang Nasuha."Nasuha kamu okay?" tanya Ehsan, sedar-sedar saja, lelaki dan dua perempuan yang berada disitu tadi hilang, Rose terus meletakkan tangannya di pistol tangannya, sedia untuk mengeluarkannya dan Nasuha melihat sekeliling."Apa jadi ni?" Ehsan keliru."Kami bukannya musuh, bertenang." Lelaki itu muncul di hadapan mereka bersama dua perempuan tadi, dia berambut pendek dan memakai cermin mata petak. Terdapat juga lelaki yang sedikit pendek dan berambut menutup kedua-dua matanya yang kelihatan takut di belakang perempuan dengan rambut menutup mata kirinya tadi."Kami Mutant, sama macam budak perempuan tu...Sekarang tengah kumpulkan Mutant lain yang belum berubah sepenuhnya menjadi rasaksa, aku ketua kumpulan ini, nama aku Khalid." Khalid mengenalkan dirinya, Rose dan Nasuha masih cemas, Ehsan berdiri di hadapan antara mereka semua, menghalang Khalid dan kumpulannya mendekati Nasuha."Mutant?" soal Rose."Ya...Kes-kes makhluk pelik yang baru berlaku sejak dua kemenjak ini. Ianya hasil Mutant yang tak dapat kawal kuasa dan emosi mereka, merubah mereka menjadi Stray. Mutant Cell dalam budak perempuan itu sudah teraktif, kalau dia tak belajar cara kawalnya, dia akan jadi Stray." terang Khalid."Macam mana kau tahu banyak benda pasal ni?" Rose masih ragu-ragu, Nasuha pula mengenggam saja tangannya, tidak tahu bagaimana mahu bertindak."Kami tahu siapa yang sebarkan Mutant Cell. Nampaknya kau pun tahu sesuatu tentang apa yang terjadi sekarang ni, tekaan aku, kau polis. Dengan pangkat yang tinggi. Percayakan kami, apa yang kami mahu lakukan ialah pastikan tragedi yang berlaku di lebuh raya dan Hospital Ipoh tak terjadi lagi..." pujuk Khalid, dia menghulurkan tangannya ke arah Rose."Ada orang yang sebarkan sel-sel pelik ni?" soal Nasuha pula."Ya dan lebih tepat, mereka bukannya orang tapi makhluk lain. Banyak benda nak terangkan dan sini bukannya tempat yang sesuai. Ikut kami, aku akan bawa korang kepada makhluk yang sebarkan Mutant Cell. Yang aku minta hanyalah kepercayaan." tawar Khalid, Rose berfikir seketika sementara Nasuha sudah membuat pilihan..."Tunjukkan kami. Siapa makhluk tu." balas Nasuha."Baiklah." kata Khalid dengan senyuman.